Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, April 22, 2010

PAS nak tolong Zaid


Demang intai-intai Harakahdaily pagi ini. Nampaknya PAS tidak tahu bagaimana nak bantu Zaid. Peguam yang mempunyai kehidupan yang terumbang-ambing itu bukan sahaja tidak mempunyai sebarang keistimewaan (selain kaya dan gemar bersosial) bahkan mempunyai sederet masalah yang sukar ditangkis.

Namun PAS ada pengalaman dengan situasi begitu. Jika nak dibandingkan dengan Anwar, ternyata masalah Zaid masih boleh dianggap sangat kecil. Para 'ulama' PAS masih mampu mencari mana-mana hadis daif atau sahih yang boleh membantu kempen Zaid.

Demang lihat itulah yang sedang dilakukan PAS. Justeru sekarang disebarkan tentang Zaid yang sudah insaf dan tidak lagi minum arak.

Demang harap Zaid benar-benar sudah insaf, bukan semata-mata kerana nak meraih undi.

Cuma Demang teringat pada Azmin yang mencabar para blogger menunjukkan bukti bahawa Zaid pernah menjadi peminum arak. Sahabat Demang seperti GAP telahpun menyahut cabaran tersebut dan Zaid sendiri sudah mengkuinya.

Maka terbukti sudah yang Azmin Ali amat kuat temberangnya. Macam Anwar juga.




foto menunjukkan Zaid dan hidangan air mineral. Mungkin Azmin boleh gunakan foto ini bagi membuktikan Zaid bukan pemabuk. Dikutip daripada:
zaid recumbent
treviño flickr.com

2 comments:

Unknown said...

Apakah kita ingin anak-anak Melayu merempat di bumi sendiri...Tolak calon MIC. Melayu selamat.

Cheguman said...

pengumuman... lihatlah komen 'Hashim' AKA Hishamudin Rais (atau balacinya) di atas. Akhirnya terdedahlah permainan politik dia dan puak-puak dia. Mereka kini telah masuk ke fasa kedua perangkap Najib dengan mendedahkan diri sebagai pejuang perkauman sempit. Ataukah mereka hanya bersandiwara, yakni pura-pura memperjuangkan Melayu? Atau sekadar mengadu domba untuk melaga-lagakan Melayu dan India?

Demang percaya, tanpa membaca komen Demang ini, sang Hashim akan meninggalkan komen terbaru yang disebarkan dalam sebanyak mungkin blog setiap hari.

Sama-samalah kita nilai dan analisis modus operandi mereka.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)