Tahukah anda apakah perbezaan antara campur dan tambah?
Semasa Demang di sekolah rendah dulu, kami belajar mata pelajaran Ilmu Hisab iaitu 'satu CAMPUR satu samajuga dua'. Apabila Demang pula menjadi guru, murid-murid diajar 'satu TAMBAH satu samadengan dua'. Kedua-dua kenyataan tadi diitulis dalam ayat matematik begini:
1 + 1 = 2.
Apa perbezaan antara 'campur' dengan 'tambah'?
Dalam situasi lain, jika kita makan tengahari di warung, biasanya kita makan nasi campur dan jika perut belum lagi kenyang atau makanan itu sedap kita akan minta pula nasi tambah. Sekarang, adakah anda nampak perbezaannya?
Salah satu kesan pemecatan Anwar Ibrahim daripada kerajaan pada 1999 ialah peningkatan secara mendadak sikap ambil tahu rakyat Malaysia terhadap politik negara. Dari satu sudut ia dilihat satu perkembangan yang positif.
Namun adakah ia merupakan proses tambah atau campur? Maksud Demang adakah kita menambah kebaikan (TAMBAH) atau sekadar CAMPUR tangan yang semakin merumitkan keadaan?
Dalam isu tuduhan jenayah, adakah kita perlu masuk campur? Adakah tindakan kita masuk campur itu akan menambah kebaikan atau boleh mengundang musibah?
Bagi Demang masing-masing ada bidang tugas masing-masing dan dibayar bagi melakukannya. Apatah lagi jika anda penjawat awam. Jangan sibuk ikut campur dengan kumpulan-kumpulan yang suka mengkritik kerajaan padahal jaya atau gagalnya sesebuah kerajaan amat bergantung pada kecekapan pelaksananya.
jika tidak bersetuju dengan kerajaan lebih baik letak jawatan kerana tidak ada gunanya menjadi pelaksana dasar kerajaan sedangkan dasar tersebut anda tidak setuju.
Maka, janganlah terlalu masuk campur terutama bidang yang tidak berkaitan dengan anda.
Bagi Demang, nasi campur memang sedap tetapi campurannya perlulah sesuai. Terlebih cili api pun tak elok untuk kesihatan kita.
Kos
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Menggunakan gambar digital atau mesej teks yang dihantar melalui media
sosial dianggap paling baik sebab kos ...
4 years ago
4 comments:
Demang - sungguh mendalam mesej tuan hamba jika artikel ini dikupas dengan lebih panjang.
saya pun tidak mampu melakukannya.
syabas dan moga limpahan ilham memenuhi perigi hati kita.
Salam Demang, artikel yang penuh dengan kata-kata yang bermakna bagi tatapan generasi setrusnya.
Kawan setuju amat dengan pandangan Demang, kalau penjawat awam sentiasa bercampur baur dengan tugas dan politik, sentiasa merungut dengan kerjaya yang dpikul sehingga mempengaruhi masyarakat dengan pandangan sonsangnya, wajar sangatlah mereka-mereka ini melepaskan jawatan.....
Hamba setuju sangat dengan Che Gu Man tu. Kalau guru yang asyik dok kritik dasar pendidikan padahal dialah pelaksananya. Maknanya dia melaksana apa yang dia kata salah. Gajinya betul ke salah ?
Kalau dok kritik sosial remaja sedangkan anak anak itu melalui masa beberapa jam 5 hari seminggu di bawah jagaannya; bukankan bermaksud mengatakan dia sendiri tidak berkesan ? Gajinya ?
1982 Anuar menjadi Menteri hamba dan pada hamba jelas dia adalah palsu. Hamba telah menghukum diri hamba sendiri sebagai wajib kena berhenti. Maka berhentilah hamba pada usia 37 tahun.
Bukan cakap je. Ramai kawan kawan tahu hal ini. Tetapi ramai juga yang buat2 tidak tahu kerana tiada untungnya. Malah ruginya ada. Maka menjadi tidak tahulah dia. Hukumnya ? Untung itu di mana duduknya.
Salam,
Mohon link kan blog saya.
http://nasionalis1982.blogspot.com/
Post a Comment