Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, July 30, 2011

Re:Re:

Maaf gangguan asing. Sila ke artikal seterusnya. T.kasih.

mari kenali nama kereta


Demang jumpa kartun di atas dalam blog Bumiyang. Demang pun tak pasti apa isu yang diketengahkan. Maklumlah, Demang pun dah macam pembangkang, dah tak baca akhbar.

Tapi zaman IT ni kata orang tak baca akhbar pun tak apa.

Walaupun tak jelas dengan isu yang dimainkan melalui foto di atas, Demang letakkan sahaja di sini sebagai hiburan.

Itu pun satu lagi ciri pembangkang yang Demang cuba tiru. Contohnya dalam perhimpunan haram BERSIH, memang ramai yang keluar berdemonstrasi hanya kerana ikut-ikut sahaja.

Ada berapa tuntutan AMBIGA? He he... tak tahu lah tu.


Thursday, July 28, 2011

tak patut surat terbuka kepada Marina

Demang rasa tak patut PAPAGOMO siarkan surat terbuka kepada Marina Mahathir di blognya hari ini.

Maksud Demang, TAK PATUT surat itu ditulis sebegitu lembut!

Bagi Demang, Ambiga memang cerdik. Setidak-tidaknya dia menjadi alat kepada orang yang cerdik.

Tahukah anda bahawa pada 2007 terdapat 17 tuntutan dibuat oleh BERSIH untuk dirubah SPR

Kenapa hanya 17? Bukankah ada 19 tuntutan? Kenapa 2 perkara lagi disorokkan daripada rakyat? Padahal dua perkara tersebut AMAT AMAT AMAT PENTING!

Pada 2011, BERSIH membuat 8 tuntutan. Kenapa bukan 17?

Itu soalan mudah. Sebab 9 daripadanya sudah dipersetujui SPR.

Persoalan Demang ialah, kenapa hanya 8 perkara dan bukannya 10? Bukankah ada 2 perkara lagi yang AMAT AMAT AMAT PENTING yang sepatutnya AMBIGA dan tuan-tuannya minta?

Penyokong PAS patut tanya apakah 2 perkara yang menjadi agenda tersembunyi itu. Tanyalah Ambiga. Lihatlah nanti bagaimana dia tergagap-gaga menafikannya.

Ataupun, tanya lah Demang secara personal. Nak jumpa pun boleh.

Tak tahu cara? Alahai, Demang tak pernah sembunyi nombor telefon atau alamat email.

Berbalik pada isu Marina sokong BERSIH, Demang langsung tak terkejut.

Apabila Ambiga menubuhkan IRC yang kemudiannya menjadi IFC, banyak pertubuhan Islam yang tertarik. Namun apabila terbukti Ambiga sedang menggunakan IRC untuk merosakkan akidah ummat Islam, semua pwertubuhan Islam menarik diri (termasuk Chandra Muzaffar).

Yang terus menyokong IRC ialah Sister In Islam. Marina adalah salah seorang aktivisnya.

Faham?

Wednesday, July 27, 2011

Mat Sabu bantah Nik Aziz



Tindakan Jawatankuasa Pas Pusat menolak mentah-mentah cadangan penggunaan biometrik pada pilihan raya umum akan datang, tanpa terlebih dahulu mendengar penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merupakan bukti bahawa parti itu kini diterajui pemimpin juhala' (jahil).
Pada masa yang sama, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, kegagalan pimpinan Pas bersikap terbuka dalam isu berkenaan juga membuktikan parti itu tidak ikhlas mencari jalan penyelesaian ke arah penambahbaikan sistem pilihan raya, sebaliknya lebih gemar untuk bermain dengan isu.

"Sepatutnya dengar dulu penjelasan SPR mengenai kebaikan sistem biometrik berbanding dakwat kekal. Kalau Pas ikhlas mahu penambahbaikan sistem pilihan raya, kenapa mereka tidak mengambil sikap terbuka? Sokong atau sekurang-kurangnya dengar dulu, bukannya tolak mentah-mentah.

"Pada saya orang seperti Mohamad Sabu, (Datuk) Husam Musa, (Datuk) Mahfuz Omar patut lebih rasional dan terbuka kerana mereka ini dikatakan golongan profesional, terpelajar. Jangan mempolitikkan perkara ini sepanjang masa, sehingga orang ramai kata Pas kini telah berubah dari ulama kepada juhala'.

"Sepatutnya mereka yang dilabelkan sebagai pemimpin masa hadapan Pas ini mencontohi keterbukaan (Datuk) Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam isu biometrik. Sekurang-kurangnya beliau sudi menerima penjelasan dan penerangan daripada SPR terlebih dahulu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Jawatakuasa Pas Pusat yang diketuai Mohamad Sabu, menolak cadangan SPR berhubung perkara tersebut, tidak sampai 24 jam selepas Mursyidul Am parti itu membuat kenyataan menyokong langkah penggunaan biometrik - UTUSAN.

Tuesday, July 26, 2011

FB Najib diserang


Apa perasaan anda jika FB anda diserang begini?

Padahal Najib menggunakan FB bukan sekadar suka-suka. Ia adalah salah satu saluran untuk beliau menerima aduan rakyat.

Jika sekalipun anda tidak suka seseorang, tindakan menyerang bukanlah sesuatu yang dihalalkan. Bagaimana jika Najib bertindak balas dengan mengarahkan jenteranya menyerang anda semula? Sanggup anda dan keluarga anda hadapi?

Sila beri alasan kenapa Najib tidak wajar menyerang orang yang yang terlebih dahulu menyerang beliau?

Demang nasihatkan pihak berkenaan bersedialah dengan pembalasan Najib sebagai manusia biasa yang ada perasaan. Jangan nak menyesal nanti. Anda yang mulakan!

Saturday, July 23, 2011

bersih siri 3?

Kalau ditanya bilakah perhimpunan Bersih 2 diadakan, hampir semua orang tahu. Namun apabila ditanya berapakah tuntutan dan apakah tuntutan tersebut, setakat ini cabaran Demang terhadap beberapa facebooker pembangkang yang aktif memprotes kerajaan masih belum berjawab.

Sedih. Mereka tidak tahu apa yang dibangkang!

Itu satu perkara.

Mari kita lihat pula satu contoh pihak pembangkang yang bertindak kotor:

Semasa hari pengundian, amalan sejak merdeka ialah pengundi akan menyemak nama mereka di sebuah kaunter yang disediakan parti-parti bertanding.

Sebenarnya amalan itu tidak sihat (kalaupun bukan kotor) kerana semua kempen sepatutnya sudah berakhir selepas pukul 12 tengah malam.

Maka amalan tersebut cuba dibersihkan oleh pihak SPR dengan mengeluarkan peraturan agar pondok panas tersebut dimansuhkan.

Maka semasa PRK di Bukit Gantang, pihak BN cuba mematuhi peraturan tersebut. Malangnya, pihak pembangkang langsung tidak mengendahkannya dan meneruskan amalan sebelum ini.

Akibatnya, parti BN yang merasa teraniaya turut melakukan hal yang sama ketika PRK selepas itu.

BERSIH? Bersih sangatlah tu!

Thursday, July 21, 2011

kenyataan Sanusi junid isu pusat maksiat di Kedah

MENUTUP 13 JENIS PUSAT HIBURAN DI BULAN RAMADHAN


1. Pada ingatan saya peraturan dan undang-undang pusat hiburan di bawah Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan telah lama wujud di Kedah dan dirapikan lagi sejak tahun 1997 di waktu saya menjadi Menteri Besar Kedah. 

2. Pindaan yang dibuat pada tahun 1997 ini memberi kuasa kepada pihak majlis-majlis tempatan untuk menutup pusat-pusat hiburan berkenaan dari pukul 6 petang pada hari Khamis malam Jumaat sehinggalah pukul 2.30 tengahari pada hari Jumaat, dan juga pada sepanjang bulan puasa.

3. Dengan pindaan Enakmen inilah maka pada setiap malam Jumaat semua pusat hiburan di Kedah telah ditutup kecuali di Langkawi kerana banyak pelancong. Setakat yang saya tahu tidak ada lesen pusat hiburan yang dikeluarkan kepada Umat Islam.

4. Umat Islam pula tidak dibolehkan oleh ugama Islam untuk melawat pusat-pusat hiburan tertentu bukan sahaja di bulan puasa dan malam Jumaat tetapi untuk sepanjang masa.

5. Pada waktu Enakmen ini dipinda pada tahun 1997 semua pihak setuju termasuk pemimpin dan ADUN PAS yang pada waktu itu parti mereka masih bercita-cita hendak mewujudkan negara Islam.

6. Pihak ADUN bukan Islam juga tidak menentang pindaan Enakmen ini malah ada pihak kumpulan wanita bukan Islam yang menyatakan sokongan atas penutupan pusat-pusat hiburan pada malam Jumaat kerana mereka lebih suka suami mereka berada di rumah bersama keluarga.

7. Saya dapat memahami sebabnya pemimpin MCA pusat tidak menyetujui pelaksaan Enakmen ini di bulan puasa kerana ianya tidak dilakukan di negeri lain. 

8. Saya juga dapat memahami sebabnya PAS Kedah ingin melaksanakan Enakmen yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional Kedah untuk mewujudkan pindaan yang memberi kuasa menutup pusat-pusat hiburan di bulan Ramadhan.

9. Apa yang saya tidak faham ialah sebabnya PAS terpaksa tunduk kepada desakan DAP yang baru saja berjaya merobah matlamat PAS dari mewujudkan negara Islam kepada negara kebajikan.

10. Saya menjadi lebih kesal apabila Enakmen ini hendak dipinda kononnya disesuaikan dengan selera bukan Islam.

11. Jika di dalam sesebuah negara kebajikan, dan bukan Islam sekalipun, menutup pusat-pusat hiburan atau maksiat, tidaklah bertentangan, malah lebih baik untuk kebajikan. 

12. PAS sepatutnya tidak takut untuk memberi kursus kepada DAP betapa PAS disokong oleh rakyat kerana PAS bercita-cita mewujudkan negara Islam.

13. Kemenangan PAS dan PKR di Kedah dalam Pilihanraya Umum ke 12 juga disebabkan ramai pengundi Melayu, termasuk ahli-ahli UMNO, yang bosan dengan kemimpinan kerajaan pusat yang rasuah, menyeleweng dan tidak cekap selain kepimpinan kerajaan negeri yang kelihatan boros.

14. Tindakan kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan PAS masa kini untuk menutup pusat-pusat hiburan di bulan Ramadhan pasti boleh membantu mereka dalam pilihanraya akan datang. walau pun UMNO pasti meletak calon yang baik dan bersih dalam PRU ke 13.

15. Menteri Besar Kedah sepatutnya tidak berunding terus dengan wakil peniaga-peniaga China sebelum pemimpin berketurunan China dalam Pakatan Rakyat, yang memahami politik PAS di Kedah berjumpa dahulu dengan mereka untuk memahamkan tujuan kerajaan itu.

16. Orang ramai di Kedah tidak akan menghormati seseorang pemimpin yang membuat keputusan sebelum meneliti dahulu implikasinya dan selepas itu merobah keputusan semata-mata kerana gagal meyakinkan pihak peniaga atas sebab musabbab keputusan itu dibuat.

17. Jika masyarakat China di Kedah masih menyokong Pakatan Rakyat maka mereka tidak akan menyusahkan Menteri Besar untuk merobah keputusan. Jika masyarakat China di Kedah sudah tidak lagi menyokong Pakatan Rakyat di Kedah kerana Pemimpin Pakatan Rakyat di peringkat pusat dikatakan bergelumang dengan maksiat, maka merobah keputusan menutup pusat-pusat hiburan di bulan Ramadhan yang mulia itu, tidak akan membuat mereka menyokong lagi Pakatan Rakyat.

18. Mungkin juga tidak ada pemimpin China dalam Pakatan Rakyat di Kedah yang boleh diharapkan oleh Menteri Besar Kedah untuk memberi petunjuk, sepanjang masa, mengenai kebajikan dan kepentingan perniagaan orang-orang China.

19. Mungkin juga peluang-peluang perniagaan di Kedah sangat terbatas sehingga hidup mereka terpaksa bergantung kepada perniagaan maksiat.

20. Saya percaya bahawa faktor utama yang menyebabkan perubahan pendirian kerajaan PAS di Kedah ialah kerana desakan dari PAS pusat.

21. PAS pusat pula tidak dapat mengelak daripada kenyataan bahawa keputusan mereka itu adalah disebabkan oleh desakan, atau ultimatum, daripada Karpal Singh.

22. Adakah PAS pusat akan membatalkan keputusan kerajaan negeri yang begitu baik dan Islamik jika Karpal tidak menggertak? Sudah tentu tidak. Mereka pasti sedar dengan dosa kerananya.

23. Pemimpin dan ahli PAS hendaklah mengenal siapa dia Karpal Singh ini. Beliau bukanlah satu-satunya tokoh politik dari keturunan Punjabi di duniaa. Perdana Menteri India juga 'Singh' bernama Dr. Manmohan Singh anak kepada Shri Gurmukh Singh dan Shrimati Amrit Kaur. 

24. Dr. Manmohan Singh telah melawat Malaysia baru-baru ini dan begitu gembira dengan keadaan orang-orang keturunan India di sini. Sebagai seorang Singh beliau memakai serban, dan beliau tidak perlu membuang serbannya, tetapi berjaya menjadi Perdana Menteri India, walau pun ethnik Punjabi adalah golongan minoriti di India. 

24. Banyak pemimpin PAS seperti Murshidul 'Am dan Presiden PAS yang memakai seban walau pun lilitannya berbeza; kalau yang mengikut Arab tidak menutup telinga dan kalau yang dari kalangan Punjabi menutup telinga dengan meninggal sedikit ruang di bawah untuk menjelaskan pendengaran.

25. Pemimpin PAS patut suruh Karpal Singh memakai serban dan bukan Karpal Singh yang mengganggu serban tokoh-tokoh PAS walau pun sudah berjaya menghapuskan matlamat usaha mewujudkan negara Islam kepada negara kebajikan.

26. Pemimpin-pemimpin Melayu Islam tidak perlu takut mempertahan prinsip perjuangan kerana menghambat kemenangan. Kejayaan atau kegagalan sesuatu matlamat ditentukan oleh Allah s.w.t. sementara cara menuju matlamat itu tidak boleh diheret melalui taktik dan cara yang mungkar.

27. Tidak hairanlah saya apabila seorang pelajar UIA yang dikatakan fanatik ugama menyatakan PAS patut ubah nama kepada PKS yang bererti Parti Kebajikan Sementara sebagaimana dulunya ia boleh di panjangankan daripada PAS ( pa - alif - sin ) yang berti Parti Islam Sementara.

28. Karpallah, yang menjadi pembela Dato' Seri Anwar Ibrahim di dalam mahkamah, yang menentukan masa depan Pakatan Rakyat. 


29. Semua ini disebabkan ketagih kepada kuasa yang belum dapat dan takut hilang kuasa yang sudah ada.

30. Rasa takut begini sudah menular dalam hati sanubari pemimpin-pemimpin Melayu Islam, dan akan kekal begitu, selagi UMNO dan PAS terus berpecah seperti sekarang.

31. Bangsa Melayu sangat memerlukan pemimpin yang ikhlas dan tegas dan tidak dikungkung oleh cita-cita semata-mata

32. Perkara begini tidak akan berlaku dalam PAS di zaman Allahyarham Dato' Fadzil Noor. Al Fatihah.

Posted by Sanusi Junidkzsu (disalin daripada blog kzsu)

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)