Minyak Morhabshi (Add by Morha Mart)

yang istimewa

Wednesday, January 15, 2014

Demang jadi sultan

Oleh kerana ramai pulak yang nak jadi sultan melaka maka Demang fikir, elok juga kalau Demang sendiri yang cuba-cuba nasib.

Lagipun kalau ikut adat, Demang yang berketurunan bendahara memang selayaknya menjadi sultan apabila sultan sudah tiada.

Dalam kes Sultan Mahmud mangkat dijulang, setelah baginda dibunuh Laksamana Bentan, bendahara Abdul Jalil segera diangkat menjadi sultan.

Tak kesahlah samada angkat diri sendiri ataupun diangkat oleh orang lain.

Apapun, Demang risau juga jika ditangkap seperti Raja Noorjan Shah kelmarin walaupun belum pernah sekali pun rasanya baginda mengancam negara.

Maklumlah, baginda memang tak mengancam keselamatan negara tetapi mengancam kedudukan orang lain.

Satu faktor lagi kenapa baginda ditangkap ialah mungkin kerana baginda orang Melayu. Kalaulah nama baginda raja Thian Chua atau raja Kapal Singki aka Kapal Senget barangkali pihak berkuasa lah yang akan datang merafak sembah memohon ampun dan maaf.

Sepaling tidakpun, selesai luar mahkamah.

Soal integriti tak jadi hal. Kambinghitamkan sahaja mana-mana blogger atau kumpulan blogger.

Ataupun bagitau mahkamah, yang buat kecoh ni bukan blogger kami tetapi blogger bebas yang menyokong kami.

Alah, sedangkan keris boleh disorong tarik inikan pula saman mahkamah!

1 comment:

Anonymous said...

Kes UMNO tarik Balik / selesai luar Mahkamah adalah KERANA UMNO tidak ada keyakinan dan tidak ada TELOR 2 Biji...Termasuk para YB Menteri dan juga semua pemimpin Yes Boossss. macam mana lah nak menjaga rakyat sebelum PRU atau semasa dalam Perhimpunan UMNO kat PWTC bukan main lagi suara - suara semua SAYAP macam nak RUNTUH PWTC dengan suara bagaikan Halilintar memanah PWTC ( bTidak perlu Bonda Permaisuri sumpah), semua nak mempertahankan MELAYU dengan NYAWA. Tapi semuanya adalah LAKONAN depan PM..Saya adalah ahli UMNO dan kecewa atas pemimpin UMNO yang ada sekarang LOW CLASS..

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)