Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, June 21, 2012

Menanti kumpulan terakhir meninggalkan Anwar



Bertalu-talu Anwar Ibrahim kena balun dari pelbagai arah.

Itu yang dikatakan, berani buat berani lah tanggung.

Selain pendedahan salah guna kuasa melibatkan 3 bilion wang rakyat semasa menjadi menteri kewangan dan TPM, kelemahan peribadi yang begitu ketara makin menghimpit Anwar ke jurang maut.

Adalah lebih bijak untuk PAS menghindar dari terlibat dengan Anwar seketika bagi mengelak tercemar sama.

Dalam pada itu kerajaan Najib semakin merapatkan diri dengan rakyat melalui pelbagai program yang bakal meningkatkan kebajikan rakyat melalui aktiviti mikro dan makro.

Pagi ini dua lagi pengumuman dibuat iaitu bagi mengetengah usahawan tempatan di peringkat antarabangsa melalui MITI dan pengumuman bonus PNB kepada pelabur.

Kita tunggu apa pula muslihat Anwar selepas ini? Atau kita bakal melihat beberapa orang lagi baki pemimpin Melayu akan meninggalkan parti serpihan itu.

Tuesday, June 19, 2012

Anwar di ambang maut


KUALA LUMPUR 18 Jun - Setelah sekian lama membisu berhubung isu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengawal 20 akaun induk semasa menjadi Menteri Kewangan, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid tampil mengesahkan akuan berkanun yang dibuat beliau 13 tahun lalu adalah benar.

Abdul Murad yang selama ini didesak pelbagai pihak supaya tampil menjelaskan perkara tersebut selepas didedahkan media berkata, beliau memang membuat akuan berkanun pada 1999 berhubung pengendalian akaun-akaun berjumlah RM3 bilion membabitkan Anwar semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Pada masa sama, beliau yang dalam akuan berkanunnya mengakui membayar lebih RM120 juta kepada kroni dan organisasi tertentu atas arahan Anwar memberitahu, bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa jika dikehendaki.

"Saya dengan ini mengesahkan ada membuat akuan bersumpah pada 1999 berhubung pengendalian akaun-akaun berjumlah RM3 bilion yang saya percaya melibatkan Anwar.

Saya juga telah memberi keterangan yang diminta pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Isu Anwar mengawal 20 akaun induk dengan menggunakan kroni-kroninya semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kembali hangat selepas ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali mengesahkan abangnya yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali memiliki kekayaan luar biasa berjumlah RM30 juta.

Kekayaan Azmin dan isterinya, Shamsidar Taharin dipercayai ada kaitan dengan Anwar kerana ketika tahun 90-an iaitu semasa menjadi Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana Menteri, beliau yang bergaji RM2,442 sebulan sudah memiliki aset bernilai jutaan ringgit sehingga disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Malah, Abdul Murad sendiri dalam akuan berkanunnya itu secara jelas mengaitkan nama Shamsidar apabila mendakwa isteri Azmin tersebut dibayar gaji lumayan dan disediakan sebuah kereta lengkap dengan pemandu walaupun pada kebanyakan masa wanita itu tidak perlu ke tempat kerja.

Dalam akuan berkanun sama juga, beliau mendakwa Anwar telah mengarahkannya melaksanakan eksesais korporat yang memihak kepada kawan-kawan dan kroni serta membersihkan hutang mereka dengan menggunakan keuntungan daripada rundingan menggunakan pengaruh Bank Negara Malaysia (BNM).

Antaranya, dakwa Abdul Murad, eksesais korporat melibatkan pengambilalihan Sikap Power, pemegang konsesi Projek Kuasa Bebas (IPP) di Lumut, Perak yang dijual kepada Malaysia Resources Corporation Bhd. (MRCB) atas arahan Anwar sebelum menyuntik konsesi itu ke dalam Malakof Berhad.

Tuesday, June 12, 2012

3.8b komisyen kapal selam untuk siapa?


Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa isu scorpene adalah isu paling hebat yang boleh dimainkan oleh pembangkang dalam menuju pilihanraya yang akan datang.  Dalam kebanyakan isu-isu lain, pembangkang begitu mudah terkantoi atau tertembak kaki sendiri kerana terlalu mudah untuk dipatahkan.  

Tetapi, apabila sesuatu isu membabitkan angka dan juga pihak luar negara seperti pembelian kapal selam scorpene dari Perancis, ia akan lebih mudah untuk dimanipulasi untuk mengelirukan rakyat.   Alasan seperti bukti tidak boleh dikemukakan kerana berada di tangan mahkamah Perancis memudahkan pembangkang mempermainkan rakyat.  

Justeru, segala tuduhan dibuat sewenang-wenang oleh mereka tanpa perlu membuktikan apa-apa. 

Memetik kata-kata Cynthia Gabriel, Penyelaras SUARAM sebelum ini, beliau menyatakan, “Kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar.”   Jelas, jumlah yang menjadi pertikaian ialah EURO 114 juta dalam transaksi pembelian kapal selam ini. 
112090028784
Tetapi, apabila pihak kerajaan menjustifikasi jumlah itu sebagai bayaran untuk khidmat penyelenggaraan, koordinasi dan sokongan kepada syarikat Perimekar, SUARAM tiba-tiba menukar angkanya.  

Kini, angka yang disebut sebagai rasuah bukan lagi EURO 114.96 juta atau RM410.27 juta tetapi USD 1 bilion atau RM3.8 billion pula.  Menurut SUARAM, mereka mempunyai bukti bahawa Dato’ Seri Najib, pada ketika itu Menteri Pertahanan, ada meminta jumlah tersebut untuk dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd sebagai komisyen. 

Adalah penting untuk kita memberi perhatian kepada angka-angka yang disebut di sini kerana tidak mustahil pihak SUARAM dan pembangkang akan menukarnya sekali lagi apabila terkantoi.

Perlu diingatkan bahawa nilai keseluruhan kontrak ialah EURO 1.084 billion atau RM3.87 billion.  Ia merangkumi harga 2 kapal selam scorpene termasuk pakej Integrated Logistic Support dan latihan krew bernilai EURO 969.15 juta.  Selebihnya EURO114.96 juta ialah bayaran kepada Perimekar untuk khidmat penyelenggaraan, koordinasi dan sokongan. 

Kesemua dokumen jual beli dan penerimaan wang dibuat secara mengikut prosedur dan boleh dikemukakan sebagai bukti. 

Jika benar Dato’ Seri Najib ada meminta sebanyak RM3.8 billion bermakna kapal selam tersebut telah diberikan secara percuma kepada Malaysia.  Ini kerana mengikut nilai tukaran matawang pada ketika kontrak tersebut dimeterai iaitu 5 Jun 2002, adalah seperti berikut:  USD 1 bill = EURO 1.06 bill = RM3.80 bill. 

Memandangkan keseluruhan bayaran kontrak berjumlah EURO1.08 billion sahaja, maka keseluruhan bayaran yang dibuat tersebut adalah berupa rasuah dan urusan jualbeli kapal selam hanyalah ilusi semata-mata.

Nampak benar SUARAM hanya bermain-main dengan angka untuk mengelirukan rakyat yang mungkin kurang berminat untuk menghalusi fakta dan angka.  

Sudah sampai masanya rakyat Malaysia membuka mata dan memperincikan segala maklumat yang diterima agar tidak mudah dipermainkan oleh pihak-pihak yang ingin melemahkan kerajaan semata-mata untuk mencapai matlamat mereka untuk berkuasa.

(artikel di atas adalah email yang Demang terima daripada seorang sahabat Demang. Oleh kerana tulisan beliau memang Demang minat maka Demang turunkan di sini tanpa sebarang perubahan).

Wednesday, June 6, 2012

Ceramah Anwar di hutan


Demang rasa jika dibuat bancian tokoh paling dibenci orang Melayu? dah tentu Anwar dengan mudah menggondol anugerah tersebut.

Kelmarin Demang di felda Jengka 8, lokasi Najib mengisytiharkan hadiah khas untuk peneroka.

Khabar terbaru yang Demang terima ialah setiap peneroka samada setuju atau tidak dengan kerajaan, samada setuju atau tidak dengan Felda Global, tetap akan diberi imbuhan.

Bagi sesetengah orang, tindakan Najib itu macam orang bodoh sebab buat apa berkongsi untung dengan orang yang terang-terang tidak mahu?

Sebenarnya Najib cerdik. Dengan pengumuman tersebut Anwar tak berani jejak kaki di felda.

Minggu lepas Anwar terpaksa buat ceramah di sebuah pekan cina dalam hutan Jengka.

Anwar berceramah di Tong Kiat! Kalau nak tahu di mana letaknya Tong Kiat, tanyalah orang Jengka.

Saturday, June 2, 2012

Sekitar himpunan pas ke putrajaya

Kalau ikut sejarah, PAS antara yang lantang mengutuk pembinaan putrajaya.

Tapi, ye lah. Sedangkan pantai lagikan berubah inikan pula hati orang.

Hari ini dengan berbekal 23 kerusi daripada 222 jumlah kerusi parlimen, PAS bukan main konfiden lagi untuk menguasai putrajaya.

23 kerusi! Itupun ketika UMNO sedang sakit tenat.

Lihat liputan perhimpunan tersebut di:

http://kedahan69ers.com/?p=1802

Sebelum itu lihat surat lampiran di bawah yang mengarahkan ahli pas ke situ.

Takkan itu pun nak tiru UMNO?


Friday, June 1, 2012

Mesyuarat khas umno pas


Kira-kira jam 12.30 tengahari, hari ini bersamaan 1 jun 2012 berlangsung satu pertemuan sulit di suatu tempat rahsia.

Semua ini berlaku kerana solat jumaat pada suatu hari Jumaat.

Pada suatu hari Ketua Setan for All (KSA) mengarahkan tiga ekor setan iaitu Setan for Umno (S4U), Setan for Pas (S4P), dan Setan for PkrDap (S4PD) mengadapnya.

KS4A: hei setan bertiga, pergi kacau itu tiga orang malaun.

S4U: Yang mana satu, bos?

KS4A: engkau pergi kat budak umno tu. Bagitau dia minggu lepas dia dah ke masjid jadi minggu ni dia boleh excuse. Lagipun dia musafir.

S4U: senang punya kerja, bos. Beres dalam masa 2 minit.

S4P: gua pulak, bos?

KS4A: lu pergi kat budak Pas tu dan bagitau bahawa dia lah orang paling warak lagi prihatin. Suruh dia bagi ceramah kat orang lain supaya pergi masjid cepat-cepat dan jadikan budak umno tu sebagi contoh penghuni neraka. Kalau boleh suruh dia kutuk-kutuk sikit budak umno tu.

S4P: nak bagi diorang bergaduh ke, bos? Senang sangat tu.

KS4A: tak payah. Just semaikan rasa riak kat budak Pas tu pun dah cukup. Pelan-pelan... Lambat laun dia akan rasa hebat dan akhirnya jadi geng kita.

S4PD: gua pulak, bos? Nak buat apa kat budak PkrDap tu?

KS4A: takyah buat apa-apa. Budak tu pun memang setan macam kita.

Lebuh raya tanpa tol di kelantan


Riuh rendah puak pembangkang dengan projek impian membina lebuhraya tanpa tol di Kelantan.

Jangan salah sangka, tanpa tol bukan bermakna percuma. Belum apa-apa lagi rakyat dah diminta menderma untuk pembinaan.

Kalau dah minta duit rakyat, apa beza dengan tol? Yang lawaknya, orang yang tak guna jalan tu pun kena bagi derma. Kalau tak bagi nanti dikata tak islamik dan tak sokong jihad.

Apabila siap nanti, bagaimana dengan kos penyelenggaraan?

Mungkin kita akan lihat kereta-kereta pemimpin pembangkang diparkir di tepi jalan sementara tuannya berpeluh-peluh menebas semak dan menampal jalan yang berlubang.

Jangan hairan jika nanti ada kotak yang diletakkan di beberapa lokasi untuk derma penyelenggaraan dan baik pulih lebuhraya.

Yang mereka terlepas pandang ialah dengan adanya lebuhraya bertol maka bertambahlah peluang pekerjaan.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)