Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Saturday, October 23, 2010


Demang tertarik dengan artikal tok guru Demang dulu. Maka Demang salin semula di sini:

KLCC asalnya adalah Padang Lumba Kuda mula beroperasi dizaman Tunku Abdul Rahman. Sekitar awal tahun 1990 telah dibeli oleh Ananda Krishnan (Maxis) dengan memujuk Petronas untuk Joinventure membangunkan asalnya sebagai menara Telekomunikasi.
Ananda Krishnan membeli dengan nilai yang agak murah dan menawarkan kepada Petronas dengan nilai tinggi empat kali ganda. Nilai empat kali ganda itu dinilai dalam bentuk saham bernilai 51 peratus. Petronas membeli saham 51 peratus itu dengan modal untuk membangunkan KLCC.

Saya antara pemuda yang lantang bercakap sebagai wakil Pahang dalam perhimpunan Agung UMNO Malaysia 1992 menentang keras kepimpinan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri kerana begitu serius untuk membina KLCC.

Saya mempersoalkan Tun DM apa perlunya Petronas membazirkan wang untuk membina bangunan 85 tingkat tersebut. Saya menganggapnya ia adalah satu projek rasaksa atau gajah putih yang membuang duit rakyat yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan Luar Bandar dan pembangunan pendidikan rakyat. Kerana pada masa itu Luar bandar belum begitu sempurna dan pendidikan begitu ramai yang memerlukan dana dan biasiswa.

Saya, seperti pembangkang sekarang bising dengan alasan bangunan itu akan mendatangkan kesesakan trafik dan akan menjadi bangunan hantu kerana kosong tidak ada siapa yang akan menyewa kerana terlalu tinggi lantaran kos pembangunannya tinggi.
Saya, juga menyatakan pendirian pemuda bahawa menolak projek mewah dan tidak puas hati dengan Tun DM yang mengutamakan sector bandar dari luar bandar.

Saya juga mempertikaikan Tun DM jika serius untuk membuat membangunkan KLCC apa perlunya dengan Ananda Krisnan yang hanya memperkayakan India itu. Mengapa kerajaan tidak mencari tanah lain?. Perwakilan pemuda dalam dewan berkeriau menjerit menyokong saya. PM Najib menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia, hanya ketawa dan seakan-akan menyokong saya sama. Orang bertepuk dia pun bertepuk tangan.

Saya keluarkan cerita raja singa dalam ucapan itu kerana saya mahu menggambarkan bahawa Tun DM tidak mendengar pandangan pemuda dan ingin meneruskan juga pembangunan KLCC. Sehingga pada malam tersebut ada satu mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO Tun DM ada menyentuh bahawa wakil Pemuda Pahang terlalu ganas ucapannya, saya diberi tahu demikian.

T DM meneruskan juga KLCC. Apabila KLCC siap dibina, perasmian gilang gemilang KLCC dilancarkan. Seluruh dunia dimedia-media mengeluarkan gambar KLCC dan Malaysia mula kenali menerusi menara berkembar yang agak aneh didunia. Pelancung datang berebut untuk melihat dan bergambar diKLCC.

Hari ini KLCC, sangat sinonim dengan imej Malaysia sebagai satu bangsa yang bertamadun tinggi. Pelawat luar negara tidak sah kalau tidak bergambar dibelakang bayang KLCC. Dan Kehidupan disekitar KLCC boleh jadi meriah dan tumbuh pesat perniagaan. Berpuluh ribu hidup atas sumber rezki KLCC.

Hari ini saya mengaku bahawa kelantangan saya dahulu berdasarkan sudut pandangan semasa dan kritis kepemudaan. Saya tidak nampak apa yang beribu tahun kehadapan. Rupanya pemimpin lagi jauh pandangan mereka. Itulah kelebihan T DM.
Sekarang saya hendak bertanya kepada anda sekelian siapa kata KLCC tidak berguna kepada rakyat dan negara ?. Jika dikatakan tidak berguna berikan alasannya?. Saya nampak tidak ada. Jika dahulu saya yang menentang T DM berani secara terbuka mengakui bahawa KLCC banyak manfaatnya maka orang lain tentu berfikiran lebih baik dari saya.

Apa yang saya tidak puas hati sekarang Petronas yang tidak menghiraukan minat bumiputera untuk melibatkan diri berniaga diKLCC. Terlalu terhad peluang bumiputera mendapat ruang disana. Petronas banyak songel bila ada permohonan bumiputera untuk mendapatkan ruang niaga. Petronas sudah lupa daratan. Sepatutnya KLCC itu mesti ada khas sekurangnya 30 peratus bumiputera. Petronas sebagai GLC harus peka kepada ikut sama membangunkan usahawan bumiputera. Jika telah dilaksanakan buktikan !. Saya belum nampak.

Keadaan sekarang samalah tentangan terhadap pembinaan Bangunan menara Warisan merdeka. Pembangkang pun mulalah bergendang tin kosong memekak telinga. Bukan itu sahaja, ramai juga yang lain menentang. Tetapi bila bangunan itu terdiri dan berjaya merekalah bising jika orang-orang mereka tidak mendapat ruang perniagaan disitu.
Justeru itu, jika PNB sudah jelas visionnya teruskan sahaja. Pedulilah apa orang kata. Yang penting ia tetap memberi manfaat jauh dimasa hadapan.
Saya tetap angkat topi kepada Tun Dr Mahathir kerana jiwanya yang keras membangunkan KLCC yang menjadi lambang Malaysia sebuah negara maju dikaui oleh dalam dan luar negara.


Tulisan asalnya di http://suaramajlis.blogspot.com/2010/10/menara-warisan-merdeka-ditentang-keras.html

2 comments:

kuchingitam said...

salam perjuangan,
untuk pengetahuan tuan saya telah masukkan blg tuan ke dalam blog list saya.

minta jasa baik tuan untuk masukkan blog saya ke dalam blog tuan.blogger sarawak

Anonymous said...

Betul, ramai orang sangka KLCC dulu gajah puteh dr Mahathir sekarang semua akui the best huhuhu

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)