Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, October 11, 2012

Dibunuh kerana sepakan


Banyak kali juga Demang tumpang anak-anak menonton vcd filem Libas lakonan Rosyam Nor.

Walaupun cerita ini menampilkan aksi melampau yang tak logik ala filem Hong Kong namun intronya menarik minat Demang.

Filem ini menyelitkan sedikit kisah sejarah Tun Besar putera Tun Perak yang handal bermain sepak raga.

Pada suatu hari putera sultan yang juga bakal menjadi sultan bersiar-siar dengan kudanya hingga sampai di tempat Tun Besar bermain sepak raga.

Baginda berhenti dan melihat dari atas kudanya.

Tiba-tiba bola raga yang di sepak Tun Besar mengenai destar baginda lalu jatuh ke tanah.

Anakanda sultan yang bernama Raja Ahmad itu murka lalu turun dan menikam Tun Besar.

Putera Bendahara itu meninggal dunia di situ juga.

Melihat kejadian, teman-teman beliau serta pengikut Bendahara ingin membalas dendam tetapi ditahan oleh Bendahara.

Sebaliknya Tun Perak bergegas mengadap sultan.

Tun Perak mengadukan hal tersebut dan menyatakan pendirian beliau iaitu pantang menderhaka tetapi mahu Raja Ahmad dihukum.

Sultan membuat keputusan iaitu Raja Ahmad dibuang negeri ke Pahang dan tidak akan ditabal menjadi Sultan Melaka.

Peristiwa tersebut sudah tentu mengundang polemik hingga sekarang dan tak kurang yang memainkannya sebagai sentimen politik, terutama pendokong sosialis.

Raja Ahmad dicop kejam dan sistem kesultanan dikecam.

Benarkah?

Mari kita lihat beberapa perkara:

Bukankah digambarkan Tun Besar amat handal bermain bola raga?

Tun Besar diriwayatkan mampu menimang bola raga hingga sepenanak nasi. Berapa lama orang dahulu menanak nasi tanpa dapur gas atau periuk elektrik?

Siapa pula Raja Ahmad? Baginda adalah putera sulung sultan yang memerintah empayar Melaka.

Bukan calang-calang hebatnya empayar kerajaan Melaka ketika itu dan Raja Ahmad akan menjadi khalifahnya.

Apakah logik orang sehandal Tun Besar boleh tersasar sepakannya hingga tepat ke destar seseorang di atas kuda?

Tidak sengaja atau..?

Bayangkan betapa jika perbuatan itu dibiarkan maka selama beratus rahun orang akan menjadikannya bahan jenaka iaitu sultan Melaka pernah disepak dengan bola raga dan tidak berani melawan!

Bendahara faham isu ini dan itulah sebabnya beliau tidak bertindak mengikut nafsu.

Raja Ahmad berdarah muda dan mengikut nafsu amarah. Akhirnya baginda dihukum dengan hukuman yang sangat berat.

Baginda tidak dihukum bunuh bukan kerana beliau anak sultan tetapi kerana baginda mangsa provokasi keterlaluan. Ia melibatkan maruah diri, keluarga, dan negara.

Sultan Melaka bertindak bijak dengan mengambil kira semua faktor sebelum menjatuhkan hukuman.

Kita sebagai rakyat yang pada zaman ini diberi peluang memilih pemimpin, buatlah keputusan sewarasnya dan jangan ikutkan nafsu dan kepentingan peribadi semata-mata.

Oh ya, kalau baca buku sejarah, jangan fikir orang dulu-dulu bodoh. Mungkin kita yang kurang cermat menilai!


Foto hiasan drpd Google Image.

Wednesday, October 10, 2012

PKR tukar nama dan logo baru


Tahukah anda bahawa PKR sudah bertukar?

Ya. PKR kini sudah tinggal R sebab rakyat dah ambil balik PK yang sebelum ini dirampas daripada kawalan mereka.

Tanpa PK, parti R kini hanya menanti maut. Runduk dan Ruyup sebelum Reput dimamah bumi.

Sebagaimana tradisinya parti-parti serpihan UMNO sebelum ini, para pemimpin asal parti R hampir semuanya telah kembali kepada UMNO.

Tambah memburukkan keadaan ialah apabila beberapa pemimpin UMNO/BN yang mula terpinggir tiba-tiba menyertai parti R tersebut.

Demang tidak tahu samada ia sebahagian daripada strategi Najib atau tidak namun ini lah yang dikatakan sokong membawa rebah.

Demang percaya jika PRU13 dibuat sekarang, bukan setakat R, PAS dan DAP pun boleh terjunam sama.

Monday, October 1, 2012

Kepiah putih cuma RM2.50



Agak sukar untuk keluar dari simpang. Kenderaan bergerak perlahan, bertali arus dan belum ada tanda mahu reda. Jenuh Demang menunggu.

Pada suatu ketika Demang lihat ada sedikit ruang untuk mencelah. Di sebelah kiri ada sebuah kereta dipandu seorang lelaki berkepiah putih.

Ada peluang nampaknya, fikir Demang.

Demang menekan minyak dan cuba untuk keluar.

Namun rupa-rupanya tidak semudah itu. Lelaki berkepiah putih melajukan keretanya sekaligus menutup ruang.

Demang mengundur semula dan kereta lelaki itu masih tidak bergerak sebab jalan sedang jem.

Benar lah kata teman Demang, "apa nak heran, kepiah putih cuma berharga RM2.50!"

Wednesday, September 26, 2012

Apa jawab anda?



Kasim: Cikgu, Zami menangis.
Cheguman: Zami, kenapa menangis?
Zami: Sudin pukul saya cikgu.
Cheguman: Sudin, kenapa pukul Zami?
Sudin: Talib suruh, cikgu
Cheguman: Talib, mari sini. Sekarang, saya nak awak suruh Sudin makan taik.
Talib: Sudin, pergi makan taik.
Cheguman: Sudin, kenapa tak ikut arahan Talib?
...

Monday, September 24, 2012

Jangan buang sembarangan


Ketika sedang memandu pagi semalam, tiba-tiba kelihatan seorang lelaki cuba melintas jalan dua lorong itu.

Demang sedang memandu dalam kelajuan 90km sejam di lorong kanan.

Dengan andaian lelaki itu akan terus ke seberang maka Demang menukar posisi ke lorong kiri tanpa mengurangkan kelajuan.

Eh! Tiba-tiba lelaki itu berhenti di tengah jalan, memungut sesuatu dan berpatah balik.

Mujur Demang tidak panik. Demang kembali ke lorong kanan sambil mengucap panjang.

Demang rasa lelaki itu seorang yang berhati mulia. Beliau cuba membuang sesuatu yang mengganggu jalanraya.

Memang ada hadis yang menyuruh kita membuang rintangan di jalanraya. Namun niat dan perbuatan yang baik sahaja belum cukup. Soal keselamatan juga perlu diambil kira.

Dalam perkara lain pun begitu juga. Apatah lagi dalam bernegara. Demang faham ramai yang prihatin dengan politik namun perlu diingat, niat yang baik perlu disusuli dengan tindakan yang betul.

Strategi juga perlu bijaksana. Setakat boikot Youtube dan Google 3 hari dan berarak di jalanraya, sapa nak hairan?

Kita perlu agenda yang lebih besar dari itu. Strategi yang musuh kita hanya sedar setelah mereka kalah!

Saturday, September 22, 2012

Doa najib bukan doakan najib


Terharu Demang membaca permintaan Najib agar para jemaah haji mendoakan kesejahteraan negara.

Demang percaya, dengan doa para jemaah haji nanti kita akan memperolehi pemimpin dan kerajaan yang terbaik.

Najib tak minta doakan beliau tetapi doakan negara.

Sebenarnya itulah doa rakyat Malaysia selama ini. Malah PAS juga banyak kali buat solat hajat memohon perkara yang sama terutama selepas Dr Mahathir dikatakan menganiaya Anwar Ibrahim.

Demang percaya, doa tersebut telah dimakbulkan Allah.

Dr Mahathir masih sihat dan semakin dihormati kawan dan lawan manakala Anwar tak habis-habis ditimpa masalah.

Elok lah Anwar menunaikan haji tahun depan.

Jangan boikot youtube



Ummat Islam dipersenda lagi.

Kenapa? Kerana ummat Islam bukanlah ummat yang digeruni apa lagi dikagumi.

Dulu orang kata Iraq kuat dan Saddam hebat. Nampaknya ia hanya khayalan semata-mata. Fatamorgana.

Iran juga khabarnya ada banyak senjata termasuk nukleur. Padahal cerita itu hanyalah bom jangka yang akan dijadikan alasan untuk menghancurkan Iran suatu hari nanti.

Filem dan buku yang menghina ummat Islam bukan perkara baru. Sebelum ini isu Salman Rushdi sudah meletup. Apa orang Islam boleh buat?

Setakat mengugut? Salman makin terkenal dan masih hidup hingga sekarang.

Kali ini sebuah filem dikeluarkan oleh orang kafir yang menghina Rasulullah SAW. Demang memang sedih tapi nak marah pada siapa?

Memanglah orang kafir itu musuh Islam. Apa nak dihairankan? Dalam berperang, kita tidak boleh mempertikaikan senjata pihak lawan sebaliknya usahakanlah senjata yang lebih baik.

Maka ummat Islam seluruh dunia membantah. Ada kesankah? Boleh menangkah kita?

Pagi ini Demang terima lagi mesej agar memboikot Google dan Youtube selama 3 hari!

3 hari sahaja? Apa kesannya?

Demang cuba untuk menuruti kempen tersebut namun pagi tadi apabila Demang mencari video untuk pendidikan Islam maka semua video yang disenaraikan berada dalam Youtube! Bagaimana?

Selama ini pun para ulama dan pendakwah Islam menggunakan Youtube sebagai media untuk berdakwah. Kenapa kita nak boikot saluran itu hanya kerana ia tidak menyebelahi kita dalam isu ini?

Bagi Demang boikot memboikot ini bukan strategi yang bijak. Kita perlu lebih bijaksana menggunakan ruang yang ada.

Baca semula sejarah dan lihat bagaimana Rasulullah menggunakan perjanjian Hudaibiyah yang kelihatan berat sebelah akhirnya menguntungkan dakwah Islamiyah.

Janganlah kita mudah sangat melatah dan terjerat dengan provokasi. Bahkan isu ini sebenarnya telah dijadikan bahan untuk mendapatkan 'politic miles'.

Buka semula Youtube atau apa sahaja saluran dan binalah, perbanyakkan bahan dakwah Islamiyah di dalamnya.

Tawanlah sekalian manusia agar mengESAkan Allah Taala dengan berhikmah.

Banyak kesah teladan pekerti Rasulullah yang boleh kita filemkan. Ia akan menarik minat orang lain untuk mendekati Islam.

Ia jauh lebih berfaedah berbanding BOIKOT YOUTUBE 3 HARI!

Ok lah. Demang nak cari nasyid Al-Mizan dalam Youtube kejap lagi.

Mula-mula, cari dalam Google dulu.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)