Gerakan bagi menghapuskan Sistem Kesultanan Melayu (rujuk Perlembagaan bagi definisi 'Melayu' yang tidak sama dengan definisi 'Melayu' di Indonesia atau Singapura) alias Sistem Khalifah Islam semakin ketara dan berani semenjak perisytiharan oleh Presiden PKR dalam perhimpunan mereka baru-baru ini.
Sekarang sedang berlangsung konspirasi halus bagi membuang institusi tersebut. Alasan paling mudah gerombolan tersebut ialah UMNO juga pernah membuang kuasa raja!
Demang tidak mahu berdebat dalam perkara itu sekarang kerana sudah dijelaskan berkali-kali dalam blog ini bahawa yang dilakukan UMNO ialah bagi memperkasa institusi beraja dan mengelakkannya daripada tumbang angkara sikap tidak profesional beberapa orang sultan suatu ketika dulu.
Namun, salah atau betul tindakan UMNO itu tidak boleh dijadikan alasan sama sekali untuk mencerobohi semangat perlembagaan yang menaungi sistem tersebut.
Jika pembangkang pernah menuduh UMNO derhaka dalam hal pindaan perlembagaan maka kenapa perkara yang sama kini mahu dilakukan oleh kerajaan Khalid-DAP?
Nampaknya masih ramai yang tidak memahami perkara tersirat di sebalik sistem beraja di Malaysia.
Justeru Demang ulangi sekali lagi di sini secara terbuka: Sistem Kesultanan dipertahankan kerana ia bukan sekadar simbolik malah dengan cara itulah kita akan memastikan orang Islam KEKAL sebagai Ketua Negara!
Demokrasi hanya berlaku di parlimen (termasuk proses pemilihan ahli parlimen!) Jangan samakan Malaysia dengan Singapura dan Amerika!
Demang catatkan secara terbuka di sini untuk dibaca oleh sesiapa sahaja tanpa mengira agama atau kaum. Kenapa? Sebab ia sudah difahami dan disedari oleh orang bukan Melayu.
Malangnya masih ada orang Islam yang bangang dan bodoh, tidak faham-faham dengan perkara yang tersirat yang sedang diperjuangkan.
No comments:
Post a Comment