Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, February 5, 2020

Awas semua hakim


Jika kita mengharap orang menilai kita, memang letih.

Macam kesah lelaki dan anaknya yang membawa keldai ke pasar. Rasanya tak perlu saya ulang sebab hampir semua orang pernah dengar cerita itu.

Jika demikian sukarnya mengharap orang menilai kita begitu jugalah kelirunya kita ketika menilai orang lain.

Justeru jangan mudah menilai orang lain.


Teringat tazkirah paksu saya Allahyarham ustaz radzi melissa. Perangai orang yang kita lihat di sekeliling kita adalah cermin kita. Apa yang kita nampak dilakukannya perlu kita balikkan pada diri kita. Itulah perangai sebenar kita. Allah tunjukkan melalui orang lain.

Kalau kita nampak orang suka menyalahkan kita maka itu kerana kita sendiri suka menyalahkan orang lain.

Bagi penilai, apabila beliau menilai seorang manusia maka berjuta manusia sedang menilainya. 

Orang itu belum tentu buruk. Buruknya dia kerana kita yang menilai. Mata kita yang nampak dia buruk!

Maka jangan mudah sangat menjadi hakim.

Penilai sebenar ialah Allah taala.

Wallahu'alam.

Cheguman morha

Tuesday, February 4, 2020

Mahathir, umno, pas bergabung


Ini bukan tajuk sensasi tetapi harapan yang mesti direalisasi.

Kenapa regim DAP perlu ditamatkan segera?

Cukup-cukup lah negara diharu-birukan oleh puak pendatang yang cuba menguasai semua bidang dalam negara kita.

Lebih lama lagi mereka berkuasa tidak akan menguntungkan sesiapa bahkan mereka sendiri juga akan tambah rugi.


Apa yang mereka buat sekarang hanya usaha melepas diri yang teruk diterjah kejatuhan ekonomi dunia dan perubahan urusniaga daripada konvensional kepada cyber.

Mereka sedang kelemasan dan nampak batang tubuh kita boleh dijadikan pelampung.


Impak terbesar ialah perubahan bangunan fizikal yang terbuat daripada batu bata ke bangunan maya yang dibina dalam talian.

Lihatlah bangunan yang dah siap tapi tidak berpenghuni di merata-rata. Bank takkan lepaskan sipenghutang begitu sahaja.

Saya pernah menulis hal ini beberapa kali. Antaranya, lihat posting saya pada 27 mac 2019 bertajuk Awas Bangunan Berhantu

Waalahu'alam.

Cheguman morha

M  I  N  Y  A  K    M  O  R  H  A  B  S  H  I


Nak 
Morha nutral atau Morha serai? Whatsapp je...

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
Harga . Video Pengakuan Artis . Khasiat Myrrh . Produk Berdaftar . Pengasas . Testimonial Pengguna
----------------------------------------------------------

Monday, February 3, 2020

Ismail kamus cerita polis rasuah


Pernah ustaz Ismail Kamus bercerita dalam satu ceramah:

Seorang polis bertanya. Suatu ketika dia buat road block tiba² ada pemandu lori campakkan bungkusan ke bahu jalan sambil tersenyum. Apabila dibuka ternyata ada wang. Padahal tiada siapapun polis di situ yang minta atau arahkan.

Polis itu tanya: boleh tak dia ambil duit itu dan anggap itu sebagai sedeqah atau hadiah?

Ujian Allah datang macam² bentuk. Dia tak terus umpan duit. Dia bagi kita susah dulu. Lepas tu baru datang duit. Kalau tergoda, habis la kita! Tambah² pula tengah kesempitan wang. 

Maka jawab ustaz ismail kamus secara berkias: "kalau tuan berdiri di situ bukan untuk tugasan rasmi, hanya pakai seluar pendek dan tshirt biasa adakah pemandu lori itu akan bagi duit?

Tidak, kata polis yang bertanya. Maka balas Ustaz Ismail Kamus, itulah rasuah.

Rasuah datang bersama kuasa. Jika tiada kuasa jangan haraplah orang akan ambil hati kita dengan wang atau lain².

Kalau ada kuasa, awas lah. Rasuah datang dalam pelbagai cara. Malaikat adalah tukang catat semua perbuatan manusia.

Malam² orang mungkin tak nampak tapi Allah sentiasa nampak. 

Contohnya jika kita ada kuasa, apabila buat majlis berduyun² orang datang, terutama staf dan orang yang ada hubungan kerja dengan rugas rasmi kita.

Itu tidak salah. Yang salahnya apabila kita mula mengambil kira siapa yang hadir dan siapa yang tidak hadir ketika kita buat keputusan rasmi.

Adakah hati anda terkesan pada nilai hadiah dan sumbangan yang diberikan semasa kenduri itu?

Jawab dalam hati!

Malaikat akan sedia mencatat dan ingatlah:  mereka sangat patuh, taat, dan tepat dengan kerja mereka.

Lagi besar kuasa, lagi besar peluang terima rasuah

Kenapa polis selalu dikaitkan dengan rasuah? Sebab semua urusan berkaitan undang² dan peraturan dalam negara akan melibatkan polis.

Rasuah datang bersama kuasa. Polis ada banyak kuasa. Polis boleh pura² menulis surat saman dan mengabaikannya setelah diberikan sesuatu.

Guru pun boleh terima rasuah, tapi kurang dan jarang². Mungkin ada ibu bapa beri sesuatu pada guru supaya anaknya dimasukkan ke kelas terbaik, atau untuk dapat soalan bocor.

Waalahu'alam.

Cheguman morha

M  I  N  Y  A  K    M  O  R  H  A  B  S  H  I


Nak 
Morha nutral atau Morha serai? Whatsapp je...

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
Harga . Video Pengakuan Artis . Khasiat Myrrh . Produk Berdaftar . Pengasas . Testimonial Pengguna
----------------------------------------------------------

Friday, January 31, 2020

PSPMI perlu atau tidak diajar dalam bahasa inggeris?


Konon ada seorang profesor sedang buat kajian di sebuah kampung jauh di hutan.

Satu²nya cara perhubungan ke situ ialah melalui sebatang sungai yang sangat deras, dalam, dan luas.

Maka profesor bersama pembantunya terpaksa menyewa bot kecil yang dikemudi oleh seorang pemuda.

Entah sebab nak hilangkan takut atau memang profesor suka bercakap maka si profesor itu tak henti² berbual dengan pembantunya tentang pelbagai hal.

Mereka berbual dalam bahasa Inggeris.


Tiba² si profesor berpaling pada pemuda kampung yang berada di kemudi bot kecil berenjin sangkut itu.

"Awak faham apa yang kami sembangkan tadi?" tanya si profesor.

"Tidak. Saya tak faham sepatahpun bahasa inggeris." jawab si pemuda jujur.

"Satupun tak tau? Awak tak sekolah ke? Tanya si profesor lagi.

"Sekolah sekejap tapi tak habis." jawab si pemuda lagi.

"Awak ada SPM?" Tanya lagi profesor.

"Tak sempat ambil. Saya ganti ayah bawa bot ini masa tingkatan empat. Ayah meninggal dunia." tambah si pemuda perlahan.

"Oh. Maaf." Profesor menunjukkan simpati. Apapun awak sangat rugi kerana tak teruskan persekolahan. Awak tak faham bahasa inggeris. Awak tak ada ijazah, diploma, bahkan SPM pun tiada. Awak benar² rugi. Saya rasa masa depan awak gelap." tambah profesor dengan penuh kecewa.

Suasana hening seketika.

Tiba² pembantu profesor menjerit: "bot kita bocor. Air dah masuk."

Suasana mula kelam kabut. Profesor kelihatan panik. Bot sudah hampir karam!

"Profesor boleh berenang?" tanya pemuda itu yang dilihatnya semakin cemas.

"Tidak." jawab si profesor jujur.

"Saya rasa masa depan profesor amat gelap." kata pemuda itu sebelum terjun menyelamatkan diri.


Rasanya saya tak perlu ulas mesej cerita ini. Pembaca tentu boleh buat kesimpulan sendiri.

Lain kali saya cerita pasal profesor botak pulak. Sayapun tak tau kenapa ramai motivator gemar jadikan profesor sebagai bahan ceramah. Saya sekadar ulang cerita sahaja.

Cheguman morha

M  I  N  Y  A  K    M  O  R  H  A  B  S  H  I


Nak 
Morha nutral atau Morha serai? Whatsapp je...

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
Harga . Video Pengakuan Artis . Khasiat Myrrh . Produk Berdaftar . Pengasas . Testimonial Pengguna
----------------------------------------------------------

Thursday, January 30, 2020

Bahan api dari neraka


Masa kecil² dulu kami selalu main perang². Pihak lawan dikira kalah jika semua mati, ditawan, atau mengangkat bendera putih.

Maknanya, perang tak semestinya berakhir dengan membunuh musuh. Jika musuh menyerah pun dah dikira kalah.

Maka strategi yang perlu dilakukan ialah menjadikan mereka mengaku kalah. Tak jadi perang pun tak apa.

Oh ya. Dalam peperangan yang besar, usaha turut dilakukan bagi menarik sokongan orang lain. Lumrah manusia akan menyokong pihak yang dirasakannya akan menang.

Paling tidakpun mereka takkan menyebelahi orang yang dijangka kalah.

Semasa era perang dingin antara Amerika dengan Rusia, Amerika tidak sekadar mempersiapkan senjata. Sebaliknya mereka aktif mengeluarkan filem² yang menunjukkan Amerika orang baik yang sangat hebat.


Rusia pula digambarkan sebagai orang jahat dan sedikit bodoh.

German pun begitu. Saya ingat lagi bagaimana askar German digambarkan sebagai orang bodoh dan jahat. Dan, sentiasa kalah!

Lama kelamaaan dalam minda penduduk dunia tertanam kepercayaan bahawa Amerika sangat hebat dan baik manakala Rusia dan German ganas serta jahat.

Kenapa saya menulis tentang perang? Adakah kita akan terlibat dengan perang? Dengan siapa?

Secara nyata mungkin tiada. Namun kita ada musuh hakiki iaitu iblis dan syaitan.

Iblis memang musuh tradisi manusia sejak adam. Manakala syaitan terdiri daripada jin dan manusia yang telah menjadi pengikut dan penyembah iblis.

Bukan sahaja tiada kuasa malah akan jadi bahan bakar api neraka. 

Siapa pengikut iblis? Sesiapa sahaja yang tidak menyembah Allah bahkan mensyirikkan Allah adalah pengikut iblis.

Sedar atau tidak, mereka memang ada di sekeliling kita. Mereka adalah musuh Allah yang nyata. Mereka bukan sahaja kuffur malah sentiasa syirik pada Allah.

Jika Allah taala pun mereka jadikan musuh, bagaimana dengan rasulullah saw? Bagaimana pula dengan pengikut rasulullah saw?

Apakah anda fikir mereka sedang diam dan redho dengan kita?

Kalau tak faham lagi entahlah.

Ok. Lain kali kita sambung cerita lagi.

Cheguman morha

M  I  N  Y  A  K    M  O  R  H  A  B  S  H  I


Nak 
Morha nutral atau Morha serai? Whatsapp je...

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
Harga . Video Pengakuan Artis . Khasiat Myrrh . Produk Berdaftar . Pengasas . Testimonial Pengguna
----------------------------------------------------------


Wednesday, January 29, 2020

Tentera Allah bernama Coronavirus

Berita terkini Coronavirus dalam The New York Times

Coronavirus bukan sekadar isu. Ia adalah manifestasi kebuasan manusia yang melampaui batas dalam menggunakan sumber alam.

Yang diharamkan pun nak dimakan!!!
...
Gila.
...



Kita tinggalkan sebentar isu itu!

Menjelang qiamat, Allah asingkan dua kelompok manusia iaitu muslim dan kafir. Demikian kata guru saya.

Untuk mengasingkannya amat mudah bagi Allah. Secara prosesnya, manusia diberikan ujian.

Seperti biasa, majoritinya gagal!

Bagi yang beriman akan rukuk dan sujud pada Allah. Akur dan redho dengan Allah. Mereka semakin rapat pada Allah sebab mereka sedar, diri tidak punya kuasa apa².

Manakala sebahagian lagi berkeras untuk merubah keadaan dengan tangan sendiri. Mereka percaya betapa mereka punya kekuatan untuk mengatasi ketentuan.

Jikapun gagal, mereka yakin pasti disebabkan ada kelemahan di mana² yang perlu di atasi.

Mereka tidak percaya pada Allah. Mereka percaya pada benda lain yang bukan tuhan sebenar. Mereka percaya apa² selain Allah.

-------------------------------------------------------------------
Adakah Coronavirus amat bahaya?

Indah! Makhluk Allah ini dinamakan Coronavirus kerana bentuknya seperti mahkota. 

TIDAk! Virus ini telah dikenali sejak 1960. Ia mambawa kesan selesema yang boleh dirawat dengan ubat biasa. Langsung tidak bahaya. Lihat sejarahnya.

Yang menjadikan Coronavirus ini bahaya ialah penciptanya yang juga pencipta kita semua dan sekalian alam.

Bukankah salah satu nama Allah ialah Addhor yakni yang memberi  mudhorat?

La haula wala quwata illa billahi aliyil azim.

Tidak ada sesuatupun yang mampu bergerak tanpa izin Allah taala.

Sains sendiri akui ilmu perubatan manusia sangat kerdil. Lihat majalah sains.

----------------------------------
...sekarang kita sambung prolog di awal tadi

Doa Ughyur bersambut. Doa ummat Islam seluruh pelusuk dunia berjawab. Allah hantarkan tentera coronavirus. Menggelepar mereka kesakitan dan ketakutan dalam berhadapan dengan maut.

Itu, mereka. Bagaimana dengan kita?

Masih mahu menjulang ego diri? Masih enggan rukuk dan sujud pada Allah? Masih belum mahu nampak kebesaran Allah? Masih mahu mendakwa aku boleh atasinya dengan ilmu, tangan, dan alam sekelilingku?

Padahal itu semuapun Allah taala yang pinjamkan.

Cheguman morha

M  I  N  Y  A  K    M  O  R  H  A  B  S  H  I


Nak Morha nutral atau Morha serai? Whatsapp je...

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
Harga . Video Pengakuan Artis . Khasiat Myrrh . Produk Berdaftar . Pengasas . Testimonial Pengguna
----------------------------------------------------------

Tuesday, January 28, 2020

Kenduri dulu²


Dulu² duit bukan ada sangat. Ramai yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Ada yang pandai² tambah... "Tak mengais, tak makan la." Hmm... Jangan kata gitu. Allah taala dah janji setiap orang ada rezeki masing².

Simpanan? Kalau ada tabungpun tak sempat pencuri nak pecah, tuan rumah dah ambik dulu.

Untuk makan keluarga sehari² boleh tanak nasi, goreng ikan masin, dan rebus pucuk ubi atau celur jantung pisang sahaja.

Tapi bagaimana kalau nak buat kenduri?


Maka orang dulu² buat muafakat. Kutip duit beli pinggan mangkuk. Gotong royong buat khemah, bangku, meja dll.

Semua barang itu disimpan di suatu tempat. Kalau ada yang nak buat kenduri, boleh pinjam. Mungkin kena bayar sikit untuk tambah duit tabung. Untuk beli dan tambah apa² yang patut.

Kalau ada pinggan mangkuk pecah atau retak, kena ganti serta merta. Dilantik seorang yang amanah untuk jaga dan kira.

Untuk jamuan kenduri seperti lauk dan beras boleh hutang dulu di kedai. Nanti dapat duit ketika salam berkaup, cepat² bayar.

Sebenarnya salam berkaup adalah bentuk kerjasama. "Engkau buat kenduri, aku bantu. Nanti aku buat kenduri, engkau bantu." Tak timbul soal balas membalas, apalagi balas dendam!

Untuk riak pun bukan.


Budaya begitu sudah hampir pupus. Hari ini kerjasama sudah diganti dengan wang tunai. Bukan setakat khemah malah jamuan pun diserahkan pada syarikat catering.

Yang terus buat di hotelpun makin ramai. Saya tak kata salah. Yang penting, nawaitu. Yang menentukan dosa atau pahala hanya Allah. Bukan kerja manusia.

Sebenarnya ia masih berkonsep kerjasama. Kerjasama bentuk baru. Wang menjadi penilai pada hampir semua perkara.

Budi juga selalu dinilai dengan wang!

Ia tidak salah selagi kita jaga nawaitu, yakni niat kita. Jika betul niat kita, tak jadi masalah. Allah taala nilai niat kita. Sementelah zaman ini masing² sibuk. Tiada masa untuk rewang di rumah kenduri berhari².

Wang jadi pengganti diri.

Cheguman Morha 😁




Nak Morha nutral atau Morha serai? Whatsapp je...

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
Harga . Video Pengakuan Artis . Khasiat Myrrh . Produk Berdaftar . Pengasas . Testimonial Pengguna
----------------------------------------------------------

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)