Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, October 14, 2014

Pesta arak untuk tarik pelancong?

Banyak lah mesej yang Demang terima semalam bertanya pendirian Demang tentang program minum arak beramai-ramai yang akan diadakan di Melaka tidak lama lagi.

Yang menariknya, pesta tersebut akan diadakan tak berapa jauh dari program Melaka Bersalawat.

Selagi belum pasti, tak beranilah Demang komen apa-apa. Samalah juga apabila Demang diberitahu minggu lepas bahawa MB Selangor akan membenarkan pesta yamseng (pesta arak) sempena promosi pelancongan.

Yang Demang heran, kenapa tanya Demang? Mungkin mereka fikir Demang ada dua pilihan iaitu boleh 'tidak bersetuju' dan boleh 'bersetuju'.

Kenapa mereka fikir begitu? Hukum arak ini ada khilaf ulama atau memang hukum mutlak?

Oo... mereka tanya sebab bukan orang Islam yang nak berpesta arak sebaliknya orang bukan Islam.

Kalau begitu, beginilah jawab Demang. Oleh kerana MB Selangor dan MB Melaka pun katanya dah bersetuju maka apalah sangat Demang yang cuma guru tadika ini.

Maknanya Demang TERIMA-lah keputusan kedua-dua pemimpin tersebut sebab telah terbukti mereka berdua memang jauh lebih CERDIK daripada Demang.

Kalau tidak cerdik masakan dapat jadi MB?

Cuma Demang nak terjemahkan perkataan yang Demang  gunakan tadi agar tidak berlaku salah faham dan fitnah pada Demang:

1) Demang TERIMA tetapi bukan bermakna setuju.

2) MB yang CERDIK bukan bermakna bertamadun. Orang Arab sebelum kedatangan Rasulullah SAW pun cerdik tetapi tetap dikatakan JAHILIYAH.

3) Arak dikategori sebagai maksiat dan punca maksiat. Orang yang minum arak adalah pelaku maksiat.

4) Perkara 3 dalam Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan yang membawa maksud Malaysia adalah negara Islam. Tidak ada istilah agama rasmi dan agama tidak rasmi dalam perlembagaan. Hanya ada SATU agama bagi Malaysia iaitu ISLAM.

5) Jikalau negara ini Islam maka bolehkah sesiapa dibenarkan melakukan maksiat yang diharamkan oleh agama negara ini?

Sepatutnya kita berusaha memperkemaskan lagi pelaksanaan hukum Islam di negara kita bukannya semakin merosakkannya.

Thursday, October 9, 2014

petrol naik gaji ahli parlimen naik tarif lektrik naik



Kali ini Demang akan menyentuh tiga isu semasa yang berlegar dalam media sosial dan di warung kopi.

Isu 1:
harga runcit petrol & diesel naik 20 sen setelah subsidi dikurangkan 20sen.

Bagi Demang ia adalah langkah bijak agar bantuan kepada rakyat miskin dan kemudahan awam dapat disalurkan lebih khusus pada penerima yang berhak. Ia juga sebagai langkah mendidik-paksa rakyat agar merancang perbelanjaan dengan lebih bijak.

Isu 2:
cadangan kenaikan gaji ahli parlimen.

Demang berpendapat ia juga bagus memandangkan sudah lama wakil kita itu tidak menerima kenaikan gaji. Jika dibandingkan negara jiran dan negara yang setaraf Malaysia, gaji pemimpin kita dikatakan amat rendah.

Isu 3:
kenaikan tarif elektrik.

Demang belum pasti samada ia perlu atau tidak. Mungkin warga TNB pun mahu tumpang sekaki apabila perkara 1 dan 2 di atas dinaikkan.

Sekali imbas ketiga-tiga isu di atas tidak ada masalah langsung namun kenapa ramai yang melenting?

Bagi Demang, jika rakyat tidak setuju maka pemimpin lah yang salah. Pemimpin bukan sahaja gagal memberi kefahaman pada rakyat bahkan gagal memimpin rakyat. Layakkah orang yang gagal memimpin masih digelar pemimpin?

Pemimpin adalah seseorang yang ditaati oleh pengikut tidak kira samada misi beliau betul atau salah.

Jika pengurangan subsidi bahanapi dikatakan untuk membantu rakyat yang lebih memerlukan 20 sen tersebut, kenapa disusuli dengan cadangan kenaikan gaji pemimpin? Rakyat bukan marah kerana subsidi berkurangan 20 sen tetapi rakyat mahu jelas ke mana wang terkumpul itu dibelanjakan?

Jika Demang pinjam wang anda RM100 dan tiba-tiba anda nampak Demang menukar sport rim baru untuk kereta sport Demang, bolehkah anda bertenang?

Isu kenaikan tersebut bukan soal wajar atau tidak tetapi kebersamaan dalam keadaan susah dan senang. Malaysia bukan dihuni para sufi dan wali yang sentiasa bersangka baik. Majoriti rakyat Malaysia adalah marhaen yang hanya faham sesuatu yang dilihat mata kasar dan dirasa secara fizikal.

Memanglah Demang ada baca bahawa cadangan kenaikan gaji tersebut tidak diteruskan namun kenapa buat cadangan tanpa berfikir baik buruk terlebih dahulu?

Demang lihat ada yang sedang mengacah-ngacah Najib dan sentiasa mengintai peluang. Mereka sentiasa memasang perangkap dan akan memasukkan jarum halus bagi menjayakan agenda masing-masing.

Jika Najib masih berminat menjadi pemimpin maka beliau perlu memastikan beliau memiliki team yang benar-benar setia, dan bukannya gunting dalam lipatan.


Monday, October 6, 2014

Saturday, October 4, 2014

najib bagi anwar lampu aladin

Demang di kampung sempena hari raya qorban. Sesekali balik kampung takkan nak ngadap hp lama-lama. apapun, mesej daripada media sosial ni menarik jugak.

Edisi salin & tampal 100%.

Baca tulisan Zulkifli Nordin...bagus direnung... Salam 2 all.

Saya mengenali Anwar & & pmbkg ini lebih 12 tahun. Saya duduk dlm inner circle dia dan insyallah boleh baca gerak fikir dia.

Anwar tahu 29 Okt dia akn naik landrover polis ke Sg Buloh. Dia sdg mencari2 isu utk menimbulkan kebencian rkyt trhdp PM & UMNO/BN dan dia sbg hero.

Dia dh sangkut sbb kesan perbalahan isu MB Sgor & PAS-DAP! Dia dh ada Krjn Sgor, dia dh ada dana berbillion, tp xde isu.

Tiba2 para penasihat & pakar strategi PM memberi dia talian hayat dgn isu kenaikan minyak.

Saya cukup yakin pmbkg akn mnggunakan semaksimum mgkn isu ini sbg built up kpd 29 Okt utk memburuk & memperlekeh PM.

1. Mrk akan beri label - Black 29!

2. Anwar & pmbkg akan guna sidang Parlm mulai mnggu dpn utk hentam PM semaksimum mgkn. Nanti mrk akan spin Anwar pasti dipenjara utk menutup mulut dia memprjuangkn nsb rkyt yg dizalimi BN;

3. Mrk akn mula atur demo kecil2an mulai mnggu ini utk built up;

4. Hari PM bentang bajet, mrk akan atur demo dpn Parlm utk malukan PM;

5. Masa PM nak bentang bajet, MP pmbkg akn pasang kain rentang & placard kutuk PM. Mrk akan buat kecoh. Ini akn disiar di CNN, BBC, Aljazeera. TV Sgor akn pancarkn secara langsung melalui internet TV;

6. Akhbr SlangorKu akan disebar sebanyak mungkin di seluruh Masjid & surau serta tempat2 awam memainkan isu petrol ini, disamping Red Bean Army & para cybertroopers pmbkg akan serang PM habis2an;

7. Saya tidak akn trkejut kalau MP pmbkg stage walk out masa PM bentang bajet;

8. DUN Sgor dbawah MB baru akan panggil sidang khas DUN mengutuk & menolak kenaikan harga petrol ini;

9. Setelah proses pembencian ini berlaku, mrk akn atur demo besar2an pd hari Jmt 24 Okt atau Sabtu 25 Okt di Dataran Merdeka, kemudian bergerak ramai2 ke KLCC HQ Petronas; saya yakin dgn dana yg banyak mrk kuasai skrg mrk mampu membuat sit-in demo mgkn hingga hari bicara Anwar.

10. Pd 28-29 Okt, mrk akn buat demo besar2an dpn Istana Kehakiman Putrajaya memaksa Anwar dibebaskan.

Semua ini yang minggu lepas nampak mustahil sudah boleh menjadi realiti krn kesan kenaikan harga minyak ini!

Anwar sudah diberi nyawa baru!

Sebab itu pada saya para penasihat & pakar strategi keliling PM ini samada terlalu naif, atau na'uzubillh sbg pengkhianat kpd PM.

Saya tahu ada mrk dlm grup ini akan terasa & mungkin juge mencebik bibir & exit drpd grup ini. Itu saya tidak boleh halang. 

Ttp sbg org yg benar2 mengenali Anwar, saya tahu bagi Anwar 29 Okt inj ialah "do or die battle". Pada unur 67 tahun, kena penjara lagi 5 tahun adalah paku terakhir keranda politik dan impian dia nak jadi PM.

Kita sedang berdepan dgn harimau tua yang cedera menunggu maut. Tiba2 kita bagi daging mentah fresh dgn darah masih menitik2 utk dia lapah!

Pasti dia akan terkam semau mungkin. Saya cukup yakin dlm otak Anwar skrg, daripada aku mampus, baik ngkorang yg mampus.

Bagi TYT, YAB, anggota kabinet, YB2, ahli MT, para pakar strategi & penasihat PM, dgrlh peringatan saya ini. Jgn nanti kata tuan1 budiman tidak diberi peringatan.

Tuan2 budiman sudah saya beri peringatan. Allah menjadi saksi yg saya telah sampaikan!

Wallahua'lam!

Adios amigos!

Zulkifli Noordin
Jumaat
09 Zulhijjah 1435
03 Okt 2014


Thursday, October 2, 2014

Minyak naik untuk apa?

Sah sudah berita pengurangan subsidi petrol (RON95) dan Diesel yang membawa implikasi: pengguna perlu menambah sendiri 20sen yang telah ditarik itu.

Ertinya, jika semalam Demang bayar RM2.10 bagi seliter petrol untuk motorsikal Demang maka hari ini Demang perlu keluarkan 20sen lagi daripada poket.

Oleh kerana tangki minyak motorsikal Demang boleh muat 3 liter maka Demang perlu tambah 60sen lagi berbanding semalam.

Walau bagaimanapun kerajaan masih menambah 84sen lagi untuk motorsikal Demang.

Tiba-tiba Demang teringat bos Demang yang memiliki tiga buah kereta. Jika sebuah kereta diisi 50 liter maka untuk 3 buah kereta memerlukan 150 liter. Jika semalam bos Demang dapat subsidi 20sen darab 150 liter maka hari ini beliau terpaksa keluar duit sendiri RM30 lagi.

Maknanya dengan kenaikan ini Demang terpaksa tambah 60sen setiap kali isi petrol manakala bos Demang kena tambah RM10 untuk sebuah kereta.

Ini juga bermakna, setiap kali Demang isi petrol, kerajaan hulur 60sen pada Demang dan sedekah RM10 pada bos Demang.

Berikut adalah mesej yang Demang terima melalui media sosial semalam.

Subsidi RON95 & Diesel:
Sedikit penjelasan.

1. Selama ini rakyat Msia samada yg kaya, sederhana & berpendapatan rendah mendapat subsidi RON95 & diesel tapi ramai yg kurang sedar kewujudan subsidi itu walau ada dimaklum di pam2 minyak.

2. Jumlah subsidi Kjaan utk RON95 & diesel thn lepas sahaja ialah rm24.8 billion & tahun ini sekitar rm21-22 billion. Purata rm2b sebulan!! Ini kerana ketika minyak tinggi harganya, subsidi seliter adalah juga tinggi antara 50-80sen seliter.

3. Bila ditarik subsidi 20 sen, maka RON95 berharga 2.30 seliter & diesel 2.20 seliter. Harga terkini sebenar di pasaran utk RON95 ialah 2.58 seliter, tapi harga Msia 2.30. Bermakna Kjaan masih beri 28 sen seliter subsidi. Utk diesel pula harga terkini sebenar 2.52. Harga Msia 2.20. Bermakna 32 sen masih lagi diberi subsidi oleh Kjaan.

4. Hampir rm2 ribu juta sebulan dibelanja utk subsidi bahan bakar yg tentunya "hangus terbakar". Rm2 ribu juta boleh bina 2 ribu dewan org ramai di 2 ribu kpg dgn harga rm1 juta sebuah dewan. Boleh bina 4 universiti sebulan dgn harga rm500 juta sebuah. (48 universiti setahun!!) Boleh bina 2ribu kilometer jalan kpg utk Sabah & Sarawak. Tapi semuanya tak boleh dibuat sbb kita beri subsidi utk RON95 & diesel.

5. Siapakah penerima terbesar subsidi rm2billion sebulan itu? Data yg ada mendapati 70% diguna oleh mereka yg berpendapatan tinggi & sederhana tinggi. Sbbnya mereka miliki lebih banyak kenderaan & kuasa / CC kereta lebih besar. Rakyat di kpg2 & pinggir2 bandar hanya guna motorsikal & kereta2 yg kecil.

6. Subsidi sepatutnya diberi kpd mereka yg miskin bukan kpd yg kaya. Jadi subsidi diesel & petrol ini telah sekian lama tersasar. Ini adalah tidak adil & tidak rasional. Dulu ketika minyak murah & kenderaan tidak sebanyak kini, subsidi minyak cuma rm2 billion sebulan yg kini rm2billion sebulan. Semakin kecillah peruntukan kpd rakyat terbanyak yg boleh diberikan.

7. Maka utk lebih adil,  subsidi minyak itu perlu dikurangkan. Penjimatannya boleh diberi kpd rakyat yg lebih layak. Pengurangan subsidi 20 sen sebelum ini berjumlah rm4 billion & diberi dlm bentuk BR1M yg telah menafaatkan hampir 7 juta rakyat & keluarga di negara ini.

8. Tentu rakyat sedang menunggu berita2 baik yg akan diumum oleh YAB PM dlm Bajet 2015 pada 10/10/14 ini. Semuanya itu perlu kpd peruntukan yg banyak. Sbhgnya tentu drpd subsidi minyak yg telah dijimatkan lagi sebanyak 20 sen seliter utk faedah kpd ramai rakyat yg lebih memerlukan.

9. Msia mmg negara pengeluar minyak, lebih kurang 600 ribu tong sehari. Minyak kita berkualiti tinggi maka kita eksport & dapat hasil yg lebih kpd negara. Arab Saudi & USA lebih 1.7juta tong sehari. Kita negara pengeluar yg ke 27 di dunia. Jadi minyak yg ada di stesyen seluruh negara adalah diimport & harganya ikut pasaran dunia.

10. Memang sukar utk membuat keputusan yg tidak popular. Tapi keputusan itu adalah utk membetulkan ketidakadilan yg berlaku. Subsidi minyak yg banyak itu boleh diagih kpd rakyat dgn lebih bersasar & tepat spt BRIM yg lebih tinggi jumlahnya & juga utk pembangunan luar bandar yg lebih baik.

11. Rakyat terbanyak skrng ini masih menikmati subsidi tepong, gas memasak, beras ST15, minyak masak, diesel, RON95, kesihatan/perubatan, pendidikan, rm100 utk anak sekolah, rm250 voucher buku. Utk pesawah ada pelbagai subsidi padi, ada sara hidup nelayan rm200 sebulan, bantuan2 JKM, Kedai Rakyat 1Msia dll.

12. Kebajikan yg banyak ini akan diteruskan malahan akan sentiasa diperbaiki. Namun, utk membetulkan ke arah yg lebih adil & rasional, khususnya ttg subsidi minyak secara pukal yg tersasar itu, ianya memerlukan kefahaman & kesabaran ramai & banyak pihak. Komitmen kpd kesejahteraan rakyat tetap jadi keutamaan Kjaan. Tkasih.

(ABM/TMK1/1 Okt 14/ 10.45mlm)

Wednesday, October 1, 2014

Petrol diesel naik 20sen sebentar lagi

Ketika ini sedang tersebar berita kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 20sen berikutan penarikan 20sen lagi subsidi kerajaan terhadap bahanapi tersebut.

Media sosial yang sudah menjadi sebahagian daripada diri rakyat Malaysia menjana perkhabaran awal tanpa dapat dibendung.

Ia adalah fenomena semulajadi yang tidak boleh diketepikan, seperti air yang mengalir dari sebuah empangan yang pecah.

Apabila berita tersebut disahkan, maka suasana lebih meriah mengalahkan malam raya.

Kereta-kereta persendirian beratur di stesyen petrol dengan harapan pengisian malam ini dapat menjimatkan budget selama sebulan. Takpelah. Masing-masing punya strategi.

Paling menarik ialah kreativiti rakyat Malaysia dalam media sosial. Mereka meluahkan perasaan secara kreatif dengan foto-foto yang diedit, grafik satira, dialog sinis dan lucu dan tak kurang juga yang berpantun dan berseloka.

Esok, nada-nada sinis akan bersambut pula dengan penjelasan-penjelasan yang menyokong tindakan kerajaan menarik balik subsidi.

Demang rasa biarkanlah rakyat melepaskan perasaan malam ini sepuasnya. Tidakkan runtuh bukit dek salakan anjing. PRU pun lambat lagi. Sementelah PKR pun masih sibuk dengan isu rampasan kerusi MB.

Lama kelamaan isu harga minyak akan akan senyap sendiri. Kehidupan akan diteruskan kembali.

Harapan Demang, wang subsidi yang dijimatkan kerajaan mestilah dikembalikan pada rakyat yang benar-benar memerlukan dan bukan dijoli pada perkara-perkara yang kurang perlu.

Lepas mesin ATM, bank kena tipu melalui email 30.5 juta pula

Terbaru, sebuah bank tempatan diperdaya RM30.5 juta melalui taktik pintasan email oleh sekumpulan lanun cyber.

Sebelum itu negara digemparkan dengan kes pengeluaran wang daripada beberapa mesin ATM bank dengan cara manipulasi virus komputer.

Rompakan tanpa senjata atau jenayah cyber kini semakin menggerunkan apabila jutaan wang dikebas daripada mesin ATM bank hanya melalui manipulasi kod-kod komputer.

Ia memberi maksud bahawa kepintaran bukanlah semata-mata suatu kebaikan malah ia hanyalah kebolehan untuk melakukan sesuatu samada baik atau buruk.

Demang percaya, kes ini tidak akan menjadikan institusi bank kapitalis serik sebaliknya mereka akan mencari teknik baru bagi meningkatkan keselamatan.

Selepas ciri-ciri keselamatan ditingkatkan maka penjenayah cyber akan pendam seketika sebelum menemui taktik baru untuk mencuri.

Putaran tersebut akan terus berulang dan ia menghasilkan keuntungan jutaan ringgit dalam urusniaga berkaitan.

Bagi Demang rompakan terhadap bank adalah suatu pembalasan pada bank itu sendiri. Selama ini pun, bank-bank di Malaysia memang mengaut untung melalui kesusahan orang lain.

Jika kita susah, adakah bank akan membantu? Jangan harap! Bank hanya akan mengeluarkan pinjaman hanya jika mereka yakin anda mampu membayar semula.

Jika peminjam tersepit, bank tidak ada sebarang plan bagi membantu. Bank hanya kira persen dan mengambil jalan paling mudah iaitu mengheret mangsa ke mahkamah dan memberi hukuman maut tanpa belas kasihan.

Bilakah kita akan bebas daripada sistem RIBA YAHUDI LAKNATULLAH ini?

Demang bukan suruh tutup semua bank sebaliknya para bijak pandai perlu mencari jalan mengislamkan perbankan di Malaysia, bukan setakat memberi nama Islam pada sesebuah bank atau menjadikan Islam sebagai anak angkat bank kapitalis-yahudi.

Barangkali sekali imbas tiada kaitan saranan Demang dengan kes tersebut namun Demang percaya, ia adalah amaran Allah kerana kita mengabaikan amaran Rasulullah SAW yang jelas menolak RIBA.

Demang petik kata-kata Tun Dr Mahathir ketika mengulas tuduhan segelintir pihak kononnya beliau menolak hudud:

"Jika ia menghasilkan sesuatu yang tidak adil, maka ia bukan daripada Islam. Maka ia perlu dikaji semula".

Bagi Demang, belum ada bank Islam atau sistem perbankan Islam di Malaysia.

Cadangan Demang, setiap bank perlu ada unit khas bagi membantu peminjam atau pelanggan menasihati mereka dalam pengurusan wang.

Bukan semua peminjam perlu meminjam. Ada yang meminjam untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan. Golongan begini tidak perlu meminjam dan terikat dengan riba. Sebaliknya bank boleh membantu dengan modal berbentuk perkongsian bijak.

Untung rugi, tanggung sama-sama.

Kita perlu sedar, pengeluar memang pandai mengeluarkan produk tetapi mereka mungkin kurang pandai dalam pengurusan modal.

Tidak mahukah pihak bank yang diuruskan orang beragama Islam mengambil langkah proaktif dan bukannya pasif menadah untung semata-mata?


Sumber berita:
http://www.bharian.com.my/node/8675

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)