Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, January 28, 2020

Kenduri dulu²


Dulu² duit bukan ada sangat. Ramai yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Ada yang pandai² tambah... "Tak mengais, tak makan la." Hmm... Jangan kata gitu. Allah taala dah janji setiap orang ada rezeki masing².

Simpanan? Kalau ada tabungpun tak sempat pencuri nak pecah, tuan rumah dah ambik dulu.

Untuk makan keluarga sehari² boleh tanak nasi, goreng ikan masin, dan rebus pucuk ubi atau celur jantung pisang sahaja.

Tapi bagaimana kalau nak buat kenduri?


Maka orang dulu² buat muafakat. Kutip duit beli pinggan mangkuk. Gotong royong buat khemah, bangku, meja dll.

Semua barang itu disimpan di suatu tempat. Kalau ada yang nak buat kenduri, boleh pinjam. Mungkin kena bayar sikit untuk tambah duit tabung. Untuk beli dan tambah apa² yang patut.

Kalau ada pinggan mangkuk pecah atau retak, kena ganti serta merta. Dilantik seorang yang amanah untuk jaga dan kira.

Untuk jamuan kenduri seperti lauk dan beras boleh hutang dulu di kedai. Nanti dapat duit ketika salam berkaup, cepat² bayar.

Sebenarnya salam berkaup adalah bentuk kerjasama. "Engkau buat kenduri, aku bantu. Nanti aku buat kenduri, engkau bantu." Tak timbul soal balas membalas, apalagi balas dendam!

Untuk riak pun bukan.


Budaya begitu sudah hampir pupus. Hari ini kerjasama sudah diganti dengan wang tunai. Bukan setakat khemah malah jamuan pun diserahkan pada syarikat catering.

Yang terus buat di hotelpun makin ramai. Saya tak kata salah. Yang penting, nawaitu. Yang menentukan dosa atau pahala hanya Allah. Bukan kerja manusia.

Sebenarnya ia masih berkonsep kerjasama. Kerjasama bentuk baru. Wang menjadi penilai pada hampir semua perkara.

Budi juga selalu dinilai dengan wang!

Ia tidak salah selagi kita jaga nawaitu, yakni niat kita. Jika betul niat kita, tak jadi masalah. Allah taala nilai niat kita. Sementelah zaman ini masing² sibuk. Tiada masa untuk rewang di rumah kenduri berhari².

Wang jadi pengganti diri.

Cheguman Morha 😁




Nak Morha nutral atau Morha serai? Whatsapp je...

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
Harga . Video Pengakuan Artis . Khasiat Myrrh . Produk Berdaftar . Pengasas . Testimonial Pengguna
----------------------------------------------------------

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)