Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Friday, April 30, 2010

Kickdefella bagi keterangan rasuah

"Penulis blog Kickdefella beri keterangan kepada SPRM berhubung dakwaan menerima lebih RM4 juta bagi memburuk-burukkan pentadbiran Abdullah."

Serta-merta Demang teringat perbualan dengan seorang teman suatu ketika dulu. Kawan Demang ini biasa bergaul dengan blogger pembangkang dan pernah mengikuti mereka membuat liputan di tempat ceramah pembangkang.

"Sekali imbas nampak biasa sahaja. Kereta yang digunakan pun buruk. Tapi, sebaik sampai di lokasi, terperanjat aku tengok peralatan canggih diorang. Tu sebab diorang boleh buat liputan secara langsung. Dalam masa beberapa minit sahaja bahan termasuk video ceramah sudah tersebar ke seluruh dunia."

Demikian cerita teman sekampung Demang itu.

Apabila mendengar pendedahan Kickdefella sekarang maka fahamlah Demang bagaimana blogger pembangkang yang cuma berkereta buruk mampu memiliki peralatan multimedia serba canggih.

Demang sendiri terpaksa buat pinjaman persendirian untuk membeli sebuah laptop. Selain untuk menyiapkan tugas sekolah, dapatlah Demang membantu serba sedikit menjawab tohmahan pembangkang terhadap kerajaan.

Pernah Demang usulkan kepada seorang sahabat yang menjadi pengarah di sebuah jabatan kerajaan agar mengeluarkan peruntukan untuk blogger yang mempertahankan negara. Namun cadangan tersebut ditolak serta merta atas alasan tidak mahu disalah anggap oleh pembangkang.

Rupa-rupanya, 'tak boleh kerana kerajaan BN yang buat. Tapi kalau pembangkang atau kerajaan PR yang buat, tidak mengapa.'

Sumber berita:
BH 30/04

rumah siap pahat berbunyi

Dulu-dulu, rumah orang Melayu diperbuat daripada kayu. Bukan kayu biasa dan bukan sama sekali diperbuat daripada buluh, rembia, rotan, atau sebagainya.

Bukanlah tidak ada rumah yang begitu (berdinding buluh beratap rembia) tetapi cuma sedikit. Maklumlah, semua bangsa ada penduduk miskinnya. Begitu juga orang Melayu. Namun majoritinya sederhana dan ramai juga yang kaya, sesuai dengan aktiviti ekonomi mereka selaku saudagar dan ahli pelayaran.

Demang tidak maksudkan orang Melayu yang hidup semasa penjajahan dan di awal kemerdekaan. Apabila berkesah tentang peribahasa seperti di atas sudah tentulah ia merujuk pada zaman peribahasa itu dinukil. Mungkin di zaman khalifah Islam Melaka atau lebih awal dari itu.

Peribahasa di atas menyebut pahat dan bukannya tukul. Orang Kedah kata 'mertul'. Padahal tukul yang lebih penting dalam membina rumah. Kenapa?

Bangsa Melayu itu tinggi peradaban dan nilai estetikanya. Jika rumah siap tukul yang berbunyi, ertinya 'ada sesuatu yang tidak kena' dengan rumah tersebut. Peribahasa tadi menyebut pahat yang berbunyi. Maksudnya yang dipertikai bukanlah perkara asas sebaliknya cabang dan ranting sahaja. Aksesori.

Maklumlah, rumah kayu penuh dengan ukiran. Memanglah tukul turut digunakan bersama pahat. Namun yang penting ialah pahat. Tukul pula penting dalam proses mengetuk paku.

Kembali ke arena politik negara.

Biasalah. Biarpun PRK Hulu Selangor sudah hampir seminggu berlalu namun masih kedengaran ketuk-ketak di sana-sini.

Kalau setakat bedah siasat (post mortem) tak apalah juga. Namun yang tak eloknya ialah tuduhan dan tohmahan terhadap lawan.

Bagi Demang, ada dua sebab bunyi 'ketuk-ketak' selepas pilihanraya. Pertama, pihak yang kalah ingin memberitahu orang ramai bahawa mereka kalah bukan kerana mereka lekeh sangat sebaliknya kerana taktik kotor. Kedua, pihak yang menang pula melakukan serangan balas bagi memberitahu pengundi: 'pihak lawan pun guna taktik kotor tetapi kalah.

Orang kalah memang begitu. Nak pertahan egois.

Bagi Demang, yang penting proses pilihanraya sudah selesai mengikut peraturan yang ditetapkan. Mungkin ada kelemahan di sana-sini tetapi bukanlah pada perkara asas. Cuma berkenaan 'aksesori' sahaja. Buat apa nak bising-bisisng?

Kalau teringin sangat nak kecoh, pergilah ke Thailand. Jangan lupa pakai baju kuning atau merah. Sekarang ini dah ada kumpulan baru berbaju putih. Mungkin boleh tambah baju hijau berbelang biru pula di sana iaitu orang Malaysia yang mengidam nak berdemonstrasi.

Pesan Demang, apabila terdengar bunyi pahat daripada rumah jiran maka bertenanglah. Tidak ada apa yang nak dirisaukan. Ia cuma melibatkan aksesori tambahan.

Thursday, April 29, 2010

Resolosi BPN

Kesibukan tugasan luar menyebabkan Demang terlewat memuatkan resolusi terbaru BPN. Hal ini kerana communicator Demang tidak boleh melakukan tugas 'copy & paste' email atau bahan daripada web (atau Demang yang tak tahu guna). Itulah sebabnya walaupun Demang boleh 'update' blog setiap hari namun untuk menyalin bahan pihak lain, Demang tak dapat.

Ini resolusi tersebut:

1. BPN memandang serius tindakan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaludin yang telah menghasut Cina semasa kempen Hulu Selangor baru baru ini.
(video klik sini )


2. Tuduhan yang sangat dahsyat dilemparkan terhadap Perdana Menteri di mana ia sarat dengan hasutan dan fitnah serta boleh mencetuskan sentimen perkauman antara bangsa Cina dan Melayu di negara kita.


3. Banyak pihak telah mengecam tindakan tersebut di blog blog mereka dan ia menunjukkan bahawa majoriti rakyat penyokong Kerajaan yang cintakan keamanan mahu Datuk Seri Nizar ditangkap bawah Akta Hasutan atau ISA.


4. Jika dibiarkan BPN khuatir ia boleh menimbulkan perasaan marah yang tidak terhingga terhadap Datuk Seri Nizar yang secara jelas berniat jahat apabila melemparkan fitnah terhadap Perdana Menteri demi untuk mendapatkan sokongan kaum Cina di Hulu Selangor. Apatah lagi sebelum ini begitu banyak fitnah dilemparkan terhadap PM termasuk isu Altantunya.


5. Dengan itu BPN mendesak agar pihak berkuasa menjalankan siasatan dan menangkap beliau bawah Akta Hasutan atau Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA) dengan segera sebelum apa apa terjadi.




Mohon resolusi ini diedarkan dengan segera oleh Blogger BPN !!!




Yang benar,




Panglima Perang Cyber
Ydp Blogger Pembela Negara (BPN)




28 April 2010 Hari Rabu Jam 11 malam

tahniah Ezam blogger pembangkang dibayar jutaan ringgit

Demang ucapkan tahniah pada Ezam Mohd Nor, antara penggerak utama PKR serta orang kanan Anwar Ibrahim yang akan dilantik sebagai senator mulai Isnin ini.

Lantikan ini ibarat tambahan pukulan maut pada komplot rampasan kuasa yang dipelopori Anwar Ibrahim, lama sebelum 1999.

Dalam pada itu Kickdefella yang pernah mengecohkan negara apabila memasang bendera secara terbalik dalam blognya membuat pendedahan yang amat menggemparkan Demang. Orang lain entahlah. Mungkin gempar mungkin tidak.

Beliau mendakwa dibayar berjuta RM untuk memburukkan kerajaan BN! Demang ulangi: JUTAAN RM; sedangkan Demang cuma 'dibayar' tidak lebih tiga kali oleh orang UMNO. Pertama dibayar dengan ketupat, rendang, dan sate dalam majlis hari raya di rumah Ezam.

Kedua, dibayar dengan juadah berbuka yang tak berapa sedap oleh KJ di sebuah restauran tahun lepas. (ketika pulang Demang disaman RM300 kerana memandu 119 km/jam di lorong 110/jam).

Bayaran ketiga Demang terima ialah sebotol air mineral dalam satu perjumpaan dengan beberapa pemimpin UMNO bulan lepas. Oleh kerana Demang balik awal maka tidak sempat dijamu dengan roti jala yang dihidangkan di akhir majlis taklimat tersebut.

Untuk makluman, Kickdefella yang Demang lupa nama sebenarnya adalah aktivis anti kerajaan yang cukup popular sehingga kini.

Bertuahnya jadi blogger pembangkang. Takkan Kickdefella sorang je kot?

Demang sedang melihat, apa akal Anwar selepas ini?

Yang jelas, PAS sedang ikut rebah bersama penyokong PKRnya.

Wednesday, April 28, 2010

Zaid hina orang Selangor


Bagi yang sering mengikuti Waadat pasti sedar Demang seboleh mungkin mengelak diri daripada menulis ayat atau perkataan yang kurang sopan.

Namun kali ini Demang nak ucapkan sesuatu pada Zaid Ibrahim:

”Zaid, mu ni mabuk ke bengong? Kalau janji pilihanraya dikatakan rasuah, ertinya semua calon perlu disaman! Kalau dah kalah, buatlah cara kalah!”

Selain janji pilihanraya, Zaid menuduh BN merasuah rakyat Hulu Selangor RM200 seorang.

Cis! Teruk sangat ke orang Selangor laparkan RM200 untuk tempoh DUA TAHUN mendatang? (andaian sehingga PRU13). Daif sangat ke orang Selangor hingga sanggup mengundi BN hanya kerana dirasuah RM200?

Ingat, dalam isu rasuah; pemberi dan penerima sama sahaja status kesalahannya. Jika benar BN memberi rasuah maka majoriti pengundi di Hulu Selangor adalah penerima rasuah. Zaid perlu dakwa semua yang terlibat dalam kes tersebut.

Walaupun Demang tidak dilahirkan di Selangor, namun ibu, bapa saudara, ibu saudara, bapa saudara, datuk, nenek, moyang, serta saudara-mara (sebelah ibu) adalah anak jati kelahiran Selangor. Ibu bapa Demang menetap di Selangor hingga kini.

Maka Zaid selaku ’orang luar’ jangan biadap sangat sehingga menghina orang Selangor!

Seperkara lagi Demang nak ingatkan Zaid:

"Mu ingat orang Selangor tak reti menilai? Walaupun demo kata dah bertaubat dari minum arak namun mereka sedar bahawa orang yang minum arak mempunyai perilaku dan akhlak yang buruk! Minum arak hanya satu aspek. Orang Selangor yang adil akan menilai dan menjangkakan banyak lagi tabiat buruk yang mengiringi hidup peminum arak."

"Selalunya satu lagi kesalahan yang dilakukan oleh peminum arak ialah zina. Jangan salah faham. Demang tak tuduh demo, Zaid. Demang kata, 'selalunya...'



foto:
sultan selangor jpg
pmr.penerangan.gov.my

Tuesday, April 27, 2010

calon PRK Sibu

Demang ucapkan tahniah kepada Robert Lau Hui Yew, 45, daripada SUPP yang telah secara rasmi diumumkan sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada 16 Mei ini.

Sementara itu Pengerusi DAP Sarawak yang juga Adun Bukit Assek, Wong Ho Leng, diumumkan sebagai calon parti itu bagi pilihan raya kecil Parlimen Sibu.

Demang percaya kemenangan BN di Hulu Selangor akan mempengaruhi keputusan di Sibu. Apatah lagi orang Sibu sudah melihat sendiri manafaat jangka pendek dan jangka panjang yang diperolehi penduduk Bagan Pinang dan Hulu Selangor setelah memilih BN sebagai wakil rakyat.

Selain itu kempen perkauman PKR yakni sekutu DAP di Hulu Selangor menyedarkan orang Sibu betapa DAP tidak boleh diharap.

Tambahan pula konsep 1 Malaysia yang diutarakan DS Najib semakin difahami dan diterima rakyat seluruh Malaysia.

Sumber:
BH 27/04:

Dr Peter diugut

"Pakar patologi dari Britain, Dr Peter Venezis, menerima emel berunsur ugutan selepas memberi keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock semalam."

Itu berita yang Demang terima sebentar tadi.

Lihat kutipan berita semalam:
BH 26/04: Teoh Beng Hock dalam keadaan sedar ketika jatuh dari tempat tinggi, tiada bukti mangsa dicekik: Pakar patologi Britain, Dr Peter Vanezis

Siapakah yang mengugut? Demang tidak tahu namun yang pasti tentulah pihak yang merasa terancam dengan keterangan doktor tersebut.

Sumber:
SMS Berita Harian 27/04

Sunday, April 25, 2010

alhamdulillah BN menang

Terkini: BN menang Parlimen Hulu Selangor - calon BN, P Kamalanathan (24,997 undi); Zaid Ibrahim (PKR) 23,272 undi, majoriti 1,725 undi kepada BN.

Sumber:
BH 25/04

keputusan undi pos

Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor - BN memperoleh 767 undi pos berbanding 120 untuk PKR: SPR

Sementara itu 48,935 pengundi atau 75.87 peratus daripada 63,701 pemilih keluar mengundi sehingga pusat undi ditutup 5 petang ini: SPR

Sumber:
BH 25/04

berita terkini Hulu Selangor

Seramai 36,650 atau 56.82 peratus daripada 63,701 pemilih keluar mengundi pada pilihan raya kecil Hulu Selangor sehingga jam 1 petang tadi.

Itu berita rasmi yang Demang terima.

Maklumat terbaru yang Demang baru terima secara tidak rasmi ialah sudah lebih 60% keluar mengundi.

Demang tidak terkejut jika BN menang besar kali ini. Hal ini kerana arah aliran pengundi setakat ini memberi petunjuk positif yang menyebelahi BN.

Sumber:
BH 25/04

Saturday, April 24, 2010

lagi Pengiktirafan untuk Najib

"Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) namakan Najib sebagai salah seorang daripada 3 personaliti yang sumbang kepada revolusi digital."

Bagi orang yang berjiwa pemberontak/pembangkang barangkali akan menganggap sinis pengiktirafan tersebut. Maklumlah, Anwar Ibrahim pun dikatakan diiktiraf oleh beberapa pertubuhan asing. Jadi, apa nak dihairankan dengan pengiktirafan itu?

Sebenarnya ia berbeza. Bahkan sangatberbeza. Anwar sedang cuba meruntuhkan kerajaan yang ada. Walaupun menggunakan saluran dan alasan demokrasi, tujuan tetap sama iaitu mengajak orang ramai merobohkan kerajaan.

Malah peristiwa tunjuk perasaan diikuti tindakan yang agak ganas yang sedang berlaku di Thailand sudah pun berlaku di Malaysia diketuai Anwar Ibrahim sejak sepuluh tahun yang lalu. Sekarang sudah reda namun tidak mustahil boleh berulang.

Barangkali juga kerana ia sudah reda maka pihak asing mahu menimbulkan semula suasana tidak selesa tersebut dengan menyokong Anwar.

Salah satu cara memberi sokongan ialah dengan memberi pengiktirafan mengikut kesesuaian.

Berbeza dengan Najib. Beliau adalah Perdana Menteri yang sedang berusaha menyatukan rakyat Malaysia di bawah konsep 1 Malaysia. Justeru pengiktirafan kepada beliau bermaksud menyokong usaha perpaduan.

Ini berita yang baru Demang terima:
"Lebih 200 orang babitkan pelbagai NGO berhimpun bantah kehadiran Tony Blair sebagai penceramah di Sunway Pyramid, sejak 10 pagi tadi."

Salam 1 Malaysia.

Sumber:
BH 24/04

Friday, April 23, 2010

Lagi fakta Zaid Ibahim tak patut dipilih

Sebagaimana dijanjikan Demang siarkan beberapa maklumat tambahan mengenai calon PKR Parlimen Hulu Selangor yang Demang terima daripada Panglima Perang Cyber tengahari tadi.

Sebagai peringatan, Demang bentangkan dalam blog ini untuk pengunjung nilai sendiri menggunakan kewarasan dan kematangan yang dimiliki berkenaan maklumat tersebut.

Pada setiap baris maklumat tersebut Demang nyatakan pandangan peribadi Demang tentang kesahihan maklumat.

...

8. Zaid Ibrahim ketika dalam Parlimen (2001) meminta supaya lumba kuda diiktiraf sebagai penyumbang dana kepada aktiviti sosial.

Demang telah bincangkan tentang maklumat ini pagi tadi. Petang ini Demang tak nak komen lagi. Dari segi kesahihan, anda boleh rujuk rekod parlimen.

9. Zaid punya rumah di Melborne satu kawasan dengan YB Kalabakan, lepas dia kalah PRK Hulu Selangor, Zaid akan terbang ke Melborne lepaskan gian araknya.

Maklumat ini Demang kategorikan sebagai setaraf dengan maklumat yang biasa disebarkan oleh blog pembangkang. Justeru Demang anggap maklumat ini 'daif' walaupun perawinya boleh dipercayai.

10. Zaid penganjur parti-parti Ball dimana Arak dan Perempuan menjadi hidangan utama.

Maklumat ini juga Demang kategori sebagai 'daif' dan setaraf dengan khabar angin yang sering dimainkan pembangkang sebelum ini. Demang abaikan.

11. Zaid Menggadai bangunan UMNO pd tahun (2004) tanpa pengetahuan AJK Bahagian, selepas diperiksa dgn Suruhanjaya Security, rupa2nya bangunan itu telah digadainya.

Maklumat ini dikira sahih kerana mempunyai fakta yang lengkap serta boleh dirujuk. Perawinya juga seorang yang dipercayai.

Sekian.

7 SEBAB KENA TOLAK ZAID DI HULU SELANGOR

Baru-baru ini TS Mahyudin telah membayangkan babak-babak akhir PRK Hulu Selangor akan dipenuhi pelbagai fitnah dan tuduhan liar. Kilang dan jentera fitnah akan bekerja siang dan malam.

Semalam Demang terima SMS daripada Panglima Perang Cyber mengandungi 7 kenyataan mengenai calon PKR di Hulu Selangor iaitu Zaid Ibrahim.

Persoalannya, adakah SMS tersebut berupa fitnah atau fakta tuduhan?

Mari kita lihat sama-sama.

1) Zaid penimum arak. 18 April 2010, Zaid mengaku dia peminum alkohol waktu muda dulu di estet Kerling, Hulu Selangor.

Azmin Ali mendakwa ia suatu fitnah namun Zaid telah membuat pengakuan. PAS sekadar memberi alasan Zaid sudah bertaubat.

Bagi Demang, jika benar Zaid sudah bertaubat memanglah bagus untuk dirinya. Itupun jika dia benar-benar telah bertaubat nasuha. Namun adakah kita mahu mengambil risiko mempunyai pemimpin yang sekadar memberitahu kita bahawa dia sudah tidak minum arak lagi?

2) Zaid telah sokong Lina Joy bila dia murtad. pada 9 September 2006, Zaid kata biarlah Lina Joy murtad pun bukannya mengancam Islam.

Kenyataan ini adalah fakta yang tepat. Cuma kita masih menunggu adakah Zaid akan menarik semula sokongan tersebut? Ataukah kita sedia menerima bahawa masalah murtad adalah perkara kecil dan bukan ancaman terhadap Islam?

Sebenarnya kes Lina Joy bukan setakat kes biasa sebaliknya ia akan menjadi asas pada kes-kes lain yang hampir serupa. Selain soal akidah, ia juga menggugat Perlembagaan Negara. Sebagai seorang peguam, Demang percaya Zaid lebih memahami masalah ini dan sedar implikasi pada ummat Islam. Justeru Demang meragui Zaid.

3) Zaid kaki judi kuda. Kuda "Kelantan" Zaid telah menang 7 daripada 33 race di Singapura. Zaid pakai proksi bernama Kelvin Ng Hock Heng utk sembunyikan kegiatan judi kudanya

Biarpun kenyataan ini tidak menyertakan bukti kukuh namun maklumat seseorang bernama Kelvin Ng Hock Heng sudah cukup untuk kita membuat siasatan. Setidaknya, Zaid perlu menafikan penglibatannya atau mengisytiharkan telah bertaubat.

4) Zaid halalkan loteri. Pada Disember 2008, Zaid telah halalkan loteri digunakan dalam kegiatan sukan.

Bagi Demang kenyataan ini mempunyai bukti lengkap.

5) Zaid org Kota Bharu bukan Hulu Selangor. Kalah Ketua UMNO Bahagian terus lompat parti. Masuk PKR setelah hadiri majlis makan malam DAP pada 28 November 2008 di Penang.

Kenyataan ini bukan rahsia lagi cuma kita ingin tahu apakah yang berlaku di sebalik kehadiran Zaid dalam majlis itu. Yang Demang ingat, ketika itu Zaid sedang terumbang-ambing apabila majoriti ahli UMNO tidak menginginkannya berikutan terlalu banyak masalah peribadi.

DAP pula ketika itu sedang mencari-cari hulu baru untuk dipasang pada bajinya. Dengan adanya orang seperti Zaid, lebih mudahlah DAP menumbangkan persatuan Melayu.

6) Zaid disokong oleh dana KONRAD ADENEUER FOUNDATION (KAF), sebuah dana rekaan Yahudi di Germany. Maka itulah Zaid kini tersenarai sbagai antara penerima geran dari KAF yg paling banyak di Asia.

Demang kurang maklumat tentang ini tetapi sumber yang Demang perolehi memang Demang percayai iaitu seorang ustaz yang Demang kenal rapat.

7) Zaid menentang pelaksanaa hudud PAS. Malah Zaid pernah saman PAS kerana hendak buat hudud. Zaid lebih suka keadaan yang condong kpd cara hidup Yahudi/Nasrani yg dianggapnya sebagai cara hidup ISLAM LIBERAL.

Maklumat di atas boleh didapati daripada banyak sumber, antaranya Mingguan Malaysia 18 April 2010.

Seperkara lagi, ada yang mengusulkan agar tidak menyerang peribadi calon. Bagi Demang, kita hendak memilih seorang wakil rakyat berupa individu. Justeru bagaimana kita boleh memilih personaliti seperti Zaid mewakili kita?

Sambil menaip ini Demang terima lagi tambahan maklumat kenapa Zaid tidak layak jadi ahli UMNO dan calon wakil rakyat mana-mana kawasan.

Insya-Allah Demang akan siarkan petang nanti.

apa strategi Najib?

"Salam sejahtera! salam 1 malaysia! salam ukhuwah dan salam persaudaraan! mhön jasa murni saudara/i, tuan2 dan puan, para pengundi Kawasan hulu selangor, mengundi calön Barisan Nasional pd hari pengundian ahad ini. Berilah Satu peluang kepda BN untk berbakti kepda bangsa dan pendudk hulu selangor. insyaallah BN akan membetulkan kesilapan dan mengutamakan rakyat. Undi anda penentu maruah bangsa dan agama yg kita cintai. terima kasìh kerana anda sudi mengundi BN."

Demikianlah SMS yang Demang terima malam tadi. Demang siarkan sepenuhnya tanpa sebarang perubahan.

Oleh kerana kehairanan menerima mesej tersebut padahal orang yang menghantar dan menerima mesej tersebut bukanlah pengundi di Hulu Selangor maka tanya Demang pada sahabat yang mengirimkan SMS itu:

"Mana nko dpt msg ni?"

Balas beliau:
"Ok ke msj tu?"

Jawab Demang:
"Ok. Itulah yg sebenarnya. Najib memang bijak."

Tanya lagi:
"Ape yg njb bijak, man?"

"Calon MIC menjerat Anwar. PKR terpaksa guna isu perkauman. Sekaligus rakyat nampak PKR pun rasis. Fokus Najib: gagalkan Malaysian Malaysia melalui 1M. Dua2 nampak sama tapi beza."

Akhirnya sahabat tadi membuat kesimpulan:
"Najib memg hbt.peluang bn cerah. xke sana ke?"

Balas Demang:
"..."

Rasanya Demang tidak akan ke Hulu Selangor kali ini kerana hal keluarga. Namun Demang yakin BN tiada masalah untuk menang.

Berbalik pada mesej-mesej tadi, apakah sebab sebenar ia dikirim kepada Demang?

Demang percaya, ia diberi kepada Demang bagi meminta penjelasan; "adakah relevan perjuangan Islam dengan meletakkan calon India?"

Bagaimana dengan anda? Jika anda menyatakan 'tidak relevan' maka Demang nasihatkan anda belajar lagi tentang ilmu politik tanah air dan masih belum layak ikut campur membicarakannya.

Anda juga belum layak sama sekali menilai Najib!

Thursday, April 22, 2010

lagi pemimpin PKR keluar parti


Ketua AMK Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad dan Setiausahanya, Muhammad Ezri Zainal Abidin umum keluar PKR dan sertai Umno.

Demikian berita yang baru tiba ke tangan Demang. Sementara itu beberapa jam lalu Demang menulis tentang kegelisahan pakatan pembangkang di Selangor terutama PAS yang serba salah terpaksa menyokong calon 'recycle' Zaid Ibrahim.

Nampaknya satu demi satu pemimpin PKR keluar parti dan kembali memberi sokongan pada kepimpinan DS Najib.

Sumber:
BH 22/04/10

foto:
Good bye by whi...es jpg
1280 x 960 | 189k ruiazevedo.net

PAS nak tolong Zaid


Demang intai-intai Harakahdaily pagi ini. Nampaknya PAS tidak tahu bagaimana nak bantu Zaid. Peguam yang mempunyai kehidupan yang terumbang-ambing itu bukan sahaja tidak mempunyai sebarang keistimewaan (selain kaya dan gemar bersosial) bahkan mempunyai sederet masalah yang sukar ditangkis.

Namun PAS ada pengalaman dengan situasi begitu. Jika nak dibandingkan dengan Anwar, ternyata masalah Zaid masih boleh dianggap sangat kecil. Para 'ulama' PAS masih mampu mencari mana-mana hadis daif atau sahih yang boleh membantu kempen Zaid.

Demang lihat itulah yang sedang dilakukan PAS. Justeru sekarang disebarkan tentang Zaid yang sudah insaf dan tidak lagi minum arak.

Demang harap Zaid benar-benar sudah insaf, bukan semata-mata kerana nak meraih undi.

Cuma Demang teringat pada Azmin yang mencabar para blogger menunjukkan bukti bahawa Zaid pernah menjadi peminum arak. Sahabat Demang seperti GAP telahpun menyahut cabaran tersebut dan Zaid sendiri sudah mengkuinya.

Maka terbukti sudah yang Azmin Ali amat kuat temberangnya. Macam Anwar juga.




foto menunjukkan Zaid dan hidangan air mineral. Mungkin Azmin boleh gunakan foto ini bagi membuktikan Zaid bukan pemabuk. Dikutip daripada:
zaid recumbent
treviño flickr.com

Tuesday, April 20, 2010

pengumuman orang Pahang

Berikut Demang siarkan SMS yang Demang terima daripada seorang sahabat yang meminta Demang sebarkan, khasnya untuk rakyat Pahang.

Namun bagi yang berada di luar Pahang, dengankemudahan yang ada hari ini, jarak bukan lagi menjadi penghalang. Apatah lagi jambatan Kuala Krau ke Jengka pun sudah boleh digunakan.

Ketika Demang di kaki gunung Senyum 1990-1996, hanya bot yang menjadi penghubung.

SMS tersebut:
"Assslamualaikum sahabat, para asatizah yang sentiasa dimuliakan Allah SWT. Saya dengan rendah hati mempersilakan tuan serta jamaah ke Majlis Haul Tokoh Ulamak Silam di Kampung Tekal kali ke 14, bermula dengan acara maulid Dhia Lamik di masjid Bandar Jengka jam 7.00 petang pada 23 April (Jumaat)."

"Seterusnya Majlis Maulid Simtu Durar di masjid Kuala Mai Temerloh pada 11.00 pagi 24 April 2010."

"MAJLIS KEMUNCAK akan diadakan pada pukul 5.00 petang 24 April (Sabtu) di Kampung Tekal Kuala Krau Temerloh."

"Kehadiran sahabat amat dtagihkan demi membawa berkah untuk kami. Kami juga mengadakan mini multaqa tertutup pada 23 April 8.00 pagi hingga 4.00 petang di Wisma Warisan Jengka."

Sahabat Demang ini memang aktif menganjurkan pelbagai program keagamaan dan tidak pernah lupa menjemput Demang walaupun Demang tidak lagi tinggal di Pahang.

Semoga kita dapat meluangkan sedikit masa bagi menghadiri program tersebut.

Monday, April 19, 2010

Azmin pekena Zaid



Beberapa tahun lalu ketika Zaid Ibrahim masih masih bersama UMNO Demang sudah meendengar sesuatu yang kurang baik tentang peguam kaya tersebut. Seoorang sahabat turut memberi komen ringkas: "Aku dah lama dengar tentang tabiat dia tu, tapi malasla nak kecoh-kecoh."

Yang nyata, ramai orang UMNO sendiri tidak sukakan Zaid Ibrahim. Hal ini dibuktikan apabila Zaid Ibrahim gagal mendapat sokongan dalam pemilihan UMNO.

Justeru Demang amat hairan apabila Azmin Ali berani mencabar agar dibuktikan tuduhan bahawa Zaid Ibrahim seorang 'kaki botol'.

Hari ini Demang dapat jawapannya. Rupa-rupanya ini adalah taktik Azmin agar Zaid dihapuskira daripada senarai PKR dan arena politik malaysia.
Lihat sini, sini, dan sini.

lagi pemimpin PKR keluar parti

Bendahari PKR Hulu Selangor yang juga pakar bedah saraf, Datuk Dr Halili Rahmat umum keluar daripada parti itu hari ini.

Demang kata: "..."

Sumber:
BH 19/04

Sunday, April 18, 2010

Bukti Anwar terdedah pada Israel



Foto di atas Demang terima melalui email daripada Panglima Perang Cyber. Tt dikirimkan ialah komen beliau yang Demang sisipkan di bawah.

Tulisan : Panglima Perang Cyber ( http://penembak- tepat.blogspot. com )


Alhamdulillah pagi ini saya telah dapat menemui beberapa bukti yang boleh mengaitkan isu APCO dengan Pakatan Rakyat khasnya Anwar Ibrahim yang telah dikenali sebagai 'teman lama dan mesra' golongan Yahudi.


Ini setelah meluangkan sedikit masa membaca kembali kenyataan Anwar di Parlimen berhubung isu APCO.


Rupa-rupanya Anwar Ibrahim tidak perasan bahawa beliau telah mendedahkan diri dan Pakatan Rakyat kepada 'lembah bahaya' kerana memaparkan fakta tentang 1Israel yang tak ubah konsepnya seperti yang dipraktikkan oleh Pakatan Rakyat bawah beliau.


Semua tahu isu APCO timbul untuk menutup isu isu yang lain. Terutama isu liwat yang masih lagi belum selesai dibicarakan di Mahkamah. Maka ia dimainkan dengan begitu meluas demi untuk mewujudkan persepsi bahawa Kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri membuat hubungan sulit dengan Israel.


Dulu isu Altantunya namun selepas 3 kali Perdana Menteri bersumpah di tiga tempat berbeza dan selepas sekian lama masa dihabiskan untuk menerangkannya barulah fitnah tersebut padam dan tidak lagi dijadikan isu oleh pembangkang. Kini isu APCO dijadikan modal untuk memburukkan PM dan seluruh pentadbiran kerajaan kerana mengambil APCO menjadi penasihat Perdana Menteri dalam dasar 1Malaysia.


Begitu juga isu pembelian kapal selam, jet dan sebagainya juga telah tidak lagi diulang oleh pembangkang selepas rakyat sendiri telah dapat melihat bahawa tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang tidak berasaskan bukti yang nyata melainkan hanyalah fitnah yang direka-reka untuk kepentingan politik yang sempit.


Isu APCO yang dikait dengan 1Israel ini telah dijadikan isu untuk mengaitkan Kerajaan Malaysia dengan isu keselamatan negara ekoran kaitannya yang didakwa ada hubungan dengan Israel. Walhal ia satu pembohongan yang amat jelas. Anwar cuba memberi gambaran Malaysia sudah sangat terancam apabila PDRM dan JPM telah diresap oleh pengganas Israel sedangkan ia tidak berlaku sama sekali.


Yang terancam hakikatnya ialah masa depan politik Anwar yang mana ramai menganggap beliau akan gagal menuju takhta PM dan bakal berakhir di kandang besi jika disabitkan kesalahan meliwat Saiful Bukhari.


Tuduhan mereka hanyalah bersandarkan kepada persamaan perkatan 1Israel dengan 1Malaysia. Bahkan mereka tidak tahu dengan teknologi internet zaman ini rakyat tidak mudah diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim. Segala maklumat sudah berada di hujung jari.


Realitinya, 1Israel yang didakwa hasil idea APCO adalah satu gabungan parti parti politik di Israel manakala 1Malaysia adalah gagasan untuk menyatukan rakyat Malaysia agar harmoni dan saling bersatu padu tanpa melibatkan kerjasama parti-parti politik.


Jika benar APCO bertanggungjawab mencipta 1Israel kenapa konsep yang sama tidak dipraktikkan oleh Kerajaan Malaysia ?


Dan ternyata hanya Pakatan Rakyat sahaja yang mempunyai persamaan dengan 1Israel yang dipraktikkan di sana oleh golongan ZIONIS YAHUDI.

Mengawal tanpa memegang

Sambil mengemas kolam dan air terjun hiasan di belakang rumah, Demang terpandang anak jiran menunggang basikal tanpa memegang pemegangnya; satu kebolehan yang agak hebat bagi seorang budak perempuan berusia 7 tahun!

Apa agaknya yang sedang dilamun pemilik wajah comel tersebut? Keseronokan, kebanggaan, kepuasan?

Lantas Demang teringat peristiwa malam tadi ketika keluar makan bersama isteri kira-kira jam satu dinihari. Di tepi lebuh tersebut kelihatan sekumpulan remaja bermotorsikal berkumpul. Sebentar kemudian mereka menderam engin jentera dwi-roda mereka terus berdengung membelah malam yang masih enggan tidur.

Pelbagai aksi dipertonton pada kami yang sedang menjamu selera. Ada yang meniarap, berdiri, dan yang mengangkat roda hadapan dengan bergaya.

Ada juga yang merehatkan tangan dengan tidak memegang pada pemegang yang disediakan sebagaimana sepatutnya.

Sekali lagi, apakah yang sedang beralun dalam diri para remaja tersebut? Keseronokan, kebanggaan, kepuasan?

Mereka memperagakan aksi menunggang tanpa menuruti kaedah lama yang membosankan. Mereka berasa hebat kerana mampu menguasai motorsikal tanpa perlu memegang pemegangnya sebagaimana yang dilakukan orang lain. Mereka bangga kerana berjaya menunggang motorsikal dengan cara baru yang tidak mampu dilakukan ibu bapa mereka dan orang-orang terdahulu.

Mereka merasakan sedang menguasai motorsikal mereka walaupun tidak memegang pemegangnya.

Sudah tentu ia tidak hanya berakhir di situ. Esok, lusa, tulat dan seterusnya keseronokan malam ini akan disambung cerita pada teman-teman sepermainan. Kehebatan malam ini akan dihebahkan pada rakan-rakan 'sekepala' dengan tokok tambah yang lebih menarik.

Sayangnya anak-anak itu tidak mengerti kenapa orang lain tidak tahu dan tidak mahu menunggang seperti mereka. Mereka lupa bahawa keseronokan, kebanggaan, bahkan kemegahan boleh dicapai melalui pelbagai cara.

Mereka juga lupa bahawa keseronokan, kebanggaan, kemegahan yang dicapai melalui cara yang salah boleh mengundang padah yang bukan sedikit.

Menunggang motorsikal dengan bergaya bukanlah satu-satunya cara mencapai keseronokan atau kebanggaan kerana ia mengundang bahaya pada diri dan juga orang lain. Ia juga mengundang derita dan kesedihan ahli keluarga.

Beberapa minit kemudian, Demang terdengar bunyi siren ambulan dan berhenti tidak jauh dari tempat kami makan. Rupa-rupanya salah seorang remaja tersebut telah menerima padah.

Ketika Demang melalui tempat kejadian, motorsikal terlibat telah tiada. Dialihkan rakan-rakan atas alasan yang hanya mereka dan Allah SWT sahaja yang tahu. Padahal pihak polis belum tiba. Remaja yang sengaja menempah nahas tersebut telah dibawa ambulan ke hospital besar Melaka yang cuma 2-3 KM dari situ.

Peristiwa kanak-kanak menunggang basikal tanpa memegang pemegang dan remaja yang menunggang motorsikal dengan meninggalkan kaedah normal menimbulkan persoalan lain dalam fikiran Demang.

Bagaimana jika kita tidak memegang kuasa pemerintahan negara? Masih mampukah kita mengawalnya? Ataukah kita akan menerima nasib seperti remaja yang ditimpa nahas itu lantaran gagal mengawal jenteranya?

Manusia sering merasakan sudah menjadi lebih pandai berbanding bapa dan datuk mereka.

Saturday, April 17, 2010

mengeksploitasi keadaan huru hara

"Naib Presiden Umno, Shafie Apdal dan Presiden MIC, S Samy Vellu dilapor cedera terkena kawat duri ketika berasak-asak ke pusat pencalonan."

Demang nak tanya sikit: Dah nak ikut perangai penyokong Thaksin ke? Dah tak reti mengamalkan budaya murni rakyat Malaysia ke?

Kadangkala manusia yang rasa semakin bijak sebenarnya bertindak semakin bodoh!

Demang nak ingatkan penyokong kerajaan berhati-hati dengan rentak pembangkang kerana keadaan huru-hara akan ditafsirkan sebagai kegagalan kerajaan. Justeru mereka akan mencari jalan bagi menimbulkan huru-hara dan keadaan gelisah dalam kalangan rakyat.

Sampai satu peringkat nanti, keadaan huru-hara akan dijadikan alasan bagi campur tangan asing!

Demang dah lihat sendiri bahan yang disebarkan PKR Selangor beberapa minggu sebelum ini yang mengalu-alukan campur tangan asing dalam negara kita.


Sumber berita:
BH 17/04

Friday, April 16, 2010

Ceramah Anwar di Dewan Cina KKB



Lokasi: Dewan Cina Kuala Kubu Baru.
Penceramah: Anwar Ibrahim.

Sumber:
http://sejarahmelayu.blogspot.com/2010/04/pengundi-kuala-kubu-sudah-hilang.html

Thursday, April 15, 2010

dua berita

Berita 1
Adun Bakar Arang, Kedah dari PKR, Tan Wei Shu umum keluar parti sebentar tadi kerana hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan PKR: NST

Berita 2
BN memilih Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan sebagai calon bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor: Muhyiddin

PKR terjerat di Hulu Selangor



Demang tersenyum menerima berita PKR terpaksa meletakkan Zaid yang dianggap pemimpin bertaraf 'tebusguna' atau 'recycle' sebagai calon mereka di Hulu Selangor.

Nampaknya tulisan Demang minggu lalu menjadi kenyataan. Keputusan Najib akan memerangkap PKR. Menang atau kalah tidak menjadi soal lagi. Yang penting, rakyat akan melihat topeng-topeng pemimpin PKR terlondeh satu persatu. Rakyat akan lihat sendiri, siapa yang bersifat perkauman sebenarnya!

(Lihat sahaja komen-komen pembangkang dalam blog ini sejak pengumuman tersebut!)

Dengan memilih calon India di Hulu Selangor tika MIC sedang merunduk layu dan MIC masih menampal dan merawat diri sendiri kesan kecederaan PRU12 menyebabkan keputusan tersebut di luar jangkaan Anwar.

Itu bukan bermakna Anwar tidak mampu menjangkanya, bahkan itulah keputusan yang amat dibimbangi bekas rakan seperjuangan Najib dalam Team Wawasan suatu ketika dulu.

Nampaknya cubaan melaga-lagakan orang Melayu agar memilih calon UMNO gagal sama sekali!

Ternyata Najib tidak seperti Paklah. Pemimpin berketurunan Bugis tersebut sentiasa berada selangkah di hadapan dan sedia menanti pergerakan Anwar seterusnya.

Hati-hati, Bung Anwar.

Tuesday, April 13, 2010

200 ahli PKR keluar parti


Hampir 200 anggota PKR cawangan Taman Tunku Putra Kulim keluar parti itu beramai-ramai atas alasan tidak lagi yakin dengan pucuk pimpinan PKR.

Mereka yang diketuai G. Thanagaran sebaliknya menubuhkan cawangan baru BN iaitu cawangan Kampung Padang Buluh/Padang Tembak dalam Bahagian Kulim/Bandar Baharu. Thanagaran berkata, mereka bertindak keluar parti kerana kegagalan pimpinan PKR pusat menunaikan janji-janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

ADUN PR kawasan Kulim yang juga Exco, Lim Soo Nee tidak pernah menunjukkan muka atau menjenguk penduduk di kawasan ini walaupun telah dua tahun berlalu. Kami tiada tempat hendak mengadu,” katanya.

Mereka menyerahkan borang keahlian menyertai BN kepada Pengerusi Barisan Nasional Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir pada satu majlis sempena Gerakan Tumpuan dan Mesra Masyarakat di kawasan perumahan Taman Tunku Putra hari ini.

"Cakap tak serupa bikin " .. itu lah ungkapan terbaik untuk Adun Kulim Lim Soo Nee yang selalu mengkritik pemimpin lain tidak turun padang tetapi kawasannya sendiri pun tak dijaga. Dulu beliau lah antara geng PKR yang menambah cerita untuk melakukan " Character murder " terhadap YB Bebas Zulkifli Nordin dengan menunjukan bukti SMS yang disimpan selama 2 tahun . Malah Lim Soo Nee juga lah yang orang PKR yang kuat dan lantang mengkritik YB Zulkifli tidak pernah turun padang ke kawasannya selepas keluarnya beliau dari PKR ke BEBAS.
Hari ini dalam sinar harian pun , beliau juga turut mengkritik Adun BN Kuala Nerang kononnya main politik kerana berhasrat menghantar memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi meminta kenaikan gaji kepada majikan mereka iaitu Kumpulan Ladang-Ladang Kedah Sdn Bhd berikut harga getah kini mencecah RM 4.70 sekilogram .

Artikel di atas ini mendedahkan cerita sebenar siapa Lim Soo Nee dan pendedahan didedahkan sendiri oleh ahli PKR seramai 200 di Tmn Tuanku Putra yang telah keluar parti beramai-ramai. Alasan utama mereka keluar adalah kerana kecewa dengan kepimpinan parti PKR dan Adun PKR Kulim yang tidak pernah turun padang ke kawasan mereka selepas 2 tahun menang.

Ibarat meludah ke langit akhirnya jatuh ke muka sendiri, Lim Soo Nee yang suka sangat mengkritik orang lain akhirnya dimalukan sendiri oleh ahli-ahli PKR sendiri . Baru saja dilantik menjadi Exco Negeri tetapi rupanya

pemalas turun padang ....

Disalin daripada Blog Pejuang Bangsa

Foto:
http://suaramelayubaru.blogspot.com/

Terima kasih.

Saturday, April 10, 2010

bahana tohmahan


Entah siapalah yang memulakan tohmah dan fitnah terhadap kambing-kambing di dunia ini sehingga majoriti orang Melayu percaya bahawa daging kambing akan memudaratkan sesiapa yang mengidap darah tinggi.

Namun itulah yang menjadi kepercayaan orang ramai sejak dahulu. Demang sendiripun terpengaruh dengannya.

Demang pernah melihat seorang 'pakcik' yang tiba-tiba pitam selepas diberitahu daging yang dimakannya itu adalah daging kambing. Kemudian, pada suatu masa lain tidak merasa apa-apa walaupun telah menghabiskan sepinggan nasi beriani dengan semangkuk kari kambing kerana menyangka itu adalah kari lembu.

Demang pernah diberitahu seorang ustaz yang menternak kambing bahawa daging lembu lebih tinggi kolestrol berbanding kambing. Takkan lah ustaz nak menipu, ye tak?

Namun oleh kerana kepercayaan bahawa daging kambing membahayakan pengidap darah tinggi telah lama berakar umbi, maka sukarlah kita memperbetulkannya semula.

Demang sendiri sampai sekarang tidak berani makan daging kambing. Pernah Demang cuba makan seketul. Akibatnya kepala terasa pening dan hampir pitam. Namun pernah Demang diperdaya untuk makan sepiring daging kambing. Kesannya? Tak ada apa-apa kesan sebab Demang tidak tahu bahawa itu adalah daging kambing.

Sekarang ni, jika ada orang pelawa daging kambing Demang akan kata: "Maaf lah, saya tak suka kambing sebab berbau."

Demikianlah betapa hebatnya kesan tohmahan. Walaupun tiada bukti saintifik namun kerana ramai yang beranggapan ia benar, maka semua orang percaya bahawa ia benar-benar berlaku.

Demikianlah juga yang berlaku dalam satu kes lain. Bermula dengan usikan terhadap persamaan nama 'RAZAK' (Najib Razak = Razak Baginda), disambut oleh blogger dengan pelbagai tambahan cerita akhirnya ramai rakyat Malaysia merasakan DS Najib benar-benar terlibat. Mereka tidak sedar betapa Karpal Singh yang dilantik menjadi peguam pemerhati keluarga Altantuya pun tidak pernah mengaitkan nama Najib dalam kes tersebut.

Akhirnya DS Najib terpaksa bersumpah sebanyak tiga kali di tiga tempat berlainan menafikan fitnah tersebut.

Terkini, dua orang pemimpin penting PKR yang akhirnya berpaling tadah mendedahkan bahawa fitnah tersebut adalah atas arahan Anwar Ibrahim.

(Demang lihat isu tersebut sudah berlalu. Satu soal selidik yang dilakukan seorang sahabat Demang ke atas 89 orang, lingkungan umur 25-35 tahun (45 lelaki dan 44 perempuan: 8 menyokong PAS, 2 menyokong DAP, dan 1 menyokong PKR, manakala selebihnya menyokong BN di bawah DS Najib).



foto hiasan:
goat gif
1207 x 1278 | 48k forum.igz.it

Thursday, April 8, 2010

PKR guna harta rakyat untuk berkempen


Dulu-dulu...
Dulu-dulu la, kan...
Pada suatu ketika dulu, hebohlah pembangkang mempertikai BN guna harta kerajaan ketika berkempen.

Maka apabila pembangkang berkokok tentang hal tersebut, rakyat pun menyangka jika pembangkang menjadi kerajaan maka selamatlah harta rakyat. Demang pun tumpang bersemangat menyokong pembangkang.

Rupa-rupanya...
Rupa-rupanya la, kan...
Kata dulang paku serpih...
Kalau camtu, baiklah Demang sokong Najib buat perubahan dari dalam.

Selamat jalan PKR.

Sumber:
Darul Ehsan Today


foto:
gubahan dulang
fzcreation_fa... flickr.com

Wednesday, April 7, 2010

PAS tiada upaya di Hulu Selangor

Sekali lagi orang Melayu membuktikan semangat setiakawan. Justeru memang wajar orang Melayu terus diberi keistimewaan menerajui pemerintahan negara.

PAS pun Melayu jugak, tetapi sayangnya PAS cuma mampu jadi boneka.

Di Hulu Selangor, sebentar tadi PAS menyerahkan bulat-bulat pada keputusan PKR dan akan menyokong siapa sahaja yang dicalonkan PKR.

Apa nak dikata... PAS cuma melukut di tepi gantang. PAS sedar mereka cuma ada 23 kerusi parlimen. Usahkan nak menubuhkan negara Islam mengikut acuan mereka, nak menentukan seorang calon parlimen pun PAS tiada kuasa.

SAH, MIC calon Hulu Selangor

PM sahkan calon BN bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor adalah dari MIC tetapi nama calon akan dipilihnya selaku Pengerusi BN.

Bagi Demang, MIC berhutang lagi. Kaum cina pula hilang alasan untuk menolak BN. Manakala PKR terpaksa menggunakan isu perkauman di Hulu Selangor.

Kita lihat nanti bagaimana Anwar dan Khalid bersandiwara.


Sumber: BH 07/04

Gempa Acheh vs Gempa Politik

Berita 1:
Gempa bumi kuat 7.2 skala Richter di Sinabang, Aceh jam 5.15 pagi tadi. Belum ada laporan mengenai kecederaan atau kerosakan.

Berita 2:
Semua 165 pelajar Malaysia di Aceh dilaporkan selamat selepas gempa bumi kuat 7.2 Richter di Sinabang, 5.15 pagi tadi: Bernama

Aktiviti kerak bumi akan berterusan sebagaimana teori domino. Dinding-dinding akan runtuh menghempap dinding di sebelahnya lalu tumbang tindih bertindih.

Maka dinding-dinding lain bersedialah menanti giliran.

Begitu juga parti-parti pembangkang di Malaysia yang akan bermula dengan PKR. Kemunculan parti baru yang juga merupakan serpihan UMNO itu pada mulanya diharap dapat menjadi penyokong pada parti-parti pembangkang sedia ada seperti PAS dan DAP.

Malangnya, sebagaimana parti serpihan UMNO sebelum ini seperti S46, PKR juga rupa-rupanya gagal bertahan lama. Lebih malang lagi PKR kini dilihat seolah 'sokong membawa rebah'. Jika PAS dan DAP tidak mengambil langkah pencegahan, kemungkinan mereka akan terseret sama.


Sumber berita:
BH 07/04

Tuesday, April 6, 2010

Isu Yahudi: senjata makan tuan


Nampaknya taktik Anwar mengaitkan kerajaan Malaysia dengan syarikat Yahudi menjadi ‘strategi makan tuan’ atau ‘terbalik kod’ kata orang kampung Demang.

Demang tidak mahu mengulas panjang kerana ramai bloggers terutamanya sahabat BPN telah mengulas mengenainya. Antaranya;

Pilihan Anda

Sejarah Melayu

Malaysia Heaven

Arif Omar

Pisau

Dr Novandri


Untuk memahami perjuangan Anwar dan sejarah pertentangan dengan DrM, sila lihat artikal Demang Yang Membakar Pula Yang Terbakar


foto:
indigeno e boomerang jpg
434 x 450 | 43k haisentito.it

Monday, April 5, 2010

Yang membakar pula yang terbakar



1997, jika tiada aral Tun Dr Mahathir bila-bila masa sahaja akan ditabalkan sebagai wali kesepuluh rangkaian wali songo.

Itu perumpamaan Demang. Meski kelihatan melampau namun persepsi rakyat terhadap beliau tika itu tidak lah begitu jauh daripada itu.

Dalam UMNO, Anwar Ibrahim selaku timbalan berkali-kali mengumumkan pendirian untuk setia 100% dan tidak ada niat langsung untuk mengambil tempat sebelum masanya.

Anwar amat sedar, beberapa pemimpin kanan sebelum itu yang cuba menewaskan beliau bukan sahaja gagal malah tambah memantapkan lagi kedudukan Dr Mahathir sebagai presiden. Anwar faham bahawa dia tidak perlu tergopoh-gapah.

Dalam BN, Dr Mahathir mampu mengawal semua parti komponen melalui nasihat dan juga 'arahan'. Sesekali 'amaran'. Parti komponen juga tidak melihat bahawa menukar kepimpinan sebagai satu keperluan. Bahkan Pairin Kitingan (PBS) juga dapat dijinakkan.

Dalam negara, parti-parti pembangkang ibarat rumput di tepi jalan... Hidup segan mati tak mahu. PAS? Cuma nisan sahaja yang belum ditempah manakala tapak kubur sudah dipersiapkan. DAP sekadar kumpulan pendesak. Karpal Singh lebih banyak aktif dalam bisnes guamannya.

Di Asia Tenggara dan Asia sudah pasti beliaulah pemimpin terunggul sehingga dijadikan mentor oleh Thaksin yang menjadi PM Thailand waktu itu. Ingat, jika tidak kerana serangan matawang, Thailand telahpun menjadi negara maju.

Dalam dunia Islam, tanpa beliau sudah lama maruah ummat Islam berada di dasar paling bawah. Beliau hampir-hampir berjaya menganjurkan penggunaan dinar emas bagi menggantikan sistem wang cetakan kapitalis yang bobrok. Amerika bermujur kerana masih mampu mengekang Arab Saudi di sebalik nama Bani Saud.

Di peringkat dunia, Dr Mahathir antara pemimpin senior yang disegani dan 'dibimbangi'. Pemimpin negara kecil itu sudah berjaya mengumpulkan kelompok-kelompok negara miskin untuk bersatu. Beliau lah wiranya. Seorang sahabat Demang menceritakan ketika beliau (sahabat itu) di Mekah, beliau didatangi seorang warga Maghribi yang begitu teruja apabila mengetahui beliau datang dari Malaysia. Malah lelaki tersebut memanggil rakan-rakannya untuk bersalam.

Justeru US tidak lagi melihat Malaysia sebuah negara kecil sebaliknya negara yang mengetuai puluhan negara berpotensi besar, yakni mampu menggugat kedudukan mereka.

Bagi yang berusia di bawah 30 mungkin belum begitu 'merasakan' kehebatan Mahathir selain daripada yang diberitahukan. Manakala para penuntut universiti sekarang, sebelum 1998 mereka masih di sekolah rendah.

Namun 1998 timbul isu yang tidak sepatutnya boleh merobohkan pemerintahan beliau. Bermula dengan surat layang diikuti sindiran daripada ceramah pembangkang, akhirnya beberapa individu tampil membuat laporan rasmi salahlaku timbalan beliau ketika itu.

Biarpun Dr Mahathir berusaha menghindari daripada terkait dalam masalah peribadi tersebut namun desakan pelbagai pihak akhirnya memaksa beliau campur tangan. Anwar sendiri pada peringkat awal mengaku Dr Mahathir langsung tidak terlibat.

Para pembangkang termasuk Mat Sabu yang pernah menjadi rakan karib Anwar beberapa kali mencabar kerajaan menyiasat dakwaan salah laku TPM.

Akhirnya Dr Mahathir terpaksa bertindak. Pun, beliau tidak membuat keputusan seorang diri sebaliknya memanggil sidang khas dan membuka peluang seluas-luasnya kepada Anwar mempertahankan diri di hadapan AMT.

Malangnya hujah dan penjelasan Anwar pada malam bersejarah tersebut gagal meyakinkan rakan-rakan beliau sendiri dalam UMNO.

Maka Anwar dipecat setelah enggan beundur!

Rupa-rupanya Anwar bukanlah Tuah yang sanggup berkorban demi negaranya. Anwar tidak sanggup berundur dan membiarkan negara terus aman dan damai agar PM dapat meneruskan agenda utama negara.

Bahkan Anwar juga tidak seperti Jebat yang terkorban setelah berkorban untuk sahabatnya. Padahal Jebat tahu selagi Taming Sari di tangannya, dia tidak akan tewas. Namun Tuah juga bukan mudah ditundukkan. Perseteruan dan perkelahian mereka hanya akan memusnahkan negara. Maka Jebat beralah sedangkan belum tentu akan tewas jika terus berlawan.

Justeru, pada kedudukan manakah Anwar? Bagi Demang Anwar sekadar berjuang demi dirinya sendiri! Lebih malang lagi Anwar tidak peduli implikasi daripada pemberontakan itu.

Anwar lebih teruk berbanding Patih Karma Wijaya yang memfitnah Tuah. Anwar mengheret semua orang agar terlibat dalam kancah masalah peribadinya. Anwar menjemput orang asing untuk turut campur tangan (lihat edaran terkini PKR Selangor yang berbangga dengan sokongan asing).

Anwar memujuk lebih 30 MP agar berpaling tadah daripada rakyat yang memilih BN. Satu pengkhianatan yang nyata terhadap mandat rakyat.

Di sebalik kemelut tersebut, nampaknya benarlah kata rangtua: jong pecah yu kenyang. Maka parti-parti pembangkang cepat menghidu darah. Mereka bukan sahaja menunggu di bawah bahkan melompat naik ke bahtera. Menanti kapal karam dianggap terlalu lambat maka para pembangkang berlumba-lumba menebuk,menakek, dan merobek bahtera UMNO agar lebih cepat tenggelam. Bahkan juga mereka menyalakan api bagi membakarnya.

Dalam keghairahan tersebut mereka terlupa bahawa mereka masih berada di dalam. Setidak-tidaknya mereka berada berdekatan dan akan turut terbakar sama.

Dalam keghairahan untuk merampas kuasa mereka lupa bahawa anak-anak mereka juga akan terheret sama sebagaimana berlaku di Palestin, Bosnia, Afghanistan, Iraq dan sebagainya.

Mereka terlupa sejarah Melaka dan Andalusia.

Friday, April 2, 2010

Anwarisme makin rebah

"Kesian akak tengok Anwar tu," ujar GPK Demang pagi tadi ketika bersarapan.

"Saya nampak dia dah lain macam sekarang," sahut seorang guru lelaki sebaya Demang.

"Sayang... Orang berbakat dan berkebolehan akhirnya jadi macam tu," kata pula seorang lagi guru.

Demang cuma diam mendengar komen-komen tersebut.

Memang, ketika Najib semakin mantap dengan pelbagai program memajukan rakyat, Anwar semakin terdesak dan mundur ke belakang. Pelbagai masalah bertalu-talu, timpa-menimpa.

Setiap hari berduyun-duyun ahli PKR menyeberangi sempadan parti dan kembali ke parti asal mereka sebelum 1998.

Rupa-rupanya 'cuti rehat' daripada perbicaraan kes liwatnya tidak mampu melenakan tidur Anwar. Pendedahan demi pendedahan dibuat bekas pemimpin PKR tentang konspirasi Anwar bagi merampas kuasa suatu ketika dulu menyerlahkan wajah sebenar Anwar.

Malah, cubaan Anwar menuduh kerajaan dimasuki pengaruh Yahudi memakan diri apabila KJ mendedahkan hubungan erat Anwar dengan beberapa individu penting Yahudi.

Demang amat berharap isu Anwar dapat diselesaikan segera bagi menumpu perhatian pada menjayakan MEB yang diumum Najib semalam.

Thursday, April 1, 2010

Anwar melalut

Ketika berhenti di stesen petrol Caltex tadi Demang terpandang akhbar picisan Keadilan. Demang bukan nak mengisi petrol. Sekadar tumbang ambil duit di mesin ATM di situ. Tak hingin Demang mengisi selain di Petronas, kecuali terpaksa. Apatah di stesen minyak yang menjual akhbar tabloid seperti itu.

Tersenyum sinis Demang melihat tajuk besar yabg tertulis pengakuan Anwar bahawa terdapat berpuluh YB yang sedia bersamanya bagi merampas kuasa pada 16 September. Cuma Pak Lah yang tidak berani mengadakan sidang parlimen. Jika tidak…

Nampaknya Pak Sheikh benar-benar tak keruan. Itu bukan pendedahan sebaliknya membuka pekung di dada.

Masalah demi masalah yang timpa menimpa, datang berturut-turut menjadikan Anwar sudah tidak mampu membezakan yang mana dikehendaki rakyat dan yang mana dibenci rakyat.

Anwar lupa betapa salah satu sebab rakyat bertukar meembenci PR ialah kerana keghairahan mereka merampas kuasa tanpa restu.

Dah tak lama dah hayat PKR ni..."

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)