Keluarnya Tun Dr Mahathir (TDM) dari UMNO sekadar melengkapkan adat iaitu semua bekas PM akhirnya meninggalkan UMNO lantaran tidak bersetuju dengan cara tadbir pengganti mereka.
Pertembungan idea antara PM dengan mantan PM bukanlah sesuatu yang janggal atau aneh. Malah Tun DrM sendiri berkrisis dengan Tunku Abd Rahman dan Tun Husein Onn sehingga kedua-dua bekas PM tersebut enggan menjadi ahli UMNO lagi.
Kini, Tun DRM selaku mantan PM berkrisis pula dengan PM yang dilantiknya sendiri. Pun, bukan perkara yang baru cuma ini yang terbaru.
TDM pernah berkonflik dengan dua orang timbalannya iaitu Tun Musa Hitam dan DS Anwar Ibrahim. Malah DSAI akhirnya dipecat atas pelbagai tuduhan. Persengketaan berlarut hingga kini.
TDM pernah ditentang oleh Tengku Razaleigh Hamzah (KuLi) bagi jawatan Presiden UMNO. TDM menang tipis.
Dalam pada itu TDM juga pernah berkrisis dengan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas. Beliau juga berkonflik dengan majlis peguam.
TDM turut berkrisis dengan raja-raja sehingga berlakunya pindaan perlembagaan yang mengurangkan kuasa raja.
Demang percaya dalam kes ini masih ramai orang Melayu yang belum lupa akan konflik-konflik TDM dengan 'bapa-bapa' dan Tun-tun itu. Juga dengan lain-lain pihak.
(Namun bagi yang 'mudah lupa' tak dapatlah Demang nak ulang semua sekali di sini. Lagipun perkara tu dah berlalu. Saranan cendikiawan agar belajar daripada sejarah bukan bermaksud kita kembali ke cara lama).
Siapa betul dan siapa salah?
Demang berpendapat TDM betul pada zamannya dan Paklah pula betul pada zaman beliau, yakni sekarang.
Jika TDM yang 'banyak masalah' itu dibenar membuktikan bahawa pendapat dan tindakannya betul, kenapa kita tidak bersedia membantu Paklah menunaikan pemikirannya pula?
Jika kita imbas kembali secara jujur era pentadbiran TDM selama 22 tahun, sunyikah beliau daripada kritikan dan bantahan. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa hanya selepas beliau bersara barulah kebanyakan rakyat faham dan menghargai jasa dan tindakan beliau.
Sebenarnya majoriti rakyat sudah boleh menerima kepimpinan yang baru. Buktinya walau pun kita nampak ada polemik, kacau-bilau sosiopolitik negara dan ditambah oleh kenaikan harga minyak tapi rupa-rupanya rakyat masih yakin dengan kerajaan.
Kajian terbaru, daripada 2000 responden yang terdiri daripada orang ramai di seluruh negara, menunjukkan 80% masih yakin dengan kerajaan.
Kadang-kadang kita terperangkap dengan desas-desus daripada media khasnya bloggers. Realiti lebih wajar dilihat menerusi kajian rasmi. Belajarlah membezakan antara fakta dan pendapat.
Kepada sahabat-sahabat blogger, mainkan peranan dan tanggung jawab bagi menyatukan ummah, bukannya menambah porak peranda.
Allah mengurniakan bakat menulis maka gunakanlah untuk kebaikan.
Jangan diturut hati yang geram. Apabila negara sudah kacau bilau dan tidak boleh lagi dikawal maka tunggulah saat kebinasaan kita semua.
Sekali lagi; apabila negara sudah kacau bilau dan tidak boleh lagi dikawal maka tunggulah saat kebinasaan kita semua.
Selesaikah masalah jika Paklah letak jawatan? Percayalah, apabila naik orang baru nanti maka orang baru itulah pula yang akan dihentam. Maka keluar pula berita berikut:
"Tun Abdullah gesa PM letak jawatan." Kitapun pakat sokong mantan PM itu... macam sekarang.
Wallahu'alam.
Kos
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Menggunakan gambar digital atau mesej teks yang dihantar melalui media
sosial dianggap paling baik sebab kos ...
4 years ago
3 comments:
Menarik bila anda melihat corak, dan trend, ianya memberi gambaran adanya aliran yang berkaitan.
Namun, dalam politik dua aspek ini belum memungkin kita memahami perhubungan.
Yakni jika kita tidak mencari satu titik untuk kita bermula untuk melihat apa yang telah berlaku, apa yang sedang berlaku, dan apa yang akan berlaku.
Bila kita bermula dengan titik itu, dan kemudian melihat corak dan trend, kita akan jadi faham.
Pada saya titik ialah pemimpin. Seterusnya kepemimpinan dan lain-lain lagi faktor dan aspek yang berkaitan pemimpin.
Contohnya begini, di sebatang jalan raya, sebuah kereta meluncur laju. Sebuah lagi kereta meluncur laju. Kemudian, sebuah lagi kereta meluncur lagu.
Corak yang kita lihat ialah kereta laju meluncur. Itulah trendnya kelihatan di jalan tersebut.
Namun, jika kita melihat titiknya, kereta pertama dipandu laju oleh seorang muda tanpa lesen. Kereta kedua dipandu oleh orang dewasa yang berlesen tetapi mabuk. Kereta ketiga dipandu oleh orang yang biasa memenangi grand-prix.
Dalam politik, pada saya, titiknya ialah pemimpin. Hussein Onn, Mahathir Mohamad, dan Abdullah Ahmad Badawi, adalah tiga tokoh berbeza. Konflik di antara Hussein Onn dengan Mahathir Mohamad, berbeza dengan konflik Mahathir Mohamad dengan Abdullah Ahmad Badawi.
Menggesa Abdullah Ahmad Badawi dikatakan tidak memungkin penyelesaian masalah.
Tetapi bila diberi pilihan, di antara tiga pemandu kereta di atas, kereta manakah pilihan utama kita?
Begitulah dengan pemimpin yang didesak supaya meletakkan jawatan kerana potensinya menjejaskan dirinya, pasukannya, rakyat dan negara.
Apakah mungkin seorang Mahathir Mohamad sengaja mahu mencari pasal, melakukan apa yang dilakukannya sekarang?
Setahu saya, tidak.
Orang yang rasional seperti kita, Mahathir Mohamad pun tidak dijangka mahu melakukan demikian.
Tetapi kenapa dilakukannya juga?
Umpamanya, ada seorang pemandu, dia tahu pemanduan di atas jalan itu laju, lalu diberikan keretanya lalu di pandu laju oleh seorang lelaki lain yang berlesan.
Dia diam sahaja.
Tiba-tiba dia mendapat tahu lelaki itu minum arak sehingga memabukkan, dan memandu kereta dengan laju, tentulah dia akan bertindak.
Begitulah juga dengan Mahatir Mohamad, sehubungan dengan gesaannya terhadap Abdullah Ahmad Badawi.
Terima kasih atas pandangan saudara. Analogi yang diberikan juga menarik dan saya rasa saya tidak mengabaikan faktor tersebut ketika mencadangkan agar rakyat jangan menolak PM (samada Paklah atau siapa sahaja).
Dengan kata lain, prinsip utama saya ialah PM tidak boleh ditukar ganti secara wewenang.
Persoalan yang saudara timbulkan ialah bagaimana jika orang yang menjadi PM tersebut tidak layak?
Saya lebih cenderung melihat bahawa tiada seorang pun yang sempurna. Bagi saya DrM adalah yang terbaik setakat ini. Sebab itulah saya katakan DrM BETUL pada zamannya manakala Paklah insya Allah BETUL pada zamannya pula.
Jika DrM terbaik, bagaimana dengan Paklah? Paklah sedang berusaha ke arah itu dan peranan pemimpin lain termasuk kita adalah membantu beliau. Malangnya saya tidak melihat peranan itu dilakukan bersungguh-sungguh setakat ini. (Saya ada fakta dan bukti tentang itu, tetapi belum boleh dipaparkan). Kebanyakannya hanya menunggu masa yang sesuai untuk meninggalkan bahtera atau berpindah ke bahtera lain.
Bagi mengelakkan respon saya ini menjadi terlalu panjang, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih dan amat menghargai pandangan saudara. Harapan saya ialah untuk melihat pihak-pihak yang bertentangan pendapat boleh berkongsi satu matlamat. Barangkali kita yang perlu mulakannya.
Cikguman, terima kasih kerana respons. Saya jarang dapat respons.
Sebagai rakyat Malaysia dan manusia di bumi, tentulah sebaiknya penyatuan.
Namun ini adalah untuk jangka masa panjang, dari aspek tempohnya.
Rakan saya menulis komen di blog, katanya: A.M.A.N. ialah A.bdullah Ahmad Badawi M.ahathir Mohamad A.nwar Ibrahim dan Mohammad N.ajib Abdul Razak ditemukan semeja, jika tidak UMNO dan orang Melayu tinggal N.A.M.A.
Setuju.
Namun kita terlalu kecil dalam konteks penyatuan ini.
Ada seorang veteran UMNO di Melaka, dia bukan Sultan, dan bukan Menteri, namun dia ada jalinan dan pernah kenali kesemua tokoh tersebut.
InsyaAllah, jika sudi, dipujuk dan digesa, beliau mampu menggerakkan penyatuan ini.
Kita boleh sertai dan memberi sokongan padu.
Namun, Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin dan kepemimpinannya, saya nampak begitu besar, kerap, dan pantas, serta drastik kemusnahan yang sedang dilakukannya kepada parti, barisan, kerajaan, rakyat dan negara.
Langkah penyatuan yang bakal mengambil masa yang lama (Najib nak jumpa Mahathir mithalnya...lambat sangat), maka penyelesaian terkini ialah Abdullah Ahmad Badawi letak jawatan dulu, sekarang (9 Mac 2008).
Kemudian, pemimpin baru naik, langkah penyatuan boleh diusahakan.
Layarilah internet untuk mendapatkan kerelaan Abdullah Ahmad Badawi untuk bertemu tokoh yang tersebut di atas.
Kemungkinan tidak itu lebih nyata.
(contoh di Jepun dua-dua berada di sana, tapi tiada perjumpaan).
Semoga Allah mengurniakan kita kebijaksanaan...
Post a Comment