Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ghazali Ahmad menyifatkan, pemilihan parti itu umpama permainan dam aji. Ini kerana kata beliau ia bakal menyaksikan pertembungan antara golongan ulama bagi merebut jawatan Timbalan Presiden tetapi dalam masa yang sama menyerlahkan percaturan kumpulan yang condong kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim melaksanakan strategi mereka.
''Saya katakan begitu (umpama dam aji) kerana percaturan kumpulan yang condong kepada Anwar lebih bijak menyusun orang-orang mereka dan hanya menunggu masa untuk sampai kepada sasaran,'' katanya.
Bercakap kepada media UMNO Online,Datuk Ghazali Ahmad berkata, Presiden Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin lemas dengan asakan puak-puak yang 'berkiblatkan' Anwar. Oleh itu, katanya Abdul Hadi perlu pantas melakukan sesuatu jika beliau mahu melihat parti itu terus bergerak sejajar dengan laungan 'bersama kepimpinan ulama.'
''Pertembungan antara Nasharudin Mat Isa dengan Tuan Ibrahim Tuan Man sudah pasti akan memecahkan undi golongan ulama dan yang paling selamat adalah Mohamad Sabu dan kita andaikan beliau menang di kerusi berkenaan. Seterusnya di kerusi Naib Presiden, Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar,kita turut buat andaian mereka mendapat kepercayaan perwakilan dan di situlah kita akan nampak berakhirnya kepimpinan ulama di dalam Pas,'' katanya.
Ulasan Demang:
Tidak sukar bagi yang mengikuti rentetan sejarah politik negara untuk memahami kenyataan di atas.
PKR tidak ditubuhkan sebaik Anwar disingkir daripada UMNO. Terdapat jeda yang agak panjang antara waktu penyingkiran Anwar dan penubuhan parti baru itu.
Sementara parti baru belum didaftarkan, sebahagian penyokong kuat Anwar diselinap masuk ke dalam Pas dan menduduki beberapa kerusi penting atas alasan 'strategi aras tinggi.
Antara yang terlibat ialah Dr Hassan Ali yang amat terkenal ketika itu.
Itulah juga alasan yang diberikan apabila PKR ditubuhkan bila mana orang bertanya kenapa perlu tubuhkan PKR sedangkan PAS sudah ada.
Jawapan tersebut sebenarnya amat kabur namun semua pihak (yang menentang UMNO) menerimanya dengan harapan ia akan membawa kebaikan. Padahal bukan sedikit orang PAS yang mempersoalkannya.
Teka-teki tersebut kini terjawab apabila sedikit demi sedikit ahli baru PAS yang sebenarnya penyokong Anwar mula menguasai PAS. Justeru kenyataan di atas tadi bukanlah sesuatu yang aneh.
Nampaknya 'grand design' sedang dilaksanakan.
Ingat, Anwar adalah orang UMNO!
Sumber asal:
Blog Badut Rakyat
Kos
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Menggunakan gambar digital atau mesej teks yang dihantar melalui media
sosial dianggap paling baik sebab kos ...
4 years ago
No comments:
Post a Comment