Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, January 24, 2011

kematian pun dipolitikkan


Isteri dan anak-anak Allahyarham Abdul Latif Subri Mohd Din kesal dengan tindakan Pas menabur fitnah dan mempolitikkan kematian Setiausaha UMNO Cawangan Kolam Air, Felda Tenang di sini baru-baru ini.


Lebih menyentuh hati Maimunah Hendon 54, dan anak-anaknya apabila Pas menuduh keluarga membiarkan jenazah Allahyarham tanpa diurus semata-mata untuk menunggu diziarahi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kebetulan berada di Felda Tenang pada hari berkenaan.

Tuduhan Pas itu terkandung dalam edisi kedua Buletin Tenang, lidah rasmi parti itu yang diterbitkan Badan Perhubungan Pas negeri sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Tidak cukup dengan itu, Pas menerusi buletin itu mendakwa kononnya Allahyarham meninggal dunia kerana ‘risau menguruskan kedatangan PM ke Felda itu’.

Perasaan sedih dan rasa terkilan Maimunah itu tidak dapat disembunyikan ketika beliau ditemui wartawan di rumahnya di Bandar Putra di sini petang ini.

“Saya rasa terkilan, benda macam ini terjadi. Tak sangka pula kedatangan Normala Sudirman (calon Pas) dan beberapa orang lain menziarahi jenazah suami saya di masjid pada hari itu dan mengambil gambar kami, rupa-rupanya untuk diputar belit dan dipolitikkan serta disiarkan dalam surat khabar (Buletin Tenang).

“Banyak benda bohong disiarkan. Janganlah soal mati pun hendak dijadikan bahan politik,” katanya.


“Dia (Normala) datang bertanyakan nama saya dan nama arwah suami saya dan mengucapkan takziah kepada saya. Memang saya sedar gambar itu diambil oleh beberapa orang tetapi saya tidak fikir apa-apa pun masa itu.

“Sebagai orang Islam, saya bersangka baik dengan mereka, takkan pula nak halang mereka datang. Sebab itu sekarang saya terkilan sebab perkara ini kecoh, kawan-kawan beritahu cerita dan gambar saya keluar surat khabar,” katanya.


Sumber:
Media Umno
http://pilihan-anda.blogspot.com/2011/01/kerana-politik-kematian-jadi-modal.html

1 comment:

Anonymous said...

PAS NI SEBENAR PARTI YANG DIFUNDER OLEH CINA>>>>>TAK KEMANA DAH>>TU SEBAB APA PUN BERKAITAN DGN UGAMA PUN DIA TAK BOLEH BUATA APA>>>>LAGI PUN BAGI DIA SEMUA TU SEDEKAH>>KALAU ORG LAIN PANGGIL RASUAH>>>>>BACA LAH APA BERITA PUN PASAL UGAMA>>>PAS PASTI TAK LEH NAK KOMEN>>>ISU ARAK ISUA MASJID>>>>>>>>>DI SHAH ALAM PEMIMPIN PAS YANG MENDAPAT SEDEKAH DPD CINA MCM CELAKA JER>>DULU LAMA SGT DOK ATAS SEJADAH DOA TAK KAYA2..ALIH DAH ADA KUASA HIDUP DLM BERDOSA>>BUKAN APA PAHALA DULU PUN KONTRA DGN DOSA SEKARANG PUN TAK LUAK LAGI>>>>>>>>>>HATI2 DGN PAS NIE>>>TU SEBAB DIA MAJU DI KELANTAN JER>>NAK TGK MELAYU SUSAH G LA JALAN KELANTAN>>>NEGERI DIBAWAH PAS>>>

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)