Suara dari kelambu
KUALA LUMPUR, 30 Mei: PAS mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang telah mengorbankan sembilan nyawa orang awam termasuk kanak-kanak di Afghanistan.
Biarpun NATO memohon maaf atas tindakan kejam itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Lo'lo' Ghazali berkata, ianya tidak memadai apatah lagi serangan tersebut dilakukan ketika mangsa sedang berehat di kediaman masing-masing.
Lebih menyedihkan katanya, semua pihak dilihat bersikap dingin dengan kekejaman yang dilakukan itu seperti hanya merelakan ianya berlaku.
"Mereka sedap-sedap panggil muslim terrorist, tapi bila kanak-kanak dan orang awam Islam yang jadi mangsa, berapa orang yang mengutuk.
"Mana setiausaha Amerika Syarikat, mana Obama, mana pejuang-pejuang hak asasi dunia dan mana kerajaan Malaysia," soalnya.
Media hari ini melaporkan Ketua Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa di Afghanistan, Mejar Jeneral John Toolan menyatakan permintaan maafnya mewakili NATO atas serangan tentera udara tersebut.
Dalam serangan di Helmand Sabtu lalu itu, jurucakap NATO memaklumkan telah mengorbankan 12 kanak-kanak dan dua wanita, bagaimanapun tida penjelasan lanjut berhubung beza angka seperti dinyatakan Toolan itu.
Penduduk mendakwa peluru berpandu tersebut dilepaskan dari helikopter tentera NATO dan mengena dua buah rumah yang dihuni wanita dan kanak-kanak tersebut.
"Nyawa umat Islam seperti debu yang menyeliputi jenazah anak-anak tak berdosa.
"Maruah umat Islam, maruah kemanusiaan diinjak-injak tanpa pembelaan," tegasnya.
Komen Demang:
Setakat merengek dari dalam kelambu buat apa Dr? Sepatutnya Dr menung sekejap dan berfikir, apa punca semua itu? Kenapa ummat Islam terus ditindas?
Kemudian, cuba muhassabah diri sendiri. Adakah perjuangan Dr dalam PAS selama ini membantu menguatkan ummat Islam atau membuka peluang pada musuh Islam mengambil kesempatan?
I
Jawablah dengan jujur. Imbas kembali perjuangan Rasulullah. Adakah baginda menyeru perpaduan atau perpecahan?
Terimalah hakikat bahawa PAS tidak akan mampu berjuang sendirian. Malah lebih buruk lagi apabila PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR.
Sedarlah bahawa PAS sudah gagal menarik sokongan majoriti ummat Islam. Dalam keadaan UMNO dianggap lemah pun PAS cuma mampu meraih 23 kerusi.
Akuilah bahawa PAS hanyalah parti serpihan, sama seperti PKR dan Semangat 46 yang telah berkubur.
Untuk perjuangan yang berkesan, kita perlu bersatu. Hentikanlah mengungkit dan memberi alasan bahawa PAS pernah ditipu orang UMNO 30-40 tahun yang lalu.
Orang Melayu sudah muak dengan alasan itu. Jangan sampai orang Melayu membenci ulama lantaran melihat ramai ulama di dalam PAS tetapi tegar dengan ego.
Lihat semula kenyataan Dr Lolo di atas. Adakah suara Dr itu akan didengar? Atau Dr sekadar syok sendiri?
Kos
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Menggunakan gambar digital atau mesej teks yang dihantar melalui media
sosial dianggap paling baik sebab kos ...
4 years ago
No comments:
Post a Comment