Demo bantah PTPTN dah selesai barangkali. Demang tak pasti apa keputusannya.
Demang melihat pihak-pihak yang membantah PTPTN ni ada pelbagai jenis dan kepentingan.
Ada yang mengemukakan alasan riba tetapi dalam masa yang sama melahap, terlibat, dan bersubahat dengan riba dalam perkara lain tanpa segan silu atas alasan terpaksa.
Padahal mereka bukanlah boleh mati jika tak beli kereta mahal yang melibatkan hutang bank! ...dan membenarkan riba.
Kalau dah berkehendak, semua boleh. Kalau tak suka, pelbagai alasan dicari.
Ada pula yang mengemukakan rasional bahawa kerajaan wajib menyara pendidikan secara percuma kerana mereka adalah rakyat.
Namun mereka lupa apabila peruntukan yang amat besar diberi pada mereka maka golongan lain terpaksa dikecilkan peruntukan. Bukankah golongan itu juga rakyat?
Para pelajar yang ingin PTPTN percuma akan cenderung untuk mendapatkan pelbagai biaya secara percuma.
Mereka inilah yang nantinya apabila menjawat jawatan kerajaan akan membuat pelbagai tuntutan yang bukan-bukan. Jangan hairan nanti jika mereka ada kuasa maka mereka akan melancong ke luar negara dengan anak bini dan menuntut perbelanjaan daripada kerajaan.
Merekalah sebenarnya pelahap wang rakyat.
No comments:
Post a Comment