Bunyi pesawat terbang ringan memecah ketenangan sebuah pulau kecil. Seorang lelaki kerdil berwajah keanak-anakan berlari memanjat sebuah menara yang terdapat di pantai. Sebaik tiba di kemuncak beliau menggoyangkan loceng besar yang terdapat di situ.
"The plane... the plane..." teriaknya dengan ceria.
Suasana di bawah menjadi sedikit kelam kabut. Beberapa orang lelaki dan wanita berpakaian tradisional berlari ke pengkalan lantas membentuk dua barisan. Sebentar kemudian pesawat ringan itu mendarat di permukaan laut. Beberapa pengunjung yang keluar dari perut pesawat tersebut disambut meriah dengan kalungan bunga dan persembahan tarian tradisional.
Seorang lelaki tinggi berkot dan bertali leher berdiri di depan tetamunya, tersenyum sambil mengangkat segelas minuman sebagai tanda selamat. Kemudian beliau bersuara:
:
"Welcome to the fantasy island."
Demikianlah gambaran yang ditunjukkan dalam sebuah siri TV kegemaran saya saban minggu semasa zaman kanak-kanak dulu. Sebagaimana ucapan lelaki Inggeris itu tadi, tajuk cerita bersiri tersebut ialah 'Fantasy Island."
Walaupun nama watak-wataknya saya sudah lupa namun perwatakan dua watak utamanya masih saya ingat. Watak utamanya merupakan seorang lelaki tinggi yang agak berusia manakala watak pembantunya ialah seorang lelaki kerdil berwajah keanak-anakan. Siapa pelakonnyapun saya sudah lupa.
Fantasy Island, sebagaimana namanya merupakan sebuah pulau yang membawa konsep merealisasikan impian para pengunjung. Setiap pengunjung tidak sekadar datang melancong sebaliknya membawa bersama impian masing-masing. Tugas dan tanggungjawab lelaki Inggeris itu dan pembantunya ialah menjadikan impian para pengunjung satu kenyataan!
Setiap manusia memang sentiasa menyimpan impian. Masing-masing ada impian peribadi walaupun tidak ramai yang mengakuinya. Kebanyakannya berselindung di sebalik impian orang lain seperti keluarga, kelompok masyarakat, kaum dan tidak ketinggalan agama.
Bagi mencapai impian tersebut maka manusia mula merancang strategi masing-masing. Berdasarkan pengalaman lalu, manusia sedar bahawa kekuatan individu sukar menentang kekuatan sebuah kumpulan. Maka masing-masing mula membentuk kelompok: yakni kelompok yang mempunyai impian yang serupa.
Berbalik pada siri Fantasy Island tadi, adakah lelaki Inggeris itu sekadar merealisasikan impian para pengunjungnya? Sudah tentu bukan, bahkan beliau sebenarnya sedang merealisasikan impian peribadinya.
Itu hanya sebuah cerita namun apa kurangnya politik negara? Tidakkah sesebuah cerita itu tidak lebih sebuah adaptasi daripada kehidupan sebenar manusia? Lihat sahaja di negara kita. Di sini terdapat ramai pemegang watak seperti lelaki Inggeris dalam siri Fantasy Island tadi. Masing-masing bekerjasama bagi merealisasikan impian peribadi. Jika setakat itu, masih tidak mengapa. Masalahnya ialah apabila mereka turut memujuk orang ramai untuk menyokong impian mereka. Kononnya itulah impian bersama.
Modus operandi mereka ialah memberitahu orang ramai bahawa inilah impian kita bersama. Adakalanya rakyat tidak peduli tentang itu semua dan sudah berpuas hati dengan pencapaian masing-masing. Namun pemimpin yang belum mencapai impian peribadi mereka mula menghasut dan mencungkil pelbagai isu sehingga orang ramai percaya bahawa itu juga adalah masalah mereka.
Jika anda adalah mereka itu maka jujurlah pada diri sendiri dan bertanya: apakah impian sebenar aku? Adakah ini impian aku atau impian dia? Apakah kesan pada diriku serta keluargaku dalam usaha merealisasikan impian dia? Berbaloikah ini semua pada negara?
Mengimbas kembali peristiwa 1998 apabila mantan TPM ketika itu dikeluarkan daripada jawatannya, beliau telah membantah dan menganggap tindakan tersebut tidak adil. Namun beliau sedar bahawa dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi maka sokongan rakyat yang menjadi pengundi amat diperlukan. Maka beliau mula mencanangkan satu demi satu isu dan dilagangkan pada rakyat. Isu-isu pupular seperti rasuah dengan cepat mendapat respon daripada rakyat. Memang, menyebut soal rasuah, kaki rasuahpun tumpang meluat. Sipemberi rasuah meluat pada yang menerima rasuah dan begitulah sebaliknya. Dalam pada itu kedua-duanya saling memberi dan menerima dalam kebencian!
Kejayaan Anwar ketika itu ialah meletakkan pernyataan bahawa: “Ini adalah masalah anda maka anda perlu memperjuangkannya.”
Dengan itu beliau berjaya membawa rakyat melupakan isu sebenar yang sedang berlaku.
Wallahu’alam.
Kos
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Menggunakan gambar digital atau mesej teks yang dihantar melalui media
sosial dianggap paling baik sebab kos ...
4 years ago
3 comments:
Wah, seronok membaca tulisan encik ni.
tahniah !!
atas template baru blog waadat..
penat ke add link ? hehe
biasa..memang pindah rumah penat
Assalamualaikum Cheguman,
Saya pun masih ingat lagi Fantasy Island dan minat juga pada series itu dulu.
Saya tidak ada fantasy tanpa Harapan sebenarnya dengan Doa semuga Malaysia Negara kita terus Aman Tenteram seperti sebelum Mac 08 dulu.
Saya juga berdoa semuga Allah swt lindungi kita dari mereka yang Pengacau KeAmanan kita semua, Tali barut Negara luar, Kaki Fitnah dan Penghasut memecah belahkan orang Melayu. Habis satu Negara porak peranda hanya kerana segelintir individu yang hendak sangat Kuasa Tampok Malaysia.
Post a Comment