Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Wednesday, February 13, 2013

Jual KFC lagi


Isu KFC muncul lagi.

Apa masalah KFC sebenarnya? Kalau kurang bekalan ayam, beritahu sahaja pada orang kampung suruh mereka pakat-pakat bela ayam.

Di kampung sudah lengkap prasarana dan sistem pentadbiran. Ada JKKKnya. Jika mereka kurang mahir, hantarkan pegawai yang profesional bagi membantu.

Dengan cara itu orang kampung dapat menambah pendapatan.

Atau, KFC kekurangan modal? Takkanlah tak ada orang yang nak melabur dalam syarikat gergasi itu? Sepaling tidak pun duit orang Melayu berlambak dalam ASB. Gunakanlah.

Demang lihat setiap hari KFC dipenuhi pelanggan. Jadi bukanlah masalah pemasaran. Iklanpun masih bersiaran.

Untung? Masa Demang baru kenal KFC dulu harganya cuma RM3.70 untuk satu set lengkap. Sekarang harganya sudah digandakan sesuai dengan peningkatan ekonomi negara. Kalau masih belum cukup, naikkan lah lagi. Pelanggan sekarang faham asalkan tidak melampaui batasan.

Tidak cukup pekerja? Kalau susah-susah sangat, importlah bangla dan indon. Myamar pun boleh. Jangan Africa dah lah. Geli pulak Demang nak makan.

Pelaburan atas KFC bukan sekadar keuntungan material bahkan bersangkut soal makanan halal. Selain itu ia adalah jihad ekonomi. Nak membelinya dulu bukan senang.

Jadi kenapa ia hendak dijual? Dah habis idea kah? Kalau dah tak boleh berfikir cara nak selamatkan KFC, fikir-fikirkanlah cara nak berhenti dari jadi menteri.

Sahabat-sahabat blogger Demang kata, Ghani Othman kena jawab soalan ini.

Jawab lah, sebelum pengundi tolong jawab masa mengundi nanti.

2 comments:

Anonymous said...

KFC ni sama aje dgn yg lain francise business seperi MCDonald, Pizza Hut, Starbuck, dll. Pemilik sebenar KFC ialah Colonel Sanders dilahirkan di USA...pada aku tak payah nak sensasikan. Kenapa tidak orang melayu atau Kjaan buka restoren sendiri ala-ala KFC, MCD. Restoren Ayam Goreng 1 Msia...he..he..he..

usin said...

en/cik anon, isunya ialah penjualan saham kfc kepunyaan JCorp. yg kamu sarankan jual ayam goreng 1 malaysia tu bagus, tp jgn jual saham JCorp tu pd entiti bukan bumiputera utk dpt modal jual ayam goreng!!! sbb JCorp tu saham melayu.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)