Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, November 25, 2013

Siapa blogger prokerajaan yg alih arah?

Ada teman bertanya pada Demang kenapa ramai blogger yang dulunya prokerajaan kini seolah berpaling arah menghentam kerajaan.

Demang tanya, blog yang mana? Siapa yang dihentamnya?

Maka Demang pun menjengah blog-blog berkenaan.

Oo... itu bukan hentam kerajaan. Hentam keRAJAan itu ertinya hentam YDA. Blog-blog berkenaan cuma menegur pemimpin-pemimpin tertentu yang lembab atau dilihat menyeleweng amanah rakyat.

Cuma cara dan pendekatan setiap blogger berbeza. Ada yang guna kaedah marah-marah, maki hamun, nasihat, jelingan manja, atau sindir-sindir sayang.

Jika demikian, blog Waadat pun sama. Sejak akhir-akhir ini Demang banyak 'sindir-sindir sayang' beberapa agensi kerajaaan yang Demang rasa agak 'slow' dalam membantu rakyat. Padahal itulah amanah dan tanggungjawab utama mereka.

Atau, benarkah ada pengarah agensi yang sengaja sabotaj kerajaan?

Berbalik pada persoalan rakan tadi, kenapa dulu hentam pemimpin pembangkang dan sekarang hentam pemimpin kerajaan?

Mudah sahaja. Kami hentam pembangkang semasa kempen PRU13 sebab kami rasakan banyak tindakan melampau mereka mengocak pertimbangan waras pengundi.

Justeru blogger pro-kerajaan memaparkan fakta-fakta supaya pengundi mendapat maklumat yang lebih seimbang. Maklumlah, dalam ruang maya ini bukan semuanya saudara kita. Ramai juga syaitan yang menyamar. Bukankah syaitan itu boleh merupa atau istilah lainnya menyamar?

Selepas PRU13 dan batang tubuh PRU14 masih jauh, ramai blogger yang mengurangkan aktiviti mencari salah pembangkang kerana pembangkang tidak banyak buat silap. Kenapa? Sebab orang yang tak buat kerja memanglah tak ada ruang buat silap!

Cuma sesekali apabila pembangkang sudah lari daripada 'peruntukan' yang ditentukan pada mereka maka blogger yang prihatin akan menegur. Sebagaimana yang Demang catat tadi, kaedah blogger dalam menegur ada bermacam-macam.

Itu masih dikira ringan sebab di dunia luar ada orang yang menegur menggunakan pistol atau parang.

Paling kita bimbang ialah rakyat menegur melalui undi!

'Peruntukan' yang Demang maksudkan ialah peranan pembangkang sebenar adalah membantu kerajaan dalam mentadbir negara. Pembangkang yang keterlaluan dalam membangkang dibimbangi akan membahayakan negara dan ini wajib dibanteras.

Kita tidak perlu menunggu akibat. Contoh-contoh nyata yang berlaku di Iraq, Syria, Mesir dan sebagainya cukup mengajar kita agar lebih waspada.

Demang amat berharap para blogger tak kira yang cenderong pada pembangkang mahupun kerajaan bersikap jujur pada rakyat.

Kepada para pembaca budiman Demang percaya anda cukup matang menilai. Bukan sukar mengenalpasti blog yang partisan (menyokong parti) dan blog rakyat. Blog yang membenarkan semua tindakan satu-satu parti atau pemimpin berkemungkinan bloggernya adalah orang suruhan. Mana mungkin ada parti yang sempurna atau individu yang maksum selepas Rasululullah SAW.

Bagi Demang apabila datang yang haq maka yang bathil akan gugur dengan sendirinya.

Yang penting kita pegang amanah menyuruh yang maaruf dan mencegah yang munkar. Blog adalah wadah perjuangan.

Namun jika kita sudah 'set' dalam kepala bahawa menukar kerajaan itu wajib walau apa yang terjadi, maka kita sudah mengongkong fikiran daripada melihat kebenaran.

Begitu juga jika kita sudah tetapkan dalam kepala bahawa pembangkang itu pengkhianat maka kita akan sesat.

Apapun, Demang rasa kalau golongan kafir mengajak kita menukar kerajaan sedia ada, maka waspadalah.

Kalau tak berada-ada masakan tempua bersarang rendah.

2 comments:

nonbal said...

Banyak kebenaran dalam tulisan admin.... Itulah yang paling ulung yang dikehendaki oleh rakyat marhaen seperti saya. Dalam memepertahankan kerajaan melayu/islam, kita kena pastikan pemegang amanah(kerajaan sedia ada) tidak melencong jauh dari landasan, yang buruk dan busuk kita kena ceraikan dari tangkai, yang elok disimpan untuk kebaikan anak cucu.

Panglima Perang Cyber said...

Saya suka baca pandangan Cikgu. Sekarang nampak banyak tulisan segar disiar selepas seperti awal kemunculan dahulu.

Saya juga sudah mula kembali menulis mengulas isu semasa kerana pembaca menunggu komen kita sebagai Blogger untuk panduan mereka.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)