Dr Xavier Jeyakumar, exco Selangor mengumumkan untuk menggunakan wang rakyat Selangor bagi menyiasat semula kes kematian rakannya, Teo Beng Hock.
Demang tidak tahu dalam mesyuarat mana keputusan itu dibuat tetapi yang pasti ia diumumkan di perkarangan mahkamah sebaik hakim membacakan keputusan.
Nampaknya jika berkaitan rakan taulan, cepat betul keluar duit. Bagaimana jika kes melibatkan rakyat bawahan?
Semalam, seorang ibu berbangsa India menemui Demang minta tangguh bayaran yuran sekolah anaknya padahal cuma berjumlah RM33 sahaja.
Demang percaya, ibu muda tersebut tidak akan menebalkan muka mengadap Demang pagi-pagi buta kalau bukan kerana terpaksa.
Mana pemimpin India? Semuanya hanya sibuk bermain politik. Mereka bijak menggunakan semua isu walaupun dengan cara menggadai nasib kaum sendiri.
Meja Kerja 3 morha
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Lihat semula file² yang kita ada tadi:
*...ada TIGA file*
File 1: *Cadangan Target Lokasi*
File 2: *Hari Ke...
4 years ago
No comments:
Post a Comment