JOM LAWAN PENDERHAKA SULTAN PADA 7 MEI
"ADAT BERBANGSA HIDUP SERUMPUN! ADAT BERAJA KESETIAAN DIRIMBUN! ..... Dayus kalau anak Perak tak keluar berhimpun pada 7 mei 2009! Maka, jomlah kita ke Kg Jawa atau ke Taman DR atau mana-mana kawasan yang berdekatan SUK untuk menunjukkan Sokongan Yang Tidak Berbelah Bagi kita kepada Sultan Perak. Kita akan berhimpun MELAWAN PENDERHAKA SULTAN...... BANGKIT AYUH BANGKIT! ANAK PERAK BANGKIT! LAWAN KITA LAWAN! LAWAN PENDERHAKA SULTAN! "
Kos
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Menggunakan gambar digital atau mesej teks yang dihantar melalui media
sosial dianggap paling baik sebab kos ...
4 years ago
7 comments:
Daulat Tuanku
Marilah kita orang Melayu berpakat menghapuskan pakatan pembangkang yang tidak tahu menghormati sultan dan perlembagaan persekutuan
Hidup Rakyat Perak! Hidup Malaysia moga moga Tuhan menunjuk jalan kepada Sultan Perak dan Tokoh tokoh Poltik BN dan PR mencapai jalan selesai munasabah untuk Rakyat Perak dan Rakyat Malaysia.
Apa maknanya mendapat Teraju Kuasa sekiranya tak ada Rakyat dan Negara diperintah!
Raja adil raja disembah...
Raja zalim raja disanggah...
Raja bukan Tuhan untuk dijunjung tinggi...
Menjunjung Raja ada batasannya...
Jangan menjunjung membuta tuli...
Ingat, UMNO menyetujui Raja Berpelembagaan, jadi Raja kena ikut Perlembagaan, bukan sesuka hati memecat MB tanpa merujuk undang-undang tubuh...
*Raja menyuruh Nizar meletak jawatan, tapi media mengatakan memecat... Ape cer?//
Rakyat Raja perlu menunai janji antara Sang Sapurba dgn Demang Lebar Daun. 7hb Mei ini adalah antara saat dan ketikanya...
Redza,
Saudara menulis: *Raja menyuruh Nizar meletak jawatan, tapi media mengatakan memecat... Ape cer?//
Setahu saya, seseorang MB hilang kelayakannya menerajui kerajaan apabila gagal mendapat sokongan majoriti ADUN di negerinya.
Justeru, bolehkan Nizar terus menjadi MB setelah beliau gagal mendapat sokongan majoritit tersebut? Sebagai Sultan, adakah baginda hanya membisu setelah melihat kenyataan tersebut?
Perlu diingat bahawa Sultan Azlan adalah bekas Ketua Hakim Negara yang tentunya lebih arif soal perlembagaan melebihi Karpal Sigh.
lawan juga penderhaka dkt Terenganu sekali, jgn igt kat perak je...
melayu mudah lupa,
org2 umno pun mudah lupa...
Chegu, maksud saya, memang ADUN2 tu tidak mendapat sokongan majoriti, tetapi Sultan masih tidak berhak untuk memecat...
MB hilang kuasa jika:
1. Meletak jawatan (ada ke?)
2. Mendapat undi tidak percaya (ada ke?)
3. DUN dibubar (ada ke?)
Takde sebab lain dah, kan?
Rujuk undang tubuh...
Memang Raja Azlan bekas ketua hakim, tetapi itulah yang pelik... Kenapa dia tak rujuk undang tubuh?
Lagi satu, Raja Azlan tak pernah memecat, tetapi menitahkan Nizar meletak jawatan... Tetapi Nizar tak letak jawatan... Maknanya, Nizar masih MB...
Raja dah betul dalam titahnya 'meletak jawatan', tetapi media memutar belit dengan menyatakan Raja 'memecat' Nizar...
Tindakan Raja dalam melantik Zambry sebagai MB memang hak bbaginda, tetapi itu bermakna, Perak ada dua MB...
Rujuk kes ayah Tajol Rosli, beliau juga dititah meletak jawatan, tetapi ada ke dia letak jawatan?
Ok... Terima kasih Chegu kerana membalas... Minta maaf kalau saah info... Boleh kita berkongsi maklumat dan membetulkan mana yang salah...
Saya bukan pro-pembangkang, dan juga bukan pro-kerajaan, tetapi saya cuma mahukan kepastian...
Semoga saya boleh menambah ilmu tentang hal ini...
Post a Comment