Nampaknya PAS begitu bersungguh-sungguh membantu Anwar Ibrahim dari luar mahkamah. Justeru isu komunis dimanipulasi sepenuhnya bagi menarik perhatian rakyat agar terlupa kes liwat yang sedang dibicarakan.
PAS langsung tidak peduli sensitiviti rakyat yang ahli keluarga mereka pernah menjadi mangsa keganasan komunis. Bahkan PAS tidak peduli kesan permainan politik tersebut bakal merosakkan sejarah tanah air. Mereka menuduh sejarah dipalsukan sedangkan mereka sendiri ketandusan hujah bagi menyangkal fakta sejarah.
Kesilapan PAS ialah menganggap semua ini boleh diperbetulkan kembali selepas BN-UMNO ditewaskan. PAS juga yakin mereka boleh mengawal DAP apabila pembangkang menang. Hakikatnya PAS tidak lebih sebagai kaldai kepada DAP.
Tidak cukup dengan modal komunis, isu kematian wartawan yang membuat liputan misi kemanusiaan di Somalia juga dieksploitasi. Padahal, ini bukan kali pertama wartawan yang menyertai misi kemanusian atas kerelaan sendiri terbunuh. Pernahkah sebelum ini dunia menghentam pihak yang menganjurkan misi kemanusiaan? Bukankah sepatutnya pihak yang menyerang dan membunuh wartawan dan sukarelawan yang dikutuk?
Aneh sungguh pendirian pembangkang di Malaysia.
Sebenarnya tidak aneh jika kita sedar bahawa PAS sudah mengambil keputusan untuk melakukan apa sahaja asalkan UMNO kalah, hatta bantuan syaitan pun akan diterima.
Meja Kerja 3 morha
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Lihat semula file² yang kita ada tadi:
*...ada TIGA file*
File 1: *Cadangan Target Lokasi*
File 2: *Hari Ke...
4 years ago
1 comment:
Salam Cheguman,
Sibuk je pasal isu komunis ni mereka LUPA kalau masa tu Komunis menang mana boleh ada Agama? PAS tak de langsung, UMNO pun tak tertubuh.
Komunis pada masa tu kan Anti Agama, Anti tuhan. Habis surau masjid mereka akan bakar kalau mereka berkuasa. Memang tak kan ada MARA atau ITM tempat Mat Sabu nak belajar. Paling terror dia sekarang pun jadi supir Lim Kit Siang dan anaknya.
Pasal kebaikan itu memang APA PUN kita buat tak akan diiktiraf PAS. Mereka tak akan akui apa pun kebaikan orang lain yang tak di bawah benderi hijau kosong tu. Jadi elok jangan dilayan dan dipedulikan apa pun komen negatif mereka.
Kesian, sebulan puasa pun belum tentu boleh cuci hati yang kotor dan keji.
Post a Comment