Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, April 13, 2010

200 ahli PKR keluar parti


Hampir 200 anggota PKR cawangan Taman Tunku Putra Kulim keluar parti itu beramai-ramai atas alasan tidak lagi yakin dengan pucuk pimpinan PKR.

Mereka yang diketuai G. Thanagaran sebaliknya menubuhkan cawangan baru BN iaitu cawangan Kampung Padang Buluh/Padang Tembak dalam Bahagian Kulim/Bandar Baharu. Thanagaran berkata, mereka bertindak keluar parti kerana kegagalan pimpinan PKR pusat menunaikan janji-janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

ADUN PR kawasan Kulim yang juga Exco, Lim Soo Nee tidak pernah menunjukkan muka atau menjenguk penduduk di kawasan ini walaupun telah dua tahun berlalu. Kami tiada tempat hendak mengadu,” katanya.

Mereka menyerahkan borang keahlian menyertai BN kepada Pengerusi Barisan Nasional Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir pada satu majlis sempena Gerakan Tumpuan dan Mesra Masyarakat di kawasan perumahan Taman Tunku Putra hari ini.

"Cakap tak serupa bikin " .. itu lah ungkapan terbaik untuk Adun Kulim Lim Soo Nee yang selalu mengkritik pemimpin lain tidak turun padang tetapi kawasannya sendiri pun tak dijaga. Dulu beliau lah antara geng PKR yang menambah cerita untuk melakukan " Character murder " terhadap YB Bebas Zulkifli Nordin dengan menunjukan bukti SMS yang disimpan selama 2 tahun . Malah Lim Soo Nee juga lah yang orang PKR yang kuat dan lantang mengkritik YB Zulkifli tidak pernah turun padang ke kawasannya selepas keluarnya beliau dari PKR ke BEBAS.
Hari ini dalam sinar harian pun , beliau juga turut mengkritik Adun BN Kuala Nerang kononnya main politik kerana berhasrat menghantar memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi meminta kenaikan gaji kepada majikan mereka iaitu Kumpulan Ladang-Ladang Kedah Sdn Bhd berikut harga getah kini mencecah RM 4.70 sekilogram .

Artikel di atas ini mendedahkan cerita sebenar siapa Lim Soo Nee dan pendedahan didedahkan sendiri oleh ahli PKR seramai 200 di Tmn Tuanku Putra yang telah keluar parti beramai-ramai. Alasan utama mereka keluar adalah kerana kecewa dengan kepimpinan parti PKR dan Adun PKR Kulim yang tidak pernah turun padang ke kawasan mereka selepas 2 tahun menang.

Ibarat meludah ke langit akhirnya jatuh ke muka sendiri, Lim Soo Nee yang suka sangat mengkritik orang lain akhirnya dimalukan sendiri oleh ahli-ahli PKR sendiri . Baru saja dilantik menjadi Exco Negeri tetapi rupanya

pemalas turun padang ....

Disalin daripada Blog Pejuang Bangsa

Foto:
http://suaramelayubaru.blogspot.com/

Terima kasih.

5 comments:

TokJanggut said...

Pegi mamposs PKR...Kami Mahu Melayu jadi Calon MP di Hulu selangor....Tanah Melayu Punya...Kenapa tuan tanah MIC....tolak MIC.

UMNOAPCO said...

Aleh..kalau takat 200 tu tak de hal lah bro...sapa yg keluar tu? MP atau ADUN atau YB2 PKR? kalau takat org2 buangan PKR tu, pergilah berambus masuk MIC/UMNOAPCO atau apa2 aja lah...
dulu kecoh pasal MP2 PKR keluar parti..tak lingkup pun PKR!...ini semua politik cari makan lah....masa UMNO jd calon, ahli PR keluar parti masuk UMNO, kalau MCA jd calon pun sama keadaanya..dan begitu lah seterusnya...sebenarnya PKR dan PR semakin mantop bro!!!

diorg nak berambus pergi lah..tak sapa pun hendak menangis...dan yg MP2 dah keluar PKR tu kenapa senyap jer sekrg? mereka spt melukut di tepi gantang....mereka spt anjing kelaparan, tiada sapa yg peduli mrk lg.

namun mrk dah kembung perut sebenarnya!

Scud said...

anuar APCO dah salah angkat katak untuk prk hulu selangor..kesian penyokong setia parti kurafat rakyat (pkr)

Anonymous said...

1 malaysia : Keling didahulukan Melayu dipinggirkan...wakka ka..ka..ka..


keling punya pasal UMNOAPCO bergasak...kecoh bro!!tak setle lg calon BN bro..masing2 berebut nak jd calon bro...inilah dajalnya puak2 gerombolan UMNOAPCO/BN.mereka amat kebulur jawatan bro...


pesan aku la...rakyat HS khususnya org Melayu yg cintakan bangsanya, sedarah sedaging, seagama pulak, berilah undi kalian pd calon Melayu PKR..usahlah pandang musuh plitik...ketepikan permusuhan kita..kita menagkan calon melayu, itu hak kita, hak tanah air kita...jgn undi keling bro! nanti keling itu akan kencing kita ....jgn undi MIC dan tolak mereka....ini tanah air kita, hak melayu!!! HIDUP MELAYU...HIDUP PKR, HIDUP UMNO!!!!!

Cheguman said...

Melihat pada komen-komen di atas, semakin jelaslah pada Demang betapa penyokong PKR berbangsa Melayu mengamalkan semangat perkauman sempit.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)