"Kenduri dan khatam hari Jumaat tapi hari Isnin baru masuk Jawi." ibu Demang memberitahu seseorang melalui telefon.
Masuk jawi? Agak lama tidak mendengar istilah tersebut. Apa maksud masuk jawi? Semasa Demang masih di Kedah, istilah berkhatan amat asing. Yang kami tahu ialah bersunat atau masuk jawi.
Ketiga-tiga istilah tersebut merujuk pada satu ibadah iaitu lazimnya sekarang dikenali dengan amalan berkhatan.
Sebagaimana dialog awal tadi, Demang telahpun mengadakan majlis khatam al-Quran untuk putera kami pada hari Jumaat. Proses berkhatan pula dilakukan pada pagi Isnin berikutnya . Alhamdulillah.
Selain kanak-kanak, 'masuk jawi' atau berkhatan juga perlu dijalani oleh seseorang yang baru memeluk Islam. Suatu ketika dulu seseorang yang memeluk Islam juga dikatakan 'masuk Melayu'.
Demang mulakan artikal ini dengan menyentuh istilah 'jawi' yang sering dikaitkan dengan sistem tulisan asal orang Melayu yang kini hampir pupus.
Demang bawa perkara ini adalah untuk kita melihat perkaitan antara Melayu dengan Islam. Maklumlah sejak kebelakangan ini kefahaman terhadap perkara ini sering dipolitikkan. Sehinggakan Sultan Selangor turut menegur penggunaan istilah Melayu-Islam yang menggambarkan seolah-olah ada Melayu-Islam dan ada Melayu-bukan-Islam!
Istilah 'masuk jawi' dan 'masuk Melayu' bagi melengkapkan 'keISLAMan' seseorang adalah persepsi betapa orang Melayu itu semestinya beragama Islam. Begitu juga dengan teguran baginda sultan itu menunjukkan tanggapan sejak zaman berzaman bahawa orang Melayu tentulah beragama Islam.
Jika sekadar, persepsi barangkali masih boleh dipertikaikan. Cuma Demang hairan, seolah-olah mereka yang mempersoalkan itu hidup tanpa emosi. Seolah-olah pada mereka, deria rasa sudah tidak perlu diambilkira.
Bukankah persepsi juga adalah sebahagian daripada kehidupan. Manusia sanggup mati demi mempertahankan sesuatu yang diyakini benar. Persepsi juga adalah satu kebenaran. Maka jika masyarakat sudah menerima bahawa setiap orang Melayu itu beragama Islam maka kenapa perlu dinafikan? Apa untungnya menolak tanggapan itu. Apa pula ruginya jika semua orang Melayu beragama Islam?
Jika anda masih mengatakan Melayu = Islam itu hanyalah persepsi, mari kita lihat pula faktanya.
Pertama, Kamus Dewan Edisi Ketiga 2002 mencatatkan bahawa 'Jawi' bermaksud Melayu. Maka masuk jawi bermaksud masuk Melayu adalah relevan. Satu lagi soalan: Adakah masuk jawi itu tuntutan adat atau tuntutan Islam?
Kedua, Perlembagaan.
Memang, orang Islam tidak semestinya orang Melayu. Namun semua rakyat Malaysia berketurunan Melayu adalah Islam. Orang Melayu dalam konteks negara Malaysia berada dalam satu pakej iaitu beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu, dan mengamalkan adat istiadat Melayu.
Bagaimana jika anda menemui sebuah 'keluarga Melayu' pada tahun 2020 yang tidak lagi mengamalkan adat Melayu dan jarang bertutur dalam bahasa Melayu? Adakah mereka masih kekal Melayu?
Ya. Mereka tetap Melayu kerana syarat yang termaktub dalam perlembagaan adalah bersempadankan tarikh 31 Ogos 1957. Definisi yang ditulis itu adalah bagi mengenalpasti rakyat yang ditakrifkan MELAYU mulai hari pertama kita merdeka.
Mari kita berimaginasi:
"Tuanku, sekalian rakyat sudah berkumpul di luar. Mereka mahu tahu, siapakah yang tuanku maksudkan dengan orang Melayu?" tanya bendahara.
"Kamu pergi periksa sekarang, barangsiapa yang beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu, dan mengamalkan adat istiadat Melayu maka itulah orang Melayu. Bawa mereka ke dewan utama sekarang," titah sultan.
Kemudian sultan pun masuk ke dewan utama tersebut dan bertitah:
"Wahai rakyat beta sekalian. Mulai hari ini iaitu tanggal 31 Ogos 1957 maka kamu semua dan sekalian keturunan kamu sampai bila-bila pun adalah ORANG MELAYU."
Maka sahut sekalian yang hadir itu:
"Daulat Tuanku."
Kos
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Menggunakan gambar digital atau mesej teks yang dihantar melalui media
sosial dianggap paling baik sebab kos ...
4 years ago
23 comments:
A'kum sdrku Demang,
Dari segi Perlembagaan tidak boleh dipertikaikan lagi, sudah termaktub. Cuma ada yang saya pernah dengar ialah yang buruk itu perangai/kelakuan Melayu bukannya Islam. Kata-kata itu adalah untuk mempertahankan kesucian ajaran Islam sebab ada perlakuan Melayu/Islam yang tidak sesuai dengan Agama Islam dipertikaikan oleh bukan Islam.
Khatan/jawi, Melayu dan Islam memanglah sinonim dan memang berhakikat. Golongan bukan Islam terutamanya Cina agak janggal bila dikatakan masuk Melayu. Kalau masuk Islam ok. Kenapa? Sebab sepanjang pergaulan saya, kaum cina memandang rendah kepada orang Melayu. Maka dengan sendirinya Islam di rasakan juga Agama anutan orang-orang yang berkedudukan rendah.
Pandangan begini timbul adalah disebabkan kita/Melayu dengan tidak sedar merendahkan martabat Melayu dan Islam dengan perlakuan dan teladan yang tidak selari dengan kehendak Islam itu sendiri.
Martabatkan Bangsa bermakna secara langsung memartabatkan Agama Islam.
Ha ya betul. Saya sebagai orang cina juga, amat janggal kalau kata masuk melayu. Orang cina kalau masuk apa-apa agama pun, tak apa asal jangan islam. Sebab apa, sebab orang melayu banyak berkelakuan tidak sopan, tidak senonoh dan tidak langsung menghormati agama islam. Mari kita lihat antaranya.
Judi: Orang melayu kalau judi, lebih hebat dari bukan melayu. Jadi, apa macam?
Minum arak: juga lebih hebat dari bukan melayu. Jadi, macammana?
Orang melayu, bila ditanya tentang agama islam, terhegeh-hegeh, terkial-kial. Akhir sekali, dia kata, dah agama suruh. Tapi, orang nak tau jugak sebab apa dan nas-nas kenapa agama suruh.
Bila ditanya tentang puasa, dia kata agama suruh. Itu saja. Yang tak puasa pula, kata, "Gila punya orang. Puasa-puasa buat penat."
Ha itulah antaranya.
Rasanya sedingin salju hanya merujuk segelintir Melayu. Persepsi kadangkala disangka benar untuk semua. Masalah akan timbul jika persepsi dianggap satu kebenaran.
ya, ini saya mungkin rujuk pada segelintir. Tapi sebenarnya, yang segelintirlah yang bagi rosak semuanya. kat tempat saya, memang banyak jenis gitu.
kita mesti sedarkan org melayu bhw ada seorg manusia melayu yg sanggup menggadaikan bangsa melayu & mengajar bangsa lain pijak agama islam
ya betul. Setuju sangat-sangat.
salam demang..
lum tentu melayu tu islam.tak semestinya islam itu melayu.
kena terima hakikat dah ramai melayu murtad.. itu lum kira yang menjalani kehidupan bebas.tapi masih ngaku islam la.
sama-sama kita jaga islam,pastu bangsa..
Mountdweller,
Saya setuju bahawa Melayu dan Islam harus dibezakan. Sememangnya berbeza kerana bukan semua orang Islam adalam Melayu dan bukan semua orang Melayu itu benar-benar berakidah Islam. Cuma dari segi persepsi dan peruntukan perlembagaan, demikianlah yang berlaku.
Percubaan sesetengah ulama bagi memisahkan agama dengan bangsa sebagaimana yang saudara nyatakan adalah berniat baik bagi mengelakkan salah faham terhadap Islam.
Bagi saya, sikap buruk seseorang tidak harus disandarkan pada agama dan bangsanya sebab ini tidak adil kepada orang lain yang menganut agama yang sama.
Sedingin Salju,
Saudara memberikan satu pandangan umum yang sukar ditolak. Namun itu hanyalah pandangan umum. Berbalik pada kenyataan saya tadi, apabila sesuatu tingkahlaku itu bukan tuntutan agama maka ianya tidak boleh disandarkan pada agama. Contohnya, apabila Islam melarang umatnya meminum arak maka adakah Islam itu salah apabila terdapat orang Islam yang minum arak?
Paneh,
Saya setuju persepsi bukanlah satu kebenaran namun bagaimana dengan kepercayaan? Bagaimana untuk mengiktiraf kepercayaan menjadi suatu kebenaran?
Medan-info,
Saudara merujuk kepada seseorang. Apapun, yang batil tetap kita tolak dan yang benar akan kita tegakkan.
Aku,
"Melayu adalah Islam" yang kita pertahankan hanya merujuk pada perlembagaan. Soal akidah dan tahap keimanan seseorang adalah hubungannya dengan Allah taala. Kita tiada hak terhadap masalah itu. Itu sebabnya Islam melarang umatnya saling kafir-mengkafirkan.
Apapun, masih tanggungjawab kita untuk saling mengingati sebagaimana sabda Rasulullah.
It is been interesting to read such free-flowing comments on an all "Malaysians" free for all.
The "malays" are not a race. I am so sorry that you are only hearing this now. The rest of the academic world has known it for years.
Evidence, and not mere gut-feeling please.
From Yunnan to Taiwan, to Philippines, to Borneo, back to Cambodia, then to Kelantan, mixed with Achenese, Pattanis, Negritos, Javanese, Jakuns, Indians, Chinese and Arabs again.
In short, a Chinese mixed sub-race. Why not just say Chinese?
assalamualaikum warahmatullahi wb.
lalu berlalu
berhembus bayu diangin lalu,
sejuk terasa bertiup lalu,
memohon idzin menumpang lalu,
agar hidup tak merugi lalu,
sama berpesan demi masa yang lalu,
sama berkawan demi masa yang nak lalu,
ruh yang ada singgahlah lalu,
jasad dipandang jadi tak lalu,
semoga masa dimanfaati lalu,
agar teguran diberi lalu,
semoga nasihat bertegur lalu,
agar ilmu diberi lalu,
demi masa masa berlalu,
masa yang ada kian berlalu,
memohon ampun sambil berlalu,
maaf dipinta maaf berlalu,
bersama berilmu bersama berlalu.
salam hormat,
taman taman ilmu
Taman-taman ilmu,
'Bahasa' menunjukkan bangsa. 'bahasa' yang dimaksudkan bukan sekadar bahasa melayu, bahasa inggeris, bahasa cina, dsb. malah lebih kepada cara seseorang itu berbahasa. Bahasa yang saudara nukil begitu halus dan indah, memperlihatkan kematangan dan ketamadunan bangsa saudara.
Tahniah. Bait-bait tulisan saudara mencerminkan kewibawaan bangsa saudara yang berwibawa dan bertamadun.
Salam kepada semua pengunjung,
Saya cuba untuk membenarkan semua komen di sini namun terdapat beberapa komen yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama samaran berikut terpaksa saya padam:
konek,vesewe,fargowin, romsam,coolooc, aston.
Saya memadamnya bukan kerana nama yang mereka gunakan dan bukan juga kerana mereka tidak berani mengemukakan identiti blogger yang didaftarkan, tetapi kerana komen yang diberikan tidak mencerminkan sikap bertangungjawab selaku rakyat Malaysia.
Saya mengalu-alukan semua komen daripada para pengunjung namun saya juga bimbang kalau-kalau ada makhluk yang sebenarnya bukan seorang manusia cuba menyamar sebagai manusia dan melaga-lagakan kita sesama manusia.
Saya juga bimbang kalau-kalau ada warga asing yang menyamar sebagai rakyat malaysia bertujuan menimbulkan kemarahan sesuatu kaum bagi mewujudkan pergolakan.
Selain itu, pemadaman ini adalah bagi menjaga nama baik kaum-kaum tertentu yang mungkin dituduh menulis komen yang tidak bermoral seperti itu.
Akhir sekali, saya juga belum bersedia ditahan di bawah ISA kerana membenarkan komen yang boleh mencetuskan perbalahan kaum di negara yang kita cintai ini.
Sekian terima kasih.
demang - dahulu mereka masuk ke dalam blog saya dan letak komen yang mengarut dan boleh membawa rusuhan kaum.
Azli,
kebebasan memang menyeronokkan, malangnya boleh membawa musibah apabila di luar kawalan. maka itu sebabnya kita perlukan undang-undang dan peraturan. Setiap orang merasa mereka betul.
satu lagi isu iaitu rasuah pas ni kerana sanggup beri apa saja kat dap,, macam si nizar tu...asalkan dapat jadi mb...rasuah tu
anuar pun rasuah lagi besar sebab nak jadi pm maka melayu, islam, kuasa dan ketuanan melayu iaitu raja2 melayu nak digadai kpd dap....
pas pulak tukang sokong sebab erdogan lah... rasuah tu....
mungkin kita perlu tahu berapa anuar rasuah kat erdogan dalam pas untuk pr lalu dan utk mereka hidup mewah?
Salam Demang,
Nampaknya kebelakangan ini ramai yang menjadi "manusia bukan manusia, hantu bukan hantu!"
Selepas blog sdr. azli diceroboh, blog saya pula jadi mangsa dan nampaknya blog saudara sekarang dijadikan sasaran.
Memang pelik gelagat manusia ke ape?
Otai,
Bagi sesetengah orang, kalau orang lain yang buat, salah tapi kalau diri sendiri, tak apa.
mountdweller,
kita perlu satu pendekatan yang lain agaknya... saudara ada idea?
cheguman@yahoo.com
masuk ikut laluan yang betul :-)
(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com
Post a Comment