Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, July 31, 2012

Pembunuhan bersiri tokoh korporat melayu

Mati memang mati. Memang hidup lawannya mati. Namun penyebab pada setiap kematian mesti dipertanggungjawab.

Jika di Myamar sekarang sedang berlaku pembunuhan etnik, maka apa bezanya di Malaysia?

Bezanya di Malaysia penyingkiran etnik berlaku melalui pembunuhan ekonomi secara terancang.

Lihat tulisan salah seorang sahabat Demang di bawah:

http://www.rbfonline.net/2012/07/penang-portkebangsatan-dan-kejahatan.html?m=1

tokoh korporat melayu dibunuh?




Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan bilionair Melayu yang terkaya di Malaysia. Beliau adalah Pengerusi Yayasan Albukhary.Pada 2008, beliau diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah 1429H peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).[1] Beliau seorang yang perahsia dan tidak lupa nikmat Allah.Dia terpilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang 2009 .[2]


Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai RM8.84 bilion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005-2011 [3]. Menurut majalah Forbes, beliau orang ke-32 terkaya di Asia Tenggara. Beliau adalah orang kedua terkaya di Asia Tenggara selepas pengerusi Berjaya Corp, Vincent Tan. Syarikatmnya mempunyai 67,700 tenaga pekerja.Beliau juga 'Wira Dermawan Asia' selain Datuk Mohd Zaid Ibrahim,Leonard Linggi Tun Jugah(67), dan Hishamudin Ubaidulla(52) .[4]







Demang kutip sedikit biodata seorang usahawan Muslim yang dalam PERHATIAN puak yang tidak pernah senang dengan kejayaan orang Islam.






Sebelum ini Tan Sri Yahya yang sedang menguasai ekonomi telah 'ter'bunuh dalam satu kemalangan udara. Kemudian SM Nasimuddin (NAZA) meninggal dunia dalam pembedahan di luar negara (secara mengejut).






Usaha-usaha juga sedang dibuat bagi menghancurkan seorang lagi tokoh korporat Muslim di Selangor melalui isu SYABAS kononnya atas kegagalan menguruskan bekalan air.






Susah sangat ke nak sabotaj seseorang? Malang sungguh kerana ada sebilangan manusia buta yang tidak sedar dipergunakan oleh musuh Islam.






DAP berjanji akan terima Islam? Kalau untuk muslihat, jika kita minta DAP bersunat pun diorang akan sanggup!!!




Apabila sudah dapat kuasa nanti, tunGGU..!

Monday, July 30, 2012

Noh suruh Khalid minum air longkang

Gambar di sebelah adalah gambar hiasan semata-mata. Maklumlah, beliau sendiri pun hanyalah sebagai hiasan sahaja di bilik MB.

Mujur jugak beliau didudukkan di kerusi dan diberi meja. Kita bimbang suatu ketika nanti hanya diletakkan dalam frem dan disangkut pada dinding!

Setelah hampir 2 minggu bertapa, Demang kembali berkarya.

Hati seperti ditarik-tarik untuk menulis namun akal berkata, sabar. Urusan perniagaan keluarga memaksa Demang menghindari sebentar dunia blog. 

Kalau dah menulis, terbarai lah semua tugas lain.

Manakan tidak gundah, setiap hari menonton lakonan senget pembangkang yang masih cuba menegakkan benang basah padahal air liur pun dah makin kering.

Bagi yang berlagak macam ayam jaguh (Demang tak kata Mat Sabu), ekor pulak berselekeh dengan taik.

Di Selangor (kebetulan Demang baru balik Sabak Bernam semalam), masalah air yang menjadi hak rakyat dipolitikkan parti PKR dan UMNO manakala regim DAP menunggu peluang bisnes!

DAP tidaklah bodoh untuk meminta pengurusan air daripada MB walaupun mereka mampu berbuat demikian. Jika DAP buat begitu, sudah tentu orang Melayu akan mengamuk.

Maka mereka mengganggu dan membuat onar hingga keadaan semakin kusut. Akhirnya kerajaan negeri terpaksa ambil alih pengurusan air daripada SYABAS.

Selepas beberapa tahun nanti, terbukti lah sekali lagi kerajaan negeri GAGAL menguruskan air. Maka tender pun dibuka, tiada kuota dan syarikat kaum DAP pun berjaya.



"Biarkan Luncai terjun dengan labu-labunya...."
"Biarkan... biarkan..."

"Biarkan Luncai terjun dengan labu-labunya...."
"Biarkan... biarkan..."

"Biarkan Luncai terjun dengan labu-labunya...."
"Biarkan... biarkan..."

Monday, July 9, 2012

pemungut kotak pulangkan RM133000 yang ditemui


TAWAU: Seorang pencari kotak terbuang di sini terperanjat selepas mendapati salah satu kotak yang ditemuinya mengandungi wang tunai berjumlah RM133,300 sebaik membuka kotak terbabit di rumahnya di Batu 5 Jalan Apas.

Menurut lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pemandu lori, Bahar Rauf, 55, beliau seakan tidak percaya dengan kejadian itu hingga membuatkannya memanggil ahli keluarganya untuk mengesahkan wang tunai yang ditemuinya.

“Saya berasa pelik kerana kotak itu agak berat berbanding kotak lain, dan selepas membukanya pula saya terkejut kerana terdapat tiga bungkusan besar yang mengandungi wang tunai di dalamnya,” katanya di sini kelmarin.

Menariknya, walaupun menemui wang dengan jumlah yang agak besar sedemikian, Bahar bertekad untuk menyerahkan wang itu kepada pihak polis di IPD Tawau pada Jumaat lepas untuk dikembalikan kepada pemilik asal.

Menceritakan pengalamannya pada hari kejadian dan rutin hariannya pula, beliau berkata dia sekadar menjalankan rutin hariannya mengelilingi pusat bandar mencari kotak-kotak terbuang untuk dijual pada hari berkenaan.

“Kotak-kotak kosong yang saya kutip dijual kepada kilang barangan lusuh sebagai pendapatan sampingan semenjak lima tahun lalu lagi,” katanya sambil mengakui rutin itu dilakukannya setiap kali habis waktu kerja sekitar jam 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin yang dihubungi pula mengesahkan mengenai kes itu dan memaklumkan bahawa wang terbabit telahpun diserahkan kepada pemilik asalnya.

Mengulas lanjut, Ibrahim memuji kejujuran dan sikap amanah Bahar kerana tidak mengambil kesempatan walaupun menemui wang dengan jumlah yang agak besar sedemikian.


Read more: http://www.theborneopost.com/2012/07/09/pencari-kotak-terbuang-terperanjat-jumpa-wang-rm-133300/#ixzz205QPPl3I


Demang syorkan, jika masih ada baki gelaran DATO' dan sebagainya yang tak sempat diberikan pada artis-artis veteran yang dah tak laku tu, eloklah dianugerahkan pada pemungut kotak tersebut.

Demang teringin sangat nak jumpa insan hebat seperti beliau.

Sunday, July 8, 2012

1.2 trilion pasaran produk muslim


Apabila ummat Islam berbelanja, kemanakah wang tersebut mengalir?

Kita tidak sekadar perlukan kesedaran bahkan perlukan sistem bagi mengawalnya.

Saturday, July 7, 2012

Naga kepala tiga muncul lepas tsunami



Kata orang dua kepala lebih baik daripada satu kepala tetapi apabila ada tiga kepala maka kepala ketiga akan menghasut kepala kedua agar menentang kepala pertama.

Tujuannya agar dia dapat menjadi kepala utama.

Kepala pertama tidak boleh dibuang kerana ia adalah pilihan rakyat melalui pilihanraya yang sah.

Kepala kedua diperlukan sebagai pengimbang.

Mahu tidak mahu kepala ketiga perlu dipenggal agar dia berhenti menghasut.

Kita perlu tegas demi keharmonian rakyat.

Malam tadi Demang terdengar suara penceramah di suatu majlis tertutup tetapi dipasang pembesar suara sekuat mungkin hingga terdengar ke rumah orang kampung hingga mengganggu ketenteraman awam.

Sambil menyalahkan kerajaan dan menuduh kerajaan menipu rakyat, sang penceramah menyelitkan kesah Hang Tuah berkelahi dengan Hang Jebat.

Kononnya tindakan Hang Jebat itu betul.

Mendengar cerita yang disampaikan penceramah itu, sekali imbas Demang yang berguru (minor) dalam bidang sastera dan Sejarah Melayu di USM Pulau Pinang tahu bahawa penceramah mungkin tidak pernah membaca teks asal sejarah melayu dan hikayat hang tuah.

Mungkin dia merujuk pada filem yang pernah ditontonnya di tv atau pawagam.

Sebenarnya hampir semua filem yang berkaitan sejarah melayu diterbitkan ketika fahaman sosialis sedang melanda dunia khususnya asia tenggara.

Justeru tidak hairan lah ia dimanipulasi sewenang-wenangnya bagi mempengaruhi penonton agar menentang institusi beraja.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)