Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, February 15, 2020

Asal usul perlembagaan kita

Bukit Saguntang, Palembang. Di sinikah berlakunya perjanjian (wa'adat) Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun?

Persamaan Waadat dengan Perlembagaan hari ini.

Mari kita imbas semula persetiaan Sang Sapurba yang mewakili raja dengan Demang Lebar Daun selaku wakil rakyat.

1. Demang Lebar Daun menabalkan Sang sapurba sebagai raja Palembang.

Ertinya, rakyat yang memberi kuasa pada raja.

2. Raja pula melantik Demang Lebar Daun (wakil rakyat) sebagai perdana menteri yang akan menasihati baginda.

Samada di zaman sang sapurba atau zaman sekarang, raja melantik perdana menteri tanpa bertanya kepada rakyat atau wakil rakyat. Cukup hanya bersandarkan keyakinan baginda.

Perlembagaan sekarang pada Perkara 43 Jemaah Menteri;

(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu;

Sultan Abdullah, YDA sekarang. Sempoi macam ayahandanya. Abdullah bermakna hamba-Allah. Apa² jawatan pun adalah khidmat pada Allah. Di bawah baginda ada perdana menteri, ada hakim, dan ada dewan rakyat.

Istilah penting dalam perlembagaan ialah 'pada hematnya' dan 'mungkin'. Kedua²nya tidak ada pengukur standard. Ia semata² datang daripada gerak hati sultan.

Wallahu'alam.

Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.

Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.

M  I  N  Y  A  K    M  O  R  H  A  B  S  H  I

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
      ----------------------------------------------------------

Friday, February 14, 2020

Agong tentukan siapa jadi perdana menteri


"Derwish buat apa tu?" tanya Demang.

"Aku nak lekatkan dinding ni," jawab Derwish sambil membetulkan serbannya.

"Kenapa guna plastisin?" tanya lagi Demang.

"Abis tu nak guna apa? Derwish menyoal kembali.

"Guna paku la." jawab Demang lembut.

"Takpe la. Guna plastisin lawa sikit." ujar Derwish mempertahankan caranya.

"Tak boleh gitu. Derwish sendiri kata kalau tak letak sesuatu pada tempatnya, tunggulah saat kejatuhan kamu." tingkah Demang menguji.

"Kenapa pulak aku tak boleh? Kau sendiri letak sesuatu bukan pada tempatnya. Kau letak tepi ketua nombor satu sampai rakyat tak kenal mana satu ketua mana satu pembantu." Derwish menyindir.

"Errr..." ayat Demang tersangkut.

"Bukankah ketua negara ini Yang Dipertuan Agong? Tapi kau lebih sudu dari kuah. Lepas tu kau pening kepala masalah tak selesai. Tuduh sana sini. Konon pendatang nak rampas kuasa. Padahal kau sendiri rampas kuasa sultan." Derwish berleter panjang.

Ketua Negara adalah kuasa tertinggi. Allah tentukan begitu. Sistem kita bukan macam barat. Agong bertanggungjawab buat laporan pada Allah taala di padang mahsyar nanti. Sekarang Alah hantar yang terbaik untuk kita. Tak perlu pening kepala pasal penbantu² baginda.

"Hamba cuma ikut perlembagaan." Demang cuba membela diri.

"Kau nak tipu aku ke? Kau sendiri tahu perlembagaan meletakkan Agong paling tinggi. Di bawah baginda ada tiga pembantu: eksekutif, legaslatif, dan kehakiman (Judisiari). Kau cuma pembantu eksekutif. Kau ingat jawatan demang tu besar sangat? Ketua jemaah menteri je! Kau cuma dilantik untuk satu bahagian sahaja. Macam ketua kelas!!!" Derwish menyindir lagi.

"Kau kata pasal perlembagaan. Kau nak sorok pasal Perkara 32 berkenaan Ketua Utama Negara bagi Persekutuan?"

Kedudukan kau di sisi Agong ditegaskan dalam perlembagaan Perkara 43 berkenaan Jemaah Menteri. Kau dilantik oleh Agong sebagai ketua pada jemaah menteri atas keperluan baginda. Kau baca semula dan hadamkan ayat dalam Perkara 43 perlembagaan ini betul²:

Ahli Dewan Rakyat boleh tolak Perdana Mernteri yang ditujukkan oleh Yang Dioertuan Agong. Boleh tolak tapi dikira biadap la. Apapun, kalau Agong hilang sabar, baginda boleh bubar dan isytihar darurat.

Perkara 43. Jemaah Menteri
(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:

(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu;

"Kau lihat betul² ayat 'pada hematnya mungkin' ..." kata Derwish sambil mengerling Demang. Kau faham maksud 'pada hematnya'? Kau faham maksud 'mungkin'?" Derwish menyambung.

"Kalau susah sangat nak faham, aku jelaskan. Agong akan lantik sesiapa sahaja yang baginda RASA mungkin ahli dewan rakyat akan sokong."

"Kalau mereka dah tak sokong? Tiba² Jebat yang muncul entah dari mana menyampuk.

Ini peluang terakhir...

"Mereka perlu buat undi tidak percaya dalam dewan rakyat." jawab Derwish tanpa memandang jebat. "memang kurang ajar..." kata Derwish perlahan. Entah didengar entah tidak dek jebat.

Jebat tersenyum berbunga. "Kali ni impian aku nak jadi perdana menteri akan tercapai. Orang tua itu akan tersingkir. Dendam 1999 akan tertebus." katanya perlahan tapi sempat didengar oleh Derwish  dan Demang.

Err..rasanya semua orang dah tau.

Dua kali aku buang jebat...


Wallahu'alam.

Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.

Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.

M  I  N  Y  A  K    M  O  R  H  A  B  S  H  I

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
      ----------------------------------------------------------

Tuesday, February 11, 2020

Pakatan Nasional vs Muafakat Nasional

Apakah ini usaha bersepadu bagi menyingkirkan Anwar Ibrahim?

Demang siarkan secara umum kata² terkini beberapa pemimpin parti² utama berkenaan isu Pakatan Nasional dengan Muafakat Nasional.

Kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki:

"Tidak ada istilah Pakatan Nasional, yang ada hanyalah Muafakat Nasional. Seperti yang semua ketahui, kita sudah menandatangani piagam dan proses menandatangani ini bukanlah mudah."

Kata pula Hj Hadi Awang:


"Kuasa politik Melayu, Islam mesti mendominasi pemerintah hari ini, kita lihat ada "kecanggungan" (kepincangan) dalam PH hari ini."

Kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.

“PAKATAN Nasional itu apa? Tak tahu pula saya, tak pernah bincang pasal Pakatan Nasional, kita Muafakat Nasional.”

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula berkata:


"Penubuhan Pakatan Nasional yang dikatakan akan menggantikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) melalui ‘pintu belakang’, berbahaya kepada cara hidup masyarakat negara ini."

Mari kita lihat kedudukan kedua²nya:

Muafakat Nasional
Ia adalah piagam yang dimeterai antara UMNO dan PAS pada 14 September 2019. Ada 6 perkara yang disepakati bersama.

Pakatan Nasional


Dikatakan bakal melibatkan Parti Bersatu, UMNO-Barisan Nasional, Pas, sebahagian pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) pro-Mohamed Azmin, Gabungan Parti Sarawak dan Parti Warisan Sabah sekali gus mengetepikan PKR, Parti Amanah Negara dan DAP.

Secara ringkasnya:
1. Muafakat Nasional melibatkan DUA parti Melayu-Islam iaitu UMNO dan PAS.

2. Pakatan Nasional lebih luas iaitu parti² yang terlibat bukan sahaja UMNO dan PAS malah parti pemerintah dengan diterajui PM, PKR (Azmin). Lebih menarik lagi ia turut disertai bukan Islam.

3. PKR (Anwar), DAP, dan PAN (Mat Sabu) akan tersingkir.


Sekali imbas ternyata Pakatan Nasional lebih mantap. Namun yang menggusarkan beberapa kelompok dalam UMNO dan PAS ialah keikhlasan Mahathir.


Adakah ini muslihat Mahathir atau kerana beliau memang benar² terdesak?

Apapun, sehingga hari ini belum ada kenyataan atau tawaran rasmi untuk merealisasikan Pakatan Nasional.

Ia masih berstatus Rahsia Umum.

Atas kertas, samada Muafakat Nasional atau Pakatan Nasional, Anwar Ibrahim ke tepi jua.

Wallahu'alam.

Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.

Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.

M  I  N  Y  A  K    M  O  R  H  A  B  S  H  I

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
      ----------------------------------------------------------

Saturday, February 8, 2020

Mendepani lamaran penyatuan (3)


Dua siri lalu Waadat bentangkan berkenaan isu lamaran mahathir kepada pemimpin melayu untuk bersatu bagi menolak puak kuffar yang semakin kuat mengasak.

Kalau dulu melayu dah rapat ke dinding, mungkin sekarang sedang berusaha panjat dinding.

Apa pendirian kita?


Dalam posting Lamaran Mahathir saya ungkapkan usul yang semua orang Islam sudah tau iaitu mengadaplah tok² guru di masjid, perkuatkan aqidah sendiri.

TAU, FAHAM, dan SEDAR itu ada bezanya. Aras masing² berbeza. Bagi mereka yang bermaqam lebih tinggi mungkin tidak perlu lagi muhasabah diri. Agaknya lah!

Bahkan ada yang rasakan syariat pun dah tak wajib diikut. Apalagi untuk menerima nasihat.

Tinggi level mereka! Demang baru tadika.

Dalam posting kedua ditunjukkan wajah² yang mungkin sedang berdebar² menunggu pemergian perdana menteri. Mana tau sampai giliran untuk jadi PM pula.

Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau. Setakat ini KJ ibarat pulau tak berpenghuni.

Debaran dan impian itu dikongsi pula oleh ramai pengikut dan penyokong mereka. Mana tau ada tumpahan rezeki. Paling tidakpun dapat tempiasnya.

Mereka ini-lah yang kita lihat sedang bersilat di media sosial.

Awas jangan cuma dapat angin kentut dan baunya sahaja.

Itu orang lain. Bagaimana dengan kita rakyat marhaen?

Najib anak Tun Razak. Sebagaimana orang sayangkan bapanya, begitu juga yang berlaku pada Najib. Insya-Allah berterusan dengan syarat beliau tidak kembali mejadi PM.

Ketepikan istilah marhaen itu. Kembali pada kedudukan sebenar kita iaitu hamba Allah. Apa peranan dan khidmat kita pada Allah selaku seorang hamba?

Kata tok² guru, semua yang kita terima hanya ujian. Allah menilai kita selaku orang yang menduduki ujian. Jangan peduli sangat dengan alat ujian. Apa²pun boleh jadi alat ujian.

Dalam ujian SPM, pemeriksa beri markah pada soalan atau pada jawapan?

Bukan kerja kita untuk menilai sang penyedia soalan dan mempertikai soalan yang diberikan.

Penyedia soalan SPM cuma manusia biasa sedangkan Allah maha sempurna.

Kelebihan zaman Najib-Zahid ialah mereka tidak kekok dengan program Islam dan ada agenda pendidikan Islam. Kalau ada masalah, mereka akan ke makkah.

Tugas kita hanya jawab soalan yang diberikan. Allah beri markah pada respon atau jawapan kita terhadap soalan berkenaan.

Demang buat kesimpulan sikit:

Pertama, utamakan konsep dosa dan pahala dalam menghadapi situasi ini.

Kedua, buat keputusan berdasarkan perintah Allah taala. Jika begini keadaannya, begini tindakannya. Jika begitu yang berlaku, begitu pula tindakan yang perlu diambil. Ikut hukum.

Contoh.
Jika berhadapan dengan arak, maka bertindaklah berdasarkan hukum arak. Jangan kata nanti dulu atas alasan perlu ditangguhkan dulu atau bimbang ada orang tak setuju.

Sekarang ada orang ajak untuk bersatu, maka bersatu-lah. Jangan risau sangat. Kalau perlu buat persediaan, buatlah.

Fikir dan kaji tapi jangan berlebihan sampai semua benda tak jadi. Mintak Allah tunjukkan jalan.

Biarkan takdir seterusnya berlaku menurut takdir yang kita tidak tahu. Jangan 'perintahkan' Allah mengikut kemahuan kita.

Kitalah yang perlu redho dengan apa sahaja ketentuan-Nya. Kita adalah hamba Allah. Tak begitupun, bukan kita boleh kawal sesuatu yang nak berlaku.

Wallahu'alam.

Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.

Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.

M  I  N  Y  A  K    M  O  R  H  A  B  S  H  I

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
      ----------------------------------------------------------


Siapa akan sokong mahathir? (2)


Orang UMNO ramai yang masih sokong mahathir. Senyap² dan terang².

Paling tidakpun, berpotensi untuk ditagih simpati. Kena cara pujuk, tak ada masalah. Jasa mahathir tak kira samada dek propaganda maupun realiti sudah sebati pada rakyat seusia saya.

PAS

Orang PAS, memang ada yang hormat pada mahathir. Jika ditekankan faktor kepentingan ummah dan bagi menghindari musibah yang lebih besar, tak sukar menarik sokongan mereka.

Malah dua hari lalu Setiausaha Agung PAS (lihat Bharian 5 feb 2020)  menegaskan mereka lebih condong untuk bekerjasama dengan Tun berbanding UMNO.

PKR


Bukan rahsia lagi bahawa PKR telah terpecah dan sebahagiannya bakal memasuki team mahathir.

Orang parti cap bunga usah dipertikai lagi. Mereka setia dengan mahathir sampai mati.

Berdasarkan sifir di atas, penyatuan akan jadi positif. Soal pembentukan 'kerajaan pintu belakang' berjaya atau tidak, itu perkara lain.

Saya cuma ulas dari segi sokongan kepada Tun Mahathir.

Apabila dilihat pada isu penyatuan nasional,  kekuatan penyatuan hanya pada mahathir. Jika beliau dijemput Allah lebih awal, senarai di atas akan terburai.


Jika Tun tiada maka yang tinggal ialah Anwar Ibrahim, Zahid Hamidi, dan Mat Hasan.

 
Naik selepas selepas sepupunya naik maka jatuh lah ia apabila sepupunya jatuh.

Najib Tun Razak

Opss... Bossku ini jangan dilupa.

Apapun Mat Sabu tak perlu masuk bilang. Dia akan capai mana² tali yang terjuntai. Saya harap beliau tidak terpegang ekor ular sudah lah.


Ramainya calon pengganti yang sama tara adalah extra peluang bagi merealisasikan penyatuan.

Artikal ini masih merujuk pada artikal saya beberapa tahun lalu ketika mahathir mulai secara terbuka menentang najib.

Ketika ramai rakan² penganalisis politik meragui mahathir (saya simpan dulu istilah pengkhianat), saya percaya ada sesuatu yang mendesak beliau untuk campur tangan.

Tidak semudah itu untuk dilupakan..



Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008. Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.

Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.

M  I  N  Y  A  K    M  O  R  H  A  B  S  H  I

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
      ----------------------------------------------------------

Thursday, February 6, 2020

Di sebalik lamaran mahathir (1)

Isu perpacahan melayu kerana parti ini bukan perkara baru. Begitu juga usul agar parti² melayu bersatu sudah acap didengar.

Namun lumrah dunia, setiap pernyataan akan muncul dua pendapat. Di mana² pelusuk dunia pun begitu. Jangan kata melayu sahaja.

Apabila satu jadi dua maka itulah perpecahan. Buatlah persatuan apapun, untuk pecahkannya hanya dengan satu usulan. Nanti akan muncul yang menyokong dan sebahagian lagi menentang.

Saya pernah bertanya kepada pemimpin beberapa peringkat ketika UMNO dan PAS hendak didamaikan dulu. Rata² pemimpin amat bersetuju.

Namun dengan lembut mereka kata: peringkat atas tiada masalah. Yang jadi masalah ialah akar umbi yang sudah jauh terpecah.

Soalnya, siapa yang pecahkan? Siapa yang jadi pemimpin?

Mana satu pilihan hati? Atau ada orang lain teringin nak ganti?


Biasanya selepas dengar kenyataan begitu, saya diam. Bukan kerana bersetuju tapi sebab meluat dengan orang parti politik yang bagi alasan bodoh yang merasakan orang lain juga senang diperbodohkan.

Baiklah. Mereka bukan bodoh tapi sedikit tamak macam anjing dengan bayang².

Dipendekkan cerita, sekarang UMNO dan PAS sedang bekerjasama dan akar umbi mengikut sahaja. Boleh pulak!!!

Sebenarnya yang enggan bersatu ialah para ketua tak kira peringkat. Sebab? Mereka takut hilang jawatan.

Hilang jawatan bermakna hilang kuasa.
Hilang kuasa ertinya dah tak ada peluang.

Itu sebabnya di akhirat nanti yang teruk kena tanya ialah tok-tok ketua.

Berbalik pada isu lamaran mahathir. Apabila usul ini dilontar maka akan muncul dua kumpulan. Yang bersetuju dan yang membantah.

Yang bersetuju, ada alasannya. Yang membantah, ada kepentingannya.

Usia Tun makin rapat ke hujung. Tempat kosong itu pasti kena ganti. Persoalan paling utama ialah siapakah yang akan jadi pengganti.

Maka masing² sedang berangan. Masing² pasang strategi. Bos-bos dah tentu teringin. Penyokong² pula berangan bos mereka yang dipilih.

Justeru apa pendirian kita?

Kita boleh rujuk tok-tok guru sebab mereka faham kehendak Islam.

Wali Allah Tok Kenali

Jangan tanya tok guru dia sokong siapa. Ikuti kuliahnya dan buat keputusan sendiri. Allah beri akal fikiran dan akal hanya berfungsi apabila ada ilmu pengetahuan.

Macamana nak dapat ilmu? Pusing balik, kena mengadap tok-tok guru juga. Kalau tersilap pun, mereka berpandukan ajaran Islam yang berpunca daripada Rasululullah saw dan Al Quran.

Di mana nak cari tok guru? Pergilah masjid. Sambil berjemaah, dengar kuliah, boleh tengok mana pemimpin yang hadir dan mana yang sekali sekala sahaja nampak muka berjemaah.

Insya-Allah selamat.

Cheguman morha

M  I  N  Y  A  K    M  O  R  H  A  B  S  H  I


Nak 
Morha nutral atau Morha serai? Whatsapp je...

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
      ----------------------------------------------------------

Baton Duit Syiling


Berilah pada kawan kita sesuatu yang mudah diterimanya. Baru lah dua² gembira.

Saya buat satu eksperimen sambil mengajar. Modulnya, Lari Berganti-ganti.

Sampel saya ialah murid 9 tahun, 15 lelaki dan 15 perempuan.

Biasanya dalam acara lari berganti², ada 4 pasukan. Setiap pasukan ada 4 peserta yang akan lari bergilir².


Tapi dalam eksperimen ini saya jadikan dua pasukan sahaja iaitu lelaki lawan perempuan.

Setiap pasangan dalam trek larian. Jarak setiap pelari ke pelari seterusnya kira² lima meter sahaja.

Pasukan lelaki saya tak berikan baton yang biasa. Saya gantikan duit syiling 50 sen. Manakala pasukan perempuan saya berikan batang ais krim.

Saya buat tiga pusingan. Ternyata ketiga² pusingan pemenangnya ialah pasukan perempuan!

Nampaknya agakan awal saya betul: apabila kita nak berikan sesuatu, pastikan ia mudah diambil oleh penerimanya.

Kalau duit syiling jatuh celah rumput bukan senang nak ambik balik.

Waalahu'alam.

Cheguman morha

M  I  N  Y  A  K    M  O  R  H  A  B  S  H  I


Nak 
Morha nutral atau Morha serai? Whatsapp je...

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
Harga . Video Pengakuan Artis . Khasiat Myrrh . Produk Berdaftar . Pengasas . Testimonial Pengguna
----------------------------------------------------------

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)