Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

  • Belajar bekam - Saya pernah ceritakan kesah sepasang auami isteri yang anak2 mereka dihantar belajar ke luar negara dengan perbelanjaan sendiri hasil pendapatan sebagai ...
    7 hours ago

Monday, September 30, 2013

Di sebalik isu matyo


Kecoh isu isteri Matyo berbalah dengan seorang pengawal keselamatan beberapa hari ini.

Sebenarnya Demang tak kenal pun siapa dia Matyo apatah lagi isterinya. Sejak pesta bola sepak Malaysia bertukar menjadi pesta bola judi dan pesta rasuah bola, Demang dah tak kuasa nak mengikuti perkembangannya. Rasa macam tengok orang main judi pulak!

Rasanya tak perlulah Demang siarkan semula video insiden tersebut sebab ianya dah tersebar luas melalui Facebok dan Whatsapp. Anda pun barangkali dah banyak kali menerima salinannya.

Cuma yang Demang lihat ramai yang menumpang tuah di sebalik peristiwa itu.

Pihak media sudah tentulah barisan pertama yang buat untung dengan cara mensensasikan lagi isu. Maka towkey-towkey media pun berebut-rebut menyusun kronologi dan menyambung cerita dengan kaitan-kaitan yang menarik.

Selain wartawan bergaji tetap, wartawan sambilan bergaji besar di media sosial ikut buat untung. Demang kenal seorang Facebooker/blogger yang berpendapatan lebih RM10k sebulan hasil menjual berita sensasi dan mempolemikkan isu semasa.

Majikan tempat pengawal keselamatan itu bertugas turut tumpang tui dengan mempromosikan syarikatnya. Tanpa perlu mengeluarkan sesen pun kos, nama dan wajah syarikat tersebut terpampang di pelbagai media.

Pihak guaman juga tidak mau ketinggalan. Peluang mengendalikan kes ini bakal menyerlahkan nama para peguam terlibat.

Turut menumpang glamour ialah orang yang rapat dengan pihak yang bersengketa. Selain daripada orang yang telah lama kenal, Demang lihat sudah ada individu lain yang mula mengendeng dengan cara bergambar dan sebagainya.

Selebihnya ialah orang ramai yang menumpang dosa mengumpat dan ada juga yang begitu kreatif menokok tambah cerita.

Friday, September 27, 2013

Pakatan pakat-pakat berpakat

Istilah pakatan memang sedap. Nampak sulit dan menghairahkan.

Tapi awas! Dalam pakatan sering ada pakatan lain pula.

Itulah yang dikatakan agenda tersembunyi.

Wednesday, September 25, 2013

Silap kira undi

Lagi pendedahan dalam DAP

http://www.thedapinsider.blogspot.com/2013/09/chapter-5-dap-darkest-hour-which-lead.html

Monday, September 23, 2013

Dinasti Lim terus menguasai DAP

Semak kepala Demang melihatkan percaturan politik DAP yang sibuk menjaga tepi kain orang padahal seluar dalam sendiri koyak rabak.

Sejak akhir-akhir ini semakin ramai ahli DAP yang berani menyelak kain sarung DAP dan melondehjan seluar dalam hapak mereka.

Mereka yang Demang maksudkan ialah Lim Kit Siang anak beranak.

Agenda sulit mereka sebenarnya bukanlah rahsia sangat dan strategi yang digunakan pun mudah sahaja. Namun mereka bijak menggunakan Karpal Sigh anak beranak.

Semua orang tahu Karpal adalah peguam yang akan pintar mempermainkan undang-undang bagi memenangi kes di mahkamah dan luar mahkamah asalkan DIBAYAR!

Karpal tak peduli orang yang membayarnya benar atau salah. Yang penting, BAYAR!

Lihat pendedahan di DAP INSIDER: Chapter 3: COMMENCEMENT OF THE DECEPTION IN 16th. CEC - http://thedapinsider.blogspot.com/2013/09/chapter-3-commencement-of-deception-in.html

Thursday, September 5, 2013

Zakat: antara kewajipan dan keeogan


Hasrat ibu saudara Demang untuk membawa pekerjanya bercuti dan menginap di apartment sebuah taman tema air sempena cuti hari kemerdekaan kelmarin terencat apabila beliau mendapati tempat yang begitu cantik dan menyeronokkan itu sudah bertukar menjadi tempat penginapan burung liar dan mungkin juga jin dan hantu.

Sebelum ini Demang pernah beberapa kali membawa keluarga ke situ beberapa tahun lalu.

Kawasan tersebut dibina dengan pelbagai permainan air yang menarik dan blok-blok apartment dijual kepada individu untuk disewakan semula kepada orang ramai.

Ertinya, orang perseorangan membeli atas nama sendiri kemudian menyerahkan semula kepada pihak pengurusan yang bertindak memaju, mengurus, mempromosi, dan membayar sevbahagian keuntungan kepada pemiliknya.

Ia adalah satu konsep yang menarik daripada idea yang bagus. Malangnya, apabila krisis ekonomi melanda 10 tahun lalu industri pelancongan turut terjejas teruk. Pihak pengurusan mengalami kerugian apabila tidak ramai pengunjung.

Akibatnya mereka tidak mampu membayar kepada para pemilik menyebabkan sebahagian pemilik menarik diri dan bertindak mencari penyewa sendiri. Maka muncullah ulat-ulat yang menawarkan sewa yang jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Fenomena tersebut meninggalkan kesan buruk berganda menyebabkan pihak pengurusan terpaksa melepaskan sebahagian lagi pegangan mereka terhadap apartment lain.

Akhirnya walaupun ekonomi sudah pulih dan aktiviti pelancongan kembali rancak, para pelancong sudah beralih pada taman-taman tema yang baru muncul.

Maka tersadailah taman tema tersebut menanti masa untuk ditutup terus.

Yang rugi sudah tentulah para pemilik apartment melainkan mereka mahu berpindah ke situ beramai-ramai dan menjadikan kawasan tersebut tempat tinggal mereka.

Demang menulis tentang kemelut taman tema tersebut bukan kerana ada kepentingan peribadi di situ sebliknya Demang melihat perkara yang sama berlaku pada sistem zakat di Malaysia.

Demang melihat sudah ada kecenderungan pihak tertentu untuk tidak menggunakan sistem zakat berpusat yang disediakan kerajaan. Golongan ini suka membayar zakat yang wajib atas mereka terus kepada asnaf. Mereka luoa bahawa amil juga sebahagian daripada asnaf!

Jika ini berterusan dan berleluasa, pusat zakat akan ditutup. Implikasinya, tanpa pemusatan zakat akan ada asnaf yang tercicir selain usaha pembangunan ekonomi ummah ikut ranap.

Bagi Demang, keegoan golongan tertentu untuk menguruskan agihan zakat sendiri wajib dibendung.

Demang ulangi, golongan tersebut sebenarnya amat ego atau dengan kata lain, bodoh sombong!

“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanya untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin dan amil-amil dan muallaf yang dijinakkan hati-hati mereka dan hamba-hamba yang hendak memerdekakan dan orang-orang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan”.

Berikut adalah asnaf yang berhak menerima zakat: (jika tiada pemusatan zakat, berjayakah semua asnaf menerima hak mereka?)

1) Fakir (al Fuqara) – adalah orang yang tiada harta pendapatan yang mencukupi untuknya dan keperluannya. Tidak mempunyai keluarga untuk mencukupkan nafkahnya seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Contohnya ia memerlukan RM10 sehari tetapi hanya mampu RM3 sahaja.

2) Miskin (al-Masakin) – mempunyai kemampuan usaha untuk mendapatkan keperluan hidupnya akan tetapi tidak mencukupi sepenuhnya seperti ia memerlukan RM10 tetapi hanya memperoleh RM8.

3) Amil – orang yang dilantik untuk memungut dan mengagih wang zakat.

4) Muallaf – seseorang yang baru memeluk agama Islam.

5) Riqab – seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri.

6) Gharimin – penghutang muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan hutang yang diharuskan oleh syarak pada perkara asasi untuk diri dan tanggungjawab yang wajib ke atasnya.

7) Fisabilillah – orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegakkan dan meninggikan agama Allah.

8) Ibnus Sabil – musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang baik kepada Islam dan umatnya atau orang Islam yang tiada perbekalan di jalanan.

posted from Bloggeroid

Wednesday, September 4, 2013

Minyak naik: awas sabotaj kaum peniaga


Ramailah yang marah-marah apabila harga minyak dinaikkan sebanyak 20 sen bermula malam tadi. Marah-marah tu boleh tapi Demang harap janganlah sampai naik minyak sebab dek minyak naik.

Ada juga yang kata PM bodoh sebab keluar kenyataan bahawa kenaikan tersebut berkait dengan patriotik.

Bagi Demang kalau PM bodoh, rakyat lagilah bodoh. Jika yang menyokong Najib menjadi PM dikatakan bodoh, yang membangkang lebih-lebih lagi bodoh sebab kalah kepada kumpulan bodoh.

Demang minta maaf kepada pembaca yang tidak selesa dengan perenggan bodoh di atas namun kepada yang gemar mem'bodoh'kan PM tentulah tak kesah.

Kepada yang merungut kurang puas hati, Demang ucapkan tahniah kerana anda bersikap normal. Biasalah, takkanlah nak senyum meleret pulak apabila terpaksa membayar lebih.

Kepada anda yang bersikap positif, Demang anggap anda HEBAT kerana pantas memahami yang tersirat.

Sebenarnya kenaikan semalam bukan kenaikan harga pasaran sebaliknya langkah kerajaan mengurangkan subsidi ke atas petroleum.

Selama ini kita membelanjakan RM14 bilion setiap tahun wang rakyat hanya untuk merendahkan harga runcit petroleum.

Kajian mendapati subsidi petroleum lebih bermanafaaf kepada golongan sederhana dan ke atas manakala rakyat marhaen kurang menggunakan subsidi tersebut secara langsung.

Justeru kita memikirkan jika 14 bilion tersebut ditarik balik barangkali boleh kita salurkan pada projek kebajikan dan lain-lain.

Namun untuk menghapuskan terus tentulah kurang praktikal dan menjadi bebanan besar pada pengguna. Maka kita mengambil langkah yang lebih sesuai iaitu menarik balik 20sen daripada jumlah subsidi.

Daripada 20sen tersebut kita dapat kumpulkan RM1.1 bilion.

Dengan kata lain, 20sen tersebit adalah sumbangan para pengguna kenderaan kepada projek kebajikan yang akan dilaksanakan.

Perlu diingat: bukan Najib seorang diri yang buat keputusan tersebut dan 1.1bilion tersebut bukan untuk membeli cincin Rosmah. Seringkali juga kontraktor yang menyokong pembangkang pun dapat tender besar kerajaan sambil tersenyum lebar, buat rumah besar, dan tambah bini yang tak besar!

Coda:
Cabaran terbesar kita ialah sabotaj daripada kaum peniaga yang sengaka menaikkan harga barang keperluan dan menjadikan kerajaan sebagai kambing hitam. Bersamalah kita memerangi mereka. Tunaikan tanggungjawab kita dengan melaporkan pada pihak berkuasa.

posted from Bloggeroid

Monday, September 2, 2013

Lelaki dan 10 ekor unta


Pada suatu hari seorang lelaki telah membeli sepuluh ekor unta.

Lelaki itu membawa pulang kesemua unta tersebut seorang diri dengan cara menunggang unta yang di depan sekali manakala yang lainnya mengikuti dari belakang.

Tidak berapa lama berjalan, lelaki itu berhenti dan menoleh ke belakang untuk mengira adakah bilangan unta-unta itu masih cukup.

Alangkah terperanjatnya dia apabila mendapati hanya ada sembilan ekor sahaja untanya.

Lelaki itu tidak berpuas hati lalu turun mengira seekor demi seekor dan didapati jumlahnya genap 10 ekor.

Maka dia pun meneruskan perjalanan seperti tadi.

Tidak lama kemudian lelaki itu berhenti lagi tanpa turun dari unta yang ditunggangnya dan mengira.

Sekali lagi dia dapati untanya telah kurang seekor. Namun apabila dia turun mengira, ternyata tiada yang hilang.

Begitulah yang berlaku beberapa kali dalam perjalanan tersebut sehinggalah dia tiba di destinasi.

Kesah di atas Demang baca ketika zaman kanak-kanak dulu. Sebenarnya ia tidaklah begitu lucu hanya sekadar membuatkan pembaca tersenyum sikit.

Namun sebagaimana cerita rakyat lain sudah pasti ada mesej yang hendak disampaikan.

Mari kita lihat kebijaksanaan si pengarang:

Langkah pertama, pengarang sengaja mengutarakan tingkah laku bodoh lelaki itu supaya audiens dengan mudah membuat kesimpulan bahawa lelaki itu seorang yang bodoh.

Apabila kita sudah menetapkan bahawa lelaki itu seorang yang bodoh maka sudah pasti ada lagi sifat bodoh lain pada dirinya.

Apakah sifat itu? Lihat semula cerita di atas.

Ketika membuat kiraan dari atas unta, lelaki itu hanya mengira unta-unta lain dan tidak mengira unta yang ditunggangnya.

Itu bermaksud, manusia (samada miskin atau kaya, bahkan yang swkolah tinggi pun) suka mengambil kira orang lain sahaja dan mengecualikan diri sendiri.

Sebagai contoh, apabila melihat negara orang bergolak, kita menyangka negara kita terkecuali daripada kemungkinan terjadinya masalah begitu di tempat kita.

Seterusnya si pengarang menyarankan agar kita turun (keluar) daripada tempat kita duduk dan melihat dari luar betapa semua unta adalah sama dan perlu diambil kira. Jika negara lain boleh berperang maka negara kita juga tidak terkecuali sekiranya kita leka dan menuruti pe'el rakyat negara tersebut.

Selamat menyambut hari kemerdekaan dan ingatlah bahawa biarpun sudah merdeka tidak bermakna kita tidak boleh dijajah semula.

posted from Bloggeroid

Sunday, September 1, 2013

Antara penjajahan, kemerdekaan, dan globalisasi



Merdeka... merdeka.... merdeka...

"Adakah kita telah benar-benar merdeka?" tanya seorang teman melalui Whatsapp.

Wah, itu soalan maut. Ia bukan boleh dijawab lewat mesej pesanan ringkas. Bahkan jika digabung para sarjana seluruh dunia pun belum tentu dapat menghasilkan sebuah definisi yang sempurna bagi menjawab soalan itu.

Bagi Demang persoalan samada telah merdeka atau masih dijajah hanya akan menarik kita 50-60 tahun ke belakang. Persoalan yang patut difikir ialah kaedah bagi merealisasi misi ummah sebagaimana janji Allah:

"sesungguhnya kamu adalah ummat terbaik yang didatangkan untuk sekalian ummat manusia."

Kita juga dilantik sebagai khalifah ke atas seluruh alam dan isinya. Ia adalah tanggung jawab secara individu dan juga secara masyarakat sebagaimana terkandung dalam hukum: fardhu ain dan fardhu kifayah.

Penjajahan dan kemerdekaan telah dianggap konsep lapuk dalam pemikiran anak muda kini yang terdedah pada pelbagai saranan untuk hanya memandang ke depan. Lelucon yang sering dikemukakan ialah cermin paling besar pada sesebuah kereta ialah cermin depan manakala cermin untuk melihat ke belakang hanya lah 'side mirror' yang kecil.

Globalisasi atau dunia tanpa sempadan bukanlah konsep baru bahkan ia adalah perulangan pada sejarah silam ketika persempadanan antara negara belum ditanda pada peta.

Sebelum ketibaan kapitalis barat (British dan Belanda) ke nusantara, seluruh kepulauan Melayu tidak mempunyai garis sempadan yang tetap. Ummat Melayu bergerak secara bebas tanpa visa atau pasport kemana-mana kawasan dan bernaung di bawah kerajaan tertentu yang disukai.

Kerajaan-kerajaan tersebut juga sentiasa beranjal samada mengembang atau mengecut mengikut kemampuan pemerintahnya.

Sempadan rasmi hanya muncul pada 1824 apabila British dan Belanda berbedak (berbagi) kawasan yang membawa implikasi nusantara terpecah dua.

Demang guna istilah kapitalis biarpun umum lebih cenderung menggunakan istilah penjajah kerana Demang ingin lari dari konsep politik.

Apabila istilah kapitalis digunakan ertinya Demang cuba membawa sudut pandangan ekonomi yang lebih dirasai hampir semua manusia berbanding konsep politik yang sering dianggap alat golongan kapitalis meragut harta awam.

Bagi Demang, apabila ekonomi menjerut dan kelaparan bermajalela maka fahaman politik bahkan agama sekalipun bisa digadai!

Justeru, adalah lebih baik kita melihat globalisasi dan penjajahan dari sudut ekonomi dan mula bertindak dari situ.

posted from Bloggeroid

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)