Demang terpegun membaca respon dan komen orang ramai dalam isu di Lahad Datu.
Semuanya hebat-hebat belaka. Mereka memberi pelbagai cadangan dan idea.
Ramai yang berlagak macam pakar.
Itulah keunikan media maya.
Pagi semalam Demang berhenti minum di sebuah warung. Sambil menanti hidangan, sempat bertanya khabar teman-teman sekampung yang kini bertebaran di seluruh negara.
Sempat juga berbual dengan sepupu -sepupu yang jauh di mata, kedua-duanya melalui Whatsapp.
Dalam pada itu, tidak lupa mengucap salam pada lebih 13 ribu teman fb Demang.
Hebatnya komunikasi di milineum ini. Sesuatu yang pernah dibayangkan suatu ketika dulu.
Sebelum ini kita ada zaman bijih timah, zaman, getah, zaman plastik, dan kini zaman IT.
Dalam zaman IT, orang cari makan pun melalui IT. Penguasa IT mampu menjadi penguasa dunia.
Penipu dan penyangak pun bergerak dalam ruang cyber.
Hidup di zaman ini seperti hidup dalam cermin lut sinar. Semua boleh ditonton. Ketelusan!
Justeru ramai yang mendesak kerajaan menyiarkan semua peristiwa. Kalau boleh setiap gerak geri anggota pertahanan negara perlu disiarkan.
Akhirnya, pengganas dengan mudah membaca strategi kita.
1 comment:
Orang kita Cg Man,
lama dah aman, peristiwa 13 mei pun ramai yang tak merasai kesannya - itulah generasi muda, generasi subsidi, yang tahu dan nampak ataupun asik dengar perang dari negara lain.
Dan orang kita ni, ramai peminat cerita perang. Band of brothers, The Pacific, Rambo la, Platoon la, perang tu perang ni, terpengaruh dengan propaganda USA yang hakikatnya mereka kalah pada perang tersebut, lebih2 lagi D-Day masa WW2 lawan Nazi.
Juga orang kita terpengaruh dengan game, macam-macam game perang ada, siap boleh susun askar, hantar kereta kebal dulu, lepas tu tembakan meriam, hantar dron, jet pejuang baru hantar askar.. taktikal tu. Di sinilah orang muda kita pandai dari segi taktikal perang, sampai boleh komplen prajurit kita di Sabah sana.
Alahai orang kita.
Post a Comment