Minyak Morhabshi (Add by Morha Mart)

yang istimewa

Tuesday, August 25, 2015

Yang perlu ditukar

Apabila Demang kata Najib baik dan Mahathir kejam, orang Mahathir marah-marah. Padahal Demang bukannya tulis Mahathir zalim. Ada beza antara kejam dengan zalim.

Guru Demang beritahu, zalim adalah "meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya". Guru Demang beri contoh iaitu meletakkan selipar di atas kepala maka zalimlah namanya.

Manakala kejam seperti yang ditafsir DBP:

Kejam II: "tidak berperasaan belas kasihan; bengis": Sesudah berkuasa, dia sangat ~ terhadap orang-orang bawahannya.

Itu Kejam II. Carilah pula maksud Kejam I. Orang Kedah memang selalu guna.

Semak semula tulisan Demang semalam, lihat apa yang tersirat. Jika anda scan dengan cepat, anda hanya akan dapat yang tersurat.

Oleh kerana ramai yang ingin melihat Najib letak jawatan maka lakukanlah jika itu yang terbaik. Sebelum itu, lihat posting Demang kelmarin dulu (Ahad) tentang sikap rakyat.

Najib memang baik. Semua PM baik. Mahathir pun baik cuma beliau agak kejam. Beliau sanggup belah perut orang dan buang bahagian yang didapati boleh membahayakan seluruh tubuh. Itu yang Najib tak mampu lakukan.

Jika anda lihat posting Demang Ahad lalu, anda mungkin akan bersetuju bahawa selain menukar  PM, rakyat juga perlu menukar sikap. Jika tidak, kerja kita menukar PM akan jadi kerja yang tak habis-habis.

Demang juga sebut tentang integriti. Jika pemimpin sudah hilang integriti maka jawatan yang disandang perlu dipulangkan.

Rasanya selepas ini orang Najib pula akan marah Demang. Marahlah. Demang cuma kata, JIKA integriti hilang. Sebaliknya jika Najib boleh kembalikan kepercayaan rakyat, maka kekalkanlah.

Berkenaan sikap, ia memang sukar diubah. Kita memang pandai menasihati orang tetapi berapa banyak sikap buruk sendiri yang mampu kita ubah? Sanggupkah merombak kembali perbelanjaan? Jual kereta import dan beli kereta tempatan? Kalau nak rosak, kereta import pun bukanlah sempurna sangat. Harap glamor sahaja.

Mari kita ubah sama-sama. Kita tukar PM yang baru dan kita amalkan sikap yang baru. Itu barulah adil. Jika tidak, kita akan terus mengeluh dan merungut sampai qiamat. Naik PM baru, kita dok tang jugak. Naiklah gaji 2-3 kali ganda pun kita dok merungut jugak.

3 comments:

Anak Bukit Jelutung said...

As Salam.

Saya rasa saya faham dengan tulisan tuan.

Cuma yang saya tak faham: (bukan dengan tulisan tuan)
Mengapa tiada insan yang berjiwa besar dan lebih-lebih mereka yang sangat memahami dengan hukum hakam agama Islam, yang sudi sama ada secara individu atau lebih baik secara kolektif mengambil apa-apa tindakan bagi menyelamatkan "keadaan yang nampaknya semakin meruncing". Adalah lebih baik pihak yang bertelagah "disemukakan" dan "didamaikan"; tidak dibiarkan pihak-pihak tertentu sama-sama ambil kesempatan dan menghukum di dalam "maya" yang pada pendapat saya boleh membuat keadaan bertambah gawat.

Terima kasih.

Katakana puru said...

Apa tidak nya semua nak tunjok hero!....bila tiap 2 manusia itu ada ego,itu lah jadinya.

Anonymous said...

Demang..apa salahnya dengan menukar PM berkali kali??!!..biar bakal bakal PM akan datang tahu..yg jawatan ini bukan utk menyenangkan kaum keluarga/kroni..biar bakal bakal PM akan datang tahu yg mereka bole di tukarganti bila bila masa..di mana salahnya??!!...rakyat berhak dapat PM yg mengutamakan kepentingan negara/rakyat..setakat retorik/slogan bangang dah tak jalan lah demang..zaman berubah..kepimpinan umno tak mau dan buat buat tak tau utk berubah..sudah lah demang..

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)