Ambiga: tindakannya banyak mengundang kontraversi
Demang tak fikir penggunaan dakwat kekal itu satu isu besar melainkan ia sengaja dibesar-besarkan entah untuk tujuan apa. Barangkali nak mengalih perhatian rakyat yang sedang gembira menerima pelbagai insentif daripada kerajaan baru-baru ini.
Macam-macam dalam politik ni. Tambahan pula ada pemimpin yang sedang dalam situasi hidup atau mati. Maka apa sahaja yang boleh akan dilakukan. Bahkan yang tak boleh pun akan dibuat juga.
Almaklumlah. Dah terdesak.
Kembali pada penggunaan dakwat kekal, setakat ini ia hanya digunakan di negara-negara mundur seperti di Afrika dan negara yang penduduknya terlalu ramai sehingga menyukarkan bancian, pendaftaran, dan kawalan.
Negara maju tak buat pun!
Ada yang kata, kenapa kerajaan takut sangat guna dakwat kekal? Ada udang di sebalik batu ke?
Dalam hal ini pihak SPR sudah menjelaskan bahawa penggunaan dakwat kekal mempunyai beberapa risiko besar, antaranya:
1) Dakwat tersebut boleh dibeli dengan mudah di luar negara termasuk Thailand. Oleh itu ia terdedah pada unsur sabotaj.
2) Kita bukan berada dalam keadaan darurat sehingga terpaksa bertayammum kerana mekanisme bagi mengawal ketelusan pilihanraya sangat baik melalui sistem yang ada sekarang. Dalam hal ini sesiapa yang pernah terlibat dalam pilihanraya tentu faham betapa ketatnya proses pengundian sehingga warganegara Malaysia pun ada yang tidak dibenarkan mengundi jika diragui taraf kewarganegaraannya. Contohnya, pengundi yang tertinggal kad pengenalan diri tidak dibenarkan mengundi.
4) Prosedur pengundian di Malaysia yang melibatkan para petugas dari kalangan pengundi dan penduduk tempatan sendiri berupaya memastikan tidak mungkin orang yang tidak dikenali berjaya mengundi atau mengundi lebih daripada sekali.
Hanya orang yang tidak pernah mengundi sahaja yang tidak tahu perkara ini.
Semalam Papa Gomo mendedahkan bahawa 'dakwat kekal' yang dicadangkan Ambiga rupa-rupanya tidak kekal. Ia boleh dihilangkan juga sebelum tempohnya.
Jadi, apa sebenarnya agenda Ambiga dan pembangkang?
1 comment:
Dah 4 kali mengundi..kawalan dan keselamatan ketat. Undi dikira dari peti-peti undi yang disahkan siap dengan bilangan dan peratusan yang membuang undi. Kiraan dilakukan setelah pengesahan dan dibuat dihadapan wakil-wakil parti yang bertanding. Pengiraan semula dilakukan jika adayg tak berpuashati. Setelah semua berpuashati dgn jumlah undi yang dikira.. SPR akan memngumumkan pemenangnya. Tapi biasalah.. masa proses pengiraan.. tiada masalah, tpi masalah timbul bila tidak boleh terima kekalahan. Tapi bila menang tiada apa yang timbul walaupun menang dgn majoriti yang amat sedikit.
Post a Comment