Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, March 16, 2017

Layakkah membeli perhiasan rumah


Balkoni itu tambahan. Lukisan di dinding itu hiasan. Begitu juga lantai mozek, perabot cantik,  radio tv, dan langsir. Semuanya hanya tambahan dan perhiasan. Semua itu boleh kita miliki hanya setelah yang asas disempurnakan.

Pada agakan Demang yang cetek ilmu ini,  yang layak mempunyai benda-benda itu ialah golongan wali dan anbia' atau sepaling tidakpun orang yang menyempurnakan solat serta amalan fardhu lain.

Itu sebabnya kita selalu merasa hidup ini terlalu susah. Kita berhempas pulas untuk mendapatkan perkara tambahan padahal perkara asas belum disempurnakan. Tidak sedikit juga yang bimbang apabila sudah memenuhi kewajipan asas maka ia tidak lagi merasa perlu pada perkara lain.

Apabila kita gagal menyempurnakan kewajipan asas itu bermakna kita belum layak memiliki perkara tambahan,  apalagi perhiasan. Jika kita paksakan diri juga maka kita akan berhutang atau mendapatkannya secara tidak sah. Dapat memang boleh dapat tetapi adakah kita benar-benar berhak?

Hutang perlu dibayar dan perbuatan mengambil tanpa hak akan didenda. Itulah yang kita hadapi sekarang.  Kita dibebani dengan pelbagai masalah yang sebenarnya satu proses menampung hutang akibat berbelanja di luar kemampuan.

Jika tidak lunas segala hutang,  di akhirat kelak akan didenda dengan hukuman.

Minyak Morhabshi


Keputusan SPM diumumkan hari ini. Calon-calon SPM sudah tentu berdebar menanti keputusan namun mungkin tidak sama dengan debaran ibu bapa. Apapun usaha yang dibuat,  keputusan sebenar di tangan Allah. Itu pasti.

Penting sangatkah SPM? Ya.  Memang penting. Ia bukan sekadar ujian akademik atau intelektual bahkan ia menguji secara keseluruhan.

Ia bukan sahaja menguji persedian calon,  ibu bapa, guru, dan masyarakat malah menguji kemampuan kita semua dalam menerima ketentuan Allah.




Di sebalik penyebaran kitab attabib walhikmah


Beberapa bulan sebelum sheikh abdul hamid meninggal dunia, saya dan isteri sempat mengunjungi beliau di Maahad Islamiyah Derang Kedah.

Dalam usia lebih 80 tahun beliau tampak masih sihat. Malah sambil ketawa kecil beliau memberitahu telah dilantik menjadi pengurus dua team bola sepak di situ.

Masa kami tiba beliau sedang menyusun lembaran2 kertas. "mari susun ni." katanya. Kami pun ikut menyusun kertas2 tsbt.

Itulah kitab attabib walhikmah yang memuatkan pelbagai ramuan perubatan, doa, petua,  serta panduan rawatan.

Setelah kami selesai menyusun, beliau mengambil 10 naskah dan menghulurkan pada saya. "Buat apa?" tanya saya kebodohan. "Jual lah." jawab beliau. "Berapa ringgit?" tanya saya lagi. "lima ringgit." Saya pun kata,  insya-Allah.

Beberapa bulan kemudian beliau meninggal dunia. Seingat saya, tiada sakit apa-apa.

Selepas beliau tiada baru saya terfikir,  kenapa kitab yang kos cetakan pun lebih kurang RM5, kenapa nak dijual RM5 sahaja?

Sebenarnya bukan nak jual tetapi beliau nak ilmu yang beliau rakamkan dalam kitab itu disebar dan terus digunakan oleh orang ramai.

Justeru inilah sebabnya saya letak kandungan kitab Attabib Walhikmah tersebut di www.morhabshi.blogspot.my supaya dapat diambil oleh sesiapa sahaja, pada bila-bila masa, dan di mana-mana jua.

Insya-Allah.

Mohon kerjasama anda untuk sebarkan agar pahalanya berpanjangan.

Jazakumullah khairan katsiran.

Minyak Morhabshi salah satu produk yang diasaskan Sheikh Abdul Hamid yang semakin terkenal. 

Wednesday, March 15, 2017

Apa beza main kutu, gst, dan brim


Kali ini Demang nak bawak 3 cerita.

Cerita 1
Semasa Demang sambung belajar di USM dulu Demang ada kenal seorang kawan India Muslim atau biasa kita panggil mamak. Suatu hari si mamak tanya Demang.  Boleh tak kita jadikan 1 bulan,  1 orang jadi jutawan?

Maka beliau pun mengira.  Jika setiap orang keluarkan RM1000, kumpul dan serahkan pada satu orang maka orang itu serta merta jadi jutawan.

Berapa orang nak kumpul?  1,000,000 bahagi RM1000 bermakna perlu ada 1000 orang yakni bersamaan 1000 bulan.

Ini bukan 1000 bulan berkaitan lailatul qadar. Seribu bulan di dunia yang fana ini bersamaan 83 tahun. Ertinya jika nak laksanakan kita mungkin kena kumpulkan ahli berumur satu tahun dan orang terakhir akan jadi jutawan semasa usianya 83 tahun!

Jika anda terus percaya andaian Demang,  anda telah tertipu. Ada kaedah penjadualan yang lebih praktikal. Anda fikir sendirilah.

Sebenarnya itulah sistem kutu. Dalam konsep main kutu, jangan fikir untung sebab konsepnya ialah kerjasama dan tolong menolong. Jangan perlekeh sistem kutu kerana di situ ada banyak hikmahnya. Hati-hati, ujian Allah pun banyak di situ.

Di mana-mana pun ada ujian Allah.  Nak lari ke mana? Hadap sahajalah. Dalam kubur,  jawablah.

Cerita 2
Semasa kecil dulu Demang pernah tinggal di Gurun Kedah. Tak jauh dari situ ada pekan bernama Guar. Pada zaman dahulu ada seorang pendekar di situ dipanggil Panglima Nayan. Pernah dengar?

Baiklah. Jika di barat ada Robin Hood, di Kedah ada Panglima Nayan. Demang rasa anda dah faham.

Kutip wang dari orang kaya dan beri pada orang miskin ada beberapa hukum dunia:
1. Jika pengutip tiada permit ia dipanggil perompak.
2. Jika pengutip ada kebenaran maka ia dipanggil kerajaan.

Masalahnya,  semua orang perlu bayar cukai. Maka timbul kekeliruan,  GST ini sistem main kutu atau cukai?

Nak kenal ia kutu atau cukai,  mari kita lihat berapa ringgit yang anda bayar dan berapa ringgit pula yang anda dapat.

Jika anda berbelanja rm4000 sebulan dan dikenakan GST 6% bermakna setahun RM48000 x 6%) anda kena bayar rm2880 kepada pemungut cukai.

Semakin banyak anda berbelanja,  semakin banyak anda bayar cukai dan begitulah sebaliknya.

Itulah GST.

Cerita 3
Berapa ringgit anda dapat daripada BRIM dalam setahun? Lebih atau kurang? Jika lebih, untunglah. Jika kurang, rasa tertipulah.

Ini yang orang bisingkan. Padahal, berapa banyak negara di dunia ini sejak tahun 0001 masihi hingga 2017 ini yang bagi duit tunai pada rakyatnya?  Biasanya rakyat dapat dalam bentuk kebajikan, kemudahan awam, dan pembangunan.

Nanti dulu. Jika anda terus percaya kiraan Demang untung rugi BRIM tadi, anda tertipu lagi.

Sebagaimana kutu,  jika anda kira duit terkumpul yang anda terima ditolak dengan duit yang anda bayar setiap bulan maka anda akan sedikit kecewa. Manakan tidak, rupa-rupanya anda sekadar ambil semula duit sendiri. Lebih teruk lagi jika anda bayar GST RM2880 dan dapat BRIM cuma RM600 setahun.

Itu sebabnya Demang ingatkan di awal tadi,  main kutu mesti dilihat dari segi hikmahnya,  bukan untung ringgitnya.

Maka GST juga perlu dilihat kesan pesisirnya,  bukan hanya memandang arus yang mengalir.

GST melicinkan proses kutipan cukai dan meminimum penipuan pembayar cukai.

Kemana perginya hasil cukai? Oh ya, kalau orang kata Rosmah berbelanja sejuta sehari pun, dari segi peratus kutipan ia tidaklah menjejaskan sangat. Sebulan baru hilang RM30 juta dan rakyat Malaysia ada lebih 30 juta orang. Jika dirampas duit Rosmah tu (kononnya), dan dibedak (agih) dapatlah rakyat seringgit seorang.

Kalau kita kutuk apalagi tohmah orang,  diri kita sendiri yang berdosa dan akan di azab Allah. Jika sifulanah itu betul-betul mencuri,  dia tanggunglah sendiri. Rezeki kita manusia yang tentukan ke?

Selagi kita ingat Allah,  tiada masalah. Insyaallah.

Nanti kita bincang pasal ikan kembung mahal pulak.







Tuesday, March 14, 2017

PM kuasai sultan part 1



Demang Lebar Daun ialah Bendahara kepada Sang Sapurba.

Ironinya bukan Sang Sapurba yang melantik Demang bahkan Demanglah yang jemput, beri tawaran,  dan tabalkan Sang Sapurba menjadi raja selepas percaya bahawa Sang Sapurba adalah cucu Raja Suran yang berketurunan Iskandar Zulkarnain.

Demang mewakili rakyat yang mengetuai segala orang besar (menteri).  Itu sebabnya sekarang dipanggil Perdana Menteri.

Dalam perlembagaan persekutuan Tanah Melayu (Malaysia, mulai 1963),
YDA melantik seseorang yang baginda percaya mendapat sokongan lebih daripada separuh wakil rakyat untuk menjadi Perdana Menteri.

Siapa pula rakyat?

Selepas merdeka kita ada dua kategori penduduk. Pertama dipanggil rakyat (rakyat raja),  iaitu penduduk yang beragama Islam dan dalam perlembagaan didefinisi sebagai Melayu. Kedua,  warganegara yang asalnya dibawa masuk oleh syarikat dari Britain.

Justeru,  penduduk Malaysia sememangnya ditetapkan sejak awal dalam dua kategori berbeza dan sudah tentu bukan samarata.

Dalam adab Melayu,  kita terima tetamu yang suka pada kita dan dalam masa yang sama kita suka pada mereka sahaja. Tetamu yang tidak suka cara kita,  kita guna konsep persona non grata. Kita tidak guna peraturan Hotel California.

Ingat lagu hotel california?
Last thing I remember, I was
Running for the door
I had to find the passage back
To the place I was before
"Relax, " said the night man,
"We are programmed to receive.
You can check-out any time you like,
But you can never leave! "

Ingat,  negara kita bukan seperti Hotel California.

Negara kita macam hotel Seri Malaysia. You are welcome on 1957 but you can check out any time.

Minyak Morhabshi



Hubungan turki belanda tegang


Mudah sahaja kita kata krisis antara negara memang berlaku di sepanjang zaman. Bahkan kita boleh kata,  alaa... dalam satu negara dan kalangan satu bangsa pun berlaku.

Korea masih berpecah dua dan german pun pernah berlaku.

Kata orang,  perang adalah perniagaan. Perang bukan sahaja perlukan persediaan senjata sebelum perang malah pembangunan semula selepas perang menuntut perbelanjaan yang lebih besar.  Ertinya perniagaan selepas perang lebih menguntungkan dalam tempoh yang amat panjang.

Lebih dari itu perang menghasilkan hamba sahaya baru yang akan mengikut kata tuannya.  Apalagi, selepas perang seluruh negara berubah menjadi gedung hamba.

Maka para kontraktor global tanpa iman pun tersenyum lebar.






Monday, March 13, 2017

250,000 liter diesel dirampas



Demang ucap tahniah pada pasukan penguatkuasa yang terlibat kerana menunaikan amanah atas tanggung jawab yang diberikan. Padahal di tengah laut, jika anda berpakat dengan para penyeludup, orang bukannya tahu.

Berapa nilai duitnya?  Jika RM1 seliter, jumlahnya suku juta ringgit. Kalau dikongsi antara penyeludup dengan penguatkuasa, dapat juga lebih RM100 ribu.






linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)