Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Wednesday, March 20, 2013

Misteri 4 batang pensel



Empat batang pensel.

Demang terlihat ikon empat batang pensel seperti di atas lebih kurang 15 tahun lalu di sebuah kedai makan di jalan Hang Tuah.

Pemilik kedai tersebut hanya meletakkan ikon-ikon tersebut dan terpulanglah pada sesiapa untuk membuat interpretasi.

Kedai tersebut masih ada di situ sehingga sekarang namun mungkin sudah bertukar tuan.

Pensel A merupakan pensel biasa. Ada mata di pangkal dan ada tombol pemadam di hujung yang lagi satu.

Demang percaya majoriti manusia normal sukakannya. Kita boleh menulis menggunakan matanya dan jika tersilap kita boleh memadam dan membetulkannya semula.

Pensel kedua nampak unik dan hebat. Kedua-dua penghujungnya boleh digunakan untuk menulis. Barangkali itulah manifestonya.

Nampaknya pensel B tidak bersedia untuk pembetulan. Jika silap, potong atau pangkah sahaja. Kesannya, tugasan menjadi selekeh dan comot!

Lebih buruk lagi jika penggunanya tersembam ketika menulis. Silap-silap boleh buta.

Amaran: jangan biarkan anak anda menggunakannya!

Ikon C berupa pensel tanpa mata tetapi di kedua-dua hujung dilekatkan dengan pemadam. Tidak sukar untuk memahami behavior watak ini. Ia tidak pernah melakukan apa-apa melainkan memadam semua hasil kerja orang lain.

Bagi pensel C, semua yang orang lain buat, tak betul.

Pensel D lebih aneh lagi. Ia ditampilkan tanpa mata dan tiada pemadam. Dengan rupa bodoh-hodohnya, ia cuba menghindari dari semua masalah.

Barangkali ia meluat pada pensel B yang ego dan berlagak serba sempurna. Dia juga benci pada C yang mengkritik semua perkara.

Sayangnya dia sendiri langsung tiada sumbangan apa-apa.

Yang mana pilihan anda?

5 comments:

Anonymous said...

terbaik!!!!

Anonymous said...

pensel B tu mcm pkr je...

Anonymous said...

CIKGU,SAYA NK PENSEL A(BN)..PENSEL D TU MCM PAKATAN JE..

Anonymous said...

aku rasa yg c tu sesuai dgn pas

Anonymous said...

Pensel D paling bahaya. Aku kira pensel D adalah DAPig.

Dia diam dan melihat Melayu bergaduh sesama Melayu.

Bila Melayu dah lemah dan musnah dia mula asah mata untuk membuat ketetapan dan pasang pemadan dihujung untuk padam Melayu2 yang dia tak suka.

Patut pensel D ni kita patah2kan dan lepas tu campak dalam api.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)