Beliau adalah Dr Halimah Ng yang suatu hari nanti kuburnya akan dipijak-pijak dan dikencing oleh anak cucu beliau sendiri kerana melakukan pengkhianatan terbesar dalam sejarah Melayu di nusantara!
Sudah berapa ramai pemimpin Melayu yang menjadi pembangkang? Namun mereka tidak pernah mengganggu jihad BTN. Mereka tahu, BTN bergerak merentasi fahaman politik. Malangnya wanita ini telah memecahkan tradisi ini.
Beberapa hari lepas Demang turut mengulas tentang isu pemulauan program BTN oleh kerajaan negeri Selangor. Sebelum itu pun Demang pernah membuat ulasan panjang lebar mengenai BTN dalam Waadat ini. Jadi kali ini Demang perturunkan ulasan seorang sahabat blogger iaitu ADC. Demang copy & paste sebijik-sebijik tanpa tokok atau ubah.
1. Berdasarkan sejarah dan fakta, Biro Tatanegara (BTN) ditubuhkan pada 1981, melaksanakan program yang menepati objektif utama iaitu memupuk semangat patriotisme, membina sikap berteraskan nilai murni dan penghayatan cintakan negara di kalangan warganegara. Era Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak peranan BTN ialah menerapkan semangat gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
2. Pada tahun 1980-an, semasa program belia, fungsi Biro Tatanegara (BTN) ketika itu ialah mengawasi kegiatan gabungan belia dan pelajar bagi memastikan mereka bertindak selaras dengan kehendak aspirasi negara.
3. Pada tahun 1981, selaras dengan keputusan Kerajaan, fungsi BTN telah diperluaskan untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara serta meningkatkan semangat keislaman di kalangan semua lapisan masyarakat termasuk belia, pelajar, kakitangan kerajaan dan sektor swasta.
4. Antara lagu yang sering dinyanyikan dalam kursus BTN ialah lagu Warisan. Peserta dibimbing untuk memahami perkara yang tersurat dan tersirat dalam lagu tersebut. Meskipun kelihatan semangat kemelayuan yang ketara dalam lagu tersebut, namun objektifnya ialah bagi mengeluarkan orang Melayu daripada kancah kemiskinan dan akhirnya mencapai matlamat utamanya iaitu perpaduan kaum. Hal ini adalah selari dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu membenteras kemiskinan tanpa mengira kaum dan merapatkan jurang ekonomi antara kaum di Malaysia. Kerajaan amat sedar bahawa perbezaan taraf ekonomi dan sosial antara kaum di Malaysia adalah penyebab utama berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
5. Seterusnya pada November 1986, aktiviti BTN diperjelas dan diperkembangkan kepada melatih pemimpin dan bakal pemimpin supaya mereka mendukung usaha-usaha pembangunan dalam beberapa bidang seperti agama, sosial, politik, ekonomi dan pendidikan.
6. Pada tahun 1992, Jawatankuasa Penyelaras Latihan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri telah memutuskan BTN melaksanakan Program Bina Negara yang melibatkan penganjuran kursus, seminar dan aktiviti yang bercirikan latihan perubahan sikap. Program Bina Negara telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri serentak dengan Kursus Bina Negara 1 yang diadakan pada 1 hingga 4 Januari 1992.
6. Antara Objektif murni BTN adalah mencipta semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia dengan memberikan keutamaan kepada golongan pelajar, cendekiawan dan pemimpin-pemimpin masyarakat dengan hasrat mewujudkan satu negara dan bangsa yang kuat dan bermaruah melalui rancangan latihan dan penyelidikan kemasyarakatan. Memberi sumbangan bermakna dalam usaha mencipta kegemilangan masyarakat Malaysia. Pembina semangat patriotisme negara yang terkemuka dan utama.
7. Penyertaan dalam Kursus BTN adalah wajib untuk semua pelajar yang mendapat biasiswa kerajaan untuk ke luar negeri. Tujuan kursus tersebut adalah untuk menyemai semangat kenegaraan di kalangan pelajar tersebut agar terus bersikap patriotik ketika di luar negeri. Namun begitu, timbul banyak aduan daripada peserta kursus tersebut (terutamanya yang berketurunan bangsa minoriti) bahawa terdapat jurulatih BTN yang menyebarkan idealogi yang bersifat perkauman, hinggakan ke tahap menimbulkan kebencian terhadap kaum-kaum minoriti di Malaysia.
8. BTN pada dasarnya ditugaskan menyampaikan maklumat berasaskan fakta sejarah dan tidak menyentuh sentimen perkauman secara sempit.Tidak timbul langsung soal memperkecil dan memburukkan kaum bukan Melayu kerana perkara yang disampaikan berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan.
9. Berdasarkan fakta diatas adakah kita berasa kursus BTN adalah proses doktrinisasi kerajaan yang akan menimbulkan fenomena perkauman dan memecah-belahkan penduduk pelbagai bangsa dan agama? Tanyalah diri sendiri !!
ADC
Demang sambung sikit...
Sementara itu, oleh kerana BTN sudah tidak diperlukan di Selangor maka satu badan baru akan mengambil alih tugas BTN tersebut yang dikenali sebagai 'SPIES'. Maklumlah, kalau satu kursus memakan belanja antara RM40 ribu hingga RM70 ribu, siapa yang tak terliur, ye tak?
Hassan Ali memang biasa dengan kursus macam tu. "Jangan sampai projek Spies tu dapat kat orang lain , Dr..."
Foto di atas ialah Dr Halimah Ng yang bersubahat dengan DAP mengkhianati orang Melayu.
Kos
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Menggunakan gambar digital atau mesej teks yang dihantar melalui media
sosial dianggap paling baik sebab kos ...
4 years ago
7 comments:
salam..
bagaimana pula dengan aktiviti2 sewaktu kem btn yg sgt2 tak jaga pergaulan..abis laki perempuan bercampur..suruh yg perempuan berendam skl dlm kolam pdhl mmg dh tau akn menampakkan bentuk bdn..bl pelajar cuba bantah..alasan..kene saling tolong menolong..islamik sgt..sy sgt sakit hati tgk depan mata berlaku.
ade komen?
assalamualaikum cikgu
Pembetulan, nama beliau Dr Halimah Ali. tiada Ng
sekian terima kasih
Agaknya dia nak ganti dgn BTK;biro tata komunis,PR kan antara lain memberi lampu hijau agar Chin Beng balik..antara tujuan lain agar negara yg di terajui BN huruhara kemudian senang masuk jarumm.../"Surat khabar hari ini ..pemimpin pas memmukul isteri"..berlagak macam alim..tapi belakang dialah no 1..dan byk lagi yg spesis macam ni..berkopiah tapi isi bersembang macam tak de anak bini kat rumah.hrrrkkk ketuii..
by aramak
pembetulan : dia keturunan cina, dibela oleh orang melayu.
Saudara,
Terima kasih kerana meninggalkan komen di sini. Nampaknya saudara seolah setuju dengan BTN cuma mengkritik beberapa pendekatan atau aktiviti yang ditampilkan. Sebenarnya aktiviti atau modul hanyalah 'tools' atau alat sahaja. Ia boleh ditukar atau digantikan dengan yang lebih elok. Jika kolam tidak sesuai, ia boleh digantikan dengan aktiviti lain.
Jangan dek marahkan nyamuk kelambu dibakar.
Namun betulkah ada aktiviti begitu dalam kursus BTN sekarang? Setahu saya kursus SSM, Bina Negara, dan asas mahasiswa cuma ada aktiviti kembara dengan berjalan kaki melalui denai di dalam hutan. Ataukah saudara keliru dengan kursus-kursus lain? Saya sering temui orang ramai yang menyangka kursus Bina Negara dengan kursus Bina Semangat dianjurkan oleh badan yang sama. Malah ada yang menyangka PLKN juga anjuran BTN.
Sebagaimana awal tadi, saya tidak menolak aduan saudara 100% sebab kadangkala terdapat urusetia yang tidak mematuhi modul yang ditetapkan BTN pusat. Dengan kata lain urusetia tersebut menambah dan mengubah modul sedia ada.
Biasanya dalam kes demikian apabila mendapat aduan pihak BTN akan memanggil pegawai berkenaan dan diberi amaran. Jika masih berlaku tindakan selanjutnya akan diambil termasuk pemecatan. Namun biasanya orang BTN adalah orang yang patuh pada arahan melainkan arahan tersebut berunsur kemungkaran dan menjejaskan keselamatan negara.
Nik Nazmi si setpol Khalid Brahim sudah takut mendengarkan sambutan yang menggalakkan terhadap kursus BTN..
Takut BTN menyedarkan pelajar2 tentang tembelang bossnya yang busuk meloyakan..
Semasa PR takde kuasa, mereka kata kerajaan tak telus.. Bila mereka pegang tampuk kuasa, mereka halang maklumat dari sampai kepada rakyat Selangor.. Sore loser! Kalau kamu di pihak yang benar, lawan secara anak jantan yang ada t*l*r.
From Sahabat Perak :
1. Tahniah atas usaha sdra. menjelaskan kepada pembaca tentang BTN agar mendapat gambaran yang jelas.
2. Cuma dalam perkara 7, teman nak kan kepastian
"... timbul BANYAK aduan daripada daripada peserta kursus tersebut .... bahawa terdapat jurulatih yang MENYEBARKAN idealogi yang bersifat perkauaman ...."
Post a Comment