Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, November 23, 2011

SBP akan dihapuskan

Bukan pekara luar biasa apabila tajuk berita disensasikan sehingga mengelirukan pembaca. Bahkan seringkali kekeliruan itu disengajakan bagi menambah sensasi. Tujuannya, untuk 'memaksa' pembaca agar membaca.

Semalam Demang menulis artikal bertajuk 3000 dipaksa hadir seminar.

Tajuknya berunsur provokasi dan bukan kisah sebenar tetapi yang tersirat itulah hakikat. Sudah menjadi rahsia umum bahawa seminar, kursus, dan program yang dijalankan ke atas penjawat awam adalah berbentuk paksaan.

Hari ini Demang letakkan satu lagi tajuk sensasi yang menarik minat pengunjung. Namun ia bukan tajuk bohong. Ia adalah hasrat sebenar pakatan pembangkang apabila mereka memerintah Malaysia. ia dinyatakan secara terus terang dengan rasional yang memukau.

Barangkali anda tidak setuju. Atau anda menyangka Demang mereka-reka cerita. Tidak! Demang tidak mereka-reka cerita. Tanya-lah kepada pembangkang, baik yang Melayu apa lagi yang bukan Melayu. Konsep kesamarataan yang diperjuangkan adalah termasuk Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang disediakan untuk pelajar Melayu dan Bumiputera.

Hujah pembangkang bukan Melayu ketika berkempen dalam kalangan pengundi bukan Melayu ialah SBP tidak adil kerana hanya untuk pelajar Melayu dan Bumiputera sahaja.

Hujah pembangkang Melayu ketika berkempen kepada orang Melayu dan Bumiputera ialah orang Melayu menjadi lemah dan lembab kerana terlalu bergantung kepada subsidi dan bantuan kerajaan.

SBP adalah sebahagian daripada SUBSIDI dan tindakan memanjakan orang Melayu/bumiputera.

Jika anda setuju dengan kenyataan tersebut, terpulang lah.

Tika ini Demang sedang berdiri di luar bilik temuduga kerana menemani putera Demang yang sedang ditemuduga bagi memasuki sebuah sekolah berasrama penuh.

Semoga Allah Taala memberi izin kepada putera Demang memasuki sekolah terbaik berdasarkan kemampuannya.

2 comments:

Anonymous said...

saiapa kata sbp itu untuk pelajar melayu dan bumiputera saj. anak saya sekolah di sbp dan mrsm. rmai jua penuntut bukan melayu. nampak sangat mereka ni main cakap je. anak diaorang bodoh2 gaknya smpai tak layak nak jejak kaki kesbp

Cheguman said...

betul. masa saya ambil borang di mrsm gemencheh (program ulul albab) mgu lps, ada parent India non muslim pun ambil jugak.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)