Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, February 12, 2013

Pakatan bela lelaki tunjuk isyarat lucah pada permaisuri



Persepsi adalah sesuatu yang amat aneh. Ia adalah satu keajaiban yang diciptakan Allah dalam minda manusia.

Justeru di kala majoriti rakyat menyifatkan lelaki yang menunjukkan isyarat lucah pada Permaisuri Agong sebagai biadap, DAP pula sibuk menyediakan peguambela percuma.

Demang setuju lelaki itu diberi peluang membela diri tetapi kenapa percuma? Berapa ramai orang yang dituduh di mahkamah mendapat keistimewaan tersebut? Adakah lelaki yang berjawatan jurutera itu tidak mampu mengambil peguam sendiri?

Apabila Demang menerima mesej isu tersebut Demang tidak terus menerima bulat-bulat. Demang siasat sendiri.

Tidak sukar mengesan sumbernya di zaman IT ini. Hasilnya, berita tersebut boleh dilihat sendiri di portal berikut:

http://suarapakatanrakyat.com/2013/02/hina-permaisuri-agung-pr-akan-pastikan-keadilan-untuk-leong-pei-koe/

Jija demikian pendirian Pakatan, tidaklah sukar sangat untuk rakyat mengundi nanti.

Thursday, February 7, 2013

Sangkar untuk manusia



Sebentar tadi Demang sempat menonton berita semasa di tv.

Macam tak percaya lihat sebahagian rakyat Hong Kong terpaksa tinggal di dalam sangkar macam kucing.

Bahkan kucing parsi Demang lebih beruntung sebab tinggal dalam sangkar yang lebih selesa berbanding penduduk Hong Kong tersebut.

Selama ini Demang sangka kalau bangsa yang dianggap maju memerintah, takkan ada lah kecacatan sebegitu.

Sebagaimana kebanyakan orang PKR kata, jika DAP dan PKR memerintah, maka lupuslah kemiskinan dan kebangsatan.

Wednesday, February 6, 2013

Ke mana Nik Aziz dan Karpal selepas PRU13?


NIK AZIZ, KARPAL BERLAKON TUTUP KEMELUT DALAMAN

Ramai tertanya-tanya apa muslihat Mursyidul Am Pas Nik Aziz Nik Mat sanggup menyambut harijadinya ke 82 bersama Karpal Singh.

Agak ganjil dan janggal melihat seorang yang digelar ulama dilihat menyambut satu perayaan peribadi yang bersifat kebaratan malah mempunyai unsur-unsur kekufuran dan bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAW.

Bukankah pada usia yang sudah dikatakan lanjut seorang agamawan seperti Nik Aziz sepatutnya menunjukkan tauladan serta akhlak yang berasaskan kepada moral Islam terutamanya kepada golongan muda dan belia?

Sebaliknya Menteri Besar Kelantan itu memilih untuk memotong kek ulangtahun kelahirannya dengan seorang yang bukan Islam.

Lebih molek jika Nik Aziz menganjurkan majlis keagamaan seperti doa selamat kesyukuran atau berzanji dan atas kurnia ALLAH SWT yang telah mengurniakannya umur yang oanjang dan tubuh badan yang sihat.

Mungkin pada pandangan Nik Aziz menyambut harijadi dengan seorang kafir seperti Karpal lebih afdal daripada menghidupkan Sunnah Nabi SAW yang membawa agama Islam.

Mengapa Nik Aziz sanggup membelakangkan tradisi Islam dalam menyambut harijadinya yang merupakan satu perkara yang sepatutnya enteng dan tidak mempunyai nilai kerohanian bagi seorang yang digelar Tok Guru oleh pengikut-pengikutnya?

Nik Aziz sebenarnya berselindung di sebalik majlis tersebut untuk bertemu Pengerusi Kebangsaan Dap itu atas alasan mengeratkan kerjasama politik di antara Pas dan parti cauvinis Cina itu.

Di permukaan penyokong-penyokong kedua-dua parti seolah-olah melihat wujud perpaduan erta serta kefahaman yang mendalam antara Pas dan Dap.

Bagaimanapun jika diteliti dengan lebih dekat apa yang berlaku adalah hanya wayang kulit yyang dimainkan oleh Nik Aziz dan Karpal.

Semua yang ada mata dan telinga serta fikiran yang waras sedar bahawa terdapat perbezaan yang kronik dan serius antara mereka.

Perselisihan faham antara Pas dan Dap melebar bukan sahaja setakat perbezaan ideologi tetapi landasan perjuangan yang amat berbeza.

Tidak ada persamaan antara kedua-dua buah parti kecuali permusuhan dan kebencian mereka terhadap UMNO dan Barisan Nasional tetapi selain daripada itu, perkahwinan politik mereka adalah seperti gandingan ayam dan itik.

Jadi agak hebat juga lakonan dua orang yang umur gabungan mereka berjumlah lebih 150 tahun atau satu setengah abad!

Kerjasama Pas dan Dap pada hakikatnya adalah seperti retak menunggu belah kerana bila-bila masa sahaja lagi apabila Pilihan Raya Umum ke 13 diumumkan Perdana Menteri, imej hipokrit dan bermuka Pas dan Dap sesama sendiri akan terdedah akhirnya kepada rakyat.

Isu yang bakal meranapkan ikatan Pas dan Dap malah kerjasama dengan PKR juga adalah kalimah ALLAH yang sehingga masih tidak selesai dan tidak akan selesai kerana masing-masing memperjuangkan ideologi politik yang berbeza sekali.

Pas dengan 'Negara Islam' yang sudah di turun taraf kepada 'Negara Kebajikan' sementara Dap pula dengan agenda anti-Islam dan anti-Melayunya manakala PKR pula hentam apa sahaja termasuk liberalisme, pluralisme dan LBGT.

Jadi Pakatan Rakyat yang digembar gemburkan sebagai pengganti BN sebagai kerajaan persekutuan pada realitinya hanyalah kumpulan parti carca marba yang tidak ada halatuju dan destinasi yang ingin disasarkan.

Dalam bahasa Inggeris kerjasama yang tidak secocok dan tidak sepadan ini dipanggil 'marriage of convenience'.

Ini kerana mereka hanya sanggup tidur sebantal walaupun mimpi lain-lain disebabkan berkongsi motif yang sama iaitu untuk berebut kuasa, jawatan dan pangkat.

Selalunya mana-mana kerjasama politik yang berteraskan kepada perkahwinan jenis ini tidak akan kekal lama.

Mereka diibaratkan sekumpulan perompak atau pencuri yang bergabung tenaga dan kemahiran untuk merampas harta yang banyak.

Sebaik sahaja misi mereka berjaya, maka mulalah masing-masing berkomplot untuk membunuh ahli-ahli geng yang sama-sama berusaha untuk melakukan rompakan itu.

Akhirnya ahli-ahli kumpulan perompak itu akan berbunuhan sesama sendiri dan hasil rompakan mereka pun dinikmati pihak lain.

Apa pun lakonan yang dipamerkan oleh Nik Aziz dan Karpal ltempoh hari langsung tidak meyakinkan orang ang berakal.

Hanya penyokong yang taksub dan buta hati sahaja yang tersenyum dan riang gembira betapa eratnya kedua pemimpin itu.

Tanpa diketahui Nik Aziz dan Karpal sudahpun mengeluarkan pisau yang terselit di belakang untuk menikam sekutu sendiri.

Nota:
Artikal di atas adalah email yang Demang terima dan disiarkan di blog Waadat ini tanpa sebarang pengubahsuaian.

Harap maklum.

Monday, February 4, 2013

Rahsia MB terbongkar





Demang terima email daripada seseorang siang tadi.

Oleh kerana trend masyarakat sekarang ialah dedahkan saha biar rakyat menilai maka Demang paparkan di blog waadat ini.

Demang juga meniru konsep yang dipopularkan pembangkang iaitu jika ia tidak benar, buat apa nak takut?

Jom baca dan jika ingin kepastian, hubungi Khalid sendiri.

"Penyalahgunaan kuasa dan penipuan yang dilakukan oleh Tan Sri Khalid semasa pembentangan kertas putih berkaitan transaksi penyelesaian hutang Talam akhirnya dibongkar dan didedahkan oleh Kumpulan Hartanah Selangor Berhad, anak syarikat tersenarai negeri Selangor sendiri."

"Kertas putih yang dibentang oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akhirnya memerangkan dan membuka pintu untuk siasatan lanjut yang boleh meletakkan kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim di dalam keadaan yang serius berikutan dari penyalahgunaan kuasa beliau sebagai menteri besar di dalam penyelesaian isu hutang Talam yang melibatkan aset dan wang milik kerajaan negeri (WANG RAKYAT) berjumlah lebih daripada RM600 juta."

"Penyalahgunaan kuasa dan penipuan fakta semasa membentangkan kertas putih penyelesaian hutang Talam ini disahkan sendiri oleh anak syarikat kerajaan negeri Selangor, syarikat tersenarai Kumpulan Hartanah Selangor Berhad kepada Bursa Saham pada 28 November 2012."

"Pengumuman kepada bursa saham oleh anak syarikat milik negeri Selangor jelas memperlihatkan dengan nyata bahawa anak syarikat kerajaan negeri Selangor sendiri tidak dapat menanggung dosa dan bersekongkol dengan menteri besar dalam penyalahgunaan kuasa dan manipulasi harta serta wang rakyat Selangor."

"Kesalahan dan penipuan yang dilakukan oleh menteri besar businessman ini tidak lagi dapat dirahsiakan lagi oleh Kumpulan Hartanah Selangor Berhad dan mengumumkan penyiasatan awal kepada bursa Malaysia untuk pengetahuan pemegang-pemegang saham KHSB."

"Kumpulan hartanah Selangor telahpun melantik juruaudit bebas kononya AKN Arif yang merupakan sabahat kepada Raja Idris dan penyokong kuat PAS untuk mengaudit transaksi penyelesaian hutang Talam yang dilaksanakan oleh Menteri Besar Businessman."

"Daripada siasatan awal juruaudit bebas dan seperti yang diumumkan oleh KHSB, terdapat banyak keraguan dan pelanggaran undang-undang dalam transaksi tersebut."

"Lebih memeranjatkan, laporan juruaudit AKN Arif adalah bertentangan dengan pengesahan dan endorsement oleh KPMG yang dilantik oleh Menteri Besar Businessman sendiri untuk mengaburi mata rakyat Selangor yang kini didapati menyesal menukar kerajaan pada tahun 2008 di dalam penyalahgunaan kuasa beliau di dalam penyelesaian isu hutang Talam ini."

"Rumusan daripada laporan yang bertentangan dengan juruaudit bebas yang diantik oleh KHSB, Menteri Besar Businessman serta juruaidt KHSB iaitu Ernst & Young, pihak berkuasa iaitu Suruhanjaya Sekuriti dan SPRM telah memulakan siasatan menyeluruh untuk mendapatkan fakta dan bukti-bukti sahih bagi mengambil tindakan di bawah bidang kuasa masing-masing bagi melindungi kepentingan pemegang saham KHSB serta harta dan wang rakyat Selangor yang melebihi RM 600 juta."

"Penipuan fakta semasa membentangkan kertas putih tersebut adalah sesuatu yang dijangka oleh banyak pihak bagi melindungi PENYALAHGUNAAN KUASA beliau sebagai Menteri Besar Businessman dalam isu penyelesaian hutang Talam ini tetapi lebih memeranjatkan, fakta siasatan awal AKN Arif yang mengesahkan penipuan dan penyalahgunaan kuasa beliau di dalam transaksi ini diumumkan untuk pengetahuan rakyat oleh KHSB sendiri."

"Mereka telah memanipulasikan elemen teknikal dan perakaunan bagi mengelirukan rakyat."

"Kebodohan Menteri Besar Businessman semakin terserlah, walaupun kertas putih tersebut adalah sampah Menteri Besar Businessman tetap membentangkan sampah kepada rakyat bagi membodohkan rakyat."

"Timbul persoalan di sini sama ada Menteri Besar Businessman itu faham isi kandungan kertas putih tersebut ataupun sebaliknya."

"Mungkin juga Menteri Besar Businessman dipaksa untuk membaca dan membentangkan kertas putih tersebut oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan mungkin PAS mungkin DAP? Siapa sabotaj Menteri Besar Businessman ini?"

Tunggu pendedahan seterusnya …..

Malasnya nak buat homework


Beberapa malam lalu Demang secara kebetulan menonton filem di Astro mengenai misteri sebuah hotel. Kesahnya memang menarik tetapi bukan itu yang nak Demang kongsikan.

Demang tertarik dengan persediaan watak utama yang berlakun sebagai penulis buku misteri. Sebelum tiba di hotel 'berhantu' itu beliau telah membuat sedikit kajian. Hal tersebut disentuh terus oleh pengurus hotel yang memuji beliau sebagai 'rajin membuat homework'.

Ya. Kata kuncinya ialah 'homework'.

Sebut tentang 'homework' rata-rata murid dan bekas murid di Malaysia tau istilah tersebut bahkan ramai juga yang fobia dengannya.

Maklumlah, murid yang tidak menyiapkan homework akan didenda dan adakalanya teruk juga.

Namun homework yang difahami murid dan pelajar negara kita agak berbeza dengan homework dalam cerita tersebut. Bahkan dalam kebanyakan bidang profesional termasuk di Malaysia, homework yang dipraktis tidak sama dengan homework yang diberi guru sekolah.

Demang fikir sudah sampai masanya para guru menukar konsep homework supaya lebik dinamik dan relevan dengan keperluan pembelajaran dan implementasinya.

Homework berupa latihan selepas sesuatu topik diajar tidak begitu sesuai dan agak membosankan. Adalah lebih menarik dan mencabar jika murid diminta melakukan homework berdasarkan topik atau isu yang akan dipelajari esoknya.

Tidaklah murid tercengang-cengang mendengar topik baru malah guru akan dapati pelbagai soalan baru yang guru tidak jangkakan akan diutarakan murid.

Dengan itu para guru pun terpaksa membuat homework terlebih dahulu.

Internet kan ada!

Sunday, February 3, 2013

Orang kuat PAS masuk UMNO


Mustahilkah Nik Aziz atau Hj Hadi masuk UMNO atau Najib Razak menyertai PAS?

Dato Mohd Asri Muda adalah Presiden PAS yang cukup kuat menentang UMNO. Namun akhirnya beliau menyertai UMNO pada 1988.

Lebih kurang 10 tahun kemudian Anwar Ibrahim yang pernah menjawat Timbalan Presiden UMNO dan cukup kuat menghentam PAS dipecat dan kini menjadi ketua pembangkang.

Kini roda berputar lagi. Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang pernah menjadi Timbalan Presiden PAS dan Setiausaha Agung parti itu sedang dalam persimpangan samada terus kekal bersama PAS atau berpindah ke parti UMNO.

Jika rajin membuka catatan sejarah negara, anda akan temui banyak lagi nama yang berpindah-silang parti politik. Ia bukan sahaja berlaku dalam PAS dan UMNO malah dalam DAP dan MCA juga.

Maka janganlah dicampuraduk antara politik dengan aqidah. Janganlah juga terlalu cepat membuat hukuman. Persepsi dan fahaman bukan sahaja boleh berbeza malah ia boleh bertukar arah 365 darjah.

Sederhanalah. Bukankah itu yang Rasulullah ajarkan kita?

Friday, February 1, 2013

Manipulasi Wikipedia



Maksud ketelusan media dalam kamus pembangkang ialah memanipulasi semua media sebagai alat propaganda.

Cuba buka wikipedia bahasa Melayu dan lihat muka depannya seperti di atas. Apa perlunya berita demonstrasi dalam wikipedia? Semasa Demang aktif di wiki tersebut, tiada pun ruangan begitu.

Cuba klik dan lihat apa ada di dalamnya?

Demang lihat tadi, antara isunya ialah 'selamatkan felda'.

Nak selamatkan apa? Perkampungan Felda pun tak pernah masuk!

Takkan lah nak menang pilihanraya punya pasal, tipu pun boleh!

Bagaimana agaknya jika menang nanti?

Kemudian cuba klik pada

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)