Sudah tidak berajakah lagi negeri Perak? Sudah tak bertuankah lagi negeri Melayu? Sibangsat dijadikan ketua dan bermaharajalela. Tuanku melengung sayu tidak diendah. Titah sultan seperti sampah sarap yang tak dipedulikan.
51 tahun dahulu siapa yang merayu minta dijadikan rakyat negeri ini? Sudah lupakah? Apabila sudah dijadikan rakyat, diberi tanah, diberi peluang berkongsi rezeki, dan diberi hak pula untuk dijadikan ketua.
Kemana hilang akal budi?
Usah diucap lagi perkara mengenang budi sementelah adab sopan pun sudah tiada lagi.
Demang ingin memberi satu jalan keluar. Mohon Sultan Perak membawa keluar negeri Perak daripada Persekutuan Malaysia. Biarkan Perak bersendirian. Tidak perlu lagi bersekutu dengan negeri-negeri lain. Biarlah…
Maka selepas itu Sultan Perak kembali berdaulat di negeri sendiri. Baginda berkuasa sepenuhnya pada negeri sendiri. Hatta baginda boleh memilih mana-mana rakyat yang baginda kehendaki. Barangsiapa yang baginda kurang berkenan, nyahlah pergi. Merayulah kalian pada mana-mana sultan negeri lain untuk menenggek kasih menumpang teduh, menjadi warga negeri.
Ketika itu nanti barulah kalian faham erti bernegeri. Barulah kalian sedar payung mana yang menaungi.
Jangan beri alasan bahawa bumi ini bumi Tuhan dan kalian bebas bernegeri. Jika demikian, pergilah ke pulau lain. Bukankah di situ juga bumi Tuhan? Singapura dan Thailand juga bumi Tuhan. Pergilah ke sana jika mereka sudi menerima kalian.
Kos
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Menggunakan gambar digital atau mesej teks yang dihantar melalui media
sosial dianggap paling baik sebab kos ...
4 years ago
9 comments:
SALAM CHEGU MAN, MEMANG SEWAJARNYA LAH BEGITU. TETAPI BAGI MEEREKA INI, KEPENTINGAN PERIBADI ADALAH KEUTAMAAN. MEREKA TIDAK PEDULI LAGI PADA RAJA DAN SULTAN KERANA MEREKA MERASAKAN BAHAWA MEREKA LAH RAJA, YANG BERSULTAN DIMATA BERAJA DIHATI. MEREKA PATUT DINYAHKAN DARI NEGERI INI. MEREKA JUGA PATUT KEMBALI KE ASAL DAN USUL MEREKA.
Salam..
Raja memang berdaulat... Tetapi setakat mana daulatnya?
Siapakah yang menghilangkan sebahagian besar kuasa mereka?
Cuma inin bertanya...
Tidak pernahkah puak-puak UMNo mempersenda institusi beraja?
Redza,
Terima kasih kerana membaca tulisan saya.
Anda memang serasi dengan kesatuan pembangkang. Golongan seperti anda akan sentiasa melihat ke belakang dan berfikir: "lantak le apa nak jadi di masa depan asalkan UMNO dapat dihukum."
Saya percaya jika PKR menjadi kerajaan, anda akan kekal menjadi pembangkang sambil terus kecewa dengan apa yang ada.
Saya doakan anda tidak terus bersikap begini kerana diri anda juga yang rugi.
SALAM ZIARA CHEGUMAN
AMAT LAH SEDIH KLU ORG2 MELAYU TERUTAMA ANWAR YG SANGGUP MEMBELAKANGKAN SULTAN (UMUM TAU DIA GEMAR 'MEMBELAKANGKAN' APA SAJA). DARJAT ORG MELAYU SEMAKIN DI HINJAK2 TANPA RASA BERSLH. APA KAH HARUS ORG2 MELAYU MASIH NAK MEMPERTAHANKAN SI KEPALA ULAR NI??
TPUK DADA TANYE SELERA
Chegu...
Utk pengetahuan Chegu, saya bukan pembangkang, saya juga nampak betapa UMNO berjaya membawa negara selama 50 tahun... itu saya tidak lupa... Saya juga tidak lupa bagaimana Tun Mahathir memodenkan negara... Saya tidak lupa UMNO memperjuangkan kemerdekaan...
Saya juga tidak lupa bagaimana puak-puak Anwar merancang untuk mengambil alih negara 16 september lepas...
Tapi, saya cuma mahu bertanya, kenapa UMNO menyokong Raja setinggi-tinggi jika keadaan memihak kepada mereka? Kenapa UMNO berlagak seperti mereka tidak pernah menderhaka kepada Raja?
Mujurlah saya berada di Pahang... Negeri yang aman makmur di bawah BN... Tak pernah nak bertengkar, tak pernah nak ambil pusing politik...
Bajet negeri defisit 10 tahun berturut-turut pon rakyat Pahang tak tau lagi... Dah 12 kali pilihan raya, kempen membasmi kemiskinan juga yang dicanang... tak cukupkah 50 tahun untuk membasmi?
Ok... dah lari topik...
Maaf...
darah muda...
Harap Chegu Paham... Saya bukan kata UMNO salah dari segala aspek, dan saya tak kata Pakatan betul semua... Pakatan pun ada lemahnya.. Cuma dalam blog Chegu nie, saya nak tanya, ingin menimbulkan inkuiri... Semoga kefahaman saya dalam perjuangan UMNO lebih mantap...
Bukan smeata-mata menghentam... itu sebab saya menyoal, bukan memberi fakta...
jawablah soalan saya dalam komen sebelum ini...
Redza,
Saya minta maaf jika tersilap menyindir saudara. Insya_Allah saya akan jawab soalan itu, tapi di masa lain la. Sekarang saya nak rehat kejap.
Saudara tinggal di daerah mana? Saya membesar di Pahang.
Dahulu kita kurangkan kuasa raja bukan kerana kita ingin menderhaka atau mencemar raja tetapi untuk membaik pulih image diraja.Salah guna kuasa diRaja bolih merosakkan image Raja2.Sekarang bangsa lain cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan mereka dengan dibantu olih bangsa melayu yang tak sedar diri.Suasana dulu dan sekarang amat berbeza malahan hak orang melayu dipersoal.Kalau kita kata UMNO lah punca institusi diraja dicemar itu tidak benar.Cuma apa yang bolih saya katakan parti pembangkang diPerak tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka sudah hilang kuasa dan Sultan telah menunjukan rasa positive keatas peralihan itu.Ini yang membuat pembangkang marah dan hilang punca dan cuba menghasut rakyat bersama mereka untuk mempamerkan sikap derhaka.
Mantoya>>
Ok.. Baiklah... Penjelasan yang boleh diterima... Cuma, baikkah imej raja sekarang? Cuma mahu bertanya...
Ya, saya faham orang bukan Melayu sudah mula pandai pijak kepala, ok... Saya faham tu, cuma saya ingin persoalkan, kenapa sekarang UMNO mula bertindak dramatik mempertahan keputusan raja? kenapa tidak semasa kes Perak semasa Ayah Tajol Rosli? Kenapa tidak semasa Kes Idris Jusoh? Kenapa tidak semasa kes Perlis? Kenapa tidak semasa kes penabalan Sultan Kelantan baru? dan pelbagai lagi?
Ok... Itu cerita lama... maaf... Cerita lama, biarkan ia menjadi sejarah? Betul tak? Sekarang UMNO dah taat setia kepada Sultan kembali... Betul tak? UMNO dah mengikut arahan Sultan... Sekarang UMNO sudah tidak derhaka... kan?
Betul kata Demang kepada saya:
"Anda memang serasi dengan kesatuan pembangkang. Golongan seperti anda akan sentiasa melihat ke belakang dan berfikir: "lantak le apa nak jadi di masa depan asalkan UMNO dapat dihukum.""
Jangan lihat ke belakang...Pandang situasi kini... Betul kan?
Maaf...
Hanya bertanya... Mungkin terlepas sedikit perasaan...
Jangan pandang belakang...
Assalamualaikum Demang,
jika bermusafir bertiga pun Islam menyuruh memilih seorang menjadi ketua,inikan pula dalam hal mengurus negeri.Saya fikir,kita perlu pendekatan yang lebih berkesan dalam menghayati sejarah negara ini.Tak semestinya menggubal kurikulum,namun sejarah perlu jadi lebih hidup dengan menekankan nilai-nilai murni bukan sekadar tarikh dan peristiwa (jimat 1 subjek,Pend. Sivik & Kewarganegaraan).
Pendekatan Menteri Penerangan baru juga boleh dipuji, iaitu mewujudkan slot Bina Negara.
Post a Comment