Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, January 13, 2015

Artis korea cabul gadis muslim depan khalayak

Ada dua isu besar minggu ini yang melanda negara.

Pertama, seorang peguam bernama Eric Paulsen yang mendakwa khutbah Jumaat yang disampaikan dalam perhimpunan mingguan ummat Islam sebagai pusat melatih keganasan.

Kedua, artis K-pop daripada Korea melakukan pencabulan terbuka dengan memeluk dan mencium anak gadis Islam di atas pentas dengan disaksi jutaan manusia samada secara langsung mahupun melalui rakaman video yang tersebar dalam masa yg singkat.

Jika hendak dipersalahkan maka Demang mencadangkan pihak pertama yang bersalah ialah kerajaan yang membenarkan konsert tersebut.

Ketika Demang remaja dulu, kerajaan pernah membatalkan konsert kumpulan rock Scorpions walaupun tiket telah dijual selepas kajian semula dibuat terhadap kemungkinan-kemungkinan buruk yang boleh berlaku.

Pihak kedua yang  bertanggung jawab juga kerajaan kerana apabila kerajaan memberi kebenaran sedangkan mereka sepatutnya telah sedar kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku maka mereka perlu bersedia sepanjang konsert berlangsung.

Bukan cuma seorang penonton yang naik ke pentas dan dinodai artis kafir itu. Sepatutnya selepas remaja pertama dicabul di khalayak ramai, pihak berkuasa serta merta bertindak memberhentikan program dan menangkap artis berkenaan atas tuduhan mencabul wanita.

Jika wanita tersebut masih bawah umur maka tindakan selaras mestilah diambil. Jika wanita itu atas umur pun perlakuan sumbang begitu tidak wajar didiamkan begitu sahaja.

Kedua-duanya perkara di atas dianggap suatu serangan terbuka ke atas ummat Islam dan boleh mengocak keharmonian negara.

Bagi Demang semua respon samada positif, negatif, mahupun agresif adalah sesuatu yang lumrah dan wajar. Ada yang marah-marah dan ada yang menyabarkan, dan perlu ada tindakan undang-undang.
Jika wanita terlibat adalah gadis bawah umur maka tidak ada alasan suka sama suka atau sukarela kerana di Malaysia, lelaki yang melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur tetap dianggap perogol walaupun atas dasar cinta.

Saturday, January 10, 2015

Maharajalawak jangan bodohkan rakyat Malaysia

Demang harap Jalaluddin Hassan serius dengan kata-kata beliau malam tadi dan pastikan ia direalisasikan secara adil.

Pada dasarnya Demang bersetuju dengan pandangan beliau.

Demang suka menonton rancangan tersebut dan tidaklah sampai fanatik. Cuma apabila Dato Jalal mengeluarkan kenyataan atau amaran agar peserta tidak merendahkan mentaliti RAKYAT Malaysia maka Demang anggap ia serius.

Demang rasa maksud maksud pelakon terkenal tersebut ialah jangan 'buat lawak bodoh'. Zaman ketuk kepala sendiri atau menyindir golongan sengau agar orang ketawa sudah lama lenyap.

Maharajalawak sudah masuk zon kritikal apabila para peserta yang tinggal adalah yang terbaik, sepatutnya.

Bukan rahsia lagi siri realiti sebelum ini mengekalkan peserta-peserta tertentu atas beberapa sebab selain bakat dan persembahan.

Ada peserta yang dikekalkan sebagai provokasi pada penonton agar lebih banyak mengundi.

Jangan pula para juri terpaksa menyebelahi peserta hanya kerana salah seorang ahli kumpulan adalah duta produk penaja utama!

Kasihan peserta yang bagus seperti Comey yang terpaksa dikeluarkan awal bagi memberi laluan pada anak emas penganjur.

Jika berlaku demikian maka Dato Jalaluddin Hassan harus menjilat ludahnya sendiri.

Luahan hati samad said tersebar

Ada beberapa kali Demang tulis di blog ini menyindir Pak Samad Said. Itu bukan marah, cuma sindir sayang.

Demang baca buku Salina sejak sekolah rendah dan terus menjadi peminat setia Sasterawan Negara itu. Hampir semua novel beliau dah Demang baca termasuk Hujan Pagi yang mendapat kritikan keras orang yang tidak faham.

Novel tersebut memang berkualiti tetapi ia mendahului zaman. Membacanya, kita tahu bahawa Pak Samad Said melakukan kajian terlebih dahulu sebab ia agak berat.

Cuma Demang kasihankan Pak Samad Said yang dieksploitasi ahli politik untuk kepentingan peribadi mereka sehingga mendedahkan negara pada bahaya besar.

Jika benar tamatnya pembelajaran Sains & matematik dalam bahasa Inggeris dulu kerana perjuangan beliau maka Demang tafsirkan ia sebagai perjuangan yang tidak selesai dan merugikan.

Sepatutnya ia disusuli dengan perang habis-habisan terhadap semua perbuatan durjana dan penderhakaan terhadap bahasa Melayu termasuk papan iklan, surat perjanjian bank, dan surat-surat rasmi bank yang masih menggunakan bahasa Inggeris, kadang-kadang tanpa terjemahan.

Kali ini Demang siarkan sajak yang dikatakan ditulis oleh A. Samad Said disebarkan melalui media sosial.

Siapapun penulisnya, ia adalah realiti yang patut kita ambil serius.

HAI MELAYU.. (A. Samad Said)
Hai Melayu!
rumahmu semua dibina indonesia,
ekonomi pula dikuasai cina,
golongan profesional semuanya india,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
warga bangla pula menjadi JaGa,
orang Nepal yang menabur baja,
orang pakistan usung karpet jaja merata,
lalu melayu ada apa?
harapkan ustaz, saling menyesat,
harapkan hiburan, lagi best filem barat,
harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat
harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!
Hai melayu!
masih mendabik menjadi tuan?
sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan,
ditipu mentah orang atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian!
kerja sikit, sembang kencang,
banyak rungut, sikit rancang,
siapa tegur, dituduh lancang
duduk warung, gigit kacang!
Hai melayu!
konon kau pantang dicabar,
konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar,
rentakmu makin lama makin hambar
kau melayu aku pun melayu,
aku menulis bukan cemburu,
aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu.....
Hai melayu!
jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,
kau cuma tahu ber gaya,
Hai melayu!
kau melaung-laung di jalan raya,
bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!
Hai melayu!
kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
bila dah kaya kau jadi puaka,
ini tandanya kau sudah derhaka!
Hai melayu!
sedarlah bangsa ku,
buka lah minda mu,
bersatulah bangsa ku,
kerana malaya bukan lagi milik mu !
aku pun melayu,
engkau pun melayu,
bodoh sombong harus di tepis,
riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,
bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.......
Jom kawan, sahabat dan lawan..
Mari kita ubah keadaan..
InsyaAllah..

Saturday, January 3, 2015

Perumahan baru untuk mangsa banjir

Demang menetap di Jengka Pahang sejak 1974 hingga 1996. Ertinya Demang tidak sempat banjir besar 1971.

Biarpun sepanjang musim banjir 2014 ini Demang tidak berkesempatan untuk ke Jengka namun setiap detik kritikal tersebut menjerat hati Demang di sana.

Media sosial menjadi wadah komunikasi bagi mengikuti perkembangan semasa.

Demang insaf, betapa berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Hari ini kebanyakan tempat diberitakan sudah mula surut. Kerja pembersihan sedang rancak dan ternyata lebih sukar berbanding tugas memindahkan barang semasa banjir.

Berapakah nilai kerosakan harta benda dan berapa banyakkah wang yang perlu disediakan bagi menggantikan perkakas yang musnah?

Ini adalah bencana dan ia bukan suatu pilihan. Jika rumah kita tidak berada di kawasan terbabit itu bukan bermaksud kita tidak terlibat. Justeru yang ditimpa musibah secara langsung tidak sepatutnya menanggung kesan secara sendirian.

Seluruh sumber dalam negara seharusnya ditumpukan pada kawasan terlibat.
Barangkali ini kesempatan yg baik utk kerajaan menyusun semula perumahan negara. Bina pertempatan baru untuk mangsa banjir. Gunakan tanah rezab untuk bina rumah kos sederhana. Jangan sesekali bina flat atau rumah kos rendah.

Jika rumah tersebut tidak mampu diberi percuma, permudahkan mangsa banjir membayar harga kos sahaja dan dibuat secara ansuran yang rendah.

Ini bukan masanya mengira untung.

Nasihat Demang, fikirkan hikmah besar di sebalik banjir 2014. Kerajaan tidak seharusnya melepaskan peluang ini jika masih mahu menguasai parlimen pada PRU akan datang.
Ia bukan sekadar menghulur beras dan sardin.

Sirah rasulullah

Sempena sambutan maulidurrasul hari ini Demang letakkan ringkasan latar belakang baginda yang Demang terima melalui media sosial.

Demang percaya anda sudah faham konsep media sosial. Ia ibarat anda sedang berjalan kaki untuk ke kedai runcit dan seorang jiran menegur daripada tingkap rumahnya:

"Tadi ada pengumuman kat surau, hj kasam meninggal".

Anda mengangguk sambil terus berjalan. Sampai di kedai, anda dapat khabar rupa-rupanya isteri kasam yang meninggal.

Nanti, jangan terus percaya berita itu sehinggalah anda sendiri menziarahi simati atau diberitahu oleh orang yang ada 'authority' seperti tok siak, imam dan sebagainya.

Demang mohon maaf jika catatan di bawah kurang tepat. Sila buat rujukan tambahan dan dapatkan pengesahan daripada guru anda.

Kita adalah ummat Muhammad saw. Ummat terbaik yang dijanjikan Allah taala.

Nama: Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab

Nama-nama lain : 
Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-A’qib, Al-Mutawakkil.

Nama-nama Gelaran : 
• Abu Qasim, Al-Amin.

Bangsa : 
• Arab Quraisy

Agama : 
• Islam

Tarikh Lahir : 
• Hari Isnin
• 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )
• Bersamaan 20 April 571 Masihi.

Bidan Nabi : 
• Ummu Mas’ud.

Tempat Lahir : 
• Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah.

Bilangan Adik-beradik : 
• Anak tunggal [ anak yatim ].

Nama Ibu : 
• Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.

Nama Ibu Susuan : 
• Thuwaibah [ hamba Abu lahab ], Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah.

Nama-nama Pengasuh : 
• Aminah, Thuwaibah, Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.

Nama-nama Isteri : 
• Khadijah bt. Khuwailid, Saudah, A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah, Zainab bt. Jahsyi, Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian, Sufiah bt. Huyi, Maimunah bt. Al-Haris.

Nama-nama Anak :
• Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummu Kalsum, Ruqayyah.

Nama-nama Bapa Saudara : 
• Hamzah, Al-Abbas, Abu Talib, Abu Lahab, Az-Zubir, Abdul Ka’bah, Al-Muqawim, Dhirar, Qusam, Al-Mughirah, Al-Ghaidak.

Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa : 
• Sufiah, A’tikah, Barrah, Urwa, Umaimah, Ummu Hakim Al-Baidha’.

Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam : 
• Hamzah, Al-A’bbas.
• Sufiah, Urwa.

Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan : 
• Mariah al-Qibtiah, Raihanah.

Nama-nama Hamba Lelaki : 
• Aslam, Abu Rafi’, Sauban, Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan, Yasar Nubi.

Nama Anak Angkat : 
• Zaid bin Harithah bin Syarahil.

Nama-nama Khadam : 
• Anas bin Malik, Abdullah bin Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik, Bilal bin Rabah, Abu Zar al-Ghiffari.

Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran : 
• Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Zubir, Amir, Amru Al-‘As, Zaib bin Thabit, Muawiyyah, Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa.

Setiausaha Sulit : 
• Huzaifah b. Yaman.

Sifat Fizikal : 
• Badan tinggi sedang.
• Rambut ikal mayang.
• Muka bulat, putih kemerahan, mata hitam gelap.
• Bulu dada nipis, keseluhan badan tidak berbulu.
• Bulu mata panjang, suara kasar, gigi hadapan renggang.

Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang : 
• Siddiq [ benar ], Amanah [ jujur], Tabligh [ menyampaikan ], Fatanah [ bijkasana ].

Sifat-sifat Yang Mustahil:
• Kazib [ dusta ], Khianah [ pecah amanah], Kitman [ menyembunyikan ], Baladah [ bodoh].

Sifat-sifat Yang Harus : 
• Makan, minum, tidur, berkahwin, sakit, demam.

Pendidikan : 
• Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].

Pekerjaan : 
• Gembala Kambing.
• Berniaga.

Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul 
 • Umur 40 tahun di Gua Hira’.

Guru Pertama : 
• Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam.

Tugas Utama : 
• Menyeru manusia menyembah Allah SWT.

Jawatan Yang Diamanahkan :
• Menjadi Nabi.
• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin .
• Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah.

Keistimewaan : 
• Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
• Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an.
• Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].
• Manusia pertama masuk Syurga.

Gelaran Dari Kalangan Nabi : 
• Ulul ‘Azmi أولوالعزم [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].
• صلى الله عليه وسلم

Kenangan Manis :
• Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Kenangan Pahit : 
• Diusir oleh penduduk Ta’if.
• Semasa peperangan Uhud.

Pengalaman Pertama Menerima Wahyu
• Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal.

Pengalaman Yang Paling Menakutkan : 
• Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.

Hijrah ke Madinah 
• Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq, sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.

Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam : 
• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
• Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].
• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
• Hamba : Zaid bin Harithah.

Sahabat-sahabat Kanan :
• Abu bakar as-Siddiq.
• Umar al-Khattab.
• Uthman bin Affan.
• Ali bin Abu Talib.

Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat : 
• Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
• Uthman dan Ali [ menantu ].

Berita Yang Mengembirakan : 
• Keislaman Umar bin al-Khattab.

Berita Yang Menyedihkan : 
• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].

Peristiwa Yang Mengembirakan : 
• Pembukaan Kota Mekah.

Penglibatan Dalam Peperangan : 
• Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.

Nama Tempat Yang Pernah Dilawati : 
• Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].

Catat Rekod Dunia : 
• Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra’ & Mi’raj ].

Isteri Yang Paling Disayangi : 
• ‘Aisyah [ ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup ].

Anak Yang Paling Disayangi : 
• Fatimah.

Cucu Yang Paling Disayangi : 
• Hassan bin Ali.
• Hussin bin Ali.

Sahabat Yang Paling Disayangi : 
• Abu Bakar.  

Nasihat Nabi : 
• “Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan.”

Wasiat Nabi : 
• Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”

Syafaat Nabi : 
• Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.

Tarikh Wafat : 
• Waktu pagi hari Isnin.
• 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M
• Umur 63 tahun , 4 hari.

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Friday, January 2, 2015

Budaya buli masih leluasa di sekolah

Budaya buli masih berlaku di kebanyakan asrama termasuk di sekolah berasrama penuh.

Meski sekadar menyuruh membuatkan mi segera atau membasuhkan pakaian senior, ia tetap buli. Jangan sampai jadi kes berat baru nak kelam kabut ambil tindakan.

Warden asrama jangan buat-buat tak nampak, pengetua sekolah jangan buat-buat tak tau.

PPD dan JPM jangan hanya tunggu berlaku kes baru nak bertindak.

Budaya buli sepatutnya sudah lenyap bersama munculnya budaya penyayang.

Apabila disebut budaya maka ia harus menyeluruh dan bukan paksaan. Banyak aktiviti yang boleh dilaksanakan dan pelajar mesti memahami konsep tersebut.

Setakat suruh cikgu-cikgu menunggu di depan pintu pagar pagi-pagi, bukan tak boleh. Bolehlah, cuma....

Oh ya, dengar kata ada guru besar yang arahkan guru-guru hadir LDP di sekolah 5 hb Jan 2015 walaupun menteri sudah mengeluarkan surat arahan.

Bank sombong dan DBP yang bengap

Hari ini Demang terima lagi sepucuk surat daripada bank yang pernah diselamatkan oleh rakyat Malaysia, 100% dalam bahasa Inggeris. Langsung tiada terjemahan.

Tak perlulah Demang membebel panjang-panjang sebab dah sentuh perkara ini banyak kali.

DBP kat mana? DBP kat mana? Jadi tunggul kayu atau dah sampai peringkat arang?

Ingat, bank yang disangkutkan nama 'bumiputra' itu bukan bank komersial biasa. Ia ditubuhkan dengan wang rakyat dan pernah diselamatkan beberapa kali menggunakan wang rakyat.

Jangan sombong sangat!

Mana Sasterawan Negara? Sudah lah. Pergi gosok gigi dulu. Mulut dah hapak sebab lama sangat tidur.

Demang pun dah bosan guna bahasa baku. Jom kita pasemborojakkan bahasa melayu yang tiada nilai ini.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)