Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, May 28, 2012

Najib belanja sakan

[image_0]
Ketika pembangkang makin tertekan akibat ketandusan isu untuk dimainkan, Najib semakin rapat di hati rakyat dengan pelbagai bantuan akar umbi.

Ketika mulut pembangkang semakin lenguh memutar janji bulan dan bintang (dan roket), kerajaan bukan hanya berjanji tapi sedang melaksanakannya.


SEREMBAN: Kerajaan akan mengumumkan lebih banyak bantuan kepada rakyat dalam tempoh beberapa minggu akan datang, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, bantuan itu adalah antara idea baru difikirkan kerajaan, tetapi tidak mahu mengumumkannya sekarang.

"Kerajaan beri perhatian terhadap aspek kebajikan rakyat, tidak seperti pihak di sebelah sana (pembangkang) yang hanya berjanji, tetapi tidak ditunaikan," katanya ketika melancarkan Kempen Kesedaran Sayangi Warga Emas peringkat Negeri Sembilan di Padang Awam Taman Desa Rhu Sikamat di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim; Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor dan Ketua UMNO bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail. 

Najib berkata, penekanan terhadap kebajikan rakyat bukan bermakna Malaysia mahu menjadi negara kebajikan seperti yang diamalkan di Barat. 

Katanya, konsep kebajikan di Barat tidak sesuai dilaksanakan kerana akhirnya negara yang melaksanakan sistem itu kini menanggung beban kewangan yang teruk. 

Pada majlis itu, Perdana Menteri berkata kerajaan menyediakan peruntukan RM1.4 bilion tahun ini untuk memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik, termasuk warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU). 

Katanya, sebanyak RM478 juta daripada jumlah itu diperuntukkan khas untuk membantu kira-kira 135,000 warga tua di seluruh negara melalui bantuan bulanan RM300. 

“Ini membuktikan kita adalah kerajaan yang prihatin. Walaupun sentiasa beri bantuan, kita tidak mahu generasi muda, terutama anak-anak melupakan tanggungjawab kepada ibu bapa,” katanya. 

Najib berkata, ketika ini ada 2.1 juta warga tua di Malaysia mewakili 7.3 peratus rakyat dan dijangka meningkat kepada 3.2 juta atau 9.5 peratus pada 2020. 

Perdana Menteri juga berkata, rakyat negara ini tidak memerlukan pembaharuan seperti yang berlaku di Mesir, Libya, Tunisia dan Syria kerana kerajaan memahami kehendak rakyat.

(BH online)

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)