Tanya putera Demang:
"kenapa dialek orang Kedah dengan Johor berbeza padahal sama-sama dalam Malaysia?"
Pening juga kepala Demang. Anda tahu jawapannya? Adakah kerana lokasi keduanya berjauhan? (sebenarnya itulah jawapan yang nak Demang beri pada mulanya tapi ditangguhkan).
Sambil kepala otak Demang berputar mencari jawapan, minda Demang bertemu pula satu soalan lain:
"Kenapa bahasa orang Kedah dengan orang Thailand berbeza? Padahal jarak keduanya berdekatan!
Kedua-dua soalan tersebut rupa-rupanya tidak sahaja membuka persoalan tentang persempadanan daerah manusia. Ia juga menyedarkan kita bahawa jarak dan lokasi bukanlah satu-satunya faktor yang memisahkan manusia.
Lihat wajah-wajah warga negara kita. Ada yang berkulit ciku masak, putih kuning, dan berkulit agak gelap. Lihat pula raut wajah, bentuk mata, hidung, dan bibir.
Secara jujur, bolehkah kita kelompokkan mereka mengikut ciri-ciri tadi?
Sudah tentu boleh!
Jika orang Kedah dan orang Thailand boleh begitu berbeza sedangkan tinggal bersebelahan, bagaimana kita boleh menyatukan rakyat Malaysia yang begitu luas dan banyak perbezaan?
Adakah perbezaan ketara orang Kedah dengan orang Thailand lah yang menyebabkan mereka diasingkan dalam dua negara berbeza?
Ataukah mereka menjadi berbeza setelah mereka dipisahkan?
Kos
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Menggunakan gambar digital atau mesej teks yang dihantar melalui media
sosial dianggap paling baik sebab kos ...
4 years ago
No comments:
Post a Comment