Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Thursday, May 31, 2012

Bukti kekayaan azmin samsidar



Azmin gelak-gelak bila dapat tau sultan johor menang bidaan plat kereta www1 pada harga RM setengah juta.

Alah... Setakat 0.5 juta tu apalah nak diherankan kalau ada duit. Mana taknya, azmin yang bukan sultan pun ada harta RM30 juta.

Lihat berita ini:

KUALA LUMPUR 30 Mei - Ahli Perniagaan, Ummi Hafilda Ali buat pertama kali mendedahkan salinan dokumen sebahagian aset yang dimiliki oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali serta isterinya, Shamsidar Taharin yang bernilai lebih RM30 juta.

Dokumen berkenaan iaitu salinan pembelian syer, deposit bank, resit pembayaran perabot serta salinan penyata dalam beberapa akaun bank itu merupakan sebahagian harta yang dimiliki Azmin dan Shamsidar dalam tempoh dua tahun iaitu 1992 hingga 1994.

Ummi Hafilda memberi tempoh dua minggu kepada Azmin dan Shamsidar untuk membuat laporan polis terhadapnya sekiranya dokumen itu palsu atau beliau sendiri akan menyerahkan dokumen tersebut kepada polis selepas tempoh tersebut.

Kata Ummi Hafilda, beliau juga meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memandang serius kes tersebut kerana aset itu diperoleh Azmin dan Shamsidar semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan. - UTUSAN.

Itu yang sempat dikesan. Yang tersorok?

Wednesday, May 30, 2012

Nizar buktikan sultan johor membazir


Dah lama sultan johor tiada isu. Senyap sunyi tiada publisiti.

Tiba-tiba beberapa hari ini kecoh satu isu baru.

Terbaru, beberapa NGO telah membuat laporan polis berikutan kenyataan Nizar yang dianggap biadap terhadap Sultan Johor.

Isunya ialah berkenaan bidaan baginda ke atas nombor pendaftaran www1 yang mencecah hampir 0.5 juta kalau tidak silap Demang.

Apa masalahnya?

Bagi Demang tak ada masalah apa-apa di situ. Jika wang tersebut duit baginda dan duit itu diberi kepada JPJ, bukankah ia pulang semula ke kantung rakyat?

Jika duit itu bukan duit baginda dan di beri kepada JPJ, bukankah ia pulang semula kepada rakyat?

Jika duit itu duit Nizar dan duit itu baginda sultan Johor ambil untuk diberi kepada JPJ, bukankah ia pulang semula ke kantung rakyat?

Apa Nizar nak risau? Patutnya Nizar menghargai sumbangan tersebut.

Itu jauh lebih baik daripada beli Camry mewah buatan luar negara untuk dirinya dan exco guna duit rakyat!

Demang SOKONG 100% Sultan Johor. Harap tradisi bidaan itu akan diikuti sultan lain pula.

Sebenarnya ia hayan sejenis sumbangan. Kelebihannya, sultan berkenaan dapat publisiti.

Tuesday, May 29, 2012

Pilihanraya bulan Oktober



PERDANA Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak ketika berucap pada majlis Konsultasi Bajet 2013 di Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini. Perdana Menteri mengumumkan Belanjawan 2013 akan dibentangkan pada 28 September 2012. - Foto Fariz Iswadi Ismail BH online.

Apa maksud berita di atas? Adakah itu menunjukkan PRU13 akan diadakan selepas September 2012?

Bagaimana dengan jemaah haji yang rata-rata berusia 50 tahun ke atas yang majoritinya pengundi BN?

Nampaknya Najib memang yakin BN akan terus membentuk kerajaan.

Najib kata haram jadah


Sebelum itu Demang nak ucapkan tahniah kepada rakan-rakan blogger prokerajaan yang kini semakin menguasai medan tempur maya dan semakin merapat ke garis kemenangan.

Peningkatan tersebut adalah bayangan pada peralihan semula sokongan rakyat daripada dipengaruhi pembangkang, kepada menyokong pembaharuan yang dibuat kerajaan pimpinan Najib Razak.

Ada orang tanya Demang, kenapa terdapat blogger prokerajaan bersikap seperti blogger pembangkang yang menggunakan kata-kata kesat dalam blog?

Bagi Demang, manusia ni ada macam-macam. Seperkara lagi, bagaimana rentak begitulah tarinya.

Kami para blogger pun begitu juga. Ada antara kami yang bertahan dan sebahagian daripada kami bertindak sebagai penyerang.

Di jalan yang banyak selekoh kita tidak boleh memandu lurus.

Bagi Demang, untuk majoriti rakyat yang rasional sudah tentu ingin melihat fakta sebelum membuat keputusan.

Berikut adalh contoh fakta yang disirkan dalam media arus perdana hari ini.

Bacalah, dan buat pertimbangan dengan akal yang sihat.

Najib bukan malaikat atau wali. Beliau ada emosi. Kalau dah bersusah payah hendak menolong naun masih dituduh dengan pelbgai tohmahan, siapa yng boleh sabar?

Namun berapa kali Najib bercakap kasar sejak dia menjadi menteri berusia usia 22 tahun?

Sebenarnya, jika nak dikatakan pemimpin anugerah Allah, Najib lah orangnya.

Najib adalah cucu seorang hartawan melayu (sebelah ibu) dan cucu seorang pemimpin besar Pahang (sebelah bapa).

Beliau adalah keturunan bangsawan yang sepatutnya hidup dalam 'istana' dan bukannya berkeliaran di merata tempat menyusahkan diri.

Namun dalam masa yang sama Najib adalah anak Tun Razak yang tidak betah memejam.mata melihat nasib rakyat.



21 lagi projek baru NKEA

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan 21 lagi projek baru di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang dijangka melonjak Pendapatan Negara Kasar (PNK) sebanyak RM4.59 bilion menjelang 2020. 

Projek itu membabitkan pelaburan keseluruhan berjumlah RM20.46 bilion dan mewujudkan 39,918 pekerjaan dalam tempoh berkenaan.

Projek itu terangkum di bawah NKEA Pertanian, Perkhidmatan Perniagaan, Pendidikan, Penjagaan Kesihatan, Pemborongan dan Peruncitan, Elektrikal dan Elektronik serta Greater KL/Klang Valley.

Perdana Menteri berkata, bagi NKEA Pertanian, tiga syarikat komited untuk melabur RM456.69 juta yang akan mewujudkan 2,539 pekerjaan, selain meningkatkan keselamatan makanan kebangsaan. 

Bagi Perkhidmatan Perniagaan, tujuh syarikat melabur RM2.4 bilion yang mewujudkan 10,909 pekerjaan dalam bidang seperti membina dan membaik pulih kapal, kejuruteraan reka bentuk, pusat data serta pusat perkhidmatan global. 

"Pendidikan kekal menjadi enjin pertumbuhan utama untuk masa depan dan kita mesti terus melabur dalam bidang ini. 

"Projek AWLU, Heriot Watt University Malaysia dan Kolej Universiti KDU akan membawa amalan terbaik dari seluruh dunia, termasuk institusi terkemuka di Amerika Syarikat dan United Kingdom. 

"Pelaburan keseluruhan mereka RM535.58 juta akan mewujudkan 660 pekerjaan,” katanya berucap pada majlis Laporan Terkini Program Transformasi Ekonomi (ETP) pertama bagi 2012, di sini, semalam. 

Sejak dilancarkan Oktober 2010, 72 projek ETP dilaksanakan membabitkan pelaburan berjumlah RM188 bilion yang mewujudkan 331,741 peluang pekerjaan baru, selain menyumbang PNK RM129 bilion menjelang 2020. 

Pada majlis sama, Najib yang juga Menteri Kewangan turut menghuraikan pencapaian terkini enam Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) berasaskan 51 dasar dicadangkan Majlis Penasihat Ekonomi Negara serta menyampaikan dua teras utama ETP, iaitu fokus dan daya saing. Pencapaian itu, termasuk Akta Gaji Minimum yang baru diwartakan dan tambahan lima rakan kongsi untuk program MyProCert di bawah SRI Pembangunan Modal Insan. 

Di bawah SRI Persaingan, Standard dan Liberalisasi pula, Tribunal Rayuan Persaingan ditubuhkan, perkembangan 12 Standard Malaysia (MS) membabitkan Diod Pemancar Cahaya dipercepat dan liberalisasi sembilan subsektor. 

Di bawah SRI Kewangan Awam, Najib berkata, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) melaksanakan beberapa inisiatif menambah baik pentadbiran serta pematuhan cukai. 

Usaha itu membuahkan tambahan kutipan cukai RM192.8 juta pada suku pertama 2012 oleh LHDN dan KDRM, melangkaui sasaran RM191.4 juta. 

“Setahun setengah sudah berlalu sejak saya melancarkan ETP. April lalu, kami menerbitkan Laporan Tahunan ETP yang pertama dan saya bangga pencapaian 23 peratus melepasi sasaran ditetapkan. 

“Ini disebabkan pertumbuhan ekonomi negara menggalakkan sebanyak 5.1 peratus pada tahun lalu. 

“Pada suku pertama tahun ini, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatat peningkatan sebanyak 4.7 peratus, melebihi jangkaan umum. 

“Bagaimanapun, perjalanan masih jauh harus ditempuhi untuk kita nyatakan bahawa `misi kita sudah selesai dengan jayanya'. 

“Dengan keadaan ekonomi global yang tidak menentu, inilah masanya untuk kita mengorak langkah dengan lebih tegas dan pantas supaya destinasi yang kita impikan menjadi kenyataan,” katanya.

Monday, May 28, 2012

Najib belanja sakan

[image_0]
Ketika pembangkang makin tertekan akibat ketandusan isu untuk dimainkan, Najib semakin rapat di hati rakyat dengan pelbagai bantuan akar umbi.

Ketika mulut pembangkang semakin lenguh memutar janji bulan dan bintang (dan roket), kerajaan bukan hanya berjanji tapi sedang melaksanakannya.


SEREMBAN: Kerajaan akan mengumumkan lebih banyak bantuan kepada rakyat dalam tempoh beberapa minggu akan datang, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, bantuan itu adalah antara idea baru difikirkan kerajaan, tetapi tidak mahu mengumumkannya sekarang.

"Kerajaan beri perhatian terhadap aspek kebajikan rakyat, tidak seperti pihak di sebelah sana (pembangkang) yang hanya berjanji, tetapi tidak ditunaikan," katanya ketika melancarkan Kempen Kesedaran Sayangi Warga Emas peringkat Negeri Sembilan di Padang Awam Taman Desa Rhu Sikamat di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim; Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor dan Ketua UMNO bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail. 

Najib berkata, penekanan terhadap kebajikan rakyat bukan bermakna Malaysia mahu menjadi negara kebajikan seperti yang diamalkan di Barat. 

Katanya, konsep kebajikan di Barat tidak sesuai dilaksanakan kerana akhirnya negara yang melaksanakan sistem itu kini menanggung beban kewangan yang teruk. 

Pada majlis itu, Perdana Menteri berkata kerajaan menyediakan peruntukan RM1.4 bilion tahun ini untuk memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik, termasuk warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU). 

Katanya, sebanyak RM478 juta daripada jumlah itu diperuntukkan khas untuk membantu kira-kira 135,000 warga tua di seluruh negara melalui bantuan bulanan RM300. 

“Ini membuktikan kita adalah kerajaan yang prihatin. Walaupun sentiasa beri bantuan, kita tidak mahu generasi muda, terutama anak-anak melupakan tanggungjawab kepada ibu bapa,” katanya. 

Najib berkata, ketika ini ada 2.1 juta warga tua di Malaysia mewakili 7.3 peratus rakyat dan dijangka meningkat kepada 3.2 juta atau 9.5 peratus pada 2020. 

Perdana Menteri juga berkata, rakyat negara ini tidak memerlukan pembaharuan seperti yang berlaku di Mesir, Libya, Tunisia dan Syria kerana kerajaan memahami kehendak rakyat.

(BH online)

Sunday, May 27, 2012

Debat Anwar Ummi pula



Demang rasa Najib boleh timbangkan cabaran Anwar untuk berdebat dalam pelbagai isu politik.

Namun bagi Demang debat dengan Najib tidak boleh dibuat wewenang memandangkan Najib adalah Perdana Menteri Malaysia.

Justeru Anwar perlu buktikan bahawa beliau layak berdebat dengan PM setelah melepasi peringkat saringan:

Pusingan awal: Anwar vs Ezam

Suku akhir: Anwar vs Zulkifli Nordin

Separuh Akhir: Anwar vs Ummi Hafilda Ali

FINAL: Anwar vs Najib

Ketika ini blogger GAP sedang menyiarkan foto-foto pertembungan Umi dengan Anwar dan Izah dalam program ceramah.

http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2012/05/gila-foto-anwarizah-kena-saiko-dengan.html?showComment=1338116838605&m=1#c1468272577996636687

Himpunan belia anjuran pakatan


Semangat? Ada... Kemampuan? Yerllek...

Jika pembangkang yang menang



Tidak ramai yang sedar bahawa ekonomi sesebuah negara ditentukan oleh 'fundamental basis'. Dalam hal ini politik sememangnya berperan secara aktif dan keputusan politik sering memberi impak segera dan mega.

Kajian terkini penganalisis pelaburan mendapati:

1- Golongan profesional dan menengah Melayu telah kembali menyokong Barisan Nasional, terutama setelah BERSEH 3.

Ternyata kesedaran

2- Barisan Nasional dicadangkan agar memenangi majority melebihi 137 kerusi Parlimen atau 58-64 % kerusi Parlimen  bagi meneruskan polisi sedia ada dan memastikan ekonomi Malaysia kekal stabil.

3-Penambahan undi sebanyak 2.3 juta dari  golongan muda didapati di DUN dan kawasan Parlimen Johor, Selangor dan Perak, tapi kajian mendalam mendapati bahawa kerusi kerusi tersebut telahpon jatuh ke tangan Pakatan dan tidak akan mempengaruhi undi keseluruhan.

4- Kajian juga telah mengenalpasti lima senario politik dengan perubahan besar ke atas polisi dan sektor industri yang terbabit.

Sekiranya:

a) Senario C yakni Barisan Nasional menang 2/3 majoriti maka sektor yang akan bermanfaat ialah sektor Oil & Gas, Bank, Hartanah dan Media. Rakyat juga akan lega kerana kemelut politik cacamarba dan belenggu ketidakpastian akan terlerai.

b) Senario D iaitu jika Pakatan menang; penganalisa pelaburan JP Morgan meramalkan pelabur akan menjual semua saham dan menjauhkan diri dari suasana politik dan ekonomi yang  tidak menentu ( Sell and stay away, potential policy changes breed uncertainty.)

Sektor yang akan mendapat keuntungan besar jika Pakatan menang adalah sektor perjudian (gaming seperti Genting).

Sementara sektor yang terkait dengan penglibatan etnik Cina seperti Pembinaan, Hartanah, Pengangkutan dan Saham (dan Unit Trust) akan mendapat bantuan Kerajaan Pakatan. (construction, property, transportation, gaming and stocks with Pakatan's Government link).

Demang paparkan semula fakta daripada kajian pakar ini dengan gaya bahasa Demang sendiri untuk kita beralih daripada politik persepsi kepada politik realiti.

Demang harap rakan-rakan yang masih simpati pada pembangkang agar menyemak semula apakah gerakan dan tindakan yang telah dilakukan selama ini satu perjuangan atau sekadar ledakan emosi?

Semoga kita tidak cuba menipu akal waras kita sendiri demi memuaskan luapan emosi yang tak berkesudahan.

Foto hiasan barisan pelajar terbaik SM Imtiaz (Tahfiz Ulul Albab) Melaka bersama DS Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku peneraju Imtiaz Melaka.

Friday, May 25, 2012

Debat Papagomo dengan Rafizi



Ketika ini blogger Papa Gomo sedang menyiarkan kiriman emel yang diterima daripada seseorang bernama Helmi Effendy.

Demang pun tidak kenal dengan Helmi ini namun kupasan beliau berkenaan debat KJ dengan Rafizi baru-baru ini agak menarik.

Menariknya bukan kerana Helmi pandai berdebat atau menulis email tetapi kerana fakta yang dikemukakan Helmi agak sukar dipertikai.

Demang percaya, tidak ramai pembangkang yang mahu membacanya dan bagi yang membaca pula akan cuba mencari helah untuk mengganggu fikiran pengunjung lain.

Salah satu helah yang dibuat ialah dengan mencabar Papa Gomo pula berdebat dengan Rafizi.

Demang setuju juga dengan cadangan tersebut walaupun agak lucu apabila seorang yang menganggap dirinya setaraf menteri mengajak blogger jalanan berdebat di TV.

Seperkara lagi, setelah berdebat dengan Ketua Pemuda UMNO Malaysia maka dicabar pula individu yang tidak pernah dikenali sebagai pendebat atau pemidato seperti Papa Gomi, adakah ia satu peningkatan atau penurunan taraf? Bukankah itu bermaksud penyokong PKR telah mengakui bahawa Rafizi telah kalah?

Jangan pula selepas ini peminat Rafizi terpaksa mencadangkan nama lain pula untuk dilawan hujah dengan Rafizi hanya kerana hendak melihat Rafizi muncul sebagai pemenang dalam acara perdebatan!

Demang rasa setakat hujah Rafizi tu, Demang pun tak keberatan untuk berdebat dengannya.

Lihat email tersebut:

http://www.papagomo.com/2012/05/sumber-dalaman-pkr-sahkan-anwar-ibrahim.html?m=1

siapa peguam yang jadi pelacur?

Baru-baru ini heboh juga pasal peguam yang menjadi pendakwa dalam kes liwat Anwar-Saiful menjadi peguambela untuk Anwar dalam kes BERSIH.

Maka ia dijadikan modal politik pembangkang kononnya peguam tersebut sudah menyebelahi pembangkang.

Apa pandangan anda?

Kata seorang pembaca, peguam macam pelacur juga yang sedia berkhidmat jika dibayar.

Lihat komen selanjutnya di http://theunspinners.blogspot.com/2012/05/kedudukan-dato-yusof-buat-ramai-akan.html?m=1

Thursday, May 24, 2012

Himpunan belia 2012 hari ke2


Antara acara yang dipertonton.

Sebenarnya yang itu hanya kosmetik. Ada banyak lagi program menarik dan berfaedah untuk belia yang hadir.

Datanglah dan lihatlah peluang yang sedang terbentang luas.

SMS fitnah terbaru sedang tersebar



"Salam. pls check this sms true or not. From last night sms go round to every indian. Berita terkini "ini bukan negara keling, ini negara melayu" reaksi YB Bk.Rambai, Hassan Rahman lalu kencing di dlm botol dan tuang pd gambar dato ambiga. Tahniah pada BN dan UMNO krn sudah buktikan projek 1MLYSIA. Jadi pd org cina dan india, soalannye "siape kita? "Fikirkan skrg sebelum terlambat. Pls fwd to all."

Sms di atas Demang terima semalam. Ia dikirim seorang sahabat di Pulau Pinang.

Maka Demang yang tinggal di Melaka berposak-posaklah menyiasat kebenaran khabar tersebut.

Demang menghubungi beberapa orang kenalan termasuk pengarah jabatan tertentu. Oleh kerana penyiasatan ini bersifat peribadi maka Demang tidak boleh siarkan kenyataan mereka di sini.

Maklumat yang Demang kira paling tepat dan lengkap Demang perolehi daripada seorang kenalan rapat yang menjadi ahli majlis daerah di kawasan berkenaan. Beliau juga seorang sarjana.

Menurut Dr tersebut sms tersebut merujuk pada satu program di Sungai Rambai, bukannya di Bukit Rambai. Jarak ke dua-dua lokasi agak jauh bagi sebuah negeri sebesar Melaka.

Bukit Rambai di Melaka Tengah menghala ke Alor Gajah manakala Sungai Rambai berada di sebelah selatan, bersempadan dengan Johor.

Dalam majlis berkenaan, Dato Hassan Rahman yang dikatakan 'kencing dalam botol' dan mengucapkan kata-kata kesat itu tidak pun berucap sebaliknya hanya hadir sebagai tetamu.

Satu laporan polis telah dibuat oleh Dato Hassan Rahman sendiri dan siasatan sedang dibuat bagi mengenalpasti pihak yang menyebarkan khabar angin tersebut.

Yang pasti, khabar angin telah tersebar luas dan sudah mengguris perasaan masyarakat India.

Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini akibat fitnah tersebut, rakyat juga yang susah.

Pemuda PAS yang ada hubungan dengan DAP elok siasat perkara ini. Tegakkan lah kebenaran walaupun perit demi negara tercinta. Buktikan bahawa Pemuda PAS menolak sepenuhnya kempen bercampur fitnah. Berdiam diri bererti bersetuju dengan fitnah tersebut.

Ahli PAS tolong maklumkan isu ini pada pucuk pimpinan. Jika anda rasa sms tersebut mungkin permainan UMNO, buatlah laporan polis. Apa nak takut, bukan semua anggota polis, peguam, dan hakim yang menyokong kerajaan.

Pelahap wang rakyat


Demo bantah PTPTN dah selesai barangkali. Demang tak pasti apa keputusannya.

Demang melihat pihak-pihak yang membantah PTPTN ni ada pelbagai jenis dan kepentingan.

Ada yang mengemukakan alasan riba tetapi dalam masa yang sama melahap, terlibat, dan bersubahat dengan riba dalam perkara lain tanpa segan silu atas alasan terpaksa.

Padahal mereka bukanlah boleh mati jika tak beli kereta mahal yang melibatkan hutang bank! ...dan membenarkan riba.

Kalau dah berkehendak, semua boleh. Kalau tak suka, pelbagai alasan dicari.

Ada pula yang mengemukakan rasional bahawa kerajaan wajib menyara pendidikan secara percuma kerana mereka adalah rakyat.

Namun mereka lupa apabila peruntukan yang amat besar diberi pada mereka maka golongan lain terpaksa dikecilkan peruntukan. Bukankah golongan itu juga rakyat?

Para pelajar yang ingin PTPTN percuma akan cenderung untuk mendapatkan pelbagai biaya secara percuma.

Mereka inilah yang nantinya apabila menjawat jawatan kerajaan akan membuat pelbagai tuntutan yang bukan-bukan. Jangan hairan nanti jika mereka ada kuasa maka mereka akan melancong ke luar negara dengan anak bini dan menuntut perbelanjaan daripada kerajaan.

Merekalah sebenarnya pelahap wang rakyat.

Wednesday, May 23, 2012

Ambiga halau penjaja



Ahli-ahli majlis perbandaran Selangor dari DAP hari ini menggesa Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail meletak jawatan kerana gagal bertindak terhadap peniaga yang cuba menjaja di hadapan rumah Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga.

"Kami menggesa Datuk Bandar Kuala Lumpur meletak jawatan segera," kata ahli Majlis Perbandaran Kajang, Lee Kee Hiong yang mewakili 67 ahli majlis DAP dalam negeri Selangor.

Demang harap pemuda PAS dan pemuda UMNO dapat bertindak sepatutnya. Masa Demang dan rakan-rakan muda belia dulu, kami takkan membisu hanya kerana tindakan tersebut dilakukan pihak yang sama idologi politik.

bangkang dari longkang: special offer

jom layan video

bangkang dari longkang: pengumuman sket

jom layan video

Bangkang dari longkang: dulu lain

jom layan video

Bangkang dari longkang 2: bila pilihnraya?

Jom layan video

Bangkang dari longkang 1: esok nak demo

Jom layan video


Tuesday, May 22, 2012

konspirasi dalam kes liwat Saiful?

Blogger RBF hari ini menyiarkan jawapan kenapa kes liwat Saiful berakhir dengan penuh tanda tanya.

Tandatanya 1: Kenapa Saiful sanggup bersumpah dengan Al-Quran?

Tandatanya 2: Kenapa Saiful berani ke Mekah dan mengulangi kenyataannya terhadap Anwar?

Tandatanya 3: Kenapa Anwar hingga kini tak berani bersumpah?

Tandatanya 4: Kenapa perbicaraan sering ditangguh oleh Anwar dan gagal ditentang oleh pendakw?

Tandatanya 5: Kenapa setelah didesak bertalu-talu barulah peguam pendakwa mengemukakan rayuan?

Tandatanya 6: Kenapa Anwar beriya-iya mendesak peguam pendakwa ditukar?

Banyak lagi.... mungkin di sini ada sedikit jawapan.

DAP anti rasuah dan anti perkauman


Bila sebut sahaja rasuah, maka semua makhluk mencemikkan muka dan menjuihkan bibir seperti babi. Benci sangat-sangat.

Namun berapa peratus yang benar-benar mempraktikkannya?

Demang percaya, memang ramai yang tidak pernah terlibat dengan rasuah. Berikut adalah golongan tersebut:

Pertama, orang miskin yang tiada apa-apa untuk menghulurkan rasuah dan tiada kuasa untuk menerima rasuah.

Kedua, orang yag tinggal di dalam gua sejak lahir hingga sekarang dan tidak pernah jumpa orang.

Yang lain? Hanya yang belum ada kesempatan dan peluang! 

Lagi? Mungkin DAP dan PKR.

Jika diihat pada lolongan dan salakan DAP dan PKR tentang isu RASUAH, babi pun tertunduk malu kerana tidak sanggup melihat pembohongan mereka. Anjing pun segan sebab salkan mereka lebih kuat.

Berikut adalah tulisan sahabat Demang yang memakai nama blogger Beruang Biru berkenaan DAP yang 'baik' itu.

Demang salin bulat-bulat email beliau kerana Demang memang kagum dengan penulisan beliau yang begitu indah dalam menyampaikan mesej serta bijak memilih perkataan yang tepat.

Keputusan mengejut Naib Presiden DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim meninggalkan parti itu bukan sahaja merupakan pukulan hebat kepadanya tetapi juga menjagi bukti kukuh bahawa ia adalah sebuah badan politik yang rasis dan hanya mementingkan chauvinisme Cina.

Tiga tahun lalu DAP menganggap kejayaannya memancing Tunku Aziz menganggotai parti itu sebagai kejayaan besar, lantas diberi beliau satu jawatan tinggi.

Tiga tahun kemudian, tindakan mengambil Tunku Aziz menjadi satu mimpi paling ngeri baginya.

Bekas pengerusi Transparency International Malaysia itu meninggalkan DAP apabila menyedari parti itu bukanlah memperjuangkan prinsip 'Malaysian Malaysia' seperti mana yang diwar-warkan selama ini, tetapi rupa-rupanya sebuah organisasi politik yang anti-Melayu dan bergerak seperti sebuah sistem diktator.

Ini terbukti apabila Tunku Aziz yang menjadi satu-satunya pemimpin tertinggi berbangsa Melayu, tidak disambung menjadi Senator apabila mengkritik perhimpunan Bersih 3.0.

Sebenarnya sekalung tahniah perlu diberikan kepada Tunku Aziz atas tindakan berani beliau itu.

Beliau membuktikan bahawa projek DAP untuk menawan hati orang Melayu supaya menyokong parti itu telah gagal.

Hanya masa sahaja akan menentukan sebelum saki baki orang Melayu yang terperdaya dengan DAP akan meninggalkan parti itu.

DAP yang cuba menunjukkan dirinya sebagai pejuang orang Melayu akhirnya terdedah sikap dua muka dan hipokritnya.

Lihat sahaja gambar-gambar peserta Bersih 3.0 yang dicari oleh pihak polis, rata-rata semuanya adalah anak-anak muda Melayu.

Di mana penyokong DAP? DAP bertindak baling batu sembunyi tangan dalan Bersih 3.0.

Mereka mengguna PAS dan PKR sebagai kuda tunggang yang bodoh dan jahil.

Sementara PAS dan PKR menerima semua tindak balas dan kesan negatif daripada rusuhan yang berlaku semasa perhimpunan itu, DAP pula dilihat sebagai sebuah parti yang berdisiplin, patuh kepada undang-undang dan berhemah tinggi.

Penyokong-penyokong Melayu dari PAS dan PKR gagal melihat sikap hipokrit DAP ini malah mereka dengan rela dicucuk hidung seperti lembu mengikut segala kehendak parti itu.

Selagi orang Melayu tidak sedar seperti mana kesedaran Tunku Aziz, selagi itulah mereka akan diperguna dan diperbodohkan oleh DAP.

Sedikit sahaja DAP membantu orang Melayu di Pulau Pinang, dengan cepat ustaz-ustaz PAS dan pemimpin PKR menjulang DAP sebagai parti yang prihatin kepada nasib orang Melayu.

Terus mereka lupa jasa Umno menerusi Parti Perikatan dan Barisan Nasional yang sejak merdeka telah membangun orang Melayu daripada sebuah bangsa yang lemah, dhaif dan seba kekurangan dalam segala bidang kehidupan kepada sebuah bangsa yang sudah mandiri dan maju seperti yang kita lihat sekarang.

Inilah hakikat yang cuba dinafikan oleh DAP dan malangnya atas dasar politik sempit dan gilakan kuasa, PAS dan PKR sanggup melacurkan diri mereka kepada parti rasis Cina itu.

Kini pimpinan tertinggi DAP dalam keadaan gelisah dan takut kerana agenda anti-Melayu sudah terbongkar.

Parti itu tidak berani menghentam tindakan Tunku Aziz tetapi cuba memujuk beliau menarik keputusan beliau itu.

Bagi Tunku Aziz dan orang Melayu yang lain, bak kata pepatah, sekali kena sudah beringat, kali kedua tidak mungkin disengat lagi.

Anwar silap kira


KUALA LUMPUR, 22 Mei 2012 - Perhimpunan di ibu negara bulan lepas disertai oleh 22,270 orang dan bukan ratusan ribu seperti yang didakwa pembangkang, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, semalam.

Beliau berkata rumusan tentang jumlah mereka yang menyertai perhimpunan pada 28 April itu dibuat oleh Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dengan menggunakan sistem blok fotografi. 

"Jumlahnya 22,270, agak hampir dengan konfigurasi British Broadcasting Corporation (BBC) (25,000), tetapi, yang pasti ia jauh daripada (jumlah) yang diumumkan (penasihat PKR dan Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke seluruh dunia.

Demang rasa Anwar bukan sengaja nak menipu. Anwar sebenarnya berhalusinasi, macam Nik Aziz juga.

Anwar berada dalam fantasi bahawa sokongan terhadapnya masih seperti 1999 ketika rakyat sedang terpinga-pinga dengan pemecatannya daripada semua jawatan secara sekaligus.

Sekarang rakyat sudah sedar. Demang dulupun macam orang lain juga. Demang sangka takkanlah orang 'sebaik Anwar' boleh buat benda tu.

Rupa-rupanya banyak perkara yang tidak kita sangka terjadi sebaliknya.

Muhassabah sebelum muzakarah

Ajarkan anak-anak kita berbincang baik-baik jangan ajar mereka berdemo.




Dalam muzakarah kita berbincang. Kita bagi pendapat dan kita dengar pendapat orang.

Sebelum berbincang memanglah kita perlu tentukan tajuk. Namun memaksakan agar tajuk kita diterima bukanlah sesuatu yang bagus.

Dalam berbincang tidak semua perkara perlu dipersetujui namun kita perlu bersetuju untuk tidak bersetuju.

Selain itu kita juga perlu sedar kedudukan dan kekuatan kita sebelum mengenakan syarat.

Kalau kita cuma ada 23 kerusi parlimen berbanding pihak lain yang ada lebih 80 kerusi, adalah melucukan apabila kita meletakkan syarat yang bukan-bukan.

Kalau dengan DAP yang tak sampai 30 kerusi pun kita tak berani bantah, eloklah kita diam sahaja. Nanti orang kata kokok berdegar-degar tak sedar ekor bergelumang tahi.

Monday, May 21, 2012

temui Zulfahmi pelumba MotoGP di perhimpunan belia 2012 lusa

Penunggang AirAsia-SIC-Ajo, Md Zulfahmi Khairuddin ketika mengambil selekoh pada GP Perancis yang berlangsung di litar Le Mans pada 15 Mei 2011. (Gambar arkib).

PETALING JAYA, (Bernama) - Pelumba AirAsia-SIC-AJO, Muhammad Zulfahmi Khairuddin menyimpan azam untuk meraih kedudukan 10 terbaik dalam setiap perlumbaan Grand Prix Motorsikal (MotoGP) yang disertainya musim ini.
"Berdasarkan kepada pengalaman yang saya ada, meletakkan sasaran seperti itu  adalah sesuatu yang positif. Saya memang bersedia untuk itu.
"Saya tahu, dalam perlumbaan motosikal seperti ini agak sukar untuk mendapat kedudukan 10 terbaik dalam setiap perlumbaan. Saya akan cuba yang terbaik dalam setiap sesi kelayakan untuk mendapatkan grid yang baik," kata pelumba berusia 20 tahun dari Kampung Bukit Canggang, Banting, Selangor ini.
Beliau ditemui pemberita pada majlis penerimaan penajaan di Damansara  Perdana yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini.
Pada majlis berkenaan, Ahmad Shabery mengumumkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan menyumbang sejumlah RM96,000 kepada Muhammad Zulfahmi untuk kegunaan beliau sepanjang musim ini.
Ketika berucap pada majlis itu, Ahmad Shabery berkata Muhammad Zulfahmi  boleh menjadi ikon bidang permotoran kepada para belia di negara ini dan beliau berharap lebih ramai golongan belia akan melibatkan diri dalam bidang ini secara serius pada masa akan datang.
Menyentuh mengenai penajaan itu, Muhammad Zulfahmi berkata ia merupakan   kesinambungan kerjasama antara pihak KBS dan Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC) sejak 2009.
Sementara itu, beliau turut berharap lebih ramai peminatnya dan juga sukan  permotoran untuk datang menyaksikan perlumbaan Grand Prix Motorsikal Malaysia pada 21 Okt depan.
Mengenai cabaran Ketua Pegawai Eksekutif SIC Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali yang mahu menyaksikan beliau meraih kemenangan podium, Muhammad Zulfahmi berkata itu menjadi tekanan kepadanya.
"Itu satu cabaran yang besar buat saya. Ia juga satu tekanan kepada saya. Tekanan berlumba di Malaysia banyak, daripada peminat, daripada media dan saya perlu positif dan banyak bersabar," katanya.
Untuk musim perlumbaan kali ini, Muhammad Zulfahmi akan menunggang jentera 250cc empat lejang untuk kategori Moto3 yang menggantikan kategori 125cc musim lepas.
"Perubahan jentera daripada 125cc kepada jentera Moto3 ada banyak perbezaan. Dulu dua lejang sekarang kena guna jentera empat lejang, jadi saya kena banyak tukar cara pemanduan saya.
"Kalau dilihat dari segi kuasa enjin, Moto3 lebih lemah daripada 125cc tetapi dari segi catatan masa jentera Moto3 lebih baik. Dengan sokongan penuh daripada KTM (pengeluar jentera) saya mengharapkan saya mendapat kedudukan yang baik di setiap perlumbaan," katanya.
Menurut beliau, berdasarkan kepada dua sesi ujian pramusim yang dijalankan pada Februari lepas di Litar Ricardo Tormo, Valencia dan Litar Jerez, Sepanyol, masih ada banyak yang perlu beliau dan jurutera pasukannya lakukan untuk memastikan jentera KTM beliau berada dalam keadaan terbaik.
Sebelum memulakan musim 2012 pada Grand Prix Motorsikal Qatar di Litar Losail pada 8 April depan, Muhammad Zulfahmi perlu menghadapi satu lagi sesi latihan pramusim di Litar Jerez minggu depan.

Demang: Mutakhir, Zulfahmi telah menyatakan akan hadi dalam himpunan belia di putrajaya lusa.



Persiapan hari belia belum siap?



Panglima Perang yang melalui tapak perhimpunan sambutan hari belia 2012 sempat mengirimkan beberapa foto berkenaan persiapan program yang akan bermula 23 Mei.

Walaupun belum siap sepenuhnya namun kemeriahannya sudah mula terasa.

Demang difahamkan terdapat pelbagai program dirancang bagi menarik kehadiran para belia seluruh negara.

Yang nyata, ia bukanlah satu perhimpunan untuk keseronokan semata-mata. Ia juga bukan untuk menjerit melolong mendesak kerajaan melakukan sesuatu.

Perhimpunan ini adalah untuk para belia bertemu, berkongsi maklumat, dan meninjau peluang membina masa depan yang lebih berkualiti dan bermakna.

Hikayat tukang kapal dan tukang pecah


Ceritanya mudah sahaja. Ia berkenaan hikayat tukang kapal dan tukang pecah.

Tukang kapal bukan pemilik kapal. Dia hanya pembuat kapal. Jika kapal itu molek jadinya maka pelanggan pun suka. Dapatlah dia bayaran setimpal.

Setimpal sama maksud dengan berbaloi. Lumayan atau tidak bergantung pada kerja yang dibuat. Upah pemanjat kelapa dengan upah remiser saham tentulah tak sama.

Oleh kerana kapal yang dibina ini kapal besar ala-ala bahtera maka upahnya pun mahal lah.

Sayangnya kapal hanya sebuah sedangkan tukangnya ada 3-4 orang.

Maka berebutlah mereka.

Yang tak eloknya ialah mereka bersaing secara tidak sihat. Yang satu membina dan yang satu lagi berusaha menggagalkan binaan itu. Formulanya, apabila binaan itu rosak maka kontrak akan dibatalkan dan diberi pada yang seorang lagi itu pula.

Anehnya, kapal ini tidak dibina di limbongan sebaliknya di bina di tengah lautan. Yakni kapal sedang belayar.

Itu yang kita risau.

(lusa ada perhimpunan belia. Di situ nanti berkumpulnya pelapis pemimpin negara. Semoga mereka tidak membantu menenggelamkan bahtera)

Sunday, May 20, 2012

Sultan Mansur Mangkat Terbilang



Pagi tadi Demang ke 'istana Melaka' dan terlihat batu nisan di atas.

Berdasarkan catatan pada batu tersebut ia adalah milik Sultan Mansur Shah yang pada zamannyalah kesultan Melaka mencapai kegemilangan.

Mungkin ramai anak muda yang tidak nampak kepentingan sistem kerajaan beraja.

Sebenarnya sultan macam angkatan tentera juga. Selagi tidak berlaku musibah, mereka nampak macam tiada kerja selain menghabiskan duit rakyat.

Namun apabila tiada sultan dan berlaku huru hara, barulah semua pihak sedar peri pentingnya sultan.

Saturday, May 19, 2012

4 hari lagi himpunan belia 2012


Lagi



Kira-kira 10,000 orang membanjiri pelancaran bersempena Hari Belia  yang bertemakan ‘Pemangkin Transformasi’ yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam. Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa golongan belia supaya tidak mengamalkan budaya ‘cincai’ atau ‘biasa-biasa’ dalam setiap perkara yang dilakukan.

Beliau berkata, perkataan cincai tidak ada dalam kamus kejayaan pada era persaingan global yang semakin kompetitif ketika ini. Bertemakan ‘Pemangkin Transformasi’  adalah menyatakan sokongan golongan muda ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus berdaya maju.

“Golongan belia perlu menggembeleng usaha bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang merupakan dua senjata utama ke arah kecemerlangan diri bukan dengan mengambil sikap acuh tak acuh dalam amalan seharian,” tegasnya. Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan pelancaran Hari Belia Negara 2011 di Jalan Bukit Bintang.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim serta YB. Senator Tuan Gan Ping Sieu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed dan Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohd. Rapiee.

Tidak ketinggalan juga, Muhyiddin yang harijadinya jatuh pada 15 Mei berkata, "Dengan adanya iltizam di kalangan para belia untuk mengamalkan budaya kecemerlangan, saya pasti hasrat untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, seterusnya mencapai status negara maju berjaya dicapai," katanya.

Thursday, May 17, 2012

menjelang perhimpunan terbesar

KUALA LUMPUR, 15 Mei 2012 - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan Hari Belia Negara peringkat Kebangsaan di Sunway Pyramid di sini hari ini. Hari Belia kali ini dijangka bertambah meriah dengan adanya penganjuran Himpunan Jutaan Belia yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Perhimpunan khas buat golongan belia itu seperti tahun lepas penganjurannya, menerima sambutan memberangsangkan yang diadakan di Putrajaya. Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan di hadapan kira-kira 1000 orang belia disini, menyarankan golongan pelapis negara itu menjadi individu yang sayangkan negara dengan menolak sebarang unsur ganas dalam negara. Tambahnya lagi, amanat Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang mahukan belia negara menjadi pelapis berguna untuk negara akan tercapai.

Wednesday, May 16, 2012

cerita seorang guru


Cheguman keluar maktab iaitu MPIK pada hujung tahun 1990 dan mula bertugas di Jengka 24 pada Disember tahun yang sama.

Lebih kurang 3 bulan kemudiannya Cheguman menerima gaji pertama iaitu RM435 ditambah elaun RM65.

Untuk bandingan, pada masa itu gaji operator pengeluaran sebuah kilang di Jerantut lebih RM450 sebulan sebelum dicampur pelbagai elaun.

Bagi menambah pendapatan Cheguman menoreh getah pada hujung minggu dan sempat menjadi buruh kontrak ketika cuti penggal.

Untuk makluman, rakan-rakan Cheguman yang memiliki kelayakan setaraf tetapi bekerja di sektor swasta ketika itu sudah berpendapatan 4 angka dengan pelbagai insentif tambahan.

Maka ramailah guru yang terlibat dengan jualan langsung dan insuran. Dengan bakat dan sedikit rasa hormat masyarakat maka terdapat guru yang berjaya meraih pendapatan sampingan berlipatganda daripada gaji sebenar seorang guru.

Ada seorang rakan semaktab Demang akhirnya meletakkan jawatan setelah berjaya dalam industri insuran.

Untuk menyalahkan PM ketika itu agak kurang tepat kerana beliau sudah menurunkan tanggungjawab tersebut pada menteri yang berkenaan.

Mungkin Anwar Ibrahim terlupa memikirkan nasib guru semasa menjadi menteri pelajaran dan terlupa sekali lagi ketika menjadi menteri kewangan.

Anwar juga terlupa pada guru ketika menjadi TPM.

Perubahan gaji guru berlaku secara mendadak hanya apabila Najib Razak menjadi menteri pelajaran.

Sebelum itu guru-guru hanya meleleh air liur melihan kenaikan gaji tentera apabila Najib Razak menjadi menteri pertahanan.

Hari ini, suasana amat berbeza. Pelajar lepasan universiti yang memilih untuk menjadi guru akan mendapati gaji mereka lebih tinggi daripada rakannya di sektor swasta.

Selamat hari guru.

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara".

Tuesday, May 15, 2012

Karpal ulangi pendirian tentang hudud


KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP, Karpal Singh menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhenti mengeluarkan kenyataan bagi pihak Pakatan Rakyat.

Karpal berkata, Abdul Hadi tidak berhak berbuat demikian terutama ketika menyatakan pakatan itu akan melaksanakan hudud jika berkuasa.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu juga berkata kenyataan Abdul Hadi adalah retorik semata-mata dan tanpa sebarang justifikasi.

"Amat dikesali akhir-akhir ini Hadi kerap mengeluarkan kenyataan dan kemudian terpaksa menariknya kembali. Saya telah katakan sebelum ini, dan saya katakan sekali lagi bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan lain, Karpal mengucapkan terima kasih kepada Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim atas sumbangannya sebagai naib pengerusi DAP dan senator parti itu.

DAP tidak menyambung tempoh Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sebagai Ahli Dewan Negara ekoran kenyataan beliau yang menolak demonstrasi jalanan di ibu kota baru-baru ini. - Bernama

Demang malas nak komen.

UMNO PAS muzakarah?


Selalunya apabila salah satu pihak terdesak maka akan timbullah semula idea muzakarah.


Selepas PRU12 lalu UMNO memang nampak terdesak. Maka tidak hairanlah timbul pelawaan untuk bermuzakarah dengan PAS.


Namun cadangan tersebut bukan sahaja dipandang sepi oleh PAS malah terungkitlah perkara lalu yang menghambarkan usaha tersebut.


Demang membaca kenyataan awal seorang imam muda mengajak bermuzakarah yang kemudiannya disambut dengan bersemangat oleh seorang mufti.


Situasi kali ini bukan lagi kerana UMNO terdesak sebaliknya kerana imam dan mufti tersebut melihat perseteruan dua parti yang menaungi ummat Islam itu semakin menghuru harakan keadaan.


Bagi Demang ia memang suatu hasrat mulia. Muzakarah tidak seperti perdebatan yang bakal menyerlahkan kehebatan sang juara.


Muzakarah boleh menghasilkan pelbagai kemungkinan. Penghujah yang hebat boleh jadi kalah apabila kebenaran terserlah. Kemenangan akan dikongsi bersama manakala sang egoistik akan tersungkur dan malu sendiri.


Demikian cantiknya kesan muzakarah namun kenapa ada yang menentang?


Sebenarnya bukan semua kebaikan itu disukai. Jangan kita lupa betapa akan ada pihak yang amat rugi apabila dua musuh berbaik-baik.


Kenapa?


Formulanya amat mudah. Pernahkah anda dengar perihal dua pihak yang berseteru akhirnya bersatu ketika menghadapi musuh bersama?


Itulah yang berlaku pada PAS, DAP, dan PKR. Walaupun dalam banyak perkara mereka bertentangan namun mereka berkongsi satu tujuan iaitu menumbangkan UMNO-BN.


Demang amat bimbang setelah UMNO-BN tumbang mereka pula berkelahi sesama sendiri.


Maklumlah, ketika itu mereka sudah tiada alasan lagi untuk bekerjasama.


Sementara itu bahang perhimpunan belia yang dijangka menjadi perhimpunan terbesar setakat ini semakin terasa dengan persediaan yang terus berjalan lancar.

Monday, May 14, 2012

Apabila Najib kata haram jadah


Biarpun pembangkang melalak dan melolong berteriakkan isu penyenaraian Felda yang dikatakan menipu peneroka namun ia semakin memberi kelebihan pada UMNO.

Setidak-tidaknya bilangan yang simpati pada PM telah bertambah.

Cuma yang sempat dijadikan modal sindiran pembangkang ialah keterlanjuran Najib meluncurkan perkataan 'haram jadah' kepada pihak yang menentang usaha beliau membantu peneroka.

Memang ramai yang terperanjat dengan kata-kata itu. Kalau Mat Sabu yang berkata begitu, semua orang sudah maklum. Kalau bukan mencarut dan memaki hamun, bukanlah Mat Sabu namanya.

Kalau Nik Aziz pun yang bercakap macam tu, orang ramai tidak lah pelik sangat sebab beliau selalu mengeluarkan kenyataan yang aneh-aneh termasuk memfatwakan keharusan menerima bantuan syaitan.

Jika Hj Hadi yang menuturkannya pun rakyat masih boleh faham kerana presiden PAS yang sering dipertikai oleh Mursyidul Am itu pernah mengkafirkan orang UMNO atas alasan berkompromi dengan bukan Islam.

Dan, jika yang mengucapkan ungkapan 'haram jadah' itu adalah Anwar Ibrahim, tiada siapa yang rasa pelik sebab ketua pembangkang itu memang sinonim dengan ayat begitu dalam pidatonya.

Rakyat jadi terpempan sebentar kerana yang mengeluarkan ucapan itu ialah Najib Tun Razak yang selama ini amat sabar melayani karenah pihak yang tidak bersetuju dengan beliau.

Perlu kita sedar bahawa Najib bukan malaikat. Kesabaran beliau ada hadnya. Beliau juga ada emosi.

Sebaik turun daripada pesawat yang membawanya di padang Felda Jengka 8 pagi itu dan melihat sambutan peneroka, seterusnya ternampak rumah peneroka yang kebanyakannya sudah berubah wajah, Najib mengalirkan air mata.

Najib bukan terharu dengan sambutan sebab itu sudah biasa baginya. Najib terharu kerana hasil usaha ayahandanya sudah berjaya.

Ramai yang tidak sedar betapa sukarnya untuk merancang satu program yang mampu menguntungkan semua peneroka Felda.

Dan, tiba-tiba ada yang mempertikaikannya sehingga hampir-hampir menggagalkan usaha tersebut.

Walaupun secara kasarnya rata-rata peneroka sudah berpendapatan melebihi RM4k sebulan namun masih ada ruang untuk meningkatkan lagi pendapatan peneroka berdasarkan iklim ekonomi yang semakin baik dalam industri perladangan.

Selain itu, Felda Global juga dirancang untuk membantu generasi kedua peneroka Felda yang belum tetap haluan mereka.

Majoriti peneroka faham apa yang sedang berlaku dan apa yang sedang dilakukan Felda. Mereka sudah diberi penerangan dan peneroka bukanlah bodoh seperti yang dituduh pembangkang.

Oleh kerana yang menyokong adalah sebahagian besar warga Felda manakala yang menentang adalah segelintir kecil maka kata-kata 'haram jadah' itu sebenarnya adalah suara hati majoriti peneroka terhadap pihak yang cuba merosakkan usaha mereka.

Najib cuma jurucakapnya.

Sunday, May 13, 2012

Peneroka ditipu


Beberapa hari ini Demang melipatgandakan penyiasatan tentang isu Felda tipu peneroka.

Bahan pertama yang Demang jumpa ialah dokumen sulit yang tersebar dalam internet yang menunjukkan peneroka dipaksa menandatangani perjanjian berat sebelah dengan pihak bank.

Malangnya dokumen yang dianggap rahsia besar oleh pembangkang itu hanya dokumen perjanjian biasa yang kita selalu tandatangan apabila membuat pinjaman dengan mana-mana bank.

Demang menghubungi beberapa orang peneroka, anak peneroka, pegawai Felda dan pengurus felda yang Demang kenal.

Demang sendiripun anak peneroka iaitu Felda Jengka 8. Anda anak peneroka mana? Takpe. Boleh masuk campur tapi jangan lebih-lebih!

Hasil siasatan peribadi tersebut (termasuk daripada ayah Demang sendiri) peneroka tidak langsung dipaksa untuk menandatangani sebarang perjanjian dengan pihak bank.

Macamana ni? Takkan lah Mazlan Alimin menipu? Orang PAS takkan lah nak menipu.

Mazlan Aliman juga kata peneroka akan muflis akibat menanggung hutang kerana perjanjian tersebut.

Demang siasat lagi jumlah pinjaman (jika ada) yang perlu dibuat oleh peneroka bagi membeli saham Felda.

Rupa-rupanya peneroka diberi saham terbitan PERCUMA.

Apapun, jika peneroka perlu meminjam pada bank maka ia tidak lebih RM10K.

Peneroka mungkin perlu pinjam bank pun gara-gara Mazlan Alimin juga. Kalau ikut plan A, semua akan beres tanpa masalah.

Angkara beberapa orang peneroka yang memprotes maka Plan B terpaksa digunakan. Jika tidak, ia perlu menunggu proses mahkamah yang panjang dan banyak perkara tergendala.

Mazlan kata peneroka boleh muflis dan tergadai tanah 10 ekar akibat pinjaman bank.

Termenung sebentar Demang. Setakat ini Demang sudah membuat 9 kali pinjaman bank sejak 1991 melibatkan hampir satu juta (pinjaman peribadi, beli kereta, dan sebagainya).

Takkan lah pinjam RM10K pun boleh sampai bankrup?

Rata-rata peneroka berpendapatan RM4k ke atas setiap bulan. Banyak sangatkah ansuran bulanan untuk pinjaman RM10k itu (jika ada).

Pening Demang dibuatnya. Taknak percaya, yang menuduh tu orang PAS. Takkan lah orang PAS menipu.

Siapa tipu siapa sebenarnya? Felda tipu peneroka atau pembangkang yang tipu peneroka dan rakyat Malaysia?

Saham felda: bodoh sangatkah peneroka?


Maka melantun-lantunlah pelbagai suara berikutan pengumuman kerajaan untuk memberi sejumlah wang kepada peneroka Felda.

Demang pun jadi keliru sebentar tentang isu sebenar. Mereka risaukan Felda Global atau pemberian tersebut?

Betul, ia memang berkaitan. Demang bukanlah bodoh sangat walaupun Demang anak peneroka yang dianggap bodoh oleh beberapa pihak.

Yang sedihnya, ada juga anak peneroka yang ikut terpengaruh dan bersetuju dengan anggapan bahawa ibu bapa mereka bodoh.

Demang fikir isu ini tidak boleh selesai dengan satu posting sahaja.

Untuk posting kali ini kita mulakan dengan:

Benarkah peneroka perlu meminjam pada bank bagi membelibsaham? Jika benar, berapakah jumlah pinjaman tersebut?

Adakah ia melibatkan tanah milik peneroka yang seluas 10 ekar itu?

Apakah risiko peneroka membeli saham terbitan? Tahukah anda apa dia saham terbitan?

Ok. Demang tunggu respon jika ada. Jika tiada, Demang akan sambung malam nanti, insya-Allah.

Friday, May 11, 2012

Peguam muda sertai perhimpunan belia




PUTRAJAYA, 9 MEI 2012 - “Ia merupakan satu transformasi kerajaan untuk mengumpulkan belia-belia Malaysia untuk melakukan pelbagai aktiviti yang bermanfaat bukan sekadar hiburansemata-mata bahkan ia juga melibatkan kerohanian, pendidikan dan karier,” ujar Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Razali Haji Ibrahim dalam taklimat Hari Belia Negara  (HBN)  2012 bersama 25 peguam muda profesional di Sekreteriat Hari Belia Negara di Sekretariat HBN 2012, Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS)  di sini hari ini.

HBN yang bakal berlangsung selama lima hari bermula 23 sehingga 27 Mei disajikan dengan lebih dari 500 acara di 24 pentas yang sediakan khasnya untuk belia-belia Malaysia menunjukkan kreativiti dan bakat-bakat masing-masing.

Menurutnya lagi, “peguam-peguam muda dapat memberi sumbangan dalam pembentukan negara dan dapat menyumbangkan bantuan guaman secara percuma berkaitan dengan undang-undang negara dan sebarang permasalahan kepada pengungjung-pengungjung yang hadir pada  HBN kali ini.

"Di samping itu, KBS  menggalakkan belia-belia profesional dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) berkerjasama dalam menjayakan HBN yang bakal mengumpulkan dua juta generasi pemimpin masa depan negara.

Yang buta dan yang tuli



Sebenarnya, manusia bukanlah percaya sangat pada mata dan telinganya. Manusia hanya percaya pada perkara yang dia ingin percaya sahaja.

Kita selalu berkata bahawa manusia mempunyai pandangan yang berbeza. Namun Demang melihat bahawa manusia sebenarnya langsung tiada pandangan. Buta. Dan tuli juga.

Manusia adalah makhluk yang sangat sombong dan bodoh tetapi amat degil untuk mengakuinya. Manusia sanggup mati daripada mengakui kesilapan.

Maaf, kali ini Demang malas untuk mengemukakan hujah dan bukti. Demang sekadar bariskan pernyataan peribadi dan anda yang bijaksana akan tautkannya dengan pengalaman peribadi anda pula.

Oh ya. Foto di atas sememangnya milik Demang dan kerusi-mejanya adalah kepunyaan Demang.

Ini blog Demang dan Demang bebas menulis apa sahaja.

...

Dokument sulit felda tersebar


Kelam kabut para blogger dan facebooker propembangkang menyebarkan satu dokumen yang difatwakan sebagai sulit dan misteri.

Dek kerana tajuk yang sensasi maka Demang pun baca lah satu posting beserta dokumen tersebut yang mendapat ratusan komen.

Buang masa!

Rupa-rupanya tak lebih daripada andaian semata-mata. Blogger buat andaian dan pembaca berdebat tentang andaian merapu tersebut.

Memang betul dokumen itu dokumen sebenar (bukan palsu) tetapi ia bukan dokumen rahsia, sulit, mahupun misteri. Ia adalah dokumen umum yang biasa dikeluarkan dan kandungannya pun merupakan perjanjian biasa sebagaimana perjanjian lain dengan pihak bank.

Samalah macam kita buat pinjaman peribadi atau pinjaman membeli kereta atau rumah.

Yang jelas, rata-rata orang ramai membuat kesimpulan bahawa peneroka felda bodoh dan mudah ditipu.

Demang selaku anak Felda memang tersinggung dengan tuduhan tersebut. Anak peneroka lain tak tahu lah. Mungkin mereka tak kesah orang luar kutuk ibu bapa mereka.

Demang dah dengar sendiri penerangan daripada CEO Felda Global. Bukan melalui facebook tapi face to face beberapa bulan lalu di KL.

Sebenarnya yang perlu dipersoalkan ialah mampukah Felda membuat pelaburan ke peringkat global dan apakah risiko penglibatan pelabur (samada peneroka atau bukan peneroka)?

Dalam hal ini CEO Felda telah menjelaskan bahawa pihak pengurusan amat sedar perkara ini dan mempunyai Plan B bagi menghadapi kemungkinan lain.

Felda sudah mempunyai pengalaman amat luas dalam sektor perladangan. Sebagai syarikat perladangan kedua terbesar di dunia, adalah rugi membiarkan peluang ini dimonopoli syarikat asing sahaja.

Malaysia juga mempunyai pengalaman meneroka perniagaan global melalui Petronas. Jika Petronas mampu bersaing kenapa kita perlu risau sangat? Yang penting kita ada perancangan rapi.

Sebelum ini pun Tabung Haji yang tiada pengalaman perladangan pun dah buka ladang di luar negara.

Sepatutnya syarikat asing lah yang perlu risau dengan Felda. Ataukah terdapat suara ghaib agen asing dalam kekecohan ini?

Peneroka boleh dilibatkan (atau boleh juga tidak dilibatkan) dengan Felda Global kerana ia adalah entiti yang berasingan. Felda Global bukan sekali-kali milik peneroka Felda dan tidak melibatkan walau seincipun tanah peneroka.

Apabila disenaraikan, sesiapa sahaja boleh membeli saham. Mereka juga (semua pelabur) faham bahawa dalam pelaburan tentu ada risiko samada kecil atau besar. Keuntungan adalah imbuhan atas risiko.

Hal ini berbeza dengan riba iaitu pemberi pinjaman tidak perlu memikirkan sebarang risiko. Atau, inikah yang pembangkang mahukan? Pelaburan tanpa risiko.

Kerajaan menasihatkan Felda agar melibatkan peneroka kerana mereka yakin pelaburan tersebut berpotensi besar untuk meraih untung. Ini berdasarkan idea ekonomi.

Dari segi politiknya, risiko bukan sahaja pada peneroka tetapi pada kerajaan jika program ini gagal. Kerajaan akan tumbang dengan sendirinya.

Kenapa nak melatah?

Demang faham ramai yang baik hati dan tidak mahu peneroka ditipu.

Terima kasih lah kepada semua yang berniat baik itu. Demang percaya peneroka bukanlah bodoh sangat. Mereka sudah mengenal saham dan pelaburan jauh lebih lama sebelum kebanyakan daripada anda. Malah mungkin waktu itu anda pun belum lahir lagi.

Allahyarham Salleh Majid sudah memberi penerangan sekitar 1990an berkenaan saham dan risikonya.

Demang tidak nampak kerajaan ada sebab yang munasabah untuk menipu peneroka dengan 'penipuan' yang amat mudah dikesan di saat-saat hampir pilihanraya.

Kalaupun kerajaan nak menipu begini, adalah lebih cerdik dilakukan selepas menang pilihanraya.

Ataupun, ada banyak cara lagi untuk menipu yang sukar dikesan.

Inilah masalahnya apabila kita menyangka kerajaan itu bodoh. Kalau bodoh, mereka tak mungkin boleh menubuhkan kerajaan.

Atau kita menyangka orang dahulu bodoh sangat dan orang sekarang cerdik sangat?

Terima kasihlah kepada anda yang prihatin namun jangan membuat keputusan bagi pihak orang lain melainkan anda benar-benar yakin.

Rujuklah pada fakta dan sumber yang ada autoriti dan bukannya internet yang boleh ditulis oleh sesiapa sahaja!

Wednesday, May 9, 2012

Fitnah terbaru pembangkang


Berikut adalah email yang disiarkan blog Taiping Mali yang dikatakan diterima daripada seseorang:

Baca dengan akal yang waras.

Kerajaan BN telah berlaku zalim apabila terang2 menipu Peneroka dengan istilah durian runtuh. Berbulan2 dimainkan sentimen kononnya nak dpt duit beribu2 ringgit yg menyebabkan ramai peneroka jadi ghairah tak tentu pasal. Peneroka hilang pertimbangan, nasihat orang lain termasuk anak mereka yg cerdik pandai pun ditolak. Saya menerima ratusan sms, email dan add dlm fb dpd anak2 peneroka yg terlalu marah dgn tindakan terbaru FGVH yg memperalat pengurus n pegawai felda. Beberapa hari ini secara tergesa2, peeneroka seluruh negara di himpunkan di balairaya, dewan orangramai atau pejabat felda agar menandatangani Borang Permohonan Pinjaman Saham Terbitan FGVHB. Ia dikeluarkan oleh 8 bank tempatan. Antaranya Maybank, CIMB, Affin, BIMB, Ambank dll. Sebahagian besar berbahasa inggeris dan ada yang sama 66 ms. Peneroka tidak diberi ruang langsung utk bawak balik supaya ada masa meneliti kandungan borang tsb. Ada peneroka nak mintak pandangan anak2 dulu atau merujuk kepada orang lain utk minta nasihat. Tak dibenarkan dan dipaksa sign di situ juga. Ada anak2 yg cuba bantu dengan bertemu pihak pengurusan mohon penjelasan tp diherdik dan di'halau' dpd majlis tandatangan borang tsb. 90 peratus peneroka keliru, bingung, terpedaya dan akhirnya sign. Saya paparkan beberapa terma dlm borang yg dikeluarkan oleh Maybank sebagai contoh. Surat Tanggung Kerugian menulis....' SAYA PADA BILA2 MASA BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA DAN BERSEDIA MENANGGUNG SEGALA KERUGIAN DAN SENTIASA BERSEDIA MENANGGUNG KERUGIAN TERHADAP SEMUA TINDAKAN GUAMAN, PROSIDING, TUNTUTAN, CAJ, PENALTI, FEE, DENDA, KOS YURAN UNDANG2, DAN APA JUA PERBELANJAAN YANG DIBUAT, DIAMBIL, DIBAWA, DIKENAKAN, DIALAMI, DITANGGUNG, DIDAKWA, ATAU KENA BAYAR DALAM APA JUA KEADAAN TERHADAP SAYA ATAU MANA2 ORANG PERSEORANGAN YANG BERBANGKIT ATAU BERSANGKUTAN ATAU BERHUBUNG DENGAN SURAT INI'. Melampau dan mengkhianati peneroka semata2 BN dah terdesak nak cari duit PRU 13. Mereka urus agihan saham FGVH, 8 Mei ini dikeluarkan sebahagian utk umpan peneroka; mungkin beberapa ribu... yang lainnya di guna utk jentera BN. Mereka mahu pertahankan 54 kerusi parlimen di kawasan Felda. Kalau mereka kekal mandat, saham jatuh; peneroka yang tanggung segala beban rugi. Barang diingat iklim saham dunia tidak menentu. Koomoditi sawit dan getah belum tentu kekal stabil. Penganalisis kewangan menyebut penyenaraian FGVH di istilahkan ' penyenaaraian yang sakit'. Bila menjunam jatuh daripada harga asal setiap unit saham yang dibeli; peneroka mesti tanggung. Mesti bayar hutang tsb. Bank akan melakukan apa sahaja cara utk mendapatkan duit pembiayaan mereka balik. FGVH lepas tangan. Isa Samad, Ahmad Maslan akan kata, biasale main saham turun naik. Akhirnya peneroka merana sepanjang hayat. Ramai kekawan manager Bank sendiri pesan dgn saya, tentang habis2an borang pinjaman ni. Mereka kata, risikonya terlalu tinggi. Insyaallah ANAK dan rakan2 ambil tgjawab. Segala dokumen berkaitan telah di serah pd lawyer. Insyaallah lawyer akan failkan injunksi di Mahkamah dlm tempoh seminggu ini utk batalkan semua tandatangan yg peneroka dah buat. Ini jelas penipuan, khianat dpd konspirasi jahat lagi tidak berperikemanusiaan. Mentang2lah peneroka ni tak belajar tinggi dan sesetengahnya tak reti apa2; dgn mudah didiperdaya. BN betul2 jd petualang terhadap bangsanya sendiri!ANAK membuka talian hotline utk maklumat lanjut. Hubungi- Sdr Abd Rahman Ramli 0136844757 tk maklumat lanjut. Hubungi- Sdr Abd Rahman Ramli 0136844757, Aris Fezol 0199855883, Zolkifli Abu Osman 0194653701, Yohanis 0133039913. ANAK sedang mengumpul mana2 peneroka yang dah tersign n nak tarik balik. Kita heret Bank dan FVGH ke Mahkamah. Lawan habis2 an!

Demang nak tanya beberapa soalan. Jika benar UMNO terpaksa mengutip duit daripada peneroka Felda bagi menampung perbelanjaan PRU13, pembangkang pula dapat duit daripada mana?

Berapa banyak yang Felda keluarkan jika seorang peneroka mendapat RM15 ribu sebagaimana pengumuman PM semalam?

Jika jumlah itu umpannya, berpa pulangannya yang nak diambil UMNO untuk biaya PRU13?

Jika demikian banyaknya budget UMNO, pembangkang yang nak menentang perlukan berapa pula?

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas bolehkah dibayar?
Ataukah mati sebagai galang ganti?

Lihat tulisan Demang berkenaan Felda Global sebelum ini.

Fahami Felda Global sebelum berbicara mengenainya


Hari ini Demang wajar berasa bangga kerana kampung Demang dipilih sebagai tempat PM membuat satu pengumuman besar dan penting untul sekelian warga felda.

Ya. Hari ini Jengka 8 atau juga dikenali sebagai Felda Kesidang mendapat liputan secara langsung daripada media seluruh dunia.
Demang bukan berlebih-lebih sebab sememangnya pengumuman tersebut bakal memberi impak yang besar pada ekonomi dunia!

Mungkin Felda Global agak sukar difahami sebahagian peneroka. Mungkin Mazlan Alimin terlalu naif untuk memahami hasrat sebenar pengurusan felda mengilhamkannya.

Sebenarnya langkah yang diambil felda ini hampir sama dengan Petronas. Bezanya hanyalah dari segi komoditi yang diceburi. Jika petronas mencari dan membuka telaga-telaga MINYAK PETROL di seluruh dunia maka felda pula akan mencari dan membuka 'telaga-telaga' MINYAK SAWIT, juga di seluruh dunia.

Itulah sebabnya felda tidak perlu mengambil walau sedikitpun tanah milik peneroka sebab asas penubuhan felda global ialah menambah ladang yang sedia ada bukannya bergantung pada keluasan yang ada sekarang.

Peneroka dilibatkan dengan felda global hanya kerana peneroka adalah pemilik undi yang berupaya mengangkat atau menolak kepimpinan UMNO.

Atas sebab itulah maka peneroka dijemput untuk bersama mengutip dan berkongsi keuntungan. Kerajaan berharap dengan cara itu peneroka dan kaum keluarga mereka akan kekal menyokong UMNO secara berterusan.

Kerajaan amat sedar bahawa sokongan tersebut hanya akan terus diperolehi selagi peneroka menikmati keuntungan. Jika peneroka rugi maka UMNO pasti akan gulung tikar!

Maka tuduhan pembangkang bahawa kerajaan cuba menipu peneroka menampakkan bahawa pemimpin pembangkang jahil dan tidak mampu hidup dalam iklim politik hari ini.

Jika pembangkang faham dan mahu bertanggung jawab, mereka tidak akan membawa cerita felda cuba menipu peneroka. Pembangkang sepatutnya mempersoalkan adakah felda mampu menjayakan felda global.

Maka dengan itu pihak pengurusan felda akan membentangkan strategi mereka termasuk Plan B jika Plan A menghadapi rintangan.

Jika pembangkang mahu lebih bertanggung jawab, mereka akan memberikan idea-idea tambahan bagi merealisasikan hasrat felda yang akan menguntungkan peneroka.

Jika ada ahli parlimen pembangkang yang begitu maka rakyat pasti akan memilih beliau lagi dalam pilihan raya walaupun beliau bukan daripada parti kerajaan.

Demang fikir jika Mazlan Alimin ilhlas mahu membantu, bantulah dengan membina bukannya bantu meruntuhkan.

Bagi Demang, jika Petronas boleh, kenapa Felda tidak boleh? Kita sudah mengumpul banyak pengalaman melalui petronas dan sekarang adalah masa yang tepat untuk menggunakannya.

Tuesday, May 8, 2012

SPR jawab tohmahan BERSIH


Demang percaya ramai yang berarak di Dataran Merdeka dalam BERSIH 3.O tidakpun mengetahui dengan jelas perkara yang 'diperjuangkan'.

Demang harap anda tidak seperti mereka yang sebahagian besarnya hanya ikut-ikutan!

Sebelum itu, kita baca dulu kenyataan Hishamudin Rais yang disiarkan laman parti sosialis bertarikh 10 Feb 2012:

"Apa yang dipertikaikan di negara kita ini, pilihan raya di negara kita ini tidak adil!"

Pengikut sosialis itu juga menjelaskan bahawa komponen parti Pakatan Rakyat dan parti-parti pembangkang seperti Parti Sosialis Malaysia (PSM) sebenarnya bukan berlawan dengan UMNO-Barisan Nasional, tetapi polis, askar, special branch, pegawai kerajaan yang mempertahankan UMNO-BN.

"United Malays National Organisation (UMNO) dah lama mampus dah!" kata Hishamuddin Rais.

Kemudian bekas pelajar bidang perfileman itu menambah, "Kalau demokrasi proses, tujuh tahun dah jatuh dah. Dah lama bungkus dah!"

(http://parti-sosialis.org/node/2199)

Lihat penjelasan yang telah dibuat SPR bagi menjawab tohmahan pembangkang.

Dakwaan 1:

"SPR telah sengaja membetulkan sempadan kawasan pilihan raya DUN dan Parlimen tanpa kelulusan Parlimen bertujuan meramaikan pengundi di satu-satu kawasan bagi membolehkan Barisan Nasional beroleh kemenangan pada PRU Ke-13 nanti."

Dakwaan tersebut merupakan suatu fitnah dan tidak berasas sama sekali.

SPR tidak pernah melakukan apa-apa perubahan terhadap sempadan kawasan atau bahagian pilihan raya sama ada DUN atau pun Parlimen kerana urusan berkenaan hanya dapat dilakukan apabila tiba masanya mengikut peruntukan Perkara 113(A) Perlembagaan Persekutuan.

SPR telah pun mengeluarkan pengumuman bahawa urusan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya hanya akan dijalankan apabila tiba masanya selepas PRU-13. SPR akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan perkara tersebut apabila tiba masanya nanti.

Apa yang sebenarnya berlaku sebelum ini mengikut peruntukan kuasa di bawah sub peraturan 25(3) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, melalui kuasa Ketua Pendaftar, ialah tindakan SPR membetulkan Lokaliti yang mengandungi nama-nama pemilih yang telah tersalah letak sebelumnya iaitu semasa proses penetapan kedudukan Lokaliti (sebelum 2004) yang dibuat secara manual.

Oleh kerana kedudukan Lokaliti berkenaan telah tersalah letak, maka selaras dengan peruntukan undang-undang SPR perlu membetulkan kedudukan Lokaliti tersebut di dalam bahagian pilihan raya yang sepatutnya pemilih di dalam Lokaliti berkenaan didaftarkan.     

SPR menyedari kedudukan beberapa Lokaliti yang tersalah letak di dalam bahagian pilihan raya hanya selepas Sistem EGIS (Electoral Geographical Information System) digunapakai dalam tahun 2004.

Melalui peruntukan kuasa yang ada, SPR telah membuat pembetulan kedudukan Lokaliti yang tersalah letak di seluruh negara yang melibatkan jumlah pemilih seramai 19,342 orang.

Pemilih-pemilih mengikut Lokaliti-lokaliti berkenaan perlu ditempatkan di dalam kawasan pilihan raya yang sebenarnya seperti yang wujud di lapangan.

Perlu ditekankan bahawa pembetulan Lokaliti-lokaliti yang dibuat itu tidak sama sekali melibatkan perubahan kepada mana-mana garis sempadan bahagian pilihan raya sama ada DUN ataupun Parlimen.

Sebaliknya dengan pembetulan kedudukan pemilih mengikut Lokaliti yang terlibat maka mereka akan mengundi di dalam bahagian pilihan raya yang betul mengikut kedudukan alamatnya di dalam Daerah Mengundi dan DUN yang sebenarnya.

Selepas tindakan pembetulan Lokaliti berkenaan dibuat, SPR telah memaklumkan secara rasmi melalui surat pemberitahuan yang dialamatkan kepada semua pemimpin parti politik di dalam bahagian-bahagian pilihan raya yang berkenaan.

SPR beranggapan parti-parti politik melalui pemimpin-pemimpin mereka di peringkat Daerah Mengundi dan DUN menyedari tindakan SPR tersebut dan seterusnya memaklumkan kepada pemilih-pemilih yang terlibat di kawasan masing-masing.

Tetapi ramai pemilih yang memberi maklumbalas kepada SPR mereka tidak menyedari telah berlaku pembetulan kedudukan nama mereka mengikut Lokaliti di mana mereka didaftarkan.

Oleh yang demikian, dalam menghadapi PRU-13 akan datang, SPR akan menulis surat pemberitahuan perkara tersebut kepada semua pemilih yang terlibat di semua kawasan yang berkenaan di seluruh negara.

Justeru, SPR ingin menegaskan sekali lagi bahawa dengan tindakan membetulkan kedudukan nama pemilih di dalam Lokaliti berkenaan iaitu dengan meletakkannya di dalam bahagian pilihan raya yang sebenar mengikut kedudukan di lapangan, ia sama sekali tidak melibatkan apa-apa perubahan kepada garis sempadan kawasan atau bahagian pilihan raya sama ada DUN ataupun Parlimen.

Mana-mana pihak yang ingin mendapat penjelasan secara lebih lanjut berhubung dengan perkara ini, mereka bolehlah menghubungi mana-mana Pejabat SPR yang berkenaan.

Dakwaan 2:

"Kawasan mengundi YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim telah dipindahkan secara tidak sah oleh SPR."

Dakwaan yang mengatakan bahawa kawasan mengundi bagi YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim telah dipindahkan secara tidak sah oleh SPR adalah tidak benar dan tidak berasas.
SPR telah memberi penjelasan terperinci kepada Ahli-Ahli Parlimen pada 16 April 2012 berhubung perkara ini.

Walaubagaimanapun perkara ini terus diputar belit untuk mengelirukan orang ramai yang tidak faham tentang isu pembetulan kedudukan Lokaliti di dalam sesuatu Daerah Mengundi yang terletak di dalam kawasan DUN dan Parlimen.  

Apa yang sebenarnya berlaku di dalam kes yang melibatkan alamat dalam Lokaliti YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim ialah SPR hanya membuat pembetulan kedudukan Lokaliti yang telah tersalah letak di dalam kawasan pilihan raya.

Proses ini dijalankan mengikut Peruntukan sub peraturan 25(3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih 2002).YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim telah mendaftar sebagai pemilih pada 1/1/1985 dengan menggunakan alamat Jalan 16/2, Seksyen 16, Petaling Jaya, Selangor.

Semasa pendataan borang pendaftaran tersebut, petugas SPR telah meletakkan alamat Lokaliti beliau iaitu Jalan 16/2 di dalam kawasan DUN N.34 Bukit Gasing /Parlimen P.105 Petaling Jaya Selatan iaitu berdasarkan kepada alamat di dalam borang pendaftaran tersebut.

Pada masa itu SPR tidak menyedari bahawa di lapangan yang alamat Lokaliti Jalan 16/2 itu adalah sebenarnya terletak di dalam Wilayah Persekutuan di mana Jalan Datuk Abu Bakar merupakan sempadan rasmi antara negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Lokaliti Jalan 16/2 di mana YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim berdaftar sebenarnya berada di dalam kawasan Parlimen P.121 Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan. 

Apabila sistem EGIS dilaksanakan SPR mula menyedari kesilapan penentuan kedudukan Lokaliti berkenaan. Maka selaras dengan tindakan pembetulan Lokaliti yang sedemikian di kawasan-kawasan lain di seluruh negara, SPR juga membuat pembetulan kedudukan Lokaliti terhadap Lokaliti Jalan 16/2 Seksyen 16, Petaling Jaya.

Di atas muka bumi, Lokaliti tersebut sebenarnya terletak di kawasan Parlimen P.121 Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan.

Ianya sama sekali tidak melibatkan apa-apa perubahan kepada garis sempadan kawasan pilihan raya sama ada DUN atau pun Parlimen.

Bagi mana-mana pihak yang ingin mendapat penjelasan lanjut berhubung dengan perkara tersebut, mereka bolehlah datang ke Ibu Pejabat SPR atau Pejabat SPR Negeri Selangor atau Pejabat SPR Wilayah Persekutuan.   

Dakwaan 3:

"SPR gagal membersihkan daftar pemilih. Seramai 42,051 pengundi awam ragu masih berada dalam daftar pemilih SPR hingga sekarang".

Sebagai langkah yang berterusan untuk membersihkan Daftar Pemilih, SPR telah menghantar Daftar Pemilih Induk (DPI) yang melibatkan kesemua nama 12.5 juta pemilih berdaftar kepada pihak JPN pada bulan Julai 2011 untuk semakan secara menyeluruh bagi tujuan pengesahan dan pembersihan.

Pada bulan September 2011, pihak JPN telah memberi maklum balas kepada SPR bahawa dari jumlah 12.5 juta tersebut, terdapat sebanyak 42,051 nama-nama pemilih yang tidak memiliki maklumat yang  jelas  dan sahih.  
Ini bermakna nama-nama 42,051 pemilih berdaftar berkenaan ada di dalam rekod di JPN, tetapi masalahnya mereka tidak dapat dihubungi untuk diminta datang mengemaskini status terkini kedudukan mereka kerana ketiadaan alamat yang jelas.

Di waktu yang sama mereka juga telah tidak datang ke mana-mana pejabat JPN untuk mengemaskinikan status mereka.

Oleh yang demikian, SPR membuat keputusan mengkategorikan 42,051 nama-nama berkenaan sebagai pemilih awam di bawah status yang diragui kesahihannya disebabkan ketiadaan maklumat yang terkini tentang status mereka.  

Berikutan itu, sebagai langkah yang betul serta bagi menjamin hak rakyat selaku pemilih berdaftar yang dijamin di bawah Perlembagaan, SPR tidak boleh memotong nama-nama mereka dari daftar pemilih sewenang-wenangnya tanpa pengesahan dari jabatan yang berwajib iaitu JPN.

SPR sebaliknya mengambil inisiatif untuk mempamerkan kesemua 42,051 nama berkena

Mazlan Aliman tipu peneroka

Perdana Menteri buat pengumuman ganjaran tanda penghargaan kepada peneroka setia memajukan ladang

Jengka 8, JERANTUT: Hari ini peneroka FELDA akan menerima berita gembira mengenai jumlah ‘durian runtuh’ yang dijanjikan kerajaan sebagai tanda penghargaan kepada mereka mengusahakan ladang sawit dan getah sejak 40 tahun lalu.

Difahamkan, jumlah yang bakal diterima 112,635 peneroka berlipat kali ganda lebih tinggi daripada wang Bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) dan menyamai kadar menunaikan umrah di Makkah sebanyak dua kali.

Ia akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di hadapan lebih 30,000 warga FELDA dari seluruh negara sempena perhimpunan raksasa warga FELDA, di FELDA Jengka 8, di sini pagi ini.

Pemberian durian runtuh secara tunai itu bagi memenuhi janji kerajaan ketika pengumuman Bajet 2012 dan sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia, bulan depan.

“Ia sudah semestinya akan lebih daripada wang BR1M sebanyak RM500,” kata sumber dalaman FELDA sambil memberi jaminan bahawa walaupun mendapat durian runtuh, semua insentif yang dinikmati selama ini seperti duit raya, bonus, pinjaman membesarkan rumah dan perumahan generasi kedua akan diteruskan.

Sumber itu berkata, ia bukan setakat memberi manfaat kepada peneroka, malah isteri, anak dan cucu, termasuk generasi kedua, ketiga dan keempat peneroka FELDA serta pekerja dalam sektor perladangan kelapa sawit yang dianggarkan berjumlah dua juta orang. 

“Ia akan dibayar lebih daripada dua kali kerana jumlahnya yang besar. Terpulanglah kepada peneroka bagaimana mereka mahu menggunakannya untuk keluarga dan masa depan,” katanya.

Sumber itu juga menjelaskan wang durian runtuh itu diperoleh menerusi pelbagai sumber dana dalaman FELDA yang akan diperoleh semula apabila proses penyenaraian FGVH selesai.

“Masyarakat luar FELDA mungkin bertanya mengapa peneroka FELDA menerima pelbagai sumbangan. Hakikatnya, dana itu bukan daripada kerajaan, sebaliknya dana dalaman FELDA sendiri,” katanya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif FGVH, Datuk Sabri Ahmad, berkata ia adalah pengiktirafan kerajaan atas ketabahan warga FELDA menempuh pelbagai dugaan dan ranjau terutama kekurangan kemudahan asas di tanah rancangan itu suatu masa dulu.

“Ia bagi mengiktiraf penat lelah peneroka memajukan tanah yang pada masa itu tidak memiliki bekalan elektrik dan sistem jalan raya yang baik. Nilai pemberian itu dijamin menyamai maksud ‘durian runtuh’ kerana ia dibuat sebagai satu lonjakan berganda kepada bonus peneroka,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, semua warga FELDA akan meraih pelbagai manfaat dan faedah ketara hasil pemberian wang berkenaan.

“Saya pasti wang yang akan diterima nanti dapat merangsang lagi aktiviti ekonomi warga FELDA di pedalaman,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pemerhati pasaran, berkata semua 112,635 warga FELDA bakal meraih sekurang-kurangnya empat manfaat daripada penyenaraian FGVH.

Sebagai permulaan, mereka ditawarkan borang biru dalam tawaran awam permulaan (IPO) sempena penyenaraian yang melayakkan mereka melanggan sejumlah saham dalam FGVH.

Mereka juga mendapat dividen tambahan menerusi sebuah tabung amanah berdaftar yang memegang 20 peratus kepentingan peneroka dalam FGVH, dianggarkan bernilai RM3.7 bilion.

Selain itu, walaupun Koperasi Permodalan FELDA Bhd (KPF) tidak menjadi sebahagian daripada pelan penyenaraian FGVH, peneroka masih mendapat dividen daripada KPF menerusi pelaburannya dalam Felda Holdings Bhd (FHB).

Manfaat keempat pula adalah penyenaraian FGVH tidak membabitkan pindah milik tanah peneroka dan mereka akan terus menikmati hasil daripada ladang yang mereka uruskan.

Penyenaraian hanya membabitkan sejumlah 355,846 hektar tanah milik FELDA yang akan dipajak oleh FGVH.

Ia tidak menyentuh walau seinci pun tanah milik peneroka dan lebih 1.6 juta ahli keluarga mereka yang berjumlah 500,000 hektar.

FGVH yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan menerusi FELDA dianggarkan memilik modal pasaran berjumlah RM18 bilion apabila disenaraikan.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)