Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, June 4, 2011

asal usul orang PAS

Asal usul orang PAS
Asalnya, orang PAS ni sama macam kita jugak. Maksud Demang, sama macam orang lain jugak.

Cuma orang PAS ni nampak macam alim sikit. Selalu control baik. Diorang suka pakai kepiah lebai supaya nampak waraq.

Kalau memandang orang yang berjaya, orang PAS akan telengkan sikit kepala atau melihat melalui ekor mata. Apatah lagi kalau orang tu kaya dalam masa yang singkat.

Orang PAS sangat suka pada orang yang berniat baik. Mereka tidak peduli logik atau tidak kaedah yang nak digunakan. Yang penting, niat. Sebab mereka dengar penceramah mereka selalu sebut 'innama a'malu binniat'.

Demang percaya ramai kalangan mereka tak pernah baca hadis tu sampai habis. Malah mereka tak tahu pun bahawa hadis tu sebenarnya agak panjang.

Sebenarnya orang PAS ni pemaaf, itupun jika orang itu mahu menyebelahi mereka. Lihat sahaja Anwar Ibrahim. Padahal Anwar lah yang jaguh melanyak PAS suatu ketika dulu.

Demang percaya ramai orang PAS dan yang tak PAS kurang setuju dengan perenggan terakhir tadi. Tapi Demang percaya, takkan ada orang PAS yang berani membantah.

Kecuali dia masih baru dalam politik.

Bagi yang faham tentu sedar bahawa Demang sudah tinggalkan satu peluru di sini. Selalunya peluru begitu orang sorok dalam poket. Tapi Demang tak buat begitu. Demang letak atas meja. Orang PAS tengok geram tapi tak boleh buat apa-apa.

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)