Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, October 29, 2013

syed mohtar dan gula

Bersyukurlah dengan kecerdikan yang Allah Taala berikan pada kita.

Bagi Demang sipembuat grafik yang Demang siarkan ini orang yang cerdik. lihatlah bagaimana dia menyampaikan mesej proganda hanya menggunakan graf dan foto. 

Mesej peningkatan harga gula disampaikan melalui graf yang menarik dan mudah difahami. Kemudian dicarinya foto towkey gula pertama berwajah manis manakala foto orang Islam yang dikatakan menerajui pasaran gula sekarang berwajah bengis.

Apa maksudnya? Tidak perlu meneka kerana sebaris ayat yang disertakan sudah menjelaskan: "HARGA GULA NAIK 6 KALI SETELAH BERTUKAR KEPADA MELAYU ISLAM YANG BERAGAMA UMNO".

Nampaknya sipembuat grafik ingin menyampaikan dua mesej iaitu:

Pertama; ada orang Melayu Islam yang beragama UMNO. Demang ulang: Melayu Islam beragama UMNO.

Kedua; orang Islam tidak layak diberi kuasa kerana menguruskan gulapun tak pandai (atau zalim).

Benarkah orang Islam tak mampu? Bagaimana dengan firman Allah Taala bahawa "kamu adalah ummat terbaik yang diutus bagi memimpin manusia?".

Jika Syed Mohtar seorang yang tamakkan harta dunia, kenapa beliau boleh membuka Yayasan untuk kebajikan dan membina masjid?

Demang rasa orang yang membuat grafik ini bukanlah orang yang seagama dengan Syed Mohtar sebab itu dia menyanjung orang yang banyak bagi derma buat kuil!

Di awal tadi Demang sentuh tentang 'orang cerdik' kerana Demang rasa kita perlu berhati-hati dengan orang cerdik. Ingatlah, bukan semua orang yang cerdik itu memiliki jiwa yang baik. 



Saturday, October 26, 2013

Tukang komplen

Petang semalam Najib bentang budget negara. Seperti dijangka ramailah pakar-pakar ekonomi yang beri pendapat.

Turut sama bagi pandangan ialah yang separuh pakar, pakar sikit-sikit, tak berapa pakar, bukan pakar, dan yang tak pakar langsung.

Yang tak tau apa-apa pun tumpang sekaki. Paling koman pun, ikut-ikut share dan Like dalam FB.

Ingat, dalam FB penyamun pun boleh menyamar ulama'.

Berbalik pada komplen-mengomplen ni, ada baik ada buruknya. Baiknya, jika kita lakukan bagi memperbaiki kelemahan dan memperelok sesuatu buatan.

Buruknya pula jika dilakukan secara keterlaluan sehingga menggagalkan perancangan asal.

Yang wajib kita elakkan ialah memperleceh dan mempersenda kerja orang lain dan mendakwa kita lebih baik.

Orang tua-tua kata, tong kosong memang berbunyi lebih kuat'.

Demang cadangkan, orang begitu cubalah bina sebuah rumah dan kita pula jadi tukang komplen.

Kerja komplen-mengomplen ni bukannya susah sangat. Budak-budak pun boleh buat!

Thursday, October 24, 2013

Sungai Limau: blogger PAS mula menipu sikit2

Apabila Demang buka Google dan taip 'sejarah DUN Sungai Limau' Demang temui beberapa blog yang mencatat DUN tersebut dikuasai oleh PAS selama 5 penggal berturut-turut dengan penyandangnya kekal di tangan almarhum Ustaz Azizan.

Turut disertakan ialah statistik undi sejak 1995 yang memperlihatkan kemenangan PAS di situ.

Maka timbul persoalan di benak Demang, adakah DUN Sungai Limau hanya muncul bermula 1995?

Jawapannya mungkin YA jika diambil kira nama DUN di situ sebelumnya adalah DUN Sala namun ia menjadi TIDAK kerana DUN itu sudah ada sejak PRU pertama.

Itulah yang dinamakan menyembunyikan kebenaran kalaupun tidak dipanggil pembohongan. Dalam peperangan disebut sebagai taktik, strategi, atau muslihat.

Soal dosa atau pahala barangkali mereka lebih faham. Bezanya kalau pihak lawan yang lakukan maka ia dipanggil dosa manakala jika ustaz-ustaz yang buat ia dinamakan muslihat!

Tujuannya ialah bagi memberi gambaran bahawa kawasan itu milik PAS sepenuhnya dan parti lain elok berundur. Ia juga menyampaikan mesej bahawa penduduk setempat totok orang PAS.

Padahal jika diamati statistik, calon PAS pernah mendapat majoriti tak sampai 200 undi dan peratus undi juga tidak stabil tiap kali PRU, bergantung pada isu semasa.

Sebelum Ustaz Azizan menjadi calon 1995, ia adalah milik UMNO. Ustaz Azizan menang kali pertama dengan majoriti tipis 196 undi atau 1.17% sahaja.

Pada 1999 Ustaz Azizan menang lebih besar iaitu sebanyak 14.33% atau 2621 undi. Itu tidak menghairankan kerana isu Anwar Ibrahim dipecat sedang menggila dan seluruh negara sedang kebingungan dilanda kejutan dahsyat. Majoriti orang Melayu di seluruh negara menolak UMNO tika itu.

Ternyata analisis ini benar apabila kita lihat pada 2004 majoriti undi PAS merudum kepada 5.15% (1080 undi) berikutan harapan pengundi pada Paklah dan penerimaan orang Melayu bahawa Anwar tidak maksum.

Pada 2008 undi pada Ustaz Azizan bukan sahaja melonjak ke 15% (3212 undi) malah PAS menang bergaya, menubuhkan kerajaan negeri, dan Ustaz Azizan sendiri dilantik menjadi Menteri Besar Kedah.

Sekurang-kurangnya ada dua situasi ketika itu:
Pertama, UMNO Kedah dilanda kemelut dalaman hingga pengundi menjadi meluat. MB Kedah ketika itu mengalami penolakan dari dalam ekoran hilangnya kepercayaan pada pimpinan beliau.

Kedua, kaum cina bercita-cita menguasai kerajaan dengan menangguk di air keruh. Tsunami cina 2013 adalah lanjutan daripada usaha tersebut dan mereka menyangka misi dapat disempurnakan pada PRU13 namun gagal.

PRU14 mereka akan mencuba lagi!

Agak menarik (dan aneh), meskipun pada 2013 Ustaz Azizan bertanding dengan berbekal status MB Kedah namun majoriti undi yang beliau perolehi merosot sedikit menjadi 11.37%. Lebih menarik lagi muncul dua orang calon bebas turut bertanding.

Kesimpulannya, adalah satu pembohongan jika dikatakan DUN Sungau Limau sebagai kawasan PAS dan majoriti penduduknya sebagai orang PAS.

Juga suatu pendapat yang salah jika dikatakan pengundi Sungai Limau akan tetap mengundi calon berstatus ustaz, hatta berjawatan Menteri Besar sekalipun belum tentu akan disokong.

Orang Sungai Limau sebenarnya amat rasional dengan kuasa undi mereka. Justeru, jangan cuba main-main dengan mereka!

Wednesday, October 23, 2013

Gelanggang sabung sungai limau dibuka

Nampaknya depa dah bukak gelanggang baru Sungai Limau Kedah. Jom kita berkenalan dulu dengan ayam sabung-ayam sabungnya:

Ayam sabung PAS
Mohd Azam Abd Samad
760126-02-5097
No. 1 Taman Markisa Jln Yan 08800 Guar Chempedak Gurun Kedah

Tukang pelaga
Abdul Halim @ Halim Yaacob
No. Kpt :410620-02-5025

Tukang sorak
Mat bin Saad
No. Kpt:380702-02-5163

Tukang subahat
Mahfuz Omar
No.Kpt:570825-02-6067
No.11 Taman Al Walid Jln Langgar 05460 Alor Setar Kedah

Ayam sabung BN
Dr Ahmad Suhaimi Lazim
No. Kpt:611024-02-5783
No.88 Kg Titi Batu 06900 Yan Kedah

Wakil ayam
Hj Rozee Mat Isa
540802-02-5355
F 573 Kg Sedaka Tengah Yan Kedah

Tukang pelaga
Datuk Hj Ismail Arshad
No.Kpt:40910-02-5461
Lot 5251 Jln Selengkoh Spg 3 Sg Limau Kota Sarang Semut 06680 Alor Setar Kedah

Tukang sorak
Hj Mohd Fauzi Hj Bakar
No.Kpt :650109-02-5071
Lot 720 Kg Sg Kering 06900 Yan Kedah

Tukang subahat
Hj Ahmad Mansor Din
650630-02-5427
No. 21 K Taman Lamabaian Jerai Jln Jenun Guar Chempedak Gurun Kedah.

Demang: kebetulan lalu di situ, singgah la sat.

Monday, October 21, 2013

Penjelasan isu K-POP

Berikut Demang siarkan pemjelasan isu K-POP yang dikatakan salahgunakuasa kementerian belia.

ISU K-POP : KSN PERLU SIASAT KSU KBS BERHUBUNG ISU SALAH BERI MAKLUMAT

Laporan Ketua Audit Negara yang diedarkan di Parlimen pada sidang Parlimen lalu nyata mendapat perhatian ramai khususnya di kalangan pembangkang. Mereka membangkitkan kononnya kerajaan Barisan Nasional telah melakukan ketirisan dan keborosan sama ada melalui kementerian mahupun agensi kerajaan dalam mengurus tadbir kewangan negara.

Antaranya isu perbelanjaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ketika dipegang Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berhubung bayaran RM 1.6 juta untuk artis K-Pop dari Korea.

Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin ketika mengulas mengenai perkara tersebut menjelaskan bahawa tajaan tersebut tidak berlaku pada saat-saat akhir. Sehingga menyebabkan pihak KBS terpaksa membayar sendiri perbelanjaan tersebut.

Sedangkan sebelum ini, Shabery mengatakan perbelanjaan tersebut ditaja oleh pihak swasta. Malah kenyataan Shabery itu turut disokong oleh bekas Setiausaha Kementerian, Datuk Mohid Mohamed  pada 2 Jun 2012 yang menegaskan persembahan 3 kumpulan K-Pop dari Korea Selatan itu bukan dibiayai oleh kerajaan.

Maka sebagai rakyat biasa, sudah pasti akan timbul tanda tanya berhubung dua kenyataan berbeza mengenai isu yang sama. Pasti mereka dengan mudah akan terus menghadam semua tohmahan yang diberikan pembangkang sebagai pendedahan yang mempunyai asas.

Padahal secara realitinya, Laporan Ketua Audit Negara sebenarnya tidak memisahkan wang tajaan yang dimasukkan ke dalam akaun Majlis Sukan Negara (MSN). Menurut fakta pihak penganjur sebenarnya telah pun memberikan tajaan sebanyak RM20 juta yang dimasukkan ke dalam akaun MSN.

Sebaliknya Audit Negara melaporkan ia secara pukal dan beranggapan RM20 juta berkenaan adalah 'pendapatan' KBS. Dengan kata lain, Audit Negara tidak mengambil kira wang tajaan yang masuk ke dalam akaun Majlis Sukan Negara tetapi hanya mengambil kira wang yang keluar dari KBS.

Dan kesempatan itu, dipergunakan dengan sebaik-baiknya oleh para pencacai Pakatan Rakyat untuk melakukan penyelewengan fakta bagi menghentam KBS. Mereka mendakwa kononnya kerajaan BN telah menyalahgunakan wang rakyat dengan berpandukan kepada kenyataan Khairy Jamaluddin. Sedangkan Menteri KBS itu sebenarnya telah diberikan maklumat yang salah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

 Ini berdasarkan kepada kenyataan Khairy kepada media selepas majlis Dialog Bersama Alumni Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 9 Oktober lalu apabila diminta mengulas lanjut mengenai kenyataan Shabery yang mempertahankan kenyataan tajaan tersebut.

Khairy menjelaskan kenyataan awal beliau itu berdasarkan kepada laporan yang diberikan oleh pihak kementerian. Atau dalam bahasa mudah ada pegawai pengurusan tertinggi di dalam KBS yang sengaja mahu menyembunyikan fakta sebenar sehinggakan Khairy terkhilaf dalam membuat kenyataan.
 
Menurut sumber, isu ini terjadi ekoran dari dendam dan perbalahan di antara pihak pengurusan baru KBS dengan pengurusan yang lama. Atau dalam bahasa mudah, ada pihak yang sengaja mahu meletakkan kesalahan kepada Shabery sebagai menteri yang bertanggungjawab.

Ini kerana secara rasionalnya, adalah mustahil mereka yang berada di dalam kementerian GAGAL atau terlepas pandang terhadap kos perbelanjaan ini. Tambahan pula ia melibatkan jumlah wang yang besar.

Oleh yang demikian, Ketua Setiausaha Negara (KSN) perlu segera menjalankan siasatan berhubung isu ini. Jangan disebabkan masalah peribadi di antara rakan kerja, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, dijadikan sasaran kecaman pembangkang.

Sunday, October 20, 2013

Kesah ludin dan maniam

Ludin: Maniam, saya nak tumpang rumah awak boleh.
Maniam: berapa lama?
Ludin: sampai bila-bila la.
Maniam: itu macam mana boleh.
Ludin: alaa.. boleh la Maniam.
Maniam: awak seorang ka?
Ludin: tak. Semua ahli keluarga saya pun nak tumpang sama.

Dipendekkan cerita maka setelah pujuk memujuk berlaku maka Maniam pun bersetujulah menumpangkan Ludin dan kaum kerabat Ludin di rumahnya.

Ludin dan keluarganya pula sedar lah diri hidup menumpang di rumah orang. Tidak lah mereka menegur atau membantah kepercayaan tuan rumah yang menyembah berhala dan mengamalkan ajaran agama mereka.

Manakala Maniam pun tidaklah membantah jika Ludin dan keluarganya mengamalkan ajaran agama mereka.

Hiduplah mereka secara harmoni sambil saling menghormati antara satu sama lain.

Lima puluh tahun kemudian salah seorang anak Ludin menelefon anak Maniam.

Anak Ludin: hello. Saya dengar awak sembah berhala dalam rumah. Saya tak suka.

Anak Maniam: itu saya punya kepercayaan turun temurun dan ini rumah saya.

Anak Ludin: ini pun rumah saya juga.

Anak Maniam: ...

Wednesday, October 16, 2013

Apa khabar pak samad?

Dah lama Demang tak dengar berita tentang penulis yang Demang kagumi ini. Setiap kali melalui Melaka Pindah Demang akan segera teringat, inilah tanah kelahiran beliau.
Dalam banyak perkara Pak Samad memang hebat. Namun sebagaimana orang seni lain, beliau mudah tersinggung dan cepat terasa. Dengan kata lain, emosi mudah tersentuh.
Itulah kelebihan dan kelemahan orang seni. Demang tak terkecuali.
Justeru orang begini mudah dieksploitasi oleh orang tertentu demi agenda perjuangan mereka.
Pak Samad kena lihat betul-betul orang di kiri kanan.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)