Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Monday, September 12, 2011

DAP PKR PAS berebut jawatan PM

Memang lucu apabila PAS yang cuma ada 23 kerusi menuntut agar jawatan PM diberikan pada mereka. Permintaan tersebut sudah tentu menjengkelkan PKR yang ditubuhkan untuk menaikkan Anwar Ibrahim. Saripudin dengan segera mempertikaikan igauan Mustafa Ali itu. Alaa.. Saifudin. Apa nak dibisingkan. PAS CUMA MENGIGAU. Takkan lah orang mengigau pun hang nak ambil kira? Lebih baik hang tengok DAP. Dalam diam depa dah ada 30 kerusi. Jika orang cina terus bersatu, bilangan tersebut akan bertambah dan hampa akan hampa saja lah. UMNO sekarang ada lebih 80 kerusi. Jika nak berkurangpun, mungkin sedikit sahaja. Namun kalau dilihat pada realiti di luar, sokongan terhadap kerajaan semakin meningkat. Sememangnya, kalau pun belum pulih sepenuhnya namun BN sudah semakin teguh. Yang nyata sokonyan kaum India telah berbalik pada kerajaan melalui.parti-parti selain MIC. Ini dapat dilihat dalam beberapa PRK terkini. Dalam pada itu jaringan kerja kerajaan yang memerintah semakin giat dijalankan. Banyak NGO baru ditubuhkan dan bergerak aktif. Justeru, kalaupun masih ramai yang merajuk dengan UMNO, pendekatan melalui NGO berjaya menarik mereka untuk mempertahankan kerajaan sedia ada demi negara, bukan demi UMNO. Dengan pertelagahan jawatan PM yang tidak pernah habis dalam kalangan pembangkang, rakyat sudah tentu tidak.akan mengambil risiko dengan memberi undi kepada pembangkang. Lihat pertelagahan pembangkang di http://taipingmali.blogspot.com/2011/09/pas-masih-berangan-untuk-jadi-pm.html?m=1

2 comments:

Anonymous said...

Jangan sesekali lupa bahawa semalam Gerakan kata tak akan serah kerusi yang ditandinginya kepada parti komponen lain dalam BN.
Ini adalah untuk memastikan DAP menang dikawasan yang Gerakan bertanding.

Anonymous said...

Hahahaha.. PRU13 PAS mesti kene kencing dengan DAP. DAP mesti desak kerajaan untuk ambil DAP jadi pati komponen BN. Tu dia ahli-ahli DAP sedang dok sibok melobi & menghampu UMNO & PM untuk buat kawan. Matlamat mereka untuk menjadi menteri cabinet lepas PRU13 nanti. PAS yang kene tipu bulat-bulat dengan DAP dan akan ditinggalkan. Perkaramudah macam ni pun mereka tak boleh baca...... Hahahahaha...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)