Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, March 11, 2013

Setiausaha politik mp pkr buat laporan polis

Nampaknya isu surat kepada Hj Hadi yang ditulis Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang Mohd Fareez Kamal bagi mengadu masalah dalaman PKR sudah menjadi besar.

Ini berikutan timdakan beliau membuat laporan polis semalam kerana bombangkan keselamatan diri.

Bukan mudah seseorang nak ambil keputusan untuk buat laporan polis kalau tidak benar-benar terpaksa.

Nampaknya kemelut dalaman PKR sudah sukar dibendung. Semua yang disorok selama ini telah bocor di sana-sini.

Adakah PKR akan mengulangi tradisi parti serpihan UMNO sebelum ini iaitu Semangat 46 (S46) yang begitu hebat pada mulanya sehingga berjaya menawan Kelantan akhirnya hancur dan pupus daripada arena politik negara?

Tanda-tandanya sudah banyak!

Sunday, March 10, 2013

Suaram biaya penceroboh?



Demang sedar tuduhan di atas amat berat.

Hal ini kerana yang dituduh ialah Suaram, satu badan yang gagah dari segi keanggotaan dan dana.

Lainlah kalau yang dituduh itu bernama Saiful yang memgadu diliwat Dato Seri Anwar Ibrahim.

Opss.. Jangan saman Demang. Demang tak ulang.

Demang rasa Papagomo yang patut disaman sebab dia yang siarkan kenyataan tersebut tadi.

Walaupun Papagomo bukan berstatus Dato Seri tapi dia ada audiens yang besar. Berjuta orang membaca blognya setiap hari.

Kalau Suaram tak berani ambil tindakan, bermakna kenyataan tersebut benar.

Cuma Demang nak ingatkan Gomo. Suaram ini licik dan panjang akalnya. Mereka boleh saman atas perkara lain dan apabila sabit kes, mereka akan kata: kami dah saman Papagomo dan kami menang di mahkamah.

Samalah seperti 'kemenangan' Anwar dalam kes-kes liwatnya. Yang didakwa lain, yang dibuktikan lain, dan yang dihebahkan dalam ceramah Anwar lain pula.

Kalau nak baca kenyataan tersebut lihat di:

[http://www.papagomo.com/2013/03/rm-2-juta-suaram-biayai-penceroboh-sulu.html

Saturday, March 9, 2013

Mata lebam, dendam, dan 3TA


Jika Demang diberi peluang menanyakan soalan pada Anwar, Demang nak tanya, kenapa matanya lebam?

Rasanya dengan mudah Anwar akan jawab, Ketua Polis Negara yang tumbuk.

Kenapa KPN (IGP) tumbuk? Adakah beliau memang suka tumbuk orang atau beliau mahu popular kerana berjaya menumbuk bekas TPM?

Demang rasa soalan tersebut perlu dijawab oleh Rahim Nor sendiri.

Kalau tanya pada Anwar, dia akan kata:

U ulang I saman.

Tumbukan padu pada mata bukan sahaja menyakitkan malah ia menimbulkan rasa marah dan boleh membawa pada dendam.

Kalau soalan pemberita pun Anwar marah sangat, takkan lah dengan mudah dia akan maafkan orang yang tumbuk matanya hingga lebam.

Sebenarnya bukan dengan Rahim Nor sahaja Anwar dendam.

Selain dendam, Anwar juga terjebak dalam teori '3 ta' yang popular dalam kalangan orang Melayu.

Demang percaya ramai yang faham maksud 3 ta iaitu harta, takhta, dan wanita.

Soal harta, ia adalah impian lumrah manusia normal. Mungkin Anwar tak hairan dengan harta tetapi tidak bagi Azlan (ayah Saiful).

Jika dah dilonggokkan wang di depan mata, siapa yang tak gelap mata?

Perkara takhta memang menjadi idaman Anwar sejak dulu.

Ta yang ketiga adalah untuk kata ganti bagi 'wanita'. Dalam kea Anwar, ia telah bertukar.

Berkenaan ayah Saiful Demang fikir kenyataan terbaru itu tak ada makna apa-apa sebab bukan dia yang 'kena'.

Kecuali jika dia pasang cctv kat belakang Saiful!

Kenyataan hassan ali tentang bapa saiful

Kecoh pagi semalam apabila bapa kepada bekas pembantu Anwar yang mendakwa diliwat majikannya itu tiba-tiba mengadakan sidang media mendakwa pengakuan anaknya sebelum ini adalah konspirasi politik.

Agak lama rakyat Malaysia tidak mendengar istilah konspirasi. Nampaknya Anwar ingin mencuba nasib sekali lagi melalui istilah yang dianggap bertuah itu.

Bagi Demang kenyataan bapa Saiful itu tidak membawa makna apa-apa kerana dia hanya mengatakan 'dia percaya'. Lainlah jika dia berkata 'saya sendiri mengetahui dengan jelas' atau 'saya ada bukti'.

Setidak-tidaknya lelaki itu perlu bersumpah sebagaimana yang dilakukan anaknya ketika mendakwa Anwar.




Berikut adalah kenyataan media Datuk Dr Hasan Ali yang dikeluarkan hari ini berkenaan perkara ini:

Kenyataan Azlan Mohd Lazim, bapa Saiful Bukhari yang memohon maaf kepada Ketua Umum PKR mendakwa bahawa anaknya dipergunakan untuk memfitnah Anwar Ibrahim bagi sesetengah pihak tidaklah memeranjatkan. Umum mengetahui Anwar Ibrahim sedang menghadapi antara masalah politik terbesar yang kini membelenggu pemikiran dan perjalanan halatuju politik beliau.

Kegagalan beliau memperoleh pengesahan daripada perwakilan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam baru-baru ini menjadi tamparan yang sangat hebat dalam karier politik beliau. Selain daripada itu PAS yang terus menerus mempertahankan keputusan Parti Islam itu untuk tidak menamakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri telah betul-betul menusuk saraf politik impian Perdana Menteri Pakatan itu. 

Kenyataan bapa Saiful Bukhari boleh dilihat sebagai salah satu usaha terdesak diperingkat akhir yang perlu dipergunakan peluang yang ada dengan sepenuhnya oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya untuk mengolah pandangan umum mengenai kegagalan Anwar memenuhi syarat-syarat menduduki kerusi Perdana Menteri.

Antara lain syarat itu ialah bersih daripada sebarang salah laku moral yang kemudiannya boleh dipalitkan kepada Perdana Menteri yang akan menjadi Ketua Eksekutif kepada sebuah Negara yang 65% penduduknya beragama Islam. Corak penduduk sedemikian yang majoriti beragama Islam semestinya tidak akan berkompromi dalam persoalan moral melibatkan pimpinan negara apalagi yang dikaitkan dengan seorang Perdana Menteri.  

Bapa Saiful Bukhari yang dikenali sebagai manusia yang menghadapi seribu satu masalah melibatkan diri dan keluarga adalah merupakan di antara jalan keluar yang paling mudah untuk dipergunakan oleh Anwar dan konco-konconya. Kenyataan pusingan "U" Azlan itu bagi sesetengah pihak seperti yang disebut di atas memang sudah dijangka.

Namun keistiqamahan Saiful Bukhari sendiri sebagai pihak yang terlibat dilihat akan menyukarkan laluan yang dijangkakan terbuka luas untuk dieksploitasi oleh Anwar dan konco-konconya. Adalah jelas pertelingkahan keluarga dan kredibiliti bapa Saiful Bukhari yang boleh dipersoalkan oleh banyak pihak menjadikan jalan penyambung hayat politik Anwar Ibrahim tidaklah begitu meyakinkan.

Masyarakat yang mengikuti perbicaraan yang begitu lama dengan penangguhan puluhan kali sebenarnya telah letih dan jelak dengan mainan politik Anwar Ibrahim. Timbulnya gelagat bapa Saiful Bukhari yang terakhir ini bagi sesetengah pihak menjauhkan lagi sokongan mereka terhadap Anwar dan sebahagiannya pula sudah muak dan tidak bernafsu untuk mengikuti episod selanjutnya. 

Rakyat Malaysia sudah memahami hakikat mainan politik Anwar Ibrahim sejak tahun 1998 lagi. Rakyat disuapkan dengan pelbagai telatah politik yang memualkan dan apa yang disaksikan hari ini tidak lain daripada gandingan lakonan sandiwara politik yang sebenarnya tidak laku lagi untuk dipentaskan. 

Bagi setengah pihak masalah moral Anwar Ibrahim tidak akan ada jalan penamatnya. Tutup di kepala ekor pula yang terbuka. Tutup di ekor kepala pula yang terbuka. Begitulah ibarat kisah moral Anwar Ibrahim. Seperti yang diketahui deretan episod melibatkan moral orang yang akan dijadikan Perdana Menteri oleh Pakatan Rakyat lambat laun akan menemukan buku dengan ruas.

Pepatah juga mengatakan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah juga jatuhnya. Pepatah ini dicipta oleh pendita-pendita terdahulu sudah tentunya mempunyai kebenarannya yang tersendiri dan dalam konteks dunia moden kini barangkali rakyat Malaysia boleh lebih awal membuat dugaan siapa yang bakal menjadi tupai tersebut. 

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI 
Presiden JATI Malaysia 
Taman Tun Dr Ismail, KL 

Dipetik daripada papagomo.com

posted from Bloggeroid

Friday, March 8, 2013

Respon terbaru saiful bahari

Surat su wanita pkr kepada hj hadi tentang anwar


Surat di atas disiarkan portal sensasi Malaysia Kini yang dimiliki Raja Petra Kamarudin.

Berikut adalah teks yang ditaip semula:

YB Tuan guru Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang
Pejabat Agung PAS Pusat
No. 38-A Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur 

4 Mac 2013

Saya Mohd Fareez Kamal Intidzam, 890625-10-5273, mengakui bahawa saya adalah seorang ahli parti keadilan rakyat dan merangkap selaku Setiausaha Politik kepjada YB Zuraida Kamaruddin (Ahli Parlimen Ampang / Ketua Wanita Keadilan) sejak tahun 2008.

Saya juga mengakui bahawa mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, (Ketua Umum Keadilan) di mana sejak tahun 2008 saya dan Anwar amat dicemburui oleh isteri beliau, dan anaknya Nurul Izzah Anwar.

Maka saya dengan ini meminta jasa baik tuan guru untuk menyelamatkan plihanraya ini dari sikap negative Wan Azizah dan Nurul Izzah yang mahu menghancurkan sesiapa sahaja yang dilihat rapat dengan Anwar Ibrahim.

Saya berpendapat hanya tuan Guru seorang sahaja, selaku Presiden Pas yang mampu mendesak Wan Azizah untuk undur diri dari jawatan Presiden sebelum menjelang PRU13. Lagipun wan azizah tidak boleh bertanding Parlimen, maka apa gunanya jadi Presiden jikalau tidak boleh bertanding kerusi parlimen. Ini sesuatu yang amat memalukan PR.

Ramai Ahli-ahli keadilan yakin dengan kewibawaan YB Azmin Ali yang dilihat memang layak dan mampu memimpin ke arah kecemerlangan PR pada PRU13.

YB Azmin seorang pemimpin yang lengkap dan tidak seperti Wan Azizah yang saya yakin semua pihak Pakatan akui, hanya sebagai proxy tanpa kewibawaan kepimpinan dan suka berpura-pura tidak tahu dalam perbagai perkara dan isu.

........

Demang nampak banyak kecelaruan dalam surat tersebut. Selain kecelaruan terhadap si penulis surat, tindakan Malaysia Kini menyiarkan surat yang ditujukan pada Presiden PAS itupun turut mengundang keliru.

Surat tersebut juga seolah tiada tujuan yang jelas dari segi tuntutannya. Siapalah Haji Hadi untuk menyelesaikan masalah dalaman keluarga Anwar Ibrahim sedangkan umum mengetahui Hadi dan Anwar bukanlah ngam sangat.

Malah untuk menasihati pimpinan PAS pun Hj Hadi selalu gagal.

Bagi Demang ini hanyalah mainan politik RPK semata-mata.

Mari kita tunggu dan lihat sambungan drama bersiri ini.

Thursday, March 7, 2013

Gerakan pemisah di Sabah satu permulaan


Wajarkah serangan tentera dilakukan ke atas pengganas di Lahad Datu?

Kalau ditanya pada Demang sekarang, Demang kata, wajar dan tak wajar.

Nanti, jangan serang Demang dulu.

Demang nak tanya, kenapa pemberontak yang rata-rata merupakan kumpulan serpihan sanggup menghantar nyawa untuk direnggut? Tidak tahukah mereka bahawa mustahil boleh menang berperang dengan sebuah negara yang lengkap dengan senjata canggih?

Mereka amat sedar tentang itu. Malah itu sebabnya mereka sudah siapkan lubang besar sebagai kubur bagi memudahkan rakan-rakan mereka mengebumikan mayat mereka nanti.

(itu andaian Demang tentang adanya lubang besar berisi mayat-mayat penceroboh. Wallahualam).

Kenapa pula Demang kata tidak boleh guna kekerasan ke atas mereka?

Bagi Demang apabila kita menggunakan kekerasan ke atas mereka maka kita sudah terjebak dalam kemelut yang amat panjang. Ia tidak boleh padam dalam masa yang singkat. Setidak-tidaknya ia tidak akan berakhir kurang daripada sepuluh tahun!

Lihat di Sempadan Thailand. Sudah berapa lama ia berlangsung? Padahal kawasan pergerakan tentera pemisah di situ amat sempit. Terkepung pula oleh dua buah negara berdaulat.

Namun hingga kini masih belum nampak penghujung!

Lihat pula di Acheh. Secara geografi Sabah lebih kompleks berbanding Acheh. Puak pemisah Acheh hanya mempunyai hutan manakala Selat Melaka agak sukar untuk melarikan diri. Jika ada pun lautan luas di sebelah utara dan barat daya yang terdedah.

Dalam keadaan begitu pun tentera kerajaan Indonesia tidak mampu melenyapkan gerilya Acheh sehinggalah datang bantuan tsunami.

(kalau di Malaysia, pembangkang akan kata tsunami itu pun terlibat dalam konspirasi UMNO!)

Pemberontak di mana-manapun biasanya mempunyai tekad yang bulat. Biasanya mereka meletakkan sasaran sekurang-kurangnya mendapat kuasa autonomi.

Walaupun mereka tidak boleh menang dalam satu peperangan namun mereka mampu mengacau secara berterusan sehingga kerajaan yang memerintah menjadi tertekan.

Walaupun mereka tidak kuat namun mereka tidak sentiasa lemah. Pada ketika kerajaan menghadapi masalah lain seperti tekanan pembangkang, ancaman luar, atau bencana alam (bukan di kawasan yang terlibat) maka secara relatif mereka menjadi kuat.

Intipati pada modus operandi mereka ialah istiqomah. Mereka membina sarang-sarang dalam bentuk perkampungan lengkap dan hidup secara bergenerasi.

Anak-anak dididik, dilatih, dan sentiasa dipersiapkan bagi menyambung perjuangan.

Mereka menyerang hendap orang awam secara berterusan dan melarikan diri dengan senyap. Tindakan ini dilakukan dalam jangkamasa yang lama sehingga kehidupan orang awam menjadi sukar dan akhirnya memberi tekanan pada kerajaan agar memenuhi tuntutan aktivis gerakan pemisah.

Puak pemisah sulu bergerak dari habitat asal mereka yang mereka sangat mahir segala selok beloknya. Sempadan yang ditandai di atas peta tidak pernah menjadi pemisah antara mereka dengan tanah Sabah.

Laut yang ditaburi pulau-pulau kecil bersempadankan Indonesia, Malaysia, dan Filiphina menjadi ruang penampan untuk mereka menyerang hendap dan kembali ke sarang yang sering bertukar lokasi.

Silap-silap ketiga-tiga negara tersebut pula yang saling tuduh menuduh dan berkelahi sesama sendiri.

Justeru konflik di Sabah ini bukan perkara remeh. Ia bukan sandiwara untuk dipentaskan dan jauh sekali untuk dijadikan umpan pilihanraya.

Jika tadi Demang katakan tidak wajar untuk berkeras namun pilihan kedua itu telah diambil. Demang fikir tindakan tersebut jikapun akibat tekanan daripada rakyat (bakal pengundi) namun ada rasionalnya.

Apabila ia telah dimulakan maka ia tidak boleh ditamatkan begitu sahaja.

Itulah sebabnya walaupun pihak penceroboh sudah mengumumkan gencatan senjata di pihak mereka namun kerajaan Malaysia tidak boleh menerima begitu sahaja.

Mahu tidak mahu saki baki penceroboh termasuk pengasas dan hirerkinya mesti dimusnahkan. Jika tidak, ia akan kembali bertunas, membesar, dan kembali aktif.

Demang percaya kerajaan melakukan tindakan setelah mengambil kira semua faktor, terutamanya berdasarkan situasi semasa dan kebaikan jangka panjang.

Perlu diingat, gencatan senjata dalam masa terdekat mungkin sekadar muslihat.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)