Minyak Morhabshi (Add by Morha Mart)

yang istimewa

Monday, August 31, 2015

KP BTN hilang di celah sambutan merdeka

Tatkala orang UMNO pun malu mengaku UMNO dan orang bukan UMNO enggan mengaku Melayu, siapakah yang bertungkus lumus mempertahankan istilah MELAYU?

Demang jawab, BTN lah orangnya. Maksud Demang orang BTN.

PERKASA datang kemudian. Itupun setelah dapat hembusan semangat daripada orang BTN.

Demang mengungkit kisah pasca penyingkiran Anwar, perletakan jawatan Mahathir, dan zaman kembali memuncak  di bawah Paklah sebelum Paklah pula kecundang.

Rentetan peristiwa besar tersebut  bermula di zaman Mahathir sehingga pada peleraiannya PM ke4 itu terpaksa meletak jawatan.

Yang menyelamatkan keadaan waktu itu ialah kursus SSM di bawah JPA yang dikendalikan BTN dengan modul khas berkonsep mempertahankan negara, sesuai dengan motto Bersama Menjiwai Kegemilangan.

Kesannya, 2004 Paklah menang besar.

Pihak lain yang bukan daripada BTN terutama blogger bebas jangan kecil hati. Demang sedar jasa anda yang tidak ternilai berjuang tanpa bayaran.

Jika modul BTN dilaksanakan dengan betul, di akhir kursus para peserta yang terdiri daripada penjawat awam meliputi pelbagai kaum dapat memahami bahawa menjaga negara adalah tanggungjawab bersama tanpa mengira kaum.

Kalau tidak percaya, hubungi Demang dan Demang boleh usahakan untuk anda meneliti dan mengalami sendiri modul tersebut. Demang sanggup disaman jika modul tersebut bakal memecahbelah perpaduan dan merugikan mana-mana kaum.

BTN menekankan pemahaman pada perlembagaan Malaysia yang menjaga keistimewaan orang Melayu serta kepentingan sah kaum-kaum lain.

TIDAK pernah ada dalam mana-mana modul BTN sejak dahulu yang hanya memperjuangkan orang Melayu dengan mengenepikan atau meminggirkan kaum-kaum lain.

Malangnya usaha murni BTN yang dijangkakan dapat menarik perasaan cintakan perpaduan dilihat oleh pembangkang sebagai bakal menguntungkan BN dan UMNO yang kebetulan memegang tampuk pemerintahan, sekaligus meranapkan impian mereka mengambilalih kuasa.

BTN difitnah dan ditohmah. Seperti biasa, orang Melayu yang malas menyiasat berita terus percaya bulat-bulat.

Akhirnya pembangkang berjaya menghasut kerajaan agar kursus tersebut ditamatkan. Hampir tiada langsung pihak yang sanggup pertahankan, termasuk UMNO.

Maklumlah, ketika itu untuk mengaku berbangsa Melayu pun malu!

Kenapa pembangkang membenci BTN?

Apabila rakyat bersatu demi negara maka kerajaan yang sedang memerintah akan selamat.

Sebaliknya jika rakyat sentiasa dalam keadaan gelisah, tidak puas hati, saling tuduh menuduh, suka komplen, maka parti yang memerintah akan kalah.

Itu sebabnya rakyat tidak boleh dibiarkan bersyukur dan bantu membantu membina negara.

Namun itu semua sudah berlalu. Kini BTN sudah tidak kelihatan lagi memberi kefahaman pada rakyat tentang kenegaraan.

KP BTN pun sudah lama tidak kelihatan. Hilang agaknya.

Samada KP BTN menghilangkan diri atau dihilangkan, HILANGlah namanya.

Jika anak hilang, memang perlu dicari sampai jumpa namun jika penjawat awam hilang, perlulah diganti dengan yang lain.

Rasanya ramai yang boleh jadi pengganti. Maksud Demang, pengganti yang lebih baik.

5 comments:

Anonymous said...

Tak kira dlm politik,jabatan2 kerajaan termasuk btn hanya yg pandai berpura2, hipokrit,bodek akan naik.tak pandai kerja,takde perjuangan pun takpa yg penting boleh jaga org atas akan diberi jawatan...penjawat yg bersikap kritis,vokal,mengikut peraturan tidak mendpt tempat dan pangkat....kenang ka balik pegawai2 btn dulu yg telah dibuang dari btn....ada yg pentingkan perjuangan tapi tidak mendapat tpt....

KZSO said...

Tuan Demang, boleh dapatkan module btn seperti yang dikatakan itu?

Cheguman Daulay said...

Boleh tapi modul tsbt hanya berkesan jika dilaksanakan dlm kursus.kalau sekadar baca, tidak capai objektifnya. Bagi yg pernah hadir kursus ssm dulu atau kebanyakan kursus btn akan faham.

KZSO said...

Tuan Demang,
Terima kasih. Bagaimana boleh saya dapatkan module tersebut tuan?

Cheguman Daulay said...

Email saya chegumandaulay@gmail.com

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)