Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, January 23, 2020

Mengharap impian, kematian yang tiba


Sejak kecil benak kita ditanam dengan impian. "Besar nanti nak jadi apa?" Makin lama kita makin hanyut dengan cita² dan angan². Terbalut dengan pelbagai harapan.

Bukan-lah salah bercita² dan berusaha mencapainya. Cuma kena sentiasa ingat tujuan sebenar Allah jadikan kita. Bezakan yang utama dengan yang sampingan.

Bukankah harapan itu sekadar mengharap² sesuatu yang mungkin berlaku dan mungkin tidak? Nak jadi kaya, nak rumah besar, nak kereta mewah... Hakikatnya lebih ramai yang tak kaya-kaya sampai sudah.

Yang pasti datang ialah mati. Termasuk-lah si penulis ini.

Cheguman Morha


Nak Morha nutral atau Morha serai?

  
----------------------------------------------------------


M I N Y A K    M O R H A B S H I


----------------------------------------------------------

Harga . Video Pengakuan Artis . Khasiat Myrrh . Produk Berdaftar . Pengasas . Testimonial Pengguna
----------------------------------------------------------

4 comments:

Anonymous said...

Seorg kenalan mengalami serangan jantung sekitar 3 bulan lalu, bernasib baik masih diberi kesempatan utk menyambung usianya. Namun selepas kejadian itu beliau jadi murung dan lbh menumpukan pd amalan agama hingga terganggu urusan seharian dan pekerjaannya. Urusan kerja bnyk diserah pd org bawahan beliau hingga menimbulkan ketidaksenangan diklgn mrk.

Berkesempatan bertemu beliau baru baru ini, sempat juga berdiskusi dgn agak pnjg. Yg menimbulkan kerisauan beliau adalah, apakah beliau mampu utk menjwb segala persoalan yg bakal ditimbulkan selepas kematian, dr soal kubur, Mahsyar, Hisab dsbnya.

Jwpn saya,
Tiada siapa yg mampu menjwb bila Tuhan meminta pertanggungjwbn.
Mengaku sahaja segala dosa, kesalahan, keburukan dan kelemahan kita.
Dr sekarang sentiasalah bertaubat, minta ampun beristighfar dan memperbaiki diri.
Selbhnya tawakkal kpd Allah swt, bnykkn berselawat mohon syafaat Nabi saw.
Jadikan sebhgn dr wirid harian kita 3 rangkap kalimat taubat ini ;
1. Kalimat taubat Nabi Yunus a.s. "La ilaha illa Anta subhanaKa inni kuntu minazzolimin"
2. Kalimat taubat Nabi Adam a.s. "Rabbana zolamna anfusana wa illam taghfirla wa tarhamna lanakunanna minal khosirin"
3. Kalimat taubat kita umat Nabi Muhammad saw, iaitulah Penghulu Istighfar, diamalkan sekurang kurangnya dua kali sehari, subuh dan maghrib.

Seterusnya, amalan atau pekerjaan yg kita anggap keduniaan, boleh jadi ibadah bila betul niatnya dan dilaksanakan dgn jujur dan amanah.

Unknown said...

Masya-Allah. Terima kasih tuan. Perkongsian yang amat baik untuk saya.

Anonymous said...

Tuhan berpesan, "Jgnlah kamu mati kecuali kamu dlm keadaan Islam".
Islam dlm ertikata ;
1. Beragama Islam, tidak syirik tidak melakukan perbuatan perbuatan kufur.
2. Tunduk patuh pd segala perintah dan larangan, tidak dlm maksiat.
3. Sejahtera dan tenang hatinya, bersangka baik pd Allah swt.

Sentiasalah kita bersangka baik kpd Tuhan kita Yg Maha Pengasih lg Maha Pengampun.

"Dan brgsiapa melakukan suatu kesalahan atau menzalimi dirinya sendiri kemudian dia beristighfar meminta ampun kpd Allah (swt), nescaya dia akan mendapati Allah (swt) Maha Pengampun lg Maha Mengasihani". QS4:110.

"Mengapa pula Allah (swt) mengazabkan kamu sekiranya kamu bersyukur dan beriman, dan adalah Allah (swt) Maha Mensyukuri lg Maha Mengetahui". QS4:147.

Unknown said...

Terima kasih tuan.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)