Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, March 7, 2013

Ramainya pakar perang


Demang terpegun membaca respon dan komen orang ramai dalam isu di Lahad Datu.

Semuanya hebat-hebat belaka. Mereka memberi pelbagai cadangan dan idea.

Ramai yang berlagak macam pakar.

Itulah keunikan media maya.

Pagi semalam Demang berhenti minum di sebuah warung. Sambil menanti hidangan, sempat bertanya khabar teman-teman sekampung yang kini bertebaran di seluruh negara.

Sempat juga berbual dengan sepupu -sepupu yang jauh di mata, kedua-duanya melalui Whatsapp.

Dalam pada itu, tidak lupa mengucap salam pada lebih 13 ribu teman fb Demang.

Hebatnya komunikasi di milineum ini. Sesuatu yang pernah dibayangkan suatu ketika dulu.

Sebelum ini kita ada zaman bijih timah, zaman, getah, zaman plastik, dan kini zaman IT.

Dalam zaman IT, orang cari makan pun melalui IT. Penguasa IT mampu menjadi penguasa dunia.

Penipu dan penyangak pun bergerak dalam ruang cyber.

Hidup di zaman ini seperti hidup dalam cermin lut sinar. Semua boleh ditonton. Ketelusan!

Justeru ramai yang mendesak kerajaan menyiarkan semua peristiwa. Kalau boleh setiap gerak geri anggota pertahanan negara perlu disiarkan.

Akhirnya, pengganas dengan mudah membaca strategi kita.

Wednesday, March 6, 2013

Telur nan sebiji

U ulang I saman



Ada iklan di radio yang bermaksud:
Jika ada telur sebiji, nak dimasak untuk dimakan atau dieram supaya membiak?

Tujuan iklan tersebut ialah menyuruh orang ramai melabur.

Demang setuju bahawa pelaburan itu penting tetapi mestilah mengambil kira keperluan lain.

Paling penting, adakah keperluan asas semasa telah dipenuhi? Contohnya, sudah makankah? Jika telur itu mahu dieram, bila hasilnya boleh dimakan?

Demang setuju dengan ASN ketika dimulakan Tun Mahathir dulu. Laburkan lebihan wang atau sebahagian kecil daripada simpanan.

Pihak yang bertanggungjawab perlu peka dengan skrip iklan yang mahu disiarkan.

Demang rasa eloklah kesilapan tersebut jangan diulang. Bak kata seorang lelaki yang pernah Demang kagum:

"U ulang I saman"

Jangan sorok sebahagian lagi kebenaran


Demang bersetuju bahawa semua rakyat Malaysia yang berhak mengundi juga berhak mengundi siapa sahaja.

Demang juga bersetuju bahawa tulisan di atas adalah benar tetapi penulis telah menyembunyikan sebahagian lagi kebenaran iaitu kita wajar menghargai pihak yang telah melaksanakan janji mereka dan berjaya membawa kemakmuran pada negara.

Justeru adakah tidak wajar kita memberi kredit kepada mereka atas sumbangan yang telah mereka lakukan?

BN telah melaksanakan sebaik mungkin tangungjawab mereka manakala PR baru berjanji. Malah janji mereka agak longgar dan mudah dipertikai.

Contohnya, memberi bantuan pendidikan percuma hingga ke universiti itu adakah melibatkan yuran, pengurusan universiti dan bahan sahaja atau termasuk duit poket?

Kalau duit poket tidak ada, nak minta pada siapa untuk perbelanjaan makan, minum, dan keperluan lain!

Tidakkah jika perbelanjaan pendidikan ditambah ia akan menjejaskan perbelanjaan untuk rakyat lain yang tidak bersedia belajar di universiti?

Melalui PTPTN, pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi perlu membiayai sendiri perbelanjaan. Dengan itu ibu bapanya pun dapat menyalurkan perbelanjaan pada adik beradik lain yang juga memerlukan wang.

Sistem biasiswa percuma telah pernah dilaksanakan di Malaysia selama berpuluh tahun dan hanya menguntungkan sebahagian kecil pelajar yang 'excellent'.

Pelajar macam Demang terpinggir. Demang masih beruntung kerana masuk maktab dan mendapat elaun manakala ramai rakan (90%) terpaksa bekerja di kilang-kilang.

Adilkah biasiswa percuma?

Lebih mengecewakan apabila pemegang-pemegang biasiswa ini bersikap sombong dengan pencapaian mereka dan tidak mahu bercampur masyarakat bawahan.

Jika ada kenduri kendara, perjumpaan belia, mesyuarat UMNO, gotong royong; batang hidung mereka memang tak nampak.

Apabila muncul media sosial maya seperti sekarang, golongan ini sibuk mengomel dan merungut.

Mereka sangka mereka cerdik sangat padahal dapat biasiswa pun kerana usaha yang dibuat oleh UMNO yang.mereka caci.

Memang dasar tak tau dek untung.

Tuesday, March 5, 2013

Tarikh luput


Demang tidak hairan apabila survey terkini menunjukkan BN akan menang dengan majoriti yang lebih baik dalam PRU13 nanti.

Sebenarnya, marah rakyat pada UMNO hanyalah marah-marah sayang. Ertinya, marah kerana sayang.

Geram rakyat pada UMNO adalah kerana terdapat individu yang tidak memahami perjuangan UMNO tetapi sekadar cari kemewahan melalui UMNO.

Perkara ini bukan baru dan Anwar amat sedar. Kenapa? Sebab Anwar sendiri sebahagian daripada UMNO.

Masalah pemimpin muda UMNO yang hidup mewah secara mudah melalui UMNO memang Anwar tahu sangat sebab sebahagian besarnya adalah anak muda didikan Anwar sendiri.

Justeru apabila Anwar tersingkir, dia tahu di mana punca masalah dan dengan segera mengeksploitasinya.

Tugas Anwar tidak sukar. Dia hanya perlu menambah bahan bakar ke dalam bara api. Apinya memang sudah ada. Rakyat memang dah lama geram dengan budak-budak yang asyik membontoti Anwar demi kemewahan.

Contohnya... Tak payah beri contoh lah. Nanti ramai pula yang terasa sebab sebahagiannya dah meninggalkan Anwar sekarang. Yang masih ada, semua orang masih boleh lihat sekarang. Masih mewah walaupun Anwar dah tak jadi TPM.

Itu sebabnya apabila dia dipecat, Anwar beri amaran keras bahawa dia akan heret semua orang UMNO tersebut bersamanya.

Formula Anwar ialah kalau dulu senang bersama maka masa susah kenapa dia sorang kena tanggung?

Rakyat pula mengambil kesempatan ini untuk melepaskan geram dan menuntut macam-macam. Rakyat tahu bahawa dalam keadaan kerajaan sedang tertekan, banyaklah keuntungan yang akan kerajaan keluarkan. Kerajaan terpaksa kerja siang malam!

Rakyat memang bijak.

Dan rakyat pun sedar, Anwar hanyalah alat untuk memberi tekanan pada kerajaan. Alat tidak penting. Sampai masa alat yang dah sampai tarikh luput perlu dibuang.

Anwar tahu tentang itu. Sejak dia dipecat, sudah dua PM letak jawatan. Rakyat nak yang baru. Anwar bukan baru.

Yang baru ialah Najib.

Monday, March 4, 2013

Landing time untuk anwar


Melihat kepak pesawat yang terhenggut-henggut berlaga awan pekat membuat dada Demang turut bergetar.

Walaupun bukan penerbangan pertama namun risau tetap ada.

Demang maklum, kejuruteraan membina pesawat tidak sekadar menyediakan jentera yang boleh terbang malah ia mesti kekal utuh ketika berada di atas awan.

Bahkan, pesawat tersebut mestilah boleh kembali turun ke bawah dan mendarat dengan selamat.

Namun manusia bukannya pesawat. Manusia ada emosi. Lebih dari itu, manusia ada ego tersendiri. Apatah lagi jika ia berkait dengan maruah.

Demi maruah, manusia sanggup mati.

Ego inilah yang menyebabkan Anwar terus menentang kerajaan hingga kini.

Bukan hanya Anwar yang akan bertindak begitu. Demang percaya, para penyokong UMNO pun tidak akan duduk diam jika kalah.

Sebagaimana pembangkang sebelum ini yang menyerang kerajaan dalam semua isu (termasuk mempolitikkan kematian), maka itu juga yang akan dilakukan pembangkang baru nanti.

Sampai bila kita mahu hidup porak peranda begini?

Demang kagum dengan Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, Rahim Tambi Chik, Tun Ghafar, Tun Mahathir, dan Tun Abdullah yang akur dengan kehendak rakyat untuk meletakkan jawatan walaupun mereka juga sebenarnya belum bersedia berbuat demikian.

Demang fikir sudah sampai masanya rakyat menggunakan kuasa undi untuk menyingkirkan terus Anwar Ibrahim, isteri, anak, dan sahabat karib serta anak didiknya dari arena politik.

Pemimpin datang dan pergi.

Jika Tun Mahathir yang hebat dan bertanggung jawab menaikkan nama Anwar boleh disingkir, apa ruginya kita membuang Anwar pula?

Najib sudah membuktikan bahawa beliau mampu meneruskan kepimpinan negara. Najib tidaklah sempurna namun dia memang boleh diharapkan. Lihat bagaimana Najib menarik kembali sokongan rakyat walaupun menghadapi cabaran dan ujian yang amat dahsyat.

Lain lah jika Najib macam Paklah!

Sunday, March 3, 2013

Cadangan mansuhkan PTPTN


Demang terkedu juga apabila membaca salah satu janji PR dalam manifesto mereka iaitu menghapuskan hutang PTPTN dan seterusnya memberi pendidikan percuma pada semua pelajar hingga ke universiti.

Sekali imbas cadangan tersebut memang molek. Maklumlah, rakyat dapat percuma!

Namun Demang terfikir kenapa kita perlu sara pelajar hingga ke universiti? Adakah semua orang layak ke universiti? Perlukah semua orang ke universiti?

Bagaimana dengan anak-anak kita yang tidak ke universiti atau mana-mana institusi kemahiran? Apa pula bentuk ganjaran atau saraan untuk anak muda yang mula bekerja ketika rakan sebaya yang lain diberi wang untuk melanjutkan pelajaran?

Adakah peruntukan elaun khas untuk mereka pula?

Atau, lanjutkan sahaja usia persekolahan wajib kepada semua rakyat Malaysia? Setiap anak Malaysia wajib ke sekolah hingga usia 23 tahun dan semua perbelanjaan ditanggung kerajaan?

Para pemimpin PR sudah tentu orang yang cerdik. Kalau tak cerdik manakan boleh jadi pengaruh orang. Sicerdik tak semestinya baik.

Mereka sudah tentu tahu realiti ini.

Kalau mereka tahu realiti, kenapa mereka berjanji begitu? Kenapa mereka perlu menipu?

Orang yang terdesak atau berkepentingan memang sanggup menipu.

Adakah Anwar terdesak?
Adakah Anwar berkepentingan?

Menguruskan budget negara ialah mengagihkan wang bukannya mencetak wang.

Dalam mengagihkan wang sudah tentu jika diberi kepada orang ini maka orang itu pula melepas. Jika orang itu dapat banyak maka orang ini dapat sikit.

Nanti ada pula yang berkata, Anwar Ibrahim akan cari wang banyak-banyak dan agihkan sama banyak pada rakyat.

Demang nak tanya, adakah Anwar Ibrahim itu tuhan?

Demang soal begitu sebab sebelum Anwar Ibrahim dan buaya-buaya lapar di sekelilingnya keluarkan janji merapu itu, puak sosialis dan komunis yang jauh lebih hebat telah pernah mencubanya.

Mereka telah diberi peluang untuk membuktikannya oleh rakyat namun akhirnya semua gagal.

Lihat sahaja Soviet Union, China, dan lain-lain.

Ketahuilah bahawa sistem yang PR mimpikan itu telah pernah dilaksanakan di dunia ini dan telah dibuktikan GAGAL!

Sanggupkah kita mencuba teori yang terbukti salah itu dilaksanakan di negara kita?

Al-fatihah pada perajurit yang terkorban di Lahad Datu. Takziah pada keluarga mereka.

Adakah Thian Chua mempunyai saudara mara yang menjadi tentera?

Saturday, March 2, 2013

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)