Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, January 31, 2013

Alkesah membina perahu


Ini cerita rakyat. Cerita yang Demang pernah baca ketika kanak-kanak. Demang percaya usia cerita ini jauh lebih tua daripada Demang.

Versi asal cerita ini ialah dalam bahasa Inggeris dan sememangnya ia cerita rakyat Inggeris, kalau Demang tak silap.

Kali ini Demang sampaikan dengan gaya persembahan Demang sendiri. Kira-kira, versi Demang la.

Alkisah seorang bapa (lebih tepat lagi, duda) tinggal bersama 3 orang anak lelakinya.

Kehidupan mereka sederhana yakni tidaklah mewah tetapi tidak pula susah.

Pada suatu hari si bapa memanggil ketiga-tiga anaknya.

"Wahai anak-anakku. Pagi-pagi besok pergilah kamu ke hutan dan buatkan untuk dirimu perahu, yakni sebuah perahu setiap seorang. Kalian bukan sahaja tidak boleh berkongsi malah mestilah menyiapkannya secara sendirian."

Bagi Demang, mereka anak-anak yang patuh kerana selepas sahaja menerima arahan maka beredarlah mereka membuat persiapan untuk menunaikan amanah tersebut.

Pagi-pagi esoknya selepas orang Islam solat Subuh mereka pun berangkat ke destinasi berbeza.

Yang sulung menuju ke utara, yang tengah ke barat, dan yang bongsu bergerak ke timur.

Diringkaskan cerita tidak lama selepas berjalan si sulung bertemu sekumpulan orang kerdil. Mereka bertanya kepada si sulung apakah tujuan dia ke situ?

Si sulung merasa serba salah. Jika dijawab untuk membuat perahu, nanti ditanya pula bagaimana nak membawa pulang perahu daripada tengah belantara?

Maka si sulung memberitahu orang kerdil tersebut bahawa dia ingin membuat terompah.

Tidak lama kemudian si sulung menemui pokok yang agak besar dan sesuai dibuat perahu. Pokok itu ditebang dan dia pun mula bertukang.

Namun keganjilan berlaku. Walau bagaimana diusahakan untuk membentuk perahu, tetapi terompah juga yang jadi.

Akhirnya si sulung mendapati bertimbun-timbun terompah telah dihasilkannya.

Oleh kerana sukar untuk membawa pulang maka si sulung hanya mengambil beberapa pasang dan selebihnya ditinggal di dalam hutan begitu sahaja.

Peristiwa yang sama juga berlaku pada si tengah. Dia juga terserempak dengan orang kerdil dan apabila ditanya tujuannya, si tengah memberitahu dia ingin membuat bangku.

Sebagaimana berlaku pada si sulung, si tengah akhirnya menghasilkan berpuluh-puluh bangku yang terpaksa ditinggalkan begitu sahaja.

Sudah menjadi lumrah cerita rakyat. Sebagaimana kesah Tiga Abdul, anak yang bungsu diwatakkan sebagai yang terbaik.

Nampaknya spesis anak sulung seperti Demang sering dianaktirikan para karyawan di seluruh dunia!

Si bungsu juga menemui kumpulan orang kerdil dan ditanya soalan yang sama. Namun si bungsu berterus terang. Dia memberitahu orang kerdil yang ditemuinya bahawa dia ingin membina sebuah perahu bagi memenuhi permintaan ayahandanya.

Orang kerdil menasihatkan si bungsu agar mencari pokok yang hampir dengan sungai. Apabila siap kelak, si bungsu boleh terus mudik ke kampung melalui sungai tersebut.

Si bungsu mengucapkan terima kasih dan meneruskan misinya. Tidak lama selepas itu dia menemui sebatang pokok tidak jauh dari sungai yang dikhabarkan dan mula bekerja.

Anda sudah tentu dapat meneka dengan tepat kesudahan cerita ini. Si bungsu berjaya menyiapkan perahu dan pulang melalui sungai ke kampung.

Tak perlulah Demang ungkap mesej kesah dongeng ini namun Demang agak ada dua peringkat pembaca yang percaya cerita ini.

Pertama, golongan kanak-kanak kerana mereka belum ada pengalaman hidup.

Kedua, golongan tua yang telah melalui pelbagai pengalaman hidup.

Bagi golongan yang tidak Demang sebutkan di atas, terpulanglah untuk anda mentafsirkannya.

Oleh kerana Demang anak sulung dan bukan muda lagi, maka Demang percaya apa yang kita niat, rancang, promosi, dan lakukan; itulah yang akan terhasil.

Semuanya perlu dalam satu pakej!

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)