Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, April 21, 2012

Sambal belacan opah



Sesekali kita berehat sebentar dari berkesah mengenai politik.

Sebentar tadi Demang menyampaikan ceramah umum yang tidak menyentuh langsung soal politik.

Sebagai pembukaan dalam ceramah tersebut, Demang mencuba kelainan dalam format ceramah sekaligus keluar daripada belengu blog iaitu dengan cara membacakan kepada audien Demang satu artikal yang Demang tulis untuk disiarkan dalam blog.

Berikut adalah artikal tersebut:

Sekali air bah, sekali pantai berubah. Apabila tsunami melanda maka peta dunia pun berubah.

Sememangnya dunia telah pun berubah.

Hari ini; sebaik sahaja anda mengetahui jiran anda mendapat cahaya mata, dan anda pun bergegas untuk meraikan, namun sebelum sempat anda tiba di hospital, rakan-rakannya di seluruh negara sudahpun melihat bayi tersebut melalui video di facebook atau Youtube.

Bahkan anda dapati banyak bungkusan hadiah di meja sebelah katil bayi pemberian saudara mara dan rakan taulan dari Perlis hingga Sabah.

Hampir semua hadiah tersebut dihantar melalui syarikat penghantaran tempatan dan sebahagian besarnya di pesan melalui online.

Hari ini juga; jika anda di Melaka sedang menatap blog atau Facebook dan melihat video rakan anda di Alor Star sedang menumbuk sambal belacan, dan andapun menegurnya sambil bergurau:

"saya nak sikit".

Jangan terperanjat jika beliau menjawab dan sejam kemudian sepiring sambal belacan tiba di depan pintu rumah anda!

Bagaimana ia boleh berlaku? Ada banyak kaedahnya.

Jika kita gagal memahami apa yang sedang berlaku dan bagaimana ia berlaku maka kita akan keliru.

Sebaliknya jika sudah faham dan tahu menggunakannya dengan bijak maka anda bukan sahaja akan memperolehi banyak keuntungan malah berupaya mengaut keuntungan yang banyak.

Sebenarnya individu yang menumbuk sambal belacan di Facebook tadi sedang mempromosi sambal belacan keluarannya.

Katakan sahaja namanya, 'Sambal Belacan Opah' keluaran Syarikat Opah Enterprise yang beroperasi dari sebuah rumah di Kedah.

Syarikat tersebut mempunyai agen jualan di setiap kawasan di seluruh Malaysia yang menyimpan stok Sambal Belacan Opah yang sedia dihidangkan terus dengan sedikit perahan limau nipis.

Apabila anda membuka Facebook (sebagai contoh) dan terpandang iklan syarikat tersebut, anda boleh memesannya terus ketika itu juga.

Staf yang bertugas secara sambilan menggunakan telefon atau laptop dengan sambungan internet menggunakan wifi percuma dalam sebuah bilik di sebuah kolej segera menerima pesanan tersebut dan menghubungi agen berhampiran tempat tinggal anda.

Ia boleh berlaku dalam masa kurang daripada 10 minit bermula sejak anda melihat video tadi.

Agen berkenaan menghubungi syarikat penghantaran tempatan yang segera ke premis agen tersebut untuk mengambil bungkusan.

Ia mengambil masa 20 minit, dan 30 minit kemudian sambal belacan yang dipesan sudah tiba di meja makan anda!

Keseluruhannya, 60 minit atau satu jam.

Sementara itu dalam masa yang sama pembayaran pun dibuat melalui perbankan dalam talian.

Berapakah harga sepiring sambal belacan tersebut?

Rasanya berbaloi berbanding jika anda perlu ke pasar membeli cili api dan belacan terbaik, menyelongkar stor bagi mencari lesung, menumbuknya sambil memakai cermin mata, mencuci semula lesung dan akhirnya suami anda mencemik kerana rasanya tidak seperti yang dibuat opahnya dulu.

Hari ini, harga bukan soalan yang penting kerana rakyat Malaysia biasa membayar RM5-RM20 untuk secawan teh di tempat tertentu.

Namun ia boleh diperhalusi pada setiap langkah dan kosnya boleh dikecilkan melalui beberapa kaedah yang sistematik.

Sebagai contoh, agen-agen yang dilantik merupakan agen bebas yang menyimpan pelbagai produk daripada pelbagai syarikat di rumah mereka.

Dengan itu kos sewa premis perniagaan berjaya dihapuskan.

Kos penghantaran melalui pekerja sambilan menggunakan motorsikal mereka sendiri yang terdiri daripada anak muda dan remaja.

Konsep yang kita gunakan adalah begini:
"Mat, engkau tolong ke rumah Makngah di Kampung Daun, ambil sambal belacan yang opah buat, hantar ke rumah Makcik Bedah. Mak bagi kau RM2 sebagai upah."

Kos petrol rm2 dan upah rm2 manakala harga sambal belacan rm1, komisyen rm1.

Jumlah semua ialah RM6.

Ertinya sepiring sambal belacan berharga RM6.

Mahal? Terpulanglah untuk anda menilainya. Namun jika anda berfikiran positif maka anda akan menemui kaedah lain yang lebih murah dan praktikal.

Apa ertinya upah RM2 pada anak muda? Memang tidak seberapa tetapi jika remaja tersebut menghantar 10 produk sehari bermakna pendapatan sampingannya ialah RM20 darab 30 atau RM600 sebulan!

Kita tidak perlukan bilangan yang ramai tetapi kita tawarkan kepada remaja yang berkeinginan dan berkesanggupan.

Sesungguhnya individu yang berjaya seperti Syed Mohtar Al Bukhari dan Lim Goh Thong tidak pernah disuruh menjadi orang yang berjaya sebaliknya mereka sendiri yang berusaha ke arah itu.

Zahira jawab skandal dengan syafiee afdal



Artis yang dikatakan mempunyai hubungan dengan menteri sehingga melibatkan ratusan ribu ringgit mula bertindak balas menafikan perkhabaran tersebut.

Blogger Parpukari yang menyorot isu ini hari ini turut menyiarkan snapshot twitter artis berkenaan.

Bagi Demang, berani buat berani tanggung. Baik Syafiee, Zahida, pemandu peribadi, mahupun Zuraida perlu bersedia menghadapi perbicaraan awam dengan bukti yang mampu melampaui keraguan rakyat.

Menariknya, sekali lagi kita dapati peranan besar seorang pemandu peribadi dalam kehidupan seorang VVIP.

Ingat, Anwar Ibrahim juga dijatuhkan oleh seorang pemandu peribadi!

Ada sesiapa nak jadi driver Demang?

TOLONG! Waadat hilang rakan



Hari ini Sabtu, 21 April 2012.

Blog Waadat muncul seperti biasa. Masih lagi menjadi pemangkin pada isu dan manusia.

Waadat tidak membongkar rahsia. Waadat sekadar memaparkan semula isu semasa menurut kacamata penulisnya.

Tetamu Waadat kebanyakannya terpancing melalui tajuk artikal yang muncul dalam blog rakan seperjuangan (blog list).

Justeru peranan sahabat-sahabat blogger amat penting sebagai rantaian kerjasama.

Namun pagi ini terasa kelainan yang amat sangat. Barangkali ramai yang tidak perasan.

Apabila Demang membuka Waadat untuk melihat berita dan cerita terkini, rakan-rakan blogger tidak muncul di ruang kiri Waadat sebagaimana biasa.

Maka Demang kehilangan sumber berita dan kehilangan rakan blogger.

Sebenarnya ia bermula semalam, Jumaat 20 April iaitu apabila Cheguman menaiktaraf blog ini menjadi www.waadat.com.

Ya. Kini waadat sudah boleh diakses melalui URL sendiri tanpa bertenggek pada blogspot lagi.

Apapun, oleh kerana ia masih lagi bertuankan blogspot maka anda tidak perlu mengubah apa-apa kerana jika anda menaip waadat.blogspot.com sekalipun, blog ini masih akan muncul di layar gadget anda.

Cuma, sebagaimana kata Demang tadi, kerjasama dengan rakan-rakan blogger amat penting. Tanpa blogger lain, Waadat akan terperuk di celahan ribuan blog lain dan sukar ditemui.

Rupa-rupanya proses perpindahan tersebut menyebabkan Waadat kehilangan semua pautan ke blog lain.

Makanya, kepada rakan-rakan blogger diharap dapat meninggalkan URL blog masing-masing di ruang komen ini atau di ruang komen posting terbaru supaya Cheguman boleh memasukkannya semula.

Anda juga boleh gunakan email kepada cheguman@gmail.com atau sms, whatsapp, atau Line 0194402211.

Terima kasih. Salam perjuangan.

Anda amat dihargai.

Friday, April 20, 2012

Lanjutan skandal syafiee afdal



Isu BESAR melanda negara!

Seorang menteri dalam kabinet Malaysia dikatakan terlibat dalam skandal terbaru melibatkan artis wanita tempatan.

Ia bukan sekadar tembakan rambang malah dikatakan satu laporan polis sudah pun dibuat yang boleh dikaitkan dengan isu tersebut.

Malah individu terlibat juga sudah dikenalpasti iaitu Syafie Afdal.

Untuk makluman, pendedahan tersebut bukan dibuat pada hari ini sebaliknya sudah berlalu beberapa hari.

Namun anehnya pendedahan BESAR tersebut seolah dipandang sepi oleh kebanyakan pihak. Hanya beberapa blog yang cuba meniupkan beritanya. Kenapa?

Demang rasa antara sebabnya ialah isu skandal pemimpin adalah perkara biasa yang berlaku pada semua parti.

Jika dalam UMNO ada isu Syafie Afdal, dalam PAS ada isu Mat Sabu dan Badrolamin.

Malah dalam PKR ada skandal yang lebih hebat yang melibatkan Anwar Ibrahim sendiri!

Jika isu ini hendak dirujuk dengan isu WANG yang dikatakan melibatkan ratusan ribu ringgit, PAS juga tidak boleh dianggap bersih kerana sejak dulu sudah kerap dibangkitkan ke mana perginya wang kutipan derma termasuk derma Memali.

Ada yang berkata bahawa PAS kurang isu berkaitan wang kerana parti itu memang tak ada wang dan belum ada kuasa untuk meluluskan wang.

Bagi PKR pula oleh kerana pemimpin parti itu pernah memegang kuasa maka isu wang memang banyak. Hingga kini Anwar dan keluarganya serta Azmin Ali dan isterinya masih membisu terhadap dakwaan memiliki aset berjuta ringgit.

Demang buat kesimpulan bahawa isu Syafie ini akan senyap begitu sahaja kerana ia tidak ada value politik.

Apapun, jika benar maka Syafie Afdal harus bersedia dengan sebarang tindakan atau mengambil sikap seperti Badrolamin yang dengan segera mengundur diri bagi mengelakkan parti terseret sama dalam kancah peribadi.

Jangan ditiru cara Anwar Ibrahim!

Ingat:

"Malaysia bahagia tanpa Anwar"

Hutang pelajar ptptn hapus



Rupa-rupanya tak semua peminjam PTPTN perlu membayar pinjaman.

Yang dapat keputusan baik akan dikecualikan daripada bayaran dan ada pula yang diberi rebate.

Yang perlu membayar ialah yang keputusan biasa-biasa sahaja manakala yang ditahan pinjamannya ialah yang gagal peperiksaan.

Agaknya, yang marah-marah dengan PTPTN tu ialah yang dapat keputusan teruk la tu.

Kalau gitu, tak lah kita hairan sangat sebab orang yang kurang cerdik memang berasal daripada minda negatif manakala yang memiliki minda negatif cenderung melakukan tindakan negatif juga.

Demang intai-intai jugak kot-kot terjumpa pelajar cina dalam demo tersebut.

Nampaknya pelajar cina berpendapat lebih baik mereka belajar rajin-rajin dan dapat pelupusan hutang berbanding berkhemah di tempat yang tak sepatutnya sehingga dibenci orang.

Demang tertarik dengan pendapat sahabat blogger Demang iaitu RBF:

http://www.rbfonline.net/2012/04/kl-springjangan-masuk-perangkap-mereka.html?showComment=1334879588852&m=1#c1299127883857756172

Wednesday, April 18, 2012

Foto demo anti PTPTN

Kepada rakyat Malaysia khususnya ibu bapa yang anak mereka sedang atau bakal menuntut di universiti, lihat dan nilai lah sendiri foto-foto ini.

http://jinggo-fotopages.blogspot.com/2012/04/takluk-dataran-taklukan-malam-keempat.html

posted from Bloggeroid

Riba dalam PTPTN



Ada seorang pelajar Islam berkata bahawa PTPTN haram kerana riba'.

Kemudian beliau melanjutkan bicara bahawa pendidikan percuma adalah tanggung jawab kerajaan berdasarkan hadis 'menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslimin dan muslimat'.

Demang bukan ahli hadis tetapi hadis yang pelajar tersebut catatkan dalam FB itu pernah Demang pelajari semasa di tingkatan 1 atau 2.

Barangkali agak janggal untuk mengaitkan hadis tersebut dengan PTPTN, demonstrasi, dan riba' namun bagi Demang ia masih relevan.

Teringat Demang semasa menduduki SRP dulu. Apabila diminta dalil yang membuktikan adanya syurga maka Demang berikan dalil "bagi haji yang mabrur, tiada balasan lain selain syurga (jannah)".

Demang harap pemeriksa beri markah penuh sebab setidak-tidaknya ada perkataan 'syurga' di situ.

Berbalik pada isu asal tadi maka pelajar tersebut berhujah bahawa oleh kerana belajar itu wajib justeru menyediakan pendidikan juga wajib atas batu jemala kerajaan yang memerintah.

Betul la tu. Demang pun setuju. Setakat yang Demang tahu belum ada lagi murid prasekolah, sekolah rendah, hingga tingkatan 6 yang terpaksa meminjam PTPTN atau mana-mana bank atau ahlong untuk belajar.

Semuanya belajar secara percuma melainkan sedikit bayaran yang tak seberapa jika dibandingkan dengan duit rokok atau duit derma ke tabung ceramah PAS ayah mereka.

Pada pendapat Demang, pelajaran percuma hingga ke tingkatan 6 itu sudah memadai diberi percuma sesuai dengan hadis tersebut.

Perlu diingat, kewajipan dalam solat tidak sama dengan kewajipan menuntut ilmu. Solat ditentukan bilangan sehari semalam serta rakaat dan waktu mengerjakannya manakala menuntut ilmu tidak begitu.

Jika tidak, maka berdosa lah orang yang tak masuk universiti!

Namun hujah Demang itu masih tidak bercanggah dengan hadis tersebut dan Demang juga tahu konsep menuntut ilmu hingga ke liang lahad (pendidikan seumur hidup).

Adakah pendidikan selepas STPM itu juga tanggung jawab kerajaan?

Kalau anda mengatakan YA, maka Demang juga bersetuju.

Setakat ini (setahu Demang) belum ada lagi pihak yang menganjurkan ceramah agama di masjid mengenakan bayaran pada audien. Semuanya ditanggung oleh kerajaan melalui pelbagai agensi.

Kalaupun dianjurkan pihak jawatan kuasa masjid, sekurang-kurangnya tempat ceramah adalah dibina oleh kerajaan yakni masjid manakala imam yang diberi amanah menganjurkannya diberi elaun.

Sesetengah masjid, para petugas termasuk imam mendapat gaji bulanan daripada kerajaan.

Ceramah, forum, dan sebagainya itu adalah tempat untuk rakyat menuntut ilmu sesuai dengan hadis 'menuntut ilmu itu wajib pada setiap muslimin wal muslimat.'

Selain itu kerajaan menyediakan radio dan tv untuk tujuan tersebut. Ada banyak ilmu pengetahuan di dalamnya terus kepada rakyat yang mahu menuntut ilmu. Percuma.

Errr... Kalau dalam ceramah PAS, tak tahu lah Demang. Dengar khabar ada kutipan derma IKHLASSSSSS.

Ye le... Kang siapa lak nak tuangkan minyak kereta Mat Sabu atau sewa hotel Badrolamin..!

Bersabit isu riba dalam PTPTN, jika anda yakin ia adalah riba maka janganlah ambil PTPTN. Ada banyak sumber lain untuk menuntut ilmu. Takkanlah tak ada duit untuk ke Jordan atau Mesir maka tak boleh menuntut ilmu?

Di Malaysia ini ada banyak madrasah yang menawarkan pelbagai ilmu yang hebat-hebat! Nak ilmu ke nak kertas ijazah? Atau nak ambik kesempatan ke luar negara secara percuma?

Demang nak buat analogi sikit:

Di Jordan ada jualan arak? Di Mesir ada? Maaf, Demang memang tidak tahu.

Yang Demang tahu, di Kelantan ada jualan arak walaupun kerajaannya Islam.

Soalan Demang; jika di Kelantan ada jualan arak, adakah kita akan menjawab dalam kubur nanti bahawa aku minum arak kerana kerajaan aku benarkan jualan arak?

Μaka, jika anda yakin dan percaya bahawa PTPTN itu haram kerana riba maka janganlah anda guna PTPTN.

Kerajaan sudah sediakan pelbagai kemudahan lain termasuk melalui MARA yang tidak perlu dibayar.

Setahu Demang, PTPTN mengenakan bayaran perkhidmatan untuk menampung perbelanjaannya termasuk gaji kakitangan pengurusan.

Bagi Demang bayaran kos pengurusan adalah cara Islam bersandar pada amalan dalam zakat iaitu salah satu asnaf penerima zakat ialah amil.

Selain itu, tidak semua yang menggunakan PTPTN perlu membayar kembali. Ada juga yang cuma perlu membayar kembali sebahagian daripadanya.

Ingatlah bahawa bukan semua yang berwarna merah itu ros dan bukan semua yang berkaki empat itu lembu.

posted from Bloggeroid

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)